Posts

Showing posts from June, 2012

Hati-hati : Kosmetik tiruan ancam wanita

Membaca petikan akhbar hari ini, saya tak terkejut dengan berita ini. Walaupun saya ni bukan orang suka bermekap, namun kekadang bila melalui premis-premis di pasar malam atau gerai-gerai tak berlogo di sekitar pasaraya (bukan di dalam pasar raya ye), selalu saya meragui ketulinan produk yang dijual. Berita melaporkan bahawa kemungkinan terdapat campuran formula ‘rahsia’, tetapi berbahaya di dalam kandungan produk yang bukan sahaja boleh merosakkan kulit dan wajah, tetapi organ dalaman secara perlahan-lahan. Jangan kerana nak bergaya, melawa dan jimat wang kita kaum wanita menggadaikan kesihatan kita untuk jangka masa akan datang ye...

Tambah anak, confirm ke tak?

Tambah ke tak nak? Kalau saya diberi pilihan tentulah tak nak....Alasan saya tak nak sebab tak larat nak layan ramai sangat, yang ada pun tak berapa cukup mental dan ketahanan fizikal melayannya.. Hehe, ni bukan bercakap pasal anak sendiri. Ni tentang anak murid di sekolah. Realiti yang pihak luar tak tahu, kekurangan guru di kebanyakan sekolah. Di sekolah saya je untuk sesi petang setakat ni kekurangan 3 orang guru. Seorang, kuota ustaz dari awal tahun lagi sememangnya tak ada. Kemudian tengah tahun hari tu, seorang rakan dapat bertukar ke Kuantan, kurang lagi seorang. Seminggu lepas, seorang lagi rakan kami telah dipindahkan ke Subang. Penyelesaian yang terkini yang pihak pentadbiran maklumkan ialah membubarkan 1 kelas yang ada. 10 kelas jadi 9? Abis budak-budak akan dilonggokkan di kelas-kelas yang ada kan? Jadi, nak tak nak bilangan murid yang sekarang di sekitar 31-35 orang sekelas akan bertambah menjadi 37-40 orang. **********************************************************

Aplikasi tuala wanita : Kain

Image
tuala wanita daripada kain Sebelum ni kita tengok produk lain je yang perkembangannya macam ni.. Tukar macam-macam, akhirnya berbalik ke rekaan yang pernah ada dulu..Contoh, beberapa tahun dulu, tudung kain bawal memang cukup popular. Macam-macam gaya pemakaiannya, nak bubuh berapa pin pun tak kisah. Bila datang tudung fesyen sauk(pakai terus) aje, wanita mula beralih ke tudung ni kerana lebih senang menguruskannya dan pelbagai lak warna dan fesyennya. Tapi kita tengok kebelakangan ni, tudung bawal ni dah mula naik lagi kan? makin ramai yang dah mula menggayakan kembali tudung bawal bercetak yang dijual di pasaran kini. Macam tuala wanita ni, dulu masa zaman mak dan nenek semuanya menggunakan kain. Bentuk macam mana kain tu tak tahu la, sebab kita dah membesar dengan memakai tuala wanita pakai buang sebagaimana yang terdapat di pasaran sekarang.. Ni, dalam akhbar hari ni, ada dipaparkan pengusaha tuala wanita jenis kain, tapi dengan pelbagai ciri keselesaan dan manfaat untuk kesi

Semua nak, tauke pun leh bangkrap!!

Naim sekarang di fasa semua nak...  Anak sorang je, kalau nak keluar takkan tak bawa ye? Bawa lah, tapi akan ada pula masalah lainnya. Papanya citer, setiap petang bila diambil dari taska, Naim akan tunjukkan gerai pisang goreng yang ada di jalan bertentangan. Sebelum balik dia minta nak pergi taman permainan sebab ada taman permainan di perjalanan balik. Kalau ada orang bermain layang-layang, kena duduk kat luar dulu sebab jiran-jiran selalunya petang-petang akan main layang-layang. Kadang-kadang taknak masuk rumah lagi walaupun dah pukul 7, selagi pakcik-pakcik kat luar tu tak beredar. Kalau bawa dia ke pasar raya, atau kedai runcit di BSP ni pun, mamanya memang kena beribu kali sabar. Macam semalam, Naim mulanya elok je duduk dalam troli Giant tu.. Tapi, bila nampak sabun, "mama, nak sabun.".  Jalan lagi, nampak berus gigi, dia nak berus gigi. Kat tepi tu ada tuala wanita, dia pun tegur, " Mama punya...". tapi yang ni dia tak ambil, hehe, tahu juga rupanya. J

Kak Pah pun dah, anda bila lagi?

Image
Datuk Sharifah Aini tunjukkan borang pendaftaran sebagai pengundi Kak Pah kita semalam dah daftar.. Awak dah? Saya dah lama daftar.. Kalau belum cepat-cepat laksanakan tugas sebagai warganegara ye... siapa yang awak nak undi nanti tu tak kisah la... yang penting laksanakan tanggungjawab kita.

