Bajrangi Bhaijaan



Salam keberkatan di hari Jumaat ni. Ai, senangnya dalam hati, sesi 2015 dah nak habis. Anak-anak dah nak mula peperiksaan hari ni.. maka pagi ni masa cikgu nak berhoray-horay.. Ai, lupa pulak nak tanya, korang sibuk ke semua? 


Alang-alang ni masa bergembira sebelum menerima bungkusan kertas soalan pepeiksaan, semalam saya minta suami muat turun cerita Hindustan. Dah lama betul tak tengok filem hindustan ni sebenarnya. Kesnya, semalam masa saya dan rakan-rakan buat kerja-kerja pengurusan di bilik kerja guru, kami buat kerja sambil mengimbau kenangan lalu. Kebetulan masa buat kerja tu, salah seorang rakan pasang radio. Channel lupalah namanya, tapi langsung tak ada iklan sepanjang dua jam lebih masa kami kat situ. Ketika terpasang lagu lama hindustan, maka kemainla masing-masing cakap seronok dengar. Itulah dengan tiba-tiba salah seorang rakan bagitahu antara cerita terbaru yang sedap, katanya BAJRANGI BHAIJAN ni. apa lagi, balik je semalam, mintaklah suami muat turun. Kisahnya pasal budak comel kat atas tu.. Aduhai, cair hati dan meleleh air mata mula-mula tengok tau. Budak ni terpisah dengan ibunya dan berjumpa dengan Salman Khan. Dengan tak faham sangat sebab tak ada sarikata, tengok juga. Kemain tak sabar, suami cakap malam ni dia buatkan jadi ada sarikata, tapi nak juga tengok...

 Si cantik jelita ni pun ada berlakon.. Memang rela tengok walaupun tanpa sarikata weh..ni sebagai kekasih Salman Khanla..

Ok, nak sambung menikmati kisahnya. Moga budak Pakistan ni akan kembali bersatu dengan ibunya.  Dia terpisah masa ibunya nak bawa dia menerima rawatan di India. Dahla budaknya bisu, macam mana kisahnya sampai berjaya Salman Khan bawa di balik ke tempat asalnya ni. Tengok kisah budak comel macam ni, mulalah teringatkan anak sendiri. Dengan Naim yang nak makan bersuap, Nzif yang 24 jam dalam pelukan mama ni, mintala dijauhkan daripada kejadian macam ni.



Saat-saat Shahida mula bercakap. Setelah berjaya Salman Khan bawa budak ni kembali ke pangkuan keluarganya, budak yang bisu ni dapat bercakap tau. Memang lain lakonan Salman Khan kali ni, berkesan sungguh. Watak matang!

Comments

  1. ye tgh exam bersambung next monday...bz tgh suruh2 anak ulang kaji...itulah pesanan sampai naik bosan dh diorang..mak2kan kalutlah..

    cerita hidustan tak dak masa dah nak tonton la aisyh....tv pun tak buka..mlm tadi tok pencetus ummah pun tertidur....tv tgok knor adalah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. saya pun Knor..rasanya dah bertahun tak layan hindustan ni.. terpengaruh dengan cerita Karamjeet semalam tu yang saya tengon ni.. sedih dan best cerita ni Knor.. memang sesuaila

      Delete
  2. masa dlm perjalan ke opis tadi terjumpa budak2 sekolah bawa buku teks byk2.. dlm hati "aii depa dah kena bawa balik buku teks ker"... teringt zaman2 sekolah dlu.mcm tulah..tak sedar dah nak berakhir 2015....
    Tak lama tak layan cerita hindustan... hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. kami sokmo menghitung hari nk habiskan tahun ni.. tu yg mula berbunga2 bila dah mula exm ni.

      Delete
  3. Wah, gembira sungguh cikgu ya persekolahan 2015 dah hampir ke penghujungnya. Cikgu pun manusia biasa juga, naklah juga berhorey-horey katanya ^_^

    Dah lama sangat tau AN saya tak tengok cerita Hindustan. Sebenarnya saya tak berapa minat sangat. Dulu ada jugalah tengok zaman SRK jadi hero pujaan. Salman ni pulak saya memang tak suka sebab suka aje berlakon tak pakai baju. Menyampah sungguh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha..saya pun biasanya tak suka juga lakonan Salman ni. Tapi dalam cerita ni lain tau..memang kena tengokla..pasti basah baju Kak Ton weh..

      Delete
  4. Smlm tgk anak² buah bertungkus lumus membaca buku..buat ulangkaji...
    semoga segalanya dipermudahkan la...Amin...

