Posts

Showing posts from October, 2022

Anxiety attack

Image
 Assalamualaikum semua.. Lama saya tak menulis di sini, terasa nak mencatatkan sesuatu pulak malam ni. Sebagaimana tajuk kali ni, ya saya nak menulis tentang anxiety attack. Apa tu anxiety attack? Korang tahu tak? Saya pun sebelum ni tak mengambil tahu tentang penyakit atau perkara ni. Kehidupan saya rasanya sebelum ni langsung tak ada pun mengalami hal macam ni. Sehinggalah pada suatu ketika saya macam rasa saya ni sedang berdebar-debar sangat, debaran yang sangat ketara sehingga saya terfikir yang adakah saya mengalami sakit jantung? Debaran yang saya rasa tu banyak kali terjadi pada masa saya rehat, contohnya semasa saya sedang berbaring nak tidur atau semasa menonton televisyen. Pernah juga terjadi debaran kuat macam tu semasa saya nak melakukan aktiviti harian yang lain. Pernah juga saya sampai tak dapat nak tidur malam kerana terasa denyutan nadi yang kuat sampak saya rasa saya dengar degupan tu seolah-olah dalam drama tv. Paling suspen kejadian debaran kuat ni ialah pada suatu h