Mencuba berus gigi colgate slimsoft

Image
Apalah, berus gigi pun nak kecoh? Macam mana tak kecoh, kalau setiap hari gusi berdarah je, siapa boleh tahan, kan? Malah ada masanya ketika tak berus gigi pun gusi ada juga berdarah. Jadi kenalah usahakan sesuatu untuk mengatasi masalah ni. Kebetulan semalam semasa di Giant, tengok-tengok apa yang nak dibeli, ternampak berus gigi ni. Tengok dengan reka bentuk bulunya yang nampak betul-betul halus daripada berus gigi yang pernah saya gunakan, saya pun beli lah. Dah cuba guna pun baru sekejab tadi.. ok, boleh tahan, sesuai dengan gusi mak buyung yang selalu berdarah ni. sebab lembut jadi gusi tak  berdarah lagi.. lega tul tadi..

Lain dulu, lain sekarang

Kebelakangan ini saya sering dilanda sesak nafas. Rasanya dah 3 hari dan hari ini semakin kerap gejala ni. Setakat ini rasanya taklah membimbangkan lagi. Taklah gejala ni mengganggu aktiviti, cuma membuatkan rasa tak selesa dan sedikit risau. Malah saya menyelidik melalui penulisan di beberapa blog lain, semua menyatakan gejala ni normal bagi ibu yang berada di trimester akhir. Ini kerana perut semakin membesar disebabkan  kondisi rahim yang semakin membesar dengan berat badan bayi yang terus bertambah besar dan akibatnya menekan dinding dada atau diafragma si ibu hamil. Nampaknya ini satu lagi pengalaman baru bagi saya. Masa mengandungkan Naim, saya tak pulak mengalami gejala ni. Mungkin juga perut waktu tu tak sebesar sekarang. Masa Naim, 55kg saya dah bersalin. Sekarang di minggu 34 berat dah menghampir 55kg. Ye kot? Ke adik Naim ni besar sikit daripada Naim? Naim lahir 2.7kg, adik tak tahu lah lagi, ada 6 minggu lagi ikut jangkaan. p/s: Apa pun Allah yang lebih tahu. Allah  ju

Puding roti kukus

Image
Kesinambungan entry pagi tadi. Dah lama sebenarnya teringin nak makan puding roti kukus ni. Ada kawan di sekolah yang makan, tapi dah nak habis.. Tak sempat merasa, sampai sekarang teringin. Akhirnya hari ni berjaya juga saya usahakan puding ni.. Rupanya bukan susah pun  nak buat, cuma tak ada masa dan kesungguhan nak buat. Nampak sangat pemalas, hehe...Resepinya saya ambil di internet, pilih yang mana senang bahannya dan proses buatnya... Saya buat pagi-pagi tadi, kemudian sejukkan dulu, sekarang potong untuk dibawa ke sekolah. Makan kat umah mesti tak abis. Suami pun selalunya tak makan banyak puding macam ni...tu yang jadi malas nak buat, saya sorang yang kena habiskan. Arap-arap anak-anak saya nati akan ada yang suka makan macam yang saya suka makan. Ada geng baru best makan, kan?  Naim setakat ni boleh geng lah jugak. Dia suka sup, buah dan kerepok macam saya...Stok kerepok keping memang kena ada di rumah, goreng je bila dia minta. Teruskan sampai besar ye sayang... Bagi y

Mengidam ke?

Saya perhatikan diri sendiri, mengandung kali ni banyak bezanya dengan kali pertama dulu.. Beza masa taklah banyak sangat, tapi berbeza. Antaranya, alahan masa awal mengandung lebih sikit. Selain itu, dari segi makanan, banyak yang saya makan berbanding kali pertama. Banyak juga terasa nak atau mengidam makanan tertentu. Contoh, saya yang tak berapa suka makan durian ni, pada awal-awal kehamilan ni dulu, pernah memasak ikan masak tempoyak beberapa kali kerana terasa nak makan macam tu. Waktu tu terasa sedap sangat. Kes ini memang dikatakan mengidam ke? atau ni tanda mengada-ngada? Maklumla masa mengandungkan Naim, saya masih lagi bekerja di Johor manakala suami tak tinggal di Johor. Jumpa pun kadang-kadang 2,3 minggu sekali, mengikut tahap banyak kerja atau tidak. Mungkin bila merasakan tiada orang nak mengadu, saya lebih berdikari. Tahu pulak ye? Sekarang ni, sensitif kalau tak dapat apa yang berkenan. Ai, anakku sayang, jangan ikut perangai tak elok mama yang ni ye. Sayang jangan m

Serba salah tul...

