Melawat orang sakit

Kebelakangan ni ramai kenalan saya yang sakit. Semalam pun di sekolah dan di whatapps banyak kali juga dibincangkan tentang melawat orang sakit.

Teringat saya masa melahirkan Naim dulu. 23 hari di hospital tau. Orang lain kalau bersalin secara pembedahan pun, akan dapat balik selepas 3 atau 4 hari sahaja, paling lama pun. Ni 23 hari! Tak pernah lagi orang lain yang dijaga di hospital selama tu atas sebab bersalin rasanya.

Saya pernah bagitahu sebabnya, tapi saya tuliskanlah sekali lagi. Tak payah korang cari entry lama ya. Sebab kami duduk lama di hospital masa tu, kerana tempat pembedahan tu kena jangkitan, jadi tak tertutup langsung atau jadi terbuka beberapa lapisan luar di perut saya masa tu. Mengerikan dan sakit sangat. Korang takkan dapat bayangkan. Setiap hari kena cuci tempat luka dan bahagian daging yang tak elok akan dipotong. Tahan sahajalah masa tu. Hanyir baunya tak payahla cakap. Kena tukar balutan beberapa kali sehari untuk elakkan bau dan tak selesa. Selepas baik sikit lukanya, barulah saya dibawa ke bilik bedah untuk dijahit kali kedua. Kali ni ubat bius sikit je diberikan, sebelum dihantar ke wad, saya dah terasa sakit. Tahan sahajalah. Jahitan kedua ni bukan guna benang yang mati daam kulit tapi sebaliknya gun tali tangsi yang kena ditanggalkan selepas 7 hari. Pengalaman betul.

Jadi, kes pelik ni memang cukup ramai yang berminat. Ramai sungguh jiran dan saudara yang datang melawat Naim dan saya di hospital masa tu. Memang terharu tau, di saat saya tengah sakit, ramai yang datang menziarah. Terasa ada yang ambil peduli. Nak tahu berapa ramai, korang fikir jelah daripada duit yang lebih RM 1000 yang Naim dapat daripada pemberian orang semasa dalam pantang tu. Orang kampung, kebanyakannya bagi RM 10 je. Ahli keluarga terdekat je yang bagi RM50 atau lebih, itupun beberapa orang je ahli keluarga kami jika nak bandingkan dengan jiran, jadi memang ramailah yang datang melawat kami di hospital masa tu.

Mungkin juga sebab ini kes yang jarang berlaku. Dan satu lagi kemungkinan yang menyebabkan ramai orang datang melawat kami masa tu, mungkin juga sebab ayah dan mak saya. Mengikut kata Mak, agaknya diorang segan bila tahu ahli keluarga Hj Him ada yang sakit. Bukan nak menunjuk kat sini, tapi bila difikirkan, mak ayah saya ni sejak dari kecil saya memang biasa lihat diorang ni pasti akan meluangkan masa melawat jiran atau saudara yang diketahui sakit. Duit pasti diberi walaupun tak banyak untuk meringankan beban ahli keluarga yang terlibat. Malah mak saya pun banyak kali juga bawa saya bersama bila saya dah dewasa ni. Katanya kita dapat datang melawat orang sakit, orang yang sakit tu dan ahli keluarga mereka dah rasa gembira. Kita dah menolong orang secara tak langsung.

Gambar penyeri: Antara pelawat yang datang melawat Naim di hospital hari tu. Kak Sal dan keluarga dari Muar. Lagi satu, kawan saya Ustazah Ma dengan keluarga yang kami terlupa bergambar. Takpa ya, niat baik korang tetap juga dihargai. 

# Tekad baru: saya nak jadikan amalan melawat orang sakit ni sebagai amalan keluarga. Kalau tiada yang lebih penting cuba luangkan masa untuk melawat. Bawa sekali anak-anak supaya diorang pun akan terbiasa dengan amalan ni.

#Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

# Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul....

Comments

  1. Betul tu..Buat baik dibalas baik..

    ReplyDelete
  2. kita mmg digalakkan ziarah mengziarahi..lagi2 melawat orang yg dalam kesusahan..sekurang-kurangnya kita dapat berkongsi sedikit apa yg dorang rasakan..

    ReplyDelete
  3. btl tu.ayh sy pn jenis mcm tu jgk suke melawat ble ad yg skt.moga amalan ini menjadi bekalan di sn kelak :-) yg penting ikhlas kn?

    ReplyDelete
  4. sedih tau kalau kita sakit org tak dtg melawat,waktu melawat tertijau2 jam..
    bila katil seblh dah ada org jenguk..rasa semcm je..

