Posts

Showing posts from October, 2012

Pengaruh Korea

Image
Korang perasan tak kebelakangan ni produk dan pengaruh Korea memang menguasai negara kita dan rasanya hampir seluruh Asia macam ni.. Pakai telefon bimbit, dari Korea jenamanya.     Nak canggih lagi, guna tab atau note, jenama Korea juga. Masuk ke dapur lak, mesin basuh, peti sejuk,  jenama dari Korea lagi. Pergi ke ruang tamu, nak tengok tv, tv plasma, LCD atau LED jenama Korea lagi.. Tak cukup lagi, tengok lah siaran tv Korea, boleh pilih 391, 392 dan 393.. Bila cuti nak pergi melancong, ke Korea yang dipilih. Yang agak terbaru pula, ramai yang minat dengan lagu Gangnam Style... Tak faham maksudnya pun ramai juga peminat..   Bukan ke bagus dan bangganya kita kalau suatu hari nanti akan ada produk Malaysia yang menguasai pasaran macam produk dari Korea ni. Paling tidak pun pasaran dalam Malaysia. Biar kita gah dengan barangan buatan kita sendiri, tak nak lagi mengagungkan barangan dari luar.   P/S : Penah terfikir alangkah bangganya kalau salah s

Ubah kedudukan perabot

Korang rajin tak ubah kedudukan perabot dalam rumah? Berapa kerap tu? Saya ada kawan yang memang suka mengemas. Dia mengubah kedudukan perabot di ruang tamu sebulan sekali. Rajin betulkan? Kalau saya, tak berapa rajin nak ubah suai kedudukan perabot, kecuali bersebab baru nak ubah. Raya ke, ada orang nak datang ke, tak pernah nak tukar kedudukan perabot..Ni pun setelah setahun saya duduk kat rumah ni, baru semalam terlintas nak ubah kedudukan sofa dan tv. Nampak lebih lapang ruang tamu ni rupanya dengan susunan baru ni.. Dalam hati terfikir pula nak tukar kedudukan meja makan lak..Rasa lebih elok kalau semua barangan ni berada di kedudukan lain, baru lah ada pemandangan baru...Tapi kena tunggu suami balik kerjalah nampaknya, bukan larat nak angkut sorang diri.. P/s: dah ubah kali ni entah bilalah akan ubah lagi.....saya lagi suka ruang besar dan lapang sebenarnya..mudah nak kemas dan senang anak nak main..

Kereta rosak

Image
Alhamdulillah semua rakan-rakan nampaknya dah kembali dari kampung masing-masing.. Blog-blog yang sepi sehari dua masa raya hari tu pun dah kembali ceria dengan cerita masing-masing.. Saya buat masa ni sibuk curi masa menyiapkan kerja sekolah yang dah lama tertangguh tu. Memang kena pulunlah sebab minggu depan dah kena masuk sekolah semula. Mau kena marah kalau kerja tak siap, kan? Tapi tadi, alahai, baru nak cuba gerakkan Myvi kesayangan , tak dapat. Entah apa rosaknya, kena panggil mekanik kot rasanya.. Jangan buat hal, minggu depan dah nak pakai ni... Harapnya taklah rosak teruk yang kena tinggal lama kat bengkel.. payah nanti..

Disangka hackeR ; selamat tak maybank2u

Image
Ai,assalamualaikum.. Macam mana ari raya korang?  makan ape? Pergi beraya kat mana? Ada yang makan nasi dagang tak? Emm, bestnya.. Kali ni saya beraya di Tapah. Semestinya menu lain daripada nasi dagang. Nak citer tentang maybank2u lak. Korang penah tak terfikir tentang keselamatan data dan penggunaan maybank2u ni Pagi tadi, papa naim nak buat satu transaksi maybank2u melalui i pad adiknya. Tau apa yang jadi? Berkali-kali buat tak boleh, sedangkan biasanya ok je. Akhirnya papa naim buat panggilan ke maybank. Selepas disiasat rupanya, transaksi yang nak dibuat jadi gagal kerana server maybank menganggap papa naim buat hack ke akaun tu.. Adalah istilah yang disebutkan tadi, saya yang lupa apa istilahnya. Kata diorang lagi, ikut rekod biasanya papa naim log in dari Australia guna pc, sedangkan hari ni guna i pad di Tapah, Malaysia. Huhu, haru kan? Terpaksalah papa naim terangkan yang dia biasanya log in guna notebook Hp Di Cyberjaya tapi kerjanya support server di Australia setiap ha

