Posts

Showing posts from April, 2024

Soalan biasa ditanya semasa hari raya

Image
 Assalamualaikum semua.. Masih dalam mood raya kan semua? Saya ucapkan selamat menyambut hari raya Aidilfitri tahun 2024.. alhamdulillah saya  menyambut perayaan kali ni dengan penuh gembira walau sederhana sambutannya. Awalnya memikirkan raya kali ni saya memang tak berniat nak beli baju raya atau tudung raya. Konon sedihnya kali ni beraya sebagai yatim piatu. Bulan puasa pun kali ni saya lalui dengan penuh kerinduan kepada arwah terutamanya mak. Saya teringat kalau biasanya pada bulan Ramadan selalunya mak akan menelefon bertanya apa menu saya masak atau beli untuk berbuka. Di saat mak dh tak berapa sihat pun dia mitak kakak telefon untuk tanya apa menu saya hari tersebut. Kadang kala menu saya akan ditiru oleh mak atau kakak pada hari berikutnya. namun, tahun ni tak dapat lagi panggilan sebegitu. Al fatihah kepada ahli keluarga kita yang telah meninggalkan kita , moga roh mereka tenang di sana dan ditempatkan di kalangan orang beriman. Walau apa pun, akhirnya saya beli jugak 3 pasan