Jadi manusia macam saya ni payah tul. Masa bekerja, rasa penat dan sakit-sakit badan tu buat rasa nak cuti. Malah, 2 minggu lepas, saya dah pergi ambil borang untuk memohon cuti awal dari tarikh bersalin..Cuma belum isikan je. Ni tengok, baru satu hari cuti, dah terasa bosan duduk di rumah. Sekolah ambil cuti peristiwa hari ni, sebab acara Sukan Tahunan semalam. Mula-mula, seronoklah. Menjelang pukul 2 macam ni dah naik bosanla. Pagi tadi dah sapu dan vakum, taklah banyak sebab hari minggu suami dah kemaskan rumah. Baju pun dah kemas pagi tadi. Lepas masak makanan tengah hari, saya dah luangkan masa main dengan Naim, bahkan sekarang pun tengah layan dia lagi. Nak tengok tv pun, tak ada program yang menarik di hati. Tak biasa duk rumah waktu tengah hari macam ni, rancangan tv pun tak daya nak tengok. Kalau gini gaya, tak jadilah cuti seminggu awal, kot-kot bosan lak menunggu di rumah nanti. Lagipun nati bulan puasa, sekolah anak balik awal, taklah terasa penat sangat. Budak-budak pu

Panggilan tugas...

Hari Ahad yang tenang nampaknya...Saya hari ini bangun awal. Malah boleh dikatakan sejak pukul 4 pagi tadi dah tak berapa lena, beberapa kali terjaga dan lihat jam untuk bangun pada pukul 5.45 pagi. Walaupun ada peristiwa penting hari ini, sempat lagi  siapkan sarapan pagi untuk suami dan Naim. Nasi goreng je, pukul 6.30 pagi tadi siapkan. Harapnya acara sukan tahunan kali ni berjalan lancar. Sebagai guru, seronok bila di acara sukan tahunan ni. Meriah suasana, anak-anak murid pun gembira. Boleh lihat daripada riak wajah mereka kegembiraan dan kesungguhan, semangat kesukananan dan berpasukan serta macam-macam lah. Kalau dalam kelas, payah nak tengok semua ni... Dah jadi cikgu, baru saya terfikir, kenapalah semasa sekolah dulu saya tak minat sukan, panas dan tak ada bakat kononnya. Yang saya  sertai cuma persatuan atau kelab, yang tak kena keluar peluh banyak sangat.. eeiii, manja tul. Terlepas keseronokan masa remaja, kan.. Tu yang sekarang ni, nak galakkan sangat anak-anak murid ber

Muka hensem, segak tapi sayang...

Baca tajuk tentu pembaca semua boleh agak yang hari ini saya terjumpa dengan orang yang kacak, kan? Memang pun, hehe. Bini orang pun ada lagi macam ni..bukan ape sebenarnya, kebetulan tadi terjumpa semasa pergi cuci kereta. Bukan sesaja tau.... Nak menunggu siap mat - mat bangla tu cuci kereta lama juga. Orang kacak ni saya agak dalam lingkungan umur 24-26 tahun kot. Dia pakai cermin mata gelap. Berkulit putih, muka bersih. Bukan nak tengok sangat pun kat dia sebenarnya. Tapi bila ada orang yang datang minta derma untuk anak yatim, dia cepat- cepat letakkan smart phone dia dan keluarkan duit daripada dompet. Dalam hati saya berkata, baik juga budak ni. Nampak muda, tapi murah hati nak derma. Waktu tu nak   aje rekemen mamat ni pada sesiapa yang belum kahwin lagi. Tapi, ai.....part yang geramnya, bila dah siap mat bangla tu cuci motor mamat ni, tetiba je dia keluarkan sekotak warna merah, Malboro. Terus lak hidupkan api, terus hisap sambil hidupkan enjin motor. Kemudian dia pergi samb

Bayi koma terjatuh

KUALA LUMPUR: Seorang bayi perempuan berusia empat bulan kini koma selepas mengalami pendarahan dalam otak dipercayai terjatuh di pusat asuhan kanak-kanak di Bandar Rahman Putra, Sungai Buloh, Isnin lalu. Ibu angkatnya, Nazila Ahmad, 33, berkata, kecederaan dialami bayinya Nur Iris Arissa Mohd Amin diumpamakan doktor seperti tercampak keluar dari kereta yang terbabit dalam kemalangan dan peluang bayinya pulih sepenuhnya kabur. Difahamkan, bayi malang itu baru sebulan diletakkan di bawah penjagaan pusat asuhan berkenaan kini menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh (HSB) sebelum dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL). Menceritakan kejadian itu, Nazila berkata, dia menghantar Arissa ke pusat asuhan berkenaan jam 8 pagi sebelum ke tempat kerjanya di sebuah syarikat swasta di Jalan Duta, di sini . petikan Metro Online. .................................................................................................... Gerun bila dengar berita-berita macam ni..Ka

