Semalam itu

Seronok seharian semalam tau. Takla rasa Monday Blues walaupun cuti cuma sehari. Ditambah lagi, pagi pagi saya dah kena keluar awal, sebab saya ada aktiviti kokurikulum, pun masih tak menjadi penyebab untuk rasa Monday Blues. Haha, walaupun boling tu. Syukur bila semua berjalan lancar. Apa lagi nak harapkan ya, asalkan semua yang dirancang berjalan lancar, itu pastinya satu kegembiraan.

Saya kini salah seorang jurulatih untuk bicara berirama tau. Haha. Bila buat benda yang kita minat, memang rasa seronoklah ya. Rasa masa berlalu cepat je.

Balik rumah pun, mood gembira juga. Alhamdulillah, anak-anak baik dan sihat. Naim seminggu ni di fasa suka makan nasi, lagilah buat saya senang hati. Minta tambah makan nasi semalam. Walaupun mamanya masak satu lauk je, berkali Naim puji sedap nasi. Makanlah nak ya. Jarang nak tengok Naim makan nasi macam tu. Biasanya dua tiga suap je dia boleh makan.  Walaupun semalam Naim tak pergi ke sekolah, disebabkan papa bawa dia ke DEMC untuk jumpa dengan doktor, namun rajin dia baca buku dengan mama. Bab baca abc, abata memang rajin Naim ni, tapi kalau ada kerja rumah yang kena tulis tu memang liat dia nak buat. Takpe, baru-baru lagi, lagipun bukan setiap hari ada kerja bertulis. Kalau ada pun sikit je. Boleh ubah sikap Naim ni nanti, harapnya.

Nazif pula, makin banyak perkataan yang dia kuasai sekarang ni. Bila ditanyakan siapa yang buat, jelas jawapan dia "adik" atau "aban". Haha.. aban pun aban la.. anak kedua agaknya, banyak Nazif ni ikut apa yang abangnya buat. Kalau abang membaca abc tu dia pun ikut sama. Meriah jadinya.

Itu jelah, kisah semalam...Adoi... semalam tak Monday Blues.. hari ni pula terasa tak ada mood nak ke sekolah... aci tak?

Comments

  1. alhamdulillah..seronok semua berjalan lancar,moga segala urusan dipermudahkan ye.

    adam pun dah ok sekarang ni,alhamdulillah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak.
      semoga anak2 kita sentiasa sihat ya

      Delete
  2. wah melalui har yg ceria mmg best laaa.. tapi kenapa tak berterusan sampai hr ini pula...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. entahla kenapa mood pagi tadi... terasa banyak benda yang tak siap jadi stress pula

      Delete
  3. hehehe KA mood ada ke xde kena kayuh pelan2 jugalah !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul KA, akhirnya pergi juga ke sekolah.. teruskan juga tabggubgjawab yg ada

      Delete
  4. Kalau cikgu, memang tak aci rasa malas nak kerja :) Anak-anak murid menunggu dengan penuh excited nak belajar. Saya ni pelik sikit. Monday blues memang takda. Cuma bila nak ke Jumaat aje, malas pun hinggap. Nak merangkak aje rasanya bila kena buat kerja lebih hari Jumaat. Macamlah kerja banyak sangat :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amboi MD ceramahkan saya. Yelah. Pikir anak2 murid ya.. sian anak2 murid tunggu nak belajar ya.. mujir cikgu ni jenis cakap je, nak mc tak berani kalau tak betul sakit.
      .
      eh.. jarang orang macam MD. Biasanya ramai yg suka dengan hari Jumaat

      Delete
    2. Hahaha...itu versi mak budak yang takut kalau cikgu suka MC ^_^ Yalah AN, dah namanya mendidik anak bangsa kenalah tunjukkan contoh yang baik. Tapikan kalau saya jadi cikgu, saya tak takut pun nak MC ..hehehe ...

      Saya suka aje hari Jumaat. Khamis malam Jumaat lagi suka @_@ Cuma malas bekerja hari Jumaat aje ...