    “Sesiapa yang menziarahi orang sakit atau menziarahi saudaranya kerana Allah, nescaya penyeru (malaikat) akan berseru kepadanya: “Alangkah bagusnya engkau, alangkah bagusnya perjalananmu, telah tersedia untukmu sebuah rumah di dalam syurga!”.
    (Hadits riwayat at-Tirmidzi)

    ReplyDelete
  5. as-salam.
    betul tu kak. org kg sibuk macam mana pon dorang akan luangkan masa juga ziarah org sakit.
    sy pon byk belajar dgn mak ayah. mudah mudahan satu hari nanti turun kepada anak anak juga untuk menziarah orang sakit ni kan. kalau tak sakit pon kita patut juga ziarah saudara mara dan sebaiknya bawa la buah tangan. in shaa ALLAH sama sama kongsi rezeki

    ReplyDelete
  6. ngerinya pengalaman pembedahan itu.. saya oprex jg tapi dalam 5 hari je ddk hospital.. Alhamdulillah..

    wah mmg ramai yg pergi ziarah di hospital ye..sampai dapat byk colec duit.. tapi itu rezeki naim agaknya...

    ReplyDelete
  7. Pengalaman ya tu, AN. Saya pun lepas czer, hari ketiga dah balik. Hari ke-4 siap ambil penyapu nak menyapu rumah (kes terlupa kita baru kena czer) Bahagian yang dibelah langsung takda bekas maka tak tahulah macamana seksa dan sakitnya bila kena jahit sekali lagi mahupun luka dijangkiti kuman. Melawat orang sakit tu memang satu kemestian bila ada kelapangan. Arwah bapa dan mak saya juga memang jenis seluruh kampung pun kenal. Tiba kat anak-anak yang dok di KL ni, kurang dah kepopularan di kalangan orang kampung :)

    ReplyDelete
  8. bayak fadilat nyer kalau rakin melawat orng sakit ni kan !

    ReplyDelete
  9. Aisy... macam mana bleh terkena jangkitan ye? Sebab kecuaian Dr or faktor lain? As a guideline utk orang² yg operate. Mesti ramai yg nak tahu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahla.. dari hari kedua tu saya dah rasa sakit. Mungkin sebab peralatan masa operate tak dibersihkan dengan baik. Mungkin saya tak jaga dengan baik diri masa tu. Mungkin juga operation yg dibuat masa saya tengah demam panas tu ada kesan kepada diri. Entahla.. doktor pun masa tu tak berani bg jawapan

      Delete
  10. melawat orang sakit ni boleh buat orang tu rasa hepi dan bersemangat kan
    doa orang yang sakit mustajab

    ReplyDelete
  11. Tapi betul tau, orang tua2 kat kampung memang saya puji sangat perkara lagu ni, macam mana susah payah pun depa tetap akan pergi melawat kan.

    Tempat operate kena jangkitan eh, I can imagine sebab masa my mom operate fibroid dia, ada jiran katil sebelah tu kena berminggu overstay sebab jangkitan macam U mention ni, mmg kena betul2 jaga kan.

    ReplyDelete
  12. Elok ziarah org sakit , yg tak sakit pun boleh ziarah ;) , kesakitan kite hanya kita dan diatas sana yg tahu kan

    ReplyDelete
  13. sy membaca pasal AN di hospital tu smbil menecikkn anak mata n membayangkan kesakitan yg awk tanggung..Ya Allah sakitnya!pengalaman tu tak dpt dimana2 kan..

    setuju.kena jadikan melawat org sakit ni sebagai amalan..

    ReplyDelete
  14. ngeriny kak..lma plk tu kne thn..sy 3 hari je kt hsptl pun xsnggup dah..

    ReplyDelete
  15. lama dh rasanya tak ziarah org sakit.. selalunya ziarah kt rumah je. kalau ke hospital ada perasaan kesian dan syu tgk org2 sakit terlantar tu akak.

    ReplyDelete
  16. Mmg kes terpencil tu kalau cenggitu ......Syukur okje tak pernah .....
    Salah makan ke AN sampai tak katup perut tu......kalau okje mmg serik dah ........betul...elok jadikan amalankan....

    ReplyDelete
  17. betul tu..melawat org sakit atau menghadiri jemputan org mmg bagus,ada sorg pegawai kat ofis nih,dia akan pergi kalu org jemput dia kenduri,walapon jauh apa yg akak tgk rezeki dia sentiasa murah,mungkin sbb dia selalu penuhi undangan org agaknya

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?