Pemandu wanita

Image
Kekadang bila mendengar kaum lelaki menyalahkan kecuaian kaum wanita semasa memandu, saya agak terasa bengang. Bukan semua pemandu wanita cuai tau!! Tak sesuai sebab segelintir, semua mendapat label yang sama. Tapi kalau bab kerosakan kenderaan, saya memang mengakui pemandu wanita ni memang lemah. Walaupun ada yang mahir, namun ada ramai pemandu wanita yang hanya tahu pandu je, sedangkan bila sesuatu yang tidak kena berlaku kepada kenderaan mereka, maka masalah ni diadukan kepada suami, keluarga dan orang lain yang bersesuaian. Macam semalam, saya singgah di kedai baiki kereta (kononnya, rupanya tu kedai tayar). haha.. mintak diorang periksa apa masalah kereta semenjak dua menjak ni kuat bunyinya. Suami pernah cakap tu mungkin masalah tayar. Kawan di sekolah pula cakap mungkin tu masalah gear box, macam kereta dia yang tengah dibaiki sekarang. Risau tu, bawalah pergi kedai. Tapi bila dah masuk kedai tayar, tentulah diorang akan periksa tayar je....ai, pemandu wanita ni... budak ked

Perlu ke berhenti kerja untuk jaga anak?

Memang dugaan betul menjaga anak-anak murid dari kelas belakang ni. Dalam minggu ni je, macam-macam kes yang pelajar kelas saya alami. Mula-mula pada hari Isnin, seorang ibu menelefon memberitahu bahawa anaknya diugut oleh pelajar tingkatan 5. Jadi anak dia takut nak datang sekolah. Sampai hari ini tak datang. Semalam pula, ada pelajar yang menginap di rumah kebajikan diheret bawa datang ke sekolah oleh pentadbirnya kerana cuba melarikan diri dari rumah kebajikan tersebut. Hari ini pulak, salah seorang pelajar India ponteng sekolah lagi, dan bila dihubungi ayahnya memberitahu dia ada melihat anaknya masuk ke sekolah semasa dia hantar awal tengah hari tadi. Ni baru satu kelas. Di kelas yang lain, lain pula masalahnya. Jadi, macam manalah kita nak kurangkan masalah macam ni. Bila ditanya dan diselidik, anak-anak yang bermasalah ni kebanyakan tak mendapat sepenuh perhatian kerana ibu bapa sibuk bekerja. Perlu ke semua masalah remaja ni diletakkan di tangan guru. Tidakkah ibu bapa pe

Kenapa kebanyakan wall Fb atau header blog banyak gambar anak daripada gambar suami?

Perasan tak situasi ni? Betul kan? Ada yang masukkan gambar suami, tapi tak banyak orang. Rata-rata bila kita tengok, akan terpapar foto anak-anak comel dan manja. Kenapa ye? 1. Mungkin takut nak tunjuk suami yang hensom 2. Mungkin suami tak nak interframe (pemalu), lagipun orang tua pemalu tak lah secomel anak-anak kecil yang pemalu... 3. Sebab naluri ibu sememangnya lebih sayang anak daripada segala-galanya 4. Mungkin merasakan anak ada banyak peristiwa atau pengalaman yang menarik nak dirakamkan p/s : bukan senang ibu mengandung, mestilah nak tunjuk anak yang paling comel  

Tips makan ubat

Image
Makan ubat pun nak kena ada tips ke? mestilah... sebabnya kalau tak dimakan dengan cara yang betul, mungkin kesan ubat tidak seperti yang sepatutnya atau mendatangkan kemudaratan kepada kita.. Di awal trimester pertama dan kedua dulu, saya sering rasa letih. Bila berjumpa dengan doktor barulah tahu yang HB darah rendah. Bukan saya tak makan ubat yang diberikan, rupanya saya telah mengurangkan penyerapan khasiat ubat dengan memakan bersama-sama dengan susu . Kononnya masa tak cukup, hentam semua dalam masa yang sama. Selain tu, ubat juga tak boleh diambil dengan teh atau kopi. Begitu juga dengan p isang . ini kerana pisang yang mengandungi kalium dipercayai boleh memberikan tindak balas negatif kepada ubat yang diambil. Sebaliknya , ambil masa dua tau tiga jam barulah memakan dan minum bahan yang dinyatakan...

