Posts

Showing posts from 2020

Cukup bersediakah kita nak tempuh 2021?

Image
 Tak lama dah nak habis 2020 ni. Macam tak percaya pulak dah nak berakhir tahun 2020 yang ditunggu-tunggu sejak dari zaman sekolah lagi. Eh, macam salah pulak rasanya tajuk tu, patutnya tajuk entry ni saya tanyakan diri sendiri dah bersedia ke tak nak tempuh tahun yang bakal penuh cabaran, 2021?Orang lain bukannya tolong kita selesai masalah kita 100% kan? Kita lah juga yang nanti ada stress, ada up and down, ada suka ria dan ada jugak menangis sorang- sorang. Ah, tak kisahla apa-apa pun sebabnya selagi bernyawa, memang hidup pasti penuh dugaan dan halangan, kan? Wah bermadah pujangga kat situ. Kalau kena masa yang bermasalah tu, dengan serabutnya, dengan sedihnya mulalah stress tak pasal. Masa tu dah tak ingat dah kata-kata motivasi ni semua.  Tadi diari 2021 yang saya beli dah sampai. Wah, terharu sangat tengok diari ni. Elok sangat kejadiannya. Tak sangka diari sekarang lawa sangat. Rasanya dah lama sangat saya tak ada planner atau diari. Ada dapat planner hadiah daripada sesiapa se

Early birthday celebration

Image
 Assalamualaikum semua. Penulisan kali ni bersempena sambutan hari jadi si bongsu kesayangan kami. Dah 4 tahun 2020 ni, patut dah banyak sangat perkembangan si dia ni. Dah faham sangat apa yang berlaku. Kejap je rasanya anak-anak membesar. Haha, ya kan? dah boleh suruh banyak perkara dah sekarang si budak comel ni. Walaupun masa usia diorang setahun dua tu rasa letih penat dan lain-lain, sampai rasa jadi mak lampir kadang-kadang tapi bila masa dah berlalu ni  semuanya okje. Dah tak rasa apa dah. Alhamdulillah atas nikmat yang Allah dah berikan ini. Alhamdulillah juga tahun 2020 ini walaupun dunia diancam penyakit bahaya, famili kami bebas dari hospital. Alhamdulillah. hikmah daripada kurang keluar jika tak perlu, pakai pelitup muka dan pembasmi kuman ni. Jika diimbas balik pengalaman membesarkan anak-anak setakat ni, hampir setiap tahun ada je kes yang kena warded. Kes sawanlah, demam tinggilah, ezema lah, lung infectionlah dan lain-lain. Terutamanya si birthday boy ni, 3 kali dah ward

Resepi keluarga dan bendi hasil tanam masa pkp

Image
 Assalamualaikum semua. Siang tadi sikit kami makan tengah hari harini. Hihi, bukan lambat sikit kalau dah makan pada pukul 4.15 petang ni. Al kisahnya tadi kami dah makan kek. Jadi taklah terasa sangat menunggu siap masak untuk makan berat ni. Ternampak di instagram gambar kek ni, lalu  terorder la pulak sebab yang jual tu melayan kami nak ambil kek di tepi tol. Jauh ni belinya dari Rawang. Tapi alhamdulillah sedap keknya ni. Alang- alang kami dari Tapah tadi jadi taklah jauh pun, sehala je masa singgah tadi.  Memang nampak sedap keknya kan? Rasanya pun sedap, alhamdulillah. Ok, kembali ke kisah bendi yang ditanam semasa PKP haritu. Rasanya lama sangat dah tanam tapi alhamdulillah dua minggu lepas pokok bendi tu mula menunjukkan hasilnya. Walaupun buahnya keluar sebiji-sebiji, perasaan teruja tu sentiasa ada. Sebelum keluar kerja, jenguk pokok bendi dulu sambil kira buahnya. Masa balik kerja pun sama, mesti tengok pokok bendi dahulu sebelum masuk ke dalam rumah. Kali ni dapat 3 biji p

It’s okay not to be okay

Image
 Assalamualaikum semua. Kesibukan semasa selalu melekakan kita, kan? Ada masanya saya cuma berharap setiap hari berakhir dengan kerja siap mengikut masanya. Cuba tak buat diri sendiri stress sebenarnya. Tapi ada masanya banyak benda yang akhirnya kita abaikan. Tak sedar pun kita abaikan benda tu sehingga diduga tentang perkara tersebut. MasyaAllah. RahmatMu sememangnya sangat besar dan tak terfikir oleh hambaMu ini.  Terima kasih Allah. Sesungguhnya dugaan ini walaupun cuma separuh hari, dah menyeksa hambaMu ini dan menginsafkan hambaMu ini sesungguhnya.  Meh sambung kisah ni, asalnya semalam saya nak tulis macam tu je, konon biarlah rahsia. Tapi sekarang ni terasa nak menulis panjang sikit jadi kita tulis jelah. Kisah dugaan di atas tu sebenarnya taklah besar mana bila kenang sekarang. TAPI, semalam petang sehingga lewat malam tu terasa macam dunia nak terbalik dah. Laptop yang digunakan buat kerja sehari-hari ni secara tiba-tiba tak boleh masuk windows. Kemudian, bila suami saya cuba