Semoga dipanggil ke sana

Image
Seronok betul saya membaca pengalaman akak C'Jai semasa berada di Arafah beberapa tahun yang lalu. Seronok sampai dalam otak ni dah merancang kalau saya dipanggil berkunjung ke sana apa yang patut dilakukan dengan anak-anak kesayangan saya ni.. Memang sebelum ni pun, kalau mendengar sesiapa yang bercerita tentang pengalaman mengerjakan haji, hati ini memang terasa seronok. Tambah-tambah lagi sejak kebelakangan ini ramai antara ahli keluarga terdekat yang berkunjung ke sana. Tadi seronok sangat saya membaca penulisan C'Jai ni di smartphone saya, sambil bersandar di sofa. Tak sangka dan tak sedar langsung Naim sedang main balm adik Nazif yang baru seminggu guna. Padahal saya memang terbau balm tersebut, cuma muka dan minda asyik fokus kepada skrin handphone sahaja. Tetiba suami yang sedang bergerak turun dari tingkat atas menegur perbuatan Naim barulah saya menyedari apa yang sedang dilakukan oleh Naim. Balm ni beli semata-mata nak kurangkan selsema dan batuk Nazif.. Naim lak

Cili dan teguran

Image
Cili ni pedas kan? Ada macam macam jenis cili. Tapi kalau tak ada cili pun tak boleh, kan? Tak sedaplah masakan. Hambarlah rasa tomyam, masak tiga rasa, masak asam pedas, masak lemak cili padi dan lain-lain lagi.. Cili boleh diibaratkan teguran pedas yang berguna dalam hidup kita. Walaupun terasa pedas ditegur, namun kita perlu ada teguran yang membina, supaya hidup kita masih dipandu ke arah yang benar. Memang ada orang yang tak suka pedas.. Tapi, cili kering dan cili boh juga sejenis cili kan? Maknanay kita memang perlu cili ( teguran ) dalam hidup kita..

Berani tak?

Image
Learn to fly a Cessna 150 plane over Kuala Lumpur. Takes off from Subang SkyPark Terminal . 20-minute ground training, 20-minute flight time.

Monolog petang Selasa

Image
Semalam saya ber'sms' dengan Zilla, rakan di sebelah meja saya di sekolah. Saja bertanya khabar dan ucapkan selamat bersalin anak ketiganya. Zilla tentulah berdebar kerana untuk kali ni memang pergi menyerah diri untuk dibedah kerana kedua-dua kandungannya yang terdahulu pun terpaksa dibedah. Adoi, kalau saya pun ada rancangan nak tambah anak lagi nanti, pun tentu akan rasa macam Zilla kot sebab kes kami sama je.. Tapi itu lain kali lah fikir sebab tak tahu lagi jadi ke tidak. . Naim 5 bulan- masih lagi di Johor Bahru Petang-petang macam ni saya layan Nazif jelah.. Hero kecil saya ni masih lagi batuk sikit-sikit, dan alhamdulilah demam dah baik. Selsema pun dah ok cuma nafas dia kadang-kadang bunyi kuat.  Dia tak nak tidur pulak petang ni. Mamanya masih boleh buat kerja lain dengan syarat duduk di tepi dia.. Jadi, bolehlah edit blog dan BW blog kawan-kawan. Tadi, belek-belek gambar-gambar lama. Terasa sekejap sangat masa berlalu. Dulu Naim kecil, sekarang dah besar, banya