berhati-hati memilih produk makanan untuk anak

Image
Kita sememangnya mengetahui bahawa pemakanan yang baik lagi halal adalah antara salah satu faktor yang menyebabkan individu tersebut berakhlak baik atau tidak. Namun berapa tegaskah kita dalam memilih barangan yang betul dijamin halal? logo halal yang diiktiraf oleh JAKIM bintang berbucu lapan di tengah-tengah bulatan; perkataan Arab – “حلآل” di tengah bintang; diikuti tulisan rumi “HALAL”; bulatan logo tertulis perkataan “Malaysia” dalam tulisan Rumi dan ماليزيا dalam perkataan Arab; dua bintang kecil berbucu lima diletakkan bagi memisahkan tulisan rumi dan perkataan Arab tersebut. Saya sebenarnya bukanlah warak sangat atau banyak pengetahuan agama untuk menulis topik seperti ini. Sekadar meluahkan dan meningatkan kawan-kawan. Sedangkan melalui perkongsian di blog rakan-rakan juga, telah banyak info bermanfaat telah saya dapat. Sejak ditegur oleh ustazah yang juga rakan setugas di sekolah saya beberapa bulan yang lalu, saya mula berhati, terutamanya dalam memilih produk

kepingin kuih untuk sarapan

Image
Pagi-pagi ni bangun je, teringin nak makan kuih-muih yang biasa dimakan di kampung... tapi mustahil la, mungkin ada tapi nak kena mencari betul-betul kot baru boleh dapat ni....tak dapat nak makan kat sini, tengok gambar pun boleh la...Hasil google.... cek mek molek pulut bakar inti ikan lupa apa nama pulut inti ni.. yang pasti sedap dimakan pagi ni pun lupa, dalam nya ada inti warna merah kuih topi..   Dapat sarapan semug susu dan karipap inti kentang pun dah kira ok lah.. Makan juga.. Sukur apa yang ada, kan?

Risau hal 5 tahun lagi..

Dulu, masa baru kawin, risau pasal boleh mengandung ke tak. Dah mengandung, risau hal bersalin. Dah bersalin, risau lak perkembangan anak. Hai, jadi manusia ni tak pernah hilang kerisauannya kan? Maklumlah kita ni tak makhluk yang tak sempurna. Naim dah masuk dua tahun lebih ni, saya mula risau tentang persekolahan Naim. Setakat ni tak da lagi sekolah rendah atau sekolah menengah di BSP ni. Setakat ni, budak-budak kawasan ni bersekolah di kawasan Puchong, Alam Megah atau USJ. Risau mana nak sekolah tu satu hal. Kalau salah satu mak ayah tak bekerja, sekolah di mana pun tak de hal. Selain tu, saya yang setiap hari berdepan dengan beratus-ratus remaja ni, juga risau dengan perkembangan Naim bila besar nanti. Ramai pelajar yang bermasalah, harapnya Naim yang dijaga kami taklah termasuk dalam kumpulan macam ni. Terlalu dikongkong pun tak boleh, sebaliknya terlalu dimanjakan lagilah tak patut, akan rosak nanti. Saya cuma boleh doakan yang terbaik.

Suka makan ubat ?

Image
Siapa yang suka makan ubat? Angkat tangan korang... Kalau saya, ubat ni makan taklah payah atau tak suka, tapi cuma akan makan kalau betul-betul perlu je. Selagi boleh tahan, tak kan ambil ubat. Hehe, bukan takut makan ubat, cuma untuk kuatkan pertahanan diri ( hehe...alasan). Tapi nak tahu tak, Naim ni memang mudah dan SUKA betul makan ubat. Kalau dia demam, tak payah nak pujuk dia dengan apa-apa. Bila tiba masa untuk makan ubat, keluarkan sahaja ubat-ubat tu, dia dah ikut dan  bersedia menunggu untuk makan ubat. Malah, kadang-kadang, dah habis pun, dia akan minta lagi.. Sabar aje lah.. Mula-mula dulu pelik juga. Ramai yang tegur tak pernah jumpa budak kecil seperti Naim yang mudah nak makan ubat. Nak kata mak ayahnya macam tu, tak pulak. Menikmati ubat Muka dan mulut tak sabar tunggu papa suapkan ubat.

Jadual terganggu

Image
S aya tak ada idea dan mood nak buat entry baru sebenarnya hari ini. Hari ni jadual pagi saya bertukar sikit sebab Naim demam. Dari petang semalam dia merengek, banyak karenah daripada biasa dan tak lalu makan. Tidur semalam pun Naim agak tidak aman. hehe, ape istilah tu. Maknanya Naim tak tidur nyenyak.... Mujur juga hari ni Jumaat, sekolah mula lewat sikit, boleh la bertenang sambil menyiapkan kerja-kerja yang perlu. Memandangkan si Comel saya baru tidur kembali pukul 7.40 pg tadi, adalah masa untuk menyiapkan kerja dengan tenang. Tau je la budak yang tak sihat asyik nak berkepit je dengan mamanya. Mana leh buat ape ape bila Naim dah bangun nanti.. Ok, nak cepat ni...banyak hal lagi nak dibuat...