      Delete
  5. akak lagilah AN..dari weekand sampai lohr ni mood masih dok kat tengah laut tu..

    anak akak najiha pon sama macam adik naim..kurang gemor makan nasi..tapi kalau time dier nak makan uiss betambah..walau berlaukkan telur kicap :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Budak2 kot kak.. makan ikut mood diorang.

      Awat yang lama benar ke laut tu? Bila nak balik? Haha. Mengata orang sambil kata diri sdiri pulak

      Delete
  6. aci sangat..best tu latih budak bicara berirama:)good luck dear

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. thanks. Lagi best orang tu, asyik keluar je. Nak sembang pun tak sempat..

      Delete
  7. itulah..kebahagiaan kita sbg ibu dipengaruhi oleh anak2..

    ReplyDelete
  8. bicara berirama tu coral speaking ke aisy heheeheh...sedap plak sebut bicara berirama tuh....

    alhamdulillah...seronok tgk anak suke makan kan...lieya ni si dayyan mmgpayah nak makan nasi....dah mcm mak die plak ikut diet tak makan nasi kaakakakakak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ah pandai lieya.. samalah konsep bicara berirama dan coral speaking. Cakap bm je yang bezanya...

      Delete
  9. Hihi aci aisy cover semalam sbb tak Monday blues hihi

    ReplyDelete
  10. Ceria happy2 Aisy..^_^..alhamdulillah semuanya lancar jer...
    aban..hehehe..sama dgn maryam skrg dah smkin byk dsebut..kaka sebut tata..abah sebut abah..abang sebut abah jg hehe

    ReplyDelete
  11. Naim tu apa orang cakap, kemaruk yer sebab sakit baru ni kan. Bagus2, mmg suka hati tengok anak2 makan.

    Pasal pulut seri kaya tu, I campur beras pulut biasa dengan beras merah, tu yang jadi dua kaler. Beras merah I tak suka makannya semata, so bila masak pulut; i bubuh la sikit2 hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Naper entry baru ditarik balik ni..

      Alaaa rempah tu I dah buang bungkusan dia, dari Malaysia... namanya pes ikan bakar, nama pakcik syarikat tu saya lupa la, sorry.

      Delete
    2. Hok oloh...kalau tak bulih cari ..

      Delete
  12. apa kerja yg dilakukan berjalan lancar mesti la mood happy..semalam happy hari ni tuesday blues..biasalah tu mood sentiasa berubah2..inilah kehidupan

    ReplyDelete
  13. smlm singgah tapi nak komen acaner boleh terlelap.hihi.

    smga hari ni bertambah ceria :-)

    kak, suami sy pon kaki pancing. bab pancing mmg sy tak ikut. lagi haru. pernah sklai tu kan suami pi mcing udng galah dekat area kota tinggi. saya risau sebenarnya, kalau mncing udng galah ni.. paham paham la kan. pernah sklai sy punya risau sampai sy merajuk xnk mkn udng galah yg dibawa balik. hasilnya mmg byk. tapi cukup risau keselamatannya. maklum lah port mancing udng galah bukannya calang calang..

    ReplyDelete
  14. Bicara berirama? Macamana kekdahnya tu AN.....bercakap sambik menyanyi ke? Hehe....senang aje...meh okje menyanyi lagu Ella...hehe...
    Syukur...Naim dah pulih...tgh nak ganti balik tenaga yg hilang tu kalau berselera dia makan nasi....
    Biasalah adik mmg banyak mengikut...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry Okje, pertandingan ni untuk bawah 15 je.. haha.. jangan marah

      Delete
  15. Kami kat Johor dah takde istilah Monday Blues skrg ni dah Aisy sbb sekolah cuti ari Jumaat Sabtu. Dah jd Sunday blues.. Bukan blues'kan apa, blues sbb kesian teringat bebudak tu kena bangun pagi2 buta.. dah tu Shasal plak suka mengeluh pagi2.. "Bestnya dah jd tua mcm Mama, takyah gi sekolah lg..". Haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. betul juga, best jadi mama.. boleh jalan2 dan ngeteh sokmo

      Delete
  16. AN..memang seronok sangat kalau anak2 suka makan..

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?