Pengalaman ada anak speech delay

Image
Assalamualaikum semua. Saya kembali menulis di sini, catatan pengalaman membesarkan anak, semoga di saat tua nanti kalau terbaca semula kisah ini, dapat diimbas pengalaman yang pernah dilalui dengan anak-anak. Mungkin juga dapat memberi sedikit sebanyak inspirasi kepada ibu bapa lain yang mengalami masalah yang sama. Pengalaman saya mengajar murid sekolah menengah selama 13 tahun ni, tidak terkecuali terjumpa dengan murid yang ada masalah pembelajaran. Lagi-lagi semasa saya masih bertugas di sesi petang, saya ni setiap tahun 'diberi peluang' mengajar kelas hujung. Jadi sudah pasti sentiasa berhadapan dengan murid yang bermasalah. Pelbagai masalah yang saya pernah jumpa. Walaupun lokasi sekolah saya ni di bandar, namun saya pernah ada anak murid bermasalah yang mempunyai ibu bapa berprofile tinggi. Jadi, saya menganggap masalah anak-anak ini sebagai satu dugaan yang 'ibu bapa  terpilih' ini perlu hadapi. Sebagaimana seorang guru tidak boleh memilih kelas yang ingin

Sejak PKP banyak perkara dah lain ke?

Image
Hai semua, jom saya nak kongsikan kisah hari ini. Tak tahulah nak kategorikan lucu ke, sedih ke atau maybe gabungan kedua-dua tu. Layankan ajelah ya korang. Al kisahnya tengah hari tadi, anak minta nak makan kimbab. Jadi tak payah masak, semua beli je, kata si bapaknya. Jadi apa lagi, mother happylah kan? Semestinya la kalau dapat cuti masak dan kemas sangat happy. Lagipun sejak PKP   ni tak pernah lagi beli makanan korea, jadi tiga bulan tak merasa taste korea. Jadi mother pun pesanlah sekali apa yang dia terasa nak makan. Apa yang terjadi tadi, si bapak pergilah beli makanan kat mall. Tapau dan bawak balik, musim ni mana boleh makan kat kedai kan. Masa bapak order , bapak call si mother dan dia tanya , “ Mama nak order bulgogi kan? Nak ala carte atau set?” . So mother pun jawablah , “ Ala carte jelah”.  Kemudian bapak sambung lagi, “Betul ke ala carte, kalau ala carte tak ada nasi! “ “Eh, pelik betul ni, order sambil tengok menu tak tu? “ tanya lagi si mother. Tak puas hati si ba

Mengajar online musim PKP

Image
Assalamualaikum semua. Lepas bulan Ramadan dengan masih lagi di musim cuti pertengahan tahun ni, buat saya terasa seharian panjang sangat masanya. Dah berkali-kali tawaf kawasan rumah, makan pun dah berkali-kali, kemas pun berkali-kali masih lagi belum lewat petang. Rasa banyak sangat masa lapang. Nak berjalan ke mall yang berdekatan, memanglah tak ada kalau saja-saja. Setakat enam hari berhari raya ni tak terasa ada keperluan nak menjengah ke mall lagi rasanya. Nak adakan kelas online macam biasa pulak tak dapat jugak sebab murid tengah cuti. Kalau buat nati dapat aduan kang cari susah tu maknanya, hihi.  Credit to Miss Adilla, yang kerap kali snap gambar semasa kelas online saya dan masukkan di ig story dia. Mujur dia tak snap gambar semasa cikgunya nganga mulut. Tak sangka betul 2020 yang dinantikan ni macam ni keadaannya, kan? Mengajar dengan normal baharu ni pada mulanya terasa tak puas hati. Eh sampai skrg pun saya rasa kurang puas hati sebab tak dapat melihat wajah anak

Raya at home Aidilfitri 2020

Image
Assalamualaikum semua, Meriah tak sambutan Aidilfitri korang kali ni? Banyak buah juadah raya dan kuih tak? Beraya dengan keluarga besar ke macam mana tadi? Sesungguhnya Allah menduga umat-Nya yang mampu menghadapi ujian-Nya, kan? Mari kita mulakan dengan memegang kata-kata tu agar kita ni sentiasa redho apa adanya. Ujian demi ujian pastinya adalah untuk menambahkan keimanan kita kepada Allah. Ok cerita pasal raya kali ni. Anak-anak pastinya yang paling gembira bila raya. Pada mulanya Naim dah macam tak nak beraya sebab kami putuskan tak pergi beraya ke rumah kakak di Keramat, jadi Naim kecewa sangat. Siap moncong dan hentak kaki lagi pada hari kami bagitahu pasal beraya di rumah tu.  Namun, budak-budak kan? Kejap je mood dia tu. Bilq tiba hari raya ni dia ok je rupanya. Anakanda berdua ni nampak gembira je seharian tadi kerana dah habis puasa sebulan. Alhamdulillah puasa kali ni kedua-duanya dapat berpuasa penuh. Budak ni terutamanya, sangat bangga dengan pencapaiannya. Dah be

