Posts

Showing posts from July, 2021

Secanggih mana pun sistem, error boleh berlaku

Image
Ayat di atas tu selalu saya tekankan bila mengajar tajuk System Development Life Cycle(SDLC), namun bila terjadi kes human mistakes ni memang sakit hati.. kalau anak murid tahu kes cikgu naik meroyan pasal pengendalian manusia ni, malunya lah ni.. haha biasalah kan, sekali sekala isu kecik pun terasa pelik kenapa boleh terasa besar masa tu. Tapi apa pun, ok jelah.. Senang je , saya buat apa yang saya boleh untuk mengelakkan kes daripada terjadi lagi, apa lagi uninstall je apps yang menyakitkan hati tu. jimat duit agaknya sebab tak beli lagi kat situ lepas ni. Haha tak tahulah tu ye ke idok… kan? Buat macam tulah yang mampu, kalau saya orang kenamaan dah pergi buat report polis dah… hahahaha kemain ya sengaja petik isu report polis pada masa tengah hot ini ya… Ok jom baca isu isu mak pulak. Antara hikmah pkp pkpb dan apa je pk kat selangor ni, umat dalam rumah ni sekarang dah pandai makan menu sama beberapa kali. Kalau biasanya lauk tak abis terpaksa baung terus sebab memang tak ada yan

Kami dapat kotak putih

Image
Alhamdulilah syukur.. Bahagianya sangat rasa bila dapat bekalan makanan sekotak besar kiriman bonda dari kampung.. ya Allah terharunya...kat dalam tu macam-macam ada .. ketupat palas siap frozen hasil tangan nenek untuk cucu-cucunya yang diingati selalu, terutamanya anak saya  si abang tu yang pasti makan berbelas biji ketupat neneknya setiap kali balik ke Pasir Mas. Belas biji tu untuk sekali dia makan tau. Selain tu ada gula nisan, ada juga asam keping, ada serunding daging, ada serai , ada lagi makanan untuk kunyahan anak-anak hasil produk kelantan yang biasa kami beli kalau balik kampung… rasa seronok dapat kotak ni macam rayalah rasanya…bagus sangat perkhidmatan kurier LINE CLEAR ni, sangat cepat servis penghantaran barang dari Pasir Mas ke Selangor ni dalam masa sehari atau kurang 24jam. Semenjak PKP ni rasanya mak saya dah poskan barang 3 kali menggunakan perkhidmatan LINE CLEAR ni, sangat puas hati. Pos dari Pasir Mas jam 3 petang, esoknya jam 12 tengah hari dah saya terima.. T