Menu kegemaran yang dipandang sepi
Kesian anak mama yang tengah sakit ni. Hari ni air sikit je yang masuk ke perut. Bila adik dan papa makan buah jambu, Naim ambil sepotong tapi yang dikunyahnya cuma sedikit, selebihnya dibuang dengan alasan tak sedap. Tak sedap di mulut orang sakit. Berkali-kali Naim muntah hari ni. Tersangat risau hati mama ni..
Mana tak risau. Rumah yang biasanya disepahkan, dah dua hari ahli mahirnya tak bergerak pun. Ditawarkan pelbagai makanan yang biasanya jadi kegemaran Naim, semua digelengkan kepala. Biasanya tak pernah ditolak ais krim coklat (magnum), ayam goreng (kfc), pizza (dominos), ikan bilis kicap, sayur hijau, biskut oreo, satey, gula-gula dan banyaklah lagi yang biasanya memang Naim cukup gemar makan.
Perasaan mak macam nilah agaknya kan. Patutla saya tengok mak saya dan mak mentua biasanya masak macam-macam bila anak balik. Anak dah ada anak pun mak pasti nak uruskan hal cucu pula. Cucu sakit pasti nenek pun susah hati, berkali-kali telefon tanya keadaan cucu yang demam.
Mak saya tadi bagi petua untuk muntah Naim, katanya ikat tali kasut di leher. Haha.. kelakar pun ada, tapi mak saya kata masa kami kecil-kecil dulu, petua tu menjadi. Tadi saya tak sempat buat pun, kebetulan tuala sejuk yang sedang buat tuam kepala Naim tu ada, saya pun lilitkan di leher Naim. Secara tak langsung hilang panas badan Naim dan entah betul kesan petua tu atau sememangnya dah nak kurang muntah, Naim cuma muntah sekali je lepas tu. Lain kali cubalah ya..mana tahu memang petua ni berjaya?
Cuainya saya. Hari ni baru saya sedar yang saya tak bacakan apa-apa ayat untuk Naim sepanjang demamnya dua hari ni. Terus saya bacakan doa Nabi Nuh dan selawat Nabi semasa saya lapkan badan Naim. Semoga dimudahkan segalanya. Apa ya doa yang korang amalkan semasa anak atau diri sendiri tak sihat? Jom kongsikan.....
ANAK MUNNA PUN DUA2 DEMAM .... DAH 2 HARI TAK PERGI SEKOLAH HARAPNYA ANAK KITA LEKAS SEMBUH
ReplyDeletealaaaah kesiannya, cepat sembuh yer sayang, mmg kita takkan senang duduk kalau anak sakit, rasa nak hidang semua makanan kat depa even depa tak nak makan.
ReplyDeleteMak saya pon pernah bagi petua tali kasut tu. tapi saya pon tak pernah Cuba juga. Tak tahulah jadi ke tidak
ReplyDeletemasa saya kecik, ummi saya pun selalu pakaikan tali kasut tu… mmg menjadi tau walau susah nak buktikan secara sainstifik :)
ReplyDeleteAla, sedih baca catatan mama… cepat baik yer Naim, sian mama susah hati Naim tak lalu makan… tapi mama pun kena jaga diri :)
petua tali kasut tu org2 tua biasa buat dulu..katanya nak halang cacing dari naik ke kepala//tekak hehe
ReplyDeletemoga naim cepat sembuh,adam warded ni kat klang,ada bisul di mata mungkin kna operate..
ReplyDeleteya Allah sesungguhnya hamba mu ini sakit,
ReplyDeleteEngkaulah Tuhan yang Maha Penyayang dari yang penyayang. doa nabi Ayub a.s
moga anak ni sembuh sepenuhnya..insha Allah
mmg arwah mak akak pon bg petua ikat tali kasut tuu..tapi bila mia muntah.. akak tak ikat pun... sbb dalam masa 2 hari muntah dah lega...
ReplyDeleteharap cepat baik ye... bagi minum air garam nnt.. cian banyak muntah tuu
semoga cepat sembuh yer...saya pun seminggu demam. Hari ni baru datang kerja.
ReplyDeletesalam kenal….tak pernah dengar petua ikat tali kasut tu. jgn percaya bulat2 dah la kan. syafakallah, semoga naim cepat sembuh
ReplyDeletepetua ikat tali kasut tu mmg menjadi lah kalau family KA Ni.. moga2 semuanya dah okey yer
ReplyDeletePetua tali kasut tu tak pernah dengarlah, AN. Nak cuba ngan tali kasut kat leher anak pun ngeri :) Naim ni sama macam si Abang. Dia jarang demam tapi bila demam flat terus. Semua pun tak lalu walaupun jadi kegemarannya. Ni kat rumah si Adik dah start panas badan since petang semalam. Dah bagi ubat harapnya tidaklah berlarutan demamnya. Susah hatikan kalau anak-anak sakit.
ReplyDeleteNaim belum sihat lagi ke? Pernah dengar pasal petua ikat tali kasut tu AN tapi Okje tak pernah buat pun.... kalau boleh membantu dengan kuasa Allah apa salahnya. Memang risau bila anak demam atau sakit..... OKje tak de petua, cuma agi ubat klinik jelah, buh towel basah kat kepala, itu aje le gamaknya....
ReplyDeleteKenapa muntah agaknya yek....perut kosong tu tak selera makan...
Belum okje.. masuk wad pulak ni..
DeleteKesiannya...semoga Naim cepat sembuh..
ReplyDeletepetua tu saya pernah dengar tapi tak pernah try pun..
ReplyDeletecamne naim skrang aisy...hope dah okey dah...skrang ni musim org sakit lah...hope naim okey dah...siapnye lahai kalo muntah2 nieh...lembik lemah segala badan rasenye...kite yg besar ni pun kalo kene mmg longlai...ini kan plak budak kecik kan....
ReplyDeleteakalau sampai tak selera tu memang rasa tak sedap hatiler kitakan..
ReplyDeletemoga cepat sembuh.. anak2 sakit akak memang suka call mak tanya macam2...
selalunyer apa yang dia bagitau berguna untuk kita....
assalam.maap lama tak singgah. tenkiu sbb sudi jengk blog saya walaupon kita tak face to face.. hihi. tima kasih di atas doa yg dikirmkan..
ReplyDeletesian naim.. srmoga cpat sembuh ye.
sy pernah buat mcm tu msa saya muntah kena migraine. mak saya bg tips tu. tapi x jalan juga
Salam AN,
ReplyDeleteLama pulak kali ni senyap! Naim apa khabar? Dah sihat ke belum? Katanya kena warded. Harapnya dah beransur sembuhlah ya si comel Naim nih.
petua yg pertama kali nina baca.. nanti kalau nk muntah boleh cuba. mesti naim makin kurus nanti sbb xlalu nk makan. hurmmm
ReplyDeletekesian.musim demam kan. cuaca tak menentu skrang ni
ReplyDeletesaya pun bacakan doa yg sama kak..doktor yg ajarkan pada saya dulu..pastu selawat banyak2..niatkan dengan berkat nabi moga Allah sembuhkan sakit anak..
ReplyDeletesy mmg selalu tak terima petua yg tak masuk dek akal camtu..tp kan utk kebaikan anak tak rugi pun klu kita buat..kesian naim asyik muntah je ye..
ReplyDelete