keburukan minum ais

Image
Sekarang ni musim panas. Memang panas, tak kira siang atau malam. Kadang-kadang selepas mandi beberapa minit pun badan boleh terasa panas dan berpeluh-peluh lagi. Jadi pilihan air yang menjadi kegemaran tentulah air yang berais. Masa mengandung kali pertama dulu kemain jaga, dah mengandung lebih lima bulan tak minum ais lagi. Kononnya banyak minum ais masa mengandung akan beri kesan tak baik. Antaranya, anak mudah dijangkiti demam kuning, anak lebih besar, ibu mudah sakit badan. Entah betul ke mitos je semua tu... tengah rasa panas, ais kosong pun cukup menarik makan abc lagii la sedap! Jom kita tengok keburukan minum ais secara umum :  Air sejuk berais akan membekukan bahan berminyak yang baru saja anda ambil semasa makan.Ianya akan melemahkan penghadaman. Apabila minyak ini bertindakbalas dengan asid,ianya menghentikan dan menyebabkan penyerapan minyak oleh usus berlaku lebih ceapt berbanding dengan makanan pejal yg lain. Ianya akan memenuhi usus kita dan lambat la

Kena sambut Krismas pulak !!!

Priya   : Teacher, when will you cuti bersalin? Saya    : August.. Priya   : Wah, so you cannot celebrate hari raya this year. Meena : But teacher can celebrate Christmas later, rite? Bengang saya dengar perbualan budak-budak tingkatan satu ni...boleh lak diorang buat andaian macam tu.....

Tuntut bil api tak masuk akal

Terbaca kisah ni dalam akhbar hari ni, buat saya rasa pengguna tak dilayan dengan hak yang sepatutnya. Petikan berita : Pengadu, Wong Fah Kim, 55, berkata, TNB menuntut RM11,521 bagi tempoh 14 bulan atas alasan terdapat gangguan pada meter pepasangan dan menyebabkan alat itu gagal berfungsi dengan baik sehingga tidak dapat merekodkan bacaan sebenar. “ Setiap bulan saya bayar bil elektrik tepat pada masa dan tiada tunggakan . Bagaimana masalah ini berlaku kerana jumlah dituntut tidak logik,” katanya. Harapnya pihak TNB akan mengambil tindakan yang sepatutnya dalam menguruskan hal ini. Kesian pengguna yang tak bersalah. Dalam kes berkaitan ni, rumah saya di BSP ni pun baru-baru ni ada masalah dengan bil TNB. Kami dah tiga bulan tidak menerima sebarang bil, tetiba mendapat notis pemotongan kerana tak menjelaskan bil. Takke terasa kalut dan bengang. Lebih-lebih lagi, dapat notis pemotongan tu pada hari yang kami nak balik ke kampung. Tergesa-gesa buat pembayaran. Mujurlah pemb

Ameera + Andai ku bercinta lagi

Image
Setiap hari Selasa hingga Jumaat, memang saya menantikan drama di slot Samarinda, Ameera.. Best tul rasanya drama ni. Ditambah pula dengan lagu latar yang menyegat. Pada hal sebelum ni pernah dengar lagu ni, tapi tak terasa apa-apa pun. Gabungan lagu dan drama ni menyebabkan saya tertunggu dan kadang-kadang berebut remote tv dengan suami. Hehe..kelakar tul,pada hal sejak mengandung ni, saya jarang sekali nak tengok tv selepas pukul 10 malam. Mana kah nak tidur lewat, balik sekolah je terasa penat. Namun kini, rela tidur lewat sikit demi nak tengok drama ni. Lagipun watak Ameera dan Amir memang sesuai dan dijayakan dengan bagus oleh Rita Rudaini dan Samsul Yusuf. nampak ayu je akak ni kalau bertudung..... Tak sabar nak tunggu episod terakhir, nak tahu kesudahannya macam mana.

Renungan pagi

Stop looking at what you don't have & be thankful for what you do have. petikan daripada wall Fb anak kakak saya.. Mengenangkan peristiwa seharian semalam dan hari sebelumnya, memang sesuai kata-kata ini jadi pegangan kita.  Apa yang berlaku bukan ketentuan kita, perlulah redha dengannya. Jangan pula melihat guruh di langit, air di tempayan dicurahkan. bersyukurlah dengan apa yang ada. 

minggu baru datang lagi

Hari pertama mula kerja memang terasa liat dan kurang semangat. Namun, masih lagi saya bersedia nak meneruskan perjuangan di dua bulan terakhir ni. Beban tugas banyak menanti untuk disiapkan sebelum bercuti panjang mulak Ogos nanti. Apa apa pun tahniah saya ucapkan kepada beberapa kawan guru yang menerima sinar baru dalam hidup diorang. Laila dan Yana, tahniah sebab dah mengandung anak pertama. Cik Feti, tahniah sebab dah bertunang. Jadi, geng kita dulu semuanya dah ada pasangan masing-masing. Lambat atau awal dah tak kira, yang penting, akhirnya semua bahagia. Juga tahniah bagi Kak Sah, Ha dan Yana Kluang sebab akhirnya dapat bertukar ke sekolah di daerah yang diminta. Dapat la tinggal bersama-sama suami dan anak. Teruskan berkhidmat dengan baik walau di mana berada.