Hati-hati dengan manusia jahat mengambil kesempatan di musim covid-19

Image
Assalamualaikum semua, semoga semua selamat dan sihat pada masa ni ya. Apa-apa pun stay home and stay calm ya. Dah hari ke 14 rasanya harini kita dalam PKP atau RMO ni pasti masing-masing dah biasakan diri ya? Bila kat rumah je ni ada masa fikir hari apa tarikh apa lama baru dapat jawapan. Adeh!!!Namun, rasanya dah makin biasa dengan keadaan ni. Dah mula ada rutin baru bangun pagi sampai ke tidur malam. Kalau mula-mula kat rumah tu sepah sana sini, sekarang berkat jadi mamamonster, boleh tahan la. Rumah saya lah ni kisahnya, bila anak-anak umur 4-10 ni dah biasa mama marah kalau sepah sangat sekarang agak terurus la sikit. Pastinya takla kemas macam rumah orang yang tak ada anak kecil. Anak-anak pun dah belajar secara tak langsung dengan situasi ni apa boleh dan tak boleh. Alhamdulillah budak bertiga ni boleh faham tak boleh keluar walaupun pada awalnya si kecik, tiga tahun 6 bulan tu asyik jerit “nak pergi mall” atau “nak naik car”, lepas beberapa hari dia dah tak ada buat perangai

Persediaan kita menghadapi Covid-19

Image
Assalamualaikum semua. Alhamdulillah kalau korang masih mampu membaca entry ni, maknanya korang tergolong dalam kalangan mereka yang masih selamat daripada benda penyakit yang virus kian mengganas ni. Eh, takut, kan? Baca statistik pun terasa gerun sebab bilangannya meningkat dari hari ke hari. Lagi-lagi kalau benda yang merebaknya tanpa sedar, selepas beberapa minggu baru nampak kesannya, eh tak pasal tetiba terlantar sakit! Tak pasal-pasal satu family dah terkena sekali gus, mintak simpang weh. Jadi, mehla kita sesama beringat. Janganlah hanya tahu statistik tapi tak ambil apa-apa tindakan mencegahnya. Buatlah demi keluarga kita, demi kawan-kawan kita dan diri kita. Sentiasa pastikan kebersihan diri dengan cuci tangan atau pakai hand sanitizer sekerapnya.  Ingat, musim ni jangan selfish. Bagi peniaga tu, janganla jual face mask atau hand sanitizer dengan harga cekik darah. seterusnya, kalau boleh jangan sengaja keluar ke kawasan awam kalau memang diri tu sakit. Bagi mak ayah,

Bila keputusan SPM dah tahu

Image
Alhamdulillah akhirnya berakhir pertanyaan dan kerisauan pasal SPM 2019. Pejam celik masa menunggu memang tak lama. Tahniah diucapkan kepada semua murid yang mendapat keputusan SPM pada hari Khamis yang lalu. Nasib jadi cikgu ni, tiap-tiap tahun merasa berdebar nak menunggu keputusan SPM ni. Kalau kerja lain, maybe merasa benda ni masa diri sendiri amik SPM dan masa anak ambil sahaja. Ini para guru memang tiap-tiap tahun lah merasanya. Adat peperiksaan, ada yang baik, ada yang sederhana dan ada yang pasti mengecewakan. Apapun insyaAllah apa yang telah diperolehi tu adalah apa yang telah diusahakan. Jangan kecewa ya kalau hasilnya tak seperti diharapkan.  Antara caption di instagram anak murid saya . Keputusan dia katanya kurang daripada apa yang diharapkan. Namun sebagai guru, saya dah berbangga dah bila dia dapat buat yang terbaik semasa kat sekolah.  Ini pulak yang gembira dengan keputusan masing-masing. Alhamdulillah tahniah kepada semua. Cikgu tumpang gembira denga

Ayahandaku sentiasa dalam kenangan

Saya tak tahu dari mana nak mula menulis. Terutama bila nak menulis tentang ayah yang dah tak ada. Apa pun sebagai umat Islam, saya yakin Allah dah buat semuanya tepat pada masanya, tak lewat seminit atau tak juga cepat walau seminit. Terima kasih Allah kerana telah memberi kami sekeluarga masa bersama arwah ayah sehingga akhir tahun 2019. Detik 5.43 pm hari Selasa 31/12/2019 rasanya akan jadi saat yang akan saya kenang sampai bila-bila. Detik di mana mendapat panggilan daripada Kak Bi tentang pemergian ayahanda kami yang sememangnya sakit terlantar sejak awal Disember yang lalu. Siapa menyangka dan tak siapa menduga detik tu jadi tarikh pengakhiran. Mengikut cerita kakak yang sememangnya ada bersama dengan ayah, beberapa minit sebelum ayah menghembuskan nafas terakhir, ada beberapa orang saudara kami datang melawat ayah kami. Sebenarnya sejak setengah bulan yang lalu, hampir setiap hari ada saudara atau jiran yang datang melawat arwah untuk bertanya khabar. Semasa saudara yang dat