Berjalan kaki 5,700km untuk tunaikan haji

Image
SARAJEVO - Seorang lelaki Islam Bosnia yang berjalan kaki untuk menunaikan ibadah haji di Mekah pada tahun lalu memberitahu agensi berita AFP bahawa dia tiba di kota suci tersebut selepas merentasi tujuh buah negara termasuk Syria yang kini dilanda perang saudara. "Saya tiba di Mekah pada Sabtu lalu. Saya tidak letih, ini merupakan hari paling bahagia dalam hidup saya," kata Senad Hadzic Lelaki berusia 47 tahun itu memberitahu, dia berjalan kaki sejauh 5,700 kilometer (km) selama 314 hari merentasi Bosnia, Serbia, Bulgaria, Turki, Syria dan Jordan untuk ke Mekah dengan membawa beg sandang seberat 20 kilogram. "Saya merentasi Syria pada April lalu. Saya berjalan sekitar 500km dalam tempoh 11 hari. Saya melintasi bandar raya Aleppo dan Damsyik serta sejumlah pos kawalan tentera rejim dan pemberontak tetapi saya tidak pernah ditahan. "Di sebuah pos kawalan tentera Presiden Bashar Al-Assad, beberapa askar mengarahkan saya mengosongkan beg sandang saya. Apabila

Mula buat stok

Image
Setelah dimarah oleh bonda di kampung, akhirnya saya mula buat stok susu untuk Nazif . Beriya bonda telefon mengingatkan saya tentang ni. Bukan sesaja nak lambat-lambatkan, tapi tak berkesempatan...boleh alasan macam tu ye? tak sedar diri dah nak mula kerja ? apa-apa pun akhirnya saya berjaya juga mulakan usaha nak buat stok susu. Itu yang penting. Untuk kali pertama, saya hanya guna kaedah manual iaitu perah dengan tangan aje. Sebabnya pam yang ada macam tak kuat sedutannya, jadi susu tak keluar. Entah mana rosaknya sedangkan benda tu macam beroperasi  baik je. Kali ni dapat sikit sebab tak reti sangat walaupun selepas rujuk daripada beberapa blog..lagipun Nazif dah meraung tunggu haknya, jadi cukuplah setakat 1.5 oz je. Bila difikirkan sekarang, saya kena mengaku betapa cetek ilmunya saya ni. Senang cakap jenis tak ambil tahu. Padahal ni dah anak yang kedua. Tak juga boleh gunakan alasan yang saya tak banyak tahu tentang penyusuan susu ibu sebabnya masa Naim kecil, badan saya tak

Petua memberi ubat kepada bayi

Musim demam, batuk dan selsema ni memang menyebabkan ramai yang sakit. Kat rumah saya pun sama. Bukan Naim je yang demam, selsema dan batuk, malah mama, papa dan adik Nazif pun turut berjangkit sama. Kita yang dah dewasa tak ada masalah. Naim pun kira ok lagi sebab dia memang suka kalau diberi makan ubat.. saya taklah risau macam tu. Kalau dah makan ubat tu tak lama akan hilang selsema dan batuk. Tambah lagi, keluarga kami memang suka sapukan kapur limau nipis di leher untuk hilangkan batuk dan sakit tekak. Ha, yang sekarang ni jadi masalahnya ialah Nazif...Dia kecil lagi, belum lagi tiga bulan. Dah dua minggu asyik selsema dan batuk, rasa kesian sangat tengok dia. Dah buat kaedah tradisional macam-macam pun tetap tak hilang lagi batuk dan selsemanya.. Kesian tul bila dia batuk..Macam satu badan akan bergerak-gerak..Menyusu pun tak nak. Meraung je kerja dia bila dah batuk berterusan. Kemudian dia akan buat bunyi macam marah sebab batuk tu.. tidur pun kurang sebab mudah terjaga bila d