EURO 2012: Bukan minat tapi terpaksa

Malam ni bersiaran kita lagi untuk menyaksikan perlawanan secara langsung antara Belanda dan Denmark....hehe ckp macam pengulas sukan pulak. Bukan saya peminat bola pun. Setakat tengok je boleh la. Malam ni terpaksa jadi penonton sebab siang tadi dah banyak tidur, jadi malam ni tak leh beradu awal. Hehe, ibu mengandung kan kena banyak rehat...bagi alasan pulak...  Lepak tiga beranak tengok bola best juga. Tapi kalau hari kerja, tak kuasalah. Nati esoknya akan mengantuk lak. P/s: alang-alang tengok, saya rasa perlawanan kali ni akan dimenangi pasukan Belanda. Hehe, kita tengok siapa yang kena.

Wajar kah kita insan yang lemah?

Siapakah diri ini untuk memberi teguran? Secara logiknya bagi saya sekiranya kita melihat atau mengetahui orang yang kita sayang atau kita kenali melakukan sesuatu yang memerlukan teguran, kita wajar menegurnya.. Tapi perlu juga mengambil risiko. Bukan semua orang berfikiran terbuka untuk menerima teguran. Walaupun perkara yang ditegur mungkin berkenaan dengan dirinya dan orang lain, demi kebaikan bersama, namun kadang-kadang boleh disalah ertikan. Tapi, tak juga kita sanggup membiarkan orang tersebut terus melakukan perbuatan yang sama. Pendekatan saya senang, tegur ikut kesesuaian keadaan. Orang berkenaan nak mengamuk atau tak terima teguran, xpe. Sekurangnya saya dah melakukan tanggungjawab sebagai seorang muslim, kenalan dan orang yang waras.

Membazir, apa nak buat?

Image
Ha..nampak menarik tak? Makan dadih sejuk pada hari panas. Dadih buat sendiri tau ni... Bab-bab makan dan masak ni, kadang-kadang saya rasa sedih. Contoh macam hari ni, masak dadih separuh paket je pun dah dapat 10 cawan dadih. Ni belum lagi masak semua sepaket yang ada. Nak buat banyak, tapi terfikir yang ni pun belum tentu habis. Yang nak makannya pun cuma tiga orang, termasuk si kecil Naim. Naim sekarang dah pandai cakap, "tak nak kawan", kalau dia dipaksa makan. jadi, akhirnya banyak makanan yang masuk tong sampah. Membazir tul kan? Dalam dilema tul. Nak masak, selalu makan tak habis. Walhal bukan masak dalam kuantiti banyak pun. Suami cakap beli je satu cup kalau nak makan dadih atau ape- apa. Tapi saya pun ada alasan sendiri. Takkanla nak duduk saja, tak buat apa-apa. Ada masa lapang sementara cuti sekolah ni, masak la. Lagipun bukan amik masa lama nak siapkan. Lagipun seronok memasak. Dah la mengandung, tak ke orang cakap kalau ibu malas masa mengandung, anak

kisah beza generasi

Semasa balik ke kampung hari tu, saya sempat pergi menjenguk nenek saya. Rindu sebab dah lama tak jumpa, dengan keadaan kesihatan dia sekarang, kitaorang dah tak boleh berkomunikasi melalui telefon, sebaliknya pilihan yang ada cuma berjumpa dengannya di rumahnya. Sedih hati melihat nenek. Seusia dengan Tun Dr Mahathir, nenek dah mula tak mengenal cucu dan orang- orang lain yang dilihatnya, sejak tahun lepas. Pendengarannya juga semakin kurang jelas yang memaksa kita bercakap di jarak yang dekat dengannya. Namun, walau tak mengenali saya dan Naim lagi, sikap keterujaannya bila melihat anak kecil masih jelas. Malah ibu saya dan sepupu saya yang ada bersama-sama di situ juga turut mengakui yang nenek kelihatan gembira dengan kehadiran Naim. Nenek asyik memuji kepetahan Naim, kepandaian dia mengambil gambar, malah Naim pandai amik hati moyangnya dengan senyum panjang, duduk dekat dan berkali kali mencium tangan moyangnya bila disuruh. Beza kan,? Kemahiran budak dua tahun lebih dan oran

Pening pilih nama bayi

Baru nak masuk anak kedua, tapi terasa agak sukar memilih nama yang sesuai nak diberikan kepada bayi yang bakal lahir dalam dua bulan lagi ni. Banyak tengok di laman web dan juga beberapa buku, namun masih tak ada kata putus lagi. Suami lak, bila mitak pendapat dia, asyik jawab, "Ayang cari lah dulu, senaraikan beberapa, nati abang pilih". Takke payah juga tu Kalau ikutkan hati nak pilih nama yang mudah, ada maksud baik dan nama ringkas macam nama Naim. Konsepnya AN, tapi nama berawalan N tak berapa berkenan di hati lah pulak. Apa-apapun ada masa banyak lagi. Boleh perlahan-lahan cari dan tentukan. Korang ada cadangan? Leh bagitau...