    ReplyDelete
  5. Okje tak suka Salman Khan berlakon AN....Kareena Kapoor pun bukan heroin faveret so kesimpulannya mak malas nak tengok....hihi.....

    Main peranan jugak pelakon ni nak menarik org tengok rupanya ek....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. jangan pandang pelakonnya.. percayalah memang citernya best..

      Delete
  6. Cite hindustan femes balik masa demam Kuch Kuch ho Tahey rasanya sebelum tu dan selepas tu dah kuram demamnya kan AN

    ReplyDelete
  7. Comelnya muka budak tu.. Takda sarikata pun blh phm kot.

    ReplyDelete
  8. Hebat Aisy ni!
    Dalam pada tak ada sarikata pun boleh layan sampai meleleh-leleh airmata
    Tengok hindustan kalau tak meleleh airmata memang tak sah kan..

    ReplyDelete
  9. akak suka lakonan slman khan sejak dulu
    .birpun pelbagai kontroversi..tapi akk tetap minat dia :-))

    ReplyDelete
  10. saya layan jg hindustan..
    tp artis yg baru2 ni, seksa mata nak tengok...
    setakat kareena kapoor tu OK la lagi..
    tak pe, nak tgok jgk la..dah kate jln citer best...
    kite peminat abishek n aiswarya rai...kekeke..

    ReplyDelete
    Replies
    1. adoi bru hbs tgok..
      (T_T) jgk, huhuhu...
      wpun xda sarikata..hee

      Delete
    2. Yeyey.. ada orang yang sependapat dengan saya!!! Terbukti best kan??

      Delete
  11. yes! tgh tgk citer hindustan Kareena kapoor berlakon . Ekk Main Auk Ekk tu ..hehehe

    ReplyDelete
  12. Menarik jalan ceritanya..tu la kan biasa salman khan dok berlakon cite jadi hero cintan cintun tak pun isu kekeluargaan..yg ni memang nampak lain..to klu tgok tanpa sarikata sy ni tak layan la kot.dh la tak berapa minat hindustan

    ReplyDelete
  13. wah macam best jer cerita nih, akak pun penggemar filem hindustan dulu2, cuma cerita baru yg sekarang ni je dah tak tengok sebab macam heroin terlalu seksi dan jalan cerita tak menarik..hehehe

    mungkin boleh tengok cerita ini pula nanti...

    sekolah dah nak abis sesi untuk tahun ni ye...tapi rasanya cuti2 pun cikgu tetap sibuk kan

    ReplyDelete
  14. salam singgah...lawatan perdana....:)

    ReplyDelete
  15. Mana entry tak tahu malunya..dr semalam dok klik not exist.huhu

    ReplyDelete
  16. Bunda pun sama, dah bertahun dah tak tengok hindustan...lagi pun cerita hindustan sekarang ni kurang mesej...berbanding yang dulu2...walaupun banyak lagu panjang2 macam dulu2.....tapi tak sama ..pakaian artis wanitanya tak payah cakap lah...bukan main seksi mengalah filem mat saleh lagi,,

    Nak pulak tayangan siang hari, depan anak2 kecil kan tak manis..

    ReplyDelete
  17. eh..nak cari lah.saya memang minat hindustan..kalau betul lah lakonan Salman Khan lain dari kebiasaan, then wajib lah tengok abang sado tu..hihi

    ReplyDelete
  18. tu la tetiba baca tajuk mcm pelik je
    cikgu ajar bhasa hindustan ka.
    citer bru ye. nak suruh suami download jugak la.dia pemnt hihi.sejak laptop lama hilang dh lama x layan hindustan sbb dalam laptop tu smua koleksi hindustan yg top dulu dulu..

    ReplyDelete
  19. Auchhhh sedih plak...ni bru baca kisah dia lom lagi tgkkkk kalo dokkkk berjejeran la air mata ini...huaaaa

    ReplyDelete
  20. yup nak abis da sessi 2015 ekk.
    moga anak2 aida selamat la dok exam akhir thn next week.
    moga takde lagi jerebu and anak2 aman gi skola :)

    ReplyDelete
  21. anak saya pun baru minggu ni start exam
    patut minggu lepas =)

    saya dah berzaman tak layan hindustan
    tapi baca review cikgu AN ni
    cam nak kena cari juga cite ni

    p/s-handsome lagi dak salman khan? hehe

    ReplyDelete
  22. mesti sedih sgt2 cerita ni..

    mmg comeyss lah budak perempuan ni

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?