Posts

Showing posts from April, 2019

Sambutan Hari Guru bernafas baru

Image
Sebelum korang baca entry ni,  amarannya,  entry ini mengandungi banyak warna kuning mustard. Selama 12 tahun bergelar cikgu,  tiap-tiap tahun ada sambutan hari guru.  Namun,  untuk tahun 2019 ni sambutan hari guru sekolah saya lebih istimewa sebab dianjurkan oleh para AJK PIBG dan dilaksanakan 70% oleh murid-murid atau lebih tepat lagi oleh para pengawas sekolah. Dengan bertemakan kuning mustard,  sambutan kali ni memang terasa perbezaannya.  Pentas telah disiapkan oleh para murid dalam dua hari sebelum majlis.  Biasanya ini kerja para guru,  sikit saja yang dibantu oleh murid.  Mungkin dikatakan majlis kali ni pecah tradisi sekolah kami yang biasanya tak banyak melibatkan murid dalam persiapan majlis. Bertungkus lumus murid pengawas menyiapkan pentas ni.  Terharu melihat daya usaha mereka ni.  Nampak ceria warna mustard ni rupanya.  Sebelum ni saya memang tak ada baju warna ni. Disebabkan tema maka saya belilah baju warna ni untuk meraikan majlis. Semasa persembahan p

Perangai buruk yang kadang-kadang diri sendiri pun bengang

Image
Assalamualaikum semua. Kita ni memang tak dapat lari daripada berkelakuan pelik atau dalam erti kata lain "perangai buruk" dengan orang tertentu atau pada masa yang tertentu, kan?  Korang setuju tak dengan kenyataan ni?  Eh,  ke saya sorang je macam ni paelnya?  Haha. . Baik mengaku. . Al kisahnya saya ni kalau bab barangan saya memang pantang orang main redah amik je tanpa tanya elok-elok,  apatah lagi kalau dah amik baru bagitahu.  Memang i hangin satu badan masa tu,  dah kena azan di telinga kiri dan kanan pun ada masa memang tak terasa cool lagi.  Ha,  nampak hasutan syaitan nirojim memang kuat kat ditu.  Memang kalau berlaku gitu,  memang rasa geram sangatla.  Lagi-lagi kalau barang tu baru.  Selalunya memang benda baru, cantik dan mahalla orang berkenan tu kan?  Pesen manusia juga,  suka nau barang orang. Padahal kalau ditanya elok-elok,  saya ni takla jahat nau.  Sebaliknya boleh jadi sebaliknya.  Kalau orang tanya baik-baik benda yang dah lama, contohnya dia na

LADAP ke Langkawi

Image
Assalamualaikum semua. . Kembali bersiaran dengan kisah lain.  Fikir nak menulis tetiba saya  teringat pasal Langkawi.  Jadi tercetuslah entry ni.  Panjang kisah Langkawi ni sebenarnya,  hampir dua tahun baru rombongan sekolah kami akhirnya sampai ke Langkawi. .. Hihihi. . Awal bulan Mac haritu,  kami satu sekolah telah ke Langkawi untuk program Latihan Dalam Perkhidmatan(LADAP). Mula-mulanya semua pergi sebab terpaksa. Dah arahan pengetua, semua kena ikut.  Rasa sayang kena tinggalkan anak selama dua hari. Hihi.. Kalau tak alasan anak,  ada juga yang beralasan lain.  Ada yang rasa tak cukup masa rehat semata mata nak ke Langkawi pada hujung minggu.  Tapi sebab dah diwajibkan,  akhirnya semua pergi je.  Kalau tak ikut,  nanti pentadbir bising.  Relakan ajelah.. Tapi,  bila dah ke Langkawi,  siapa tak seronok ya. . Tak berkira dah pasal duit atau masa. . Sekali sekala dapat keluar dengan kawan-kawan semestinya  seronok.  Terus lupa masalah kerja yang berlambak.   Nampak,  mu

Siapa hebat?

Image
Sebenarnya ada ke manusia yang hebat ? #stressdenganorangyanglerasanhebatsangat #diajebaikoranglaintak Emo pulak entry ni. . Moga Allah beri petunjuk pada insan sebegini ya..  Moga diberikan hidayah-Nya yang maha luas itu. 

Minat seiring dengan usia

Image
Terfikir nak menulis blog tapi tak ada idea pulak apa benda nak ditulis.  So,  meh nak tunjukkan koleksi pokok hijau yang saya ada.  Ha,  cantik tak? Rasanya dah tua saya ni,  sebab dalam dua tahun ni minat tanam pokok. Padahal satu masa yang lalu, saya ni tak pernah pun ambil tahu pasal pokok ke apa.  Apatah lagi nak menjaga pokok-pokok sampai 20 pasu sekarang ni. Sampaikan masa balik kampung pada hujung tahun lalu,  bila balik semula ke rumah ada nampak pokok mati saya dah kemurungan dan sedih.  Memang tak jangka tu perasaannya bila sayangkan pokok. Memang sah saya dah tua ni.  Inilah pokok pertama yang saya tanam.  Mula tanam dengan petik sikit batang pokok ni dari ruang depan pejabat sekolah. Dah lima kaki panjang tu sekarang. Segar mata memandang, kalau sampai di rumah nanpak pokok ni tergantung segar di laman rumah.   Cantikkkan...  Jenuh juga masa awal minat pokok haritu. Berapa kali ajak suami ke nurseri di Sungai Buloh. . Mujur dia ikutkan aje minat