BAT Malaysia umum kenaikan harga rokok

Nak merokok lagi wahai perokok? harga makin mahal tak jadi hal kan? tak kisahlah ye... renungkanlah sendiri bagi yang sayangkan insan di sekeliling anda..   KUALA LUMPUR — British American Tobacco Malaysia (BAT Malaysia) telah mengumumkan peningkatan 20 sen kepada harga semua rokoknya mulai Isnin, 22 Okt, 2012. "Kami dimaklumkan secara rasmi oleh Kastam Diraja Malaysia pada Khamis 18 Oktober tentang kenaikan yang dimandatkan dalam harga luar kilang rokok-rokok kami antara 26 peratus ke 58 peratus berkuat-kuasa Jumaat, 19 Oktober 2012. "Berikutan itu, cukai eksais dan jualan telah dinaikkan,” kata Pengarah Urusan BAT Malaysia, William Toh, dalam satu kenyataan. —  kosmo online

Barang wajib bawa dari kampung

Image
Tak lama dah kita akan menyambut Hari Raya Haji. Korang balik kampung tak nanti? Kami akan balik beraya di Tapah, kampung suami. Bercakap pasal balik kampung, kami memang akan bawa beberapa barang wajib daripada kampung apabila nak balik semula ke rumah kami, tak kiralah balik ke kampung Pasir Mas atau kampung Tapah. Kalau kampung Tapah, barang-barang wajib ialah: 1. taucu Opah 2. belacan Langkap 3. sos cili bawang putih Kg Koh Kalau kampung Pasir Mas pula, 1. beras siam 2. budu cap Istimewa@ Ketereh 3. kerepok keping 4. ulam-ulaman dan sayur Bukan apa, memanglah kat sini pun ada jual benda-benda tu, tapi rasa tak seronoklah beli benda yang lain daripada kebiasaan. Rasa masak terasa lain kalau guna jenama lain. kalau terpaksa sangat, barulah akan beli mana-mana yang dijual di sini. Kakak-kakak saya di Keramat pun macam tu. Diorang lagilah, memang bermacam-macam barang diangkut dari kampung.. Kalau saya selalunya akan beli budu 3-4 botol, beras siam 2 plastik je

Kalau dah bukan rezeki, yang ditangan pun boleh jatuh

Image
Pernah dengar ungkapan macam tu? Mak saya selalu cakap macam tu. Hari ni agaknya hari yang menduga keimanan saya. Sesuatu yang sepatutnya saya boleh dapat, yang sememangnya pasti boleh dah, tetiba orang lain lak yang dapat. Berlaku depan mata pulak tu. Tergamam tapi buat-buat relax lagi. Tak nak mengeluh sebenarnya, tapi rasanya kena juga luahkan secara tak langsung supaya diri dan hati ini akan cepat lupakan apa yang telah berlaku tadi.. Sememangnya hidup ini penuh dengan perkara yang tak terduga, kan? Kalau kita kuat, insyaAllah akan dapat menempuh tak kira apa yang berlaku dengan baik. Buat sesuatu yang boleh mengalih perhatian kita daripada terus terganggu dengan perkara yang telah berlaku. Kalau Allah dah takdirkan sesuatu tu milik kita, pasti akan jadi hak kita juga. Tapi, kalau dah bukan takdirnya milik kita, tentu tak juga menjadi hak kita. Hiburkan hati, tadi masak nasi dan sayur campur suka hati.... kailan campur carrot perisa belacan..

Semua dah sedia..kami sokong je..

Image
Kami satu keluarga tak keluar malam ni.. Bersedia depan tv untuk menyokong pasukan Kelantan malam ni berbekalkan jagung rebus, ayam goreng, tau fu fah dan murtabak daging.. Harapnya pasukan Kelantan akan buat yang terbaik... Puok kita buleh..

Entry bertangguh : 2 hari baru siap

Image
Tarikh dapat ilham: 19/10/2012 jam 6.00 pm.. Alhamdulillah, hari ni kesihatan saya dah semakin baik. Pagi tadi memang bangun dengan perasaan tak best lagi, sebab kepala masih berdenyut-denyut. Tekak pun masih tak seperti biasa. Tapi, selepas sarapan, cepat-cepat saya telan panadol sebab dah tak tahan rasanya. Walaupun masa tu, kepala masih lagi terasa berdenyut-denyut, saya gigih menyiapkan kerja-kerja sekolah memandangkan Nazif masih lagi belum bangun. Banyak lagi kerja yang perlu disiapkan segera. Bila Nazif bangun, tentulah kerja sekolah ni kena ditinggalkan dulu. Selepas uruskan dia, main-main dengan dia, lega betul saya sebab Nazif ada mood nak tidur lagi sekali.. Jinak betul sayang arini ye, senang jaga.. Suka betul saya waktu tu, sebabnya memandangkan Nazif tidur, saya pun tidur sama.. Nak sangat tidur sebab kepala yang tengah berdenyut-denyut ni. Alhamdulillah selepas bangun kepala dah tak rasa berdenyut-denyut lagi. Apa taknya, tidur bukan sekejab, hampir dua jam juga kami

Bila tak best

Image
Saya ni kadang-kadang kalau sakit, memang terasa nak makan macam-macam. Saja nak bermanja, sebabnya jarang jatuh sakit, alhamdulillah.. Kalau nak demam setahun sekali pun payah. Setakat selsema dan sakit tekak macam ni biasanya saya bertahan je setakat boleh bertahan. Selalunya makan stepsil atau banyakkan  air limau suam boleh legakan sakit tekak saya. Kalau tak jalan juga baru lah akhirnya pergi klinik untuk ambil ubat. Bukan sebab saya takut makan ubat. No, no, sebaliknya saya tak ada masalah makan ubat. Saja taknak bergantung kepada ubat sangat. Kononnya nak buat badan lebih tahan serangan penyakit. Mujur juga anak saya, Naim setakat ni memang mudah sangat, malah suka makan ubat. Ikut mama dialah tu, senang jaga.. Bila tekak terasa pahit perit ni mula lah terasa nak makan macam-macam. Selalunya saya suka benda manis dan masam. Mulalah terasa nak makan kek, puding sagu atau tutti fruiti..Nak minta kek, baru je makan kek semalam. Minta epal hijau atau buat yee mee tomyamlah, agak

Tak best

Tak bestnya bangun pagi dengan kepala terasa berat, tekak terasa perit, berkahak dan hidung tersumbat, kan? Semalam rasanya ok je. Harapnya lepas mandi, minum milo panas, akan legalah simptom-simptom demam selsema ni. Nazif yang tidur di sebelah ni pun macam dah ada simptom yang sama. Nafas dia kedengaran kuat dan dah berapa kali dia batuk dalam tidurnya. Alahai, sian anak mama ni.. Abg dah baik selsema, adik lak yang kena...

Pengecualian cukai pendapatan ke atas bonus

PUTRAJAYA 17 Okt.- Tindakan mengecualikan cukai pendapatan ke atas bonus yang diterima penjawat awam boleh memberi kesan terhadap hasil pendapatan negara, kata Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr. Ali Hamsa. Ini kerana, jika dilaksanakan, pekerja sektor swasta juga berhak ke atas pengecualian itu sekaligus memberi kesan kepada hasil cukai negara, katanya. "Pengecualian cukai pendapatan itu juga tidak memberikan manfaat kepada penjawat awam yang berpendapatan kurang daripada RM2,700 yang sememangnya tidak membayar cukai," katanya pada majlis perjumpaan Ketua Setiausaha Negara (KSN) dengan kepimpinan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) di sini, hari ini. - BERNAMA Apa reaksi: seronok atau geram?

tak suka tak apa

Tak suka tak apa kerana saya memang begini kalau gembira ku tunjuk gembira kalau bermuka ketat, adalah yang tak kena.   tak suka tak apa, kerana saya memang begini kalau marah tak dapat nak tahan tapi tak ada nak simpan dendam apa lagi berpanjang-panjangan.   tak suka tak apa kerana saya memang begini tak suka cakap belakang tak puas hati memang segera diluahkan   tak suka tak ape kerana memang saya tak reti membodek jangan nak dengar kata pujian kalau saya tak rasa demikian tak kira siapa dia dalam hati sentiasa yakin insyaAllah Allah akan menolong umatnya ini.. p/s : benci kaki bodek dan orang suka ambil kesempatan

Tak baca bismillah ke?

Image
Malam ni kami makan yee mee tomyam. Bukanlah hebat sangat menunya tapi sebenarnya ni kali pertama saya beli dan buat sendiri yee mee ni kat rumah. Biasanya makan kat luar je. Tak plan nak beli pun sebenarnya. Al kisahnya pagi tadi, memandangkan adik ipar yang sedang bercuti ada di rumah, saya minta dia jagakan Nazif sementara saya keluar beli barang. Kali pertama keluar sorang selepas ada Nazif ni, mamanya ni sedaplah jalan-jalan tengok barang. Rasa bebas je. Padahal bukan pergi jauh pun tadi, cuma pergi kedai runcit dan 99Speedmart kat BSP ni je. Tengah tinjau-tinjau barang tu, tetiba ternampak yee mee lalu terus beli. tak nampak menarik tapi sedap Jadi inilah hasilnya, yee mee tomyam versi saya. Sedap rasanya. Senang pulak tu nak buatnya, campak-campak aje. Cepat je habis licin yee mee ni saya makan. Suami sempat tanya, "amboi cepatnya makan,tak baca bismillah ke tadi? "  Jahat tul kan? Macam lah dia tu makan tak habis pun, licin jugak akhirnya.. Siap tambah telur s

jom buat urutan...

Image
Lega dah siap mandikan Nazif. Dah pun urut sikit dia lepas mandi tadi. Sementara dia boleh diam-diam kat tilam tu, bolehlah update blog sikit. Korang biasa dengar tentang urutan bayi tak? Semasa Naim kecil saya jarang buat urutan untuk dia. Entah kenapa, malas kot sebabnya.. Mungkin juga sebab tak ada masa kerana jaga dia sorang-sorang di JB. Tapi untuk Nazif ni saya rajin sikit nak buat urutan kat badan dia... Memang pernah diberitahu tentang kebaikan urutan bayi tapi bila ada penyakit M tu tak dapatlah nak buat apa-apa kan? Namun bila saya dapat tahu yang salah satu kebaikan daripada urutan bayi ni ialah mengurangkan tekanan ke atas bayi yang suka menangis, apa lagi, terusla saya amalkan setiap hari. Maklum ajelah Nazif ni kalau tak kena caranya, memang juara nangis. Tak daya nak asyik dukung je dia semata-mata tak nak dia menangis. Lagipun kalau biasakan asyik dukung je pun payah juga untuk orang lain jaga dia bila saya dah kerja nanti. Urutan boleh dibuat seluruh badan termas

Pencuri tak berapa bijak

Image
Penyamun terlepas raket Chong Wei PUCHONG - Jaguh badminton dunia, Datuk Lee Chong Wei kerugian hampir RM30,000 apabila syarikat pembinaan miliknya di Bandar Puteri di sini dipecah masuk sekumpulan penyamun semalam.   Bagaimanapun Pengarah Urusan syarikat berkenaan yang juga abang Chong Wei, Lee Chong Hoon, 38, berkata, adiknya tetap lega apabila raket yang digunakannya ketika menjuarai Kejohanan Seluruh England pada 30 Januari tahun lalu tidak dilarikan. Raket tersebut telah dibida oleh seorang individu dengan harga RM74,000. Hasil bidaan itu akan didermakan kepada mangsa tsunami di Jepun. - sumber: kosmo

Lagi tiga minggu jer

Image
Petang yang tenang, berangin dan panas tak terik macam ni best kan? Saya rasa syukur dapat menikmati suasana macam ni di rumah dengan Nazif. Jaga bayi ni nak kena tekniknya. Taklah susah, malah seronok dapat menjaga sendiri anak. Walaupun terpaksa curi masa untuk makan, masak, kemas rumah dan solat, namun insyaAllah semuanya sempat. Cuma kena pandai aturkan masa. Kalau terpaksa, sikit-sikit bagi Nazif menangis takpe, exercise bercakap..hehe.. Tapi, tetiba pula terfikir yang dah tak lama saya boleh menikmati suasana macam ni..Lagi tiga minggu dah nak kena masuk sekolah semula..cuti dah nak habis...oooo tak nak... Amboi, sedap hati je tak nak masuk kerja semula kan?.. Kalau suami bergaji lima angka tak pelah nak bercita-cita cam gitu.. Jadi kenalah sedar diri dan sediakan mental dan fizikal untuk mula bekerja semula.. Lagipun cikgu ni kerja mulia, aper? Ayat-ayat pujuk diri.. Cuma satu je kena usahakan dalam masa tiga minggu ni, camna nak susukan Nazif? setakat ni dia cuma minum

Gaun dah dapat tuan..

Image
Memang sesuai betul semalam saya beli gaun untuk anak buah.. Rupanya tuannya nak keluar hari ni. Setelah dapat tahu baby Alya Arissa ni lahir, kami cepat-cepat bersiap dan balik ke Teluk Intan untuk melihat baby..Lagipun tak jauh sangat perjalanan dari BSP ke Teluk Intan. Tapi tak adalah pagi sangat, kami keluar rumah tadipun dah pukul 11.30 pagi. Alhamdulillah perjalanan hampir tiga jam terasa tenang sebab kedua-dua hero kami ni banyak tidur. Lega hati mamanya ni.   alya arissa lahir 3kg pada pukul 4.00 pagi.   Masa kami sampai tadi bayi comel ni tak buka mata lagi.. Jadi, tengok ajelah dia tidur. Orangnya putih melepak. Memang sesuai warna gaun yang saya pilih semalam tu..puji diri sendiri lak...Nak tahu apa reaksi Naim masa tengok baby Alya ni? Dia tengok dan cakap, "banyaknya baby..". Lucu kan? Dari perspektif budak dua tahun itu komennya..Tak macam kita yang dewasa ni komen tentulah pasal comel, berat, rupanya atau lain-lain lagi. Tapi, betullah kata Naim t

Geramnya, lalu kucapai satu...

Image
Baju-baju budak perempuan memang kebanyakkannya cantik, kan? Setiap kali pergi ke pasar raya, geram betul saya bila tengok gaun-gaun, semua nampak cantik!!! Tak ada rezeki lagi nak dapat anak perempuan jadi tak dapatlah nak beli gaun-gaun yang comel ni..adui rugi kan? eh, ke boleh kata syukur sebab selamat duit saya kalau macam ni... pic dari google: mana boleh tunjuk baju baru tu, nanti tak surprise nak bagi hadiah, kan? Semalam, kami satu famili pun pergilah ke IOI Mall. Niat hati nak belikan Nazif pakaian baru. Tapi belum lagi sempat beli baju untuk hero-hero kesayangan ni, saya dah tersinggah di kedai baju gaun untuk kanak-kanak.. Semuanya cantik, berkenan tengok.. Dalam hati saya mula-mula tu tak ada apa-apa niat nak beli. Saja tengok sebab rasa lawa baju-baju tu.. Apa kes nak beli kalau tak ada anak perempuan pun, kan? Siapa yang nak pakai? Jurujual di kedai tu pun tanya, Nazif ni lelaki ke perempuan? Agaknya dia pelik tengok saya pilih-pilih baju gaun sedangkan saya bawa b

Kerana kedekutmu

Naim ni tak reti nak aplikasikan falsafah sharing is caring nampaknya. Ada ke patut seluar jeans lama dia yang kami pakaikan masa kecil dia tak nak bagi Nazif pakai. Bukannya dia muat pakai lagi seluar yang saiz 6 bulan tu..Pada hal ni bukan kali pertama, masa keluar Ahad lepas Nazif dah pernah pakai seluar lama Naim pun. Hari tu dia tak perasan agaknya, sebab tu boleh terlepas, elok je Nazif pakai jeans lama dia masa tu. Beriya Naim nak pakai seluar lamanya tu... takut adik pakailah agaknya. Walaupun dapat masuk tapi tak dapat nak pasang butang kerana dah tak muat dengan ukuran pinggang dia.. Gelak je kami tengok Naim pakai seluar tu, nak sangat.. Akhirnya dia buka seluar tu sendiri. Tak lama pun pakainya.. Tahu pun ketat...lepas tu elok-elok pulak dia cakap, " bagi adik".  Agaknya memang kena bagi diorang di tahap umur macam ni merasa sendiri sebelum kita larang, baru dia belajar dan faham..huhu, anakku sorang ni memang macam-macam... .Banyak lagi kena belajar  nanti ye s

Tak kesian ke buru badak demi tanduk?

Image
Badak setelah tanduknya  dipotong PESAKIT kanser di Vietnam yang terdesak mendapatkan penawar melihat tanduk badak sebagai penamat kesengsaraan. Obsesi tersebut mengancam kelangsungan hidup badak liar yang kian berkurang jumlahnya. Khasiat yang terkandung dalam tanduk haiwan tersebut menyamai protein yang ditemui di dalam kuku manusia. Walaupun mahal, ia terus mendapat permintaan yang tinggi sekali gus mendorong pembunuhan badak oleh pemburu haram tanpa henti di Afrika Selatan. Kepercayaan bahawa tanduk badak mampu menyembuhkan pesakit kanser bagaimanapun ditolak oleh kajian perubatan. asah tanduk badak sumber : kosmo online

Kelantan ke final Piala Malaysia 2012

Dengan semangat kenegerian, nak juga saya tulis entry ni. Walaupun saya bukanlah peminat bola sepak, namun sekali sekala menyaksikan pasukan Kelantan main macam malam ni timbul rasa bangga dan bersemangat kesukanan pulak. Dengan kemenangan 2-0 malam ni mengalahkan Selangor, suami saya yang biasanya tak sokong pasukan Kelantan ni pun tak ada berganjak dari skrin tv dari awal perlawanan. Semoga pasukan Kelantan dapat mengekalkan momentumnya dalam perlawanan akhir nanti...

Tepuk amai-amai

Tepuk amai-amai , belalang kupu-kupu, tepuk biar pandai, mama upah susu .   susu lemak manis, santan kelapa muda, Adik jangan nangis, Mama nak buat kerja..   Dah beberapa kali saya main-main dengan Nazif sambil menyanyikan lagu Tepuk Amai-amai..Sekarang Naim lak yang semakin syok, bila dengar adiknya menangis dia akan minta saya menyanyikan lagu tersebut. Bahagian yang paling suka dinyanyikan oleh Naim ialah SSSUUSSSU (susu) dan kerja... Lagu ni saya jarang nyanyikan masa Naim kecil dulu. Tahu kenapa? Sebab bibik yang pernah menjaga Naim waktu tu selalu mendodoikan Naim untuk tidur dengan lagu ni. Bila dengan akak tu nyanyikan lagu ni dalam versi indonesia(korang bayangkan sendiri), saya tak jadi nak nyanyikan lagu ni lagi,,,hehe.. Alhamdulillah syukur, saya perhatikan Naim dah kurang sikit memberontak dalam minggu ni.. Namun saya masih lagi terus berdoa ketika solat, tiupkan ayat-ayat tertentu ke kepalanya serta kerap usap-usap kepalanya. Saya juga mengelakkan

Polisi satu anak mencengkam China

Image
Polisi satu anak di China selalunya menyebabkan seseorang itu menyara keperluan ibu bapanya dan juga empat orang yang berstatus datuk dan nenek kepadanya. Jika si anak itu mendapat kecelakaan lalu mati