Petua hidup harmoni

Dunia ini akan lebih aman dan harmoni sekiranya semua orang tahu tanggungjawab diri sendiri dan tanggungjawab terhadap orang lain dalam keluarga dan masyarakat... Setuju tak? Tapi malangnya, tak semua orang berupaya buat sebegitu... macam mana? sekiranya kita berhadapan dengan orang macam ni, kenalah lebih sabar dan cuba tegur apa yang mampu...

Hari baru, harapan baru...

Assalamualaikum dan selamat pagi semua... arap semuanya sihat-sihat hari ni ye.. Begitu juga saya, bangun pagi-pagi dengan harapan dan cita-cita baru...hehe, macam ada perancangan besar je untuk hari ini... Bukan ape, semalam macam satu hari yang agak tak kena. Antaranya, bila suami ajak pergi makan cendol petang semalam, disebabkan dah lewat, kitaorang dah tukar perancangan di pertengahan jalan. Kemudian menuju pula ke Seksyen 2 untuk makan mee goreng sotong, malang sebab kedainya dah tak ada... entah ape cerita.. Jadi akhirnya, kami makan malam di Seksyen 18, tempat biasa kalau nak makan sup yang sedap.... Jadi, hari ni apa lah pulak kisahnya? Yang penting semuanya selamat kan? hope the same or better for all of you........

Kisah seplastik penuh limau kasturi

Image
Suka minum air limau kasturi? Ape ye lagi yang boleh dibuat dengan limau kasturi? Saya terfikirkan air limau, pencicah ikan bakar, masukkan dalam sambal belacan dan kalau nak masuk dalam apa-apa kerabu pun boleh juga. Ni haa buah yang diambil dari kampung semasa balik aritu. Lebih tepat lagi buah yang diberikan oleh mak, saya pun tak jangka sebanyak ini jumlahnya...Nak makan pun dua orang je, Naim belum diajar dan dia memang  tak nak minuman yang masam....Korang nak sikit? ................................................................................................ khasiat limau kasturi: 1. Limau Kasturi Mengurangkan Lelah - Ambil sesudu madu. Kalau boleh madu asli. Kemudian, campurkan dengan 5 titik jus limau kasturi. - Minumlah campuran madu dan jus limau kasturi tadi. Anda boleh meminum jus limau kasturi pada bila-bila masa walaupun ketika tak mengalami lelah. Tapi cukuplah anda mengamalkan cara meminum jus limau kasturi seminggu sekali. 2. Limau Kasturi Melegakan Pe

Berani cuba MEE RACHUN?

Image
Ni menu yang saya terjumpa semasa pergi makan di Yazid Burger semalam. Unik kan, takut nak cuba pun ada.  Macam-macam nama menu. Sepanjang 1 jam setengah berada di kawasan kedai makan tu sambil menunggu burger kami siap dan makan pula kat sana, saya lihat ramai juga yang pesan mee ni. Agaknya namanya yang unik buat orang tertarik. Saya? belum lagi sempat nak cuba. Mengenangkan burger 500 gram yang dikongsi dengan suami dan Naim tu buat saya terasa kenyang lagi. Mungkin lain kali boleh cuba. Korang dah pernah cuba mee rachun di Anjung 7 Shah Alam ni? Sedap tak? Nampak menyelerakan....

Akhirnya sampai juga ke Yazid Burger

Image
Setelah beberapa bulan teringin nak makan burger di kedai YB, akhirnya hari ini tertunailah hajat. Asyik dengar orang cakap je, nak juga rasa sendiri. Mula- mula dah nak frust. Sebabnya, kami keluar dari rumah kemain awal, dalam pukul 5 lebih sebab takut ada ramai orang. BSP ke Seksyen 7 Shah Alam bukan jauh mana. Dah sampai sebelum pukul 6 petang. Tapi masa sampai tu kedai belum buka lagi !! Kata mula operasi pukul 5.30 petang...  Alahai..mujur juga tunggu dalam 10 minit. Bukak je, pemiliknya terus amik pesanan. Beratur nak buat pesanan dalam 10 minit. Kami dapat nombor 8, kena tunggu dalam 35minit untuk dapat burger kami. Ramai yang beratur sama dengan kami. Best!!! komen sorang tu.. Burger 500gram yang dikongsi 3 beranak besar....

Homestay Azalea (@ Muar bypass) promotion RM 150 PER NIGHT !!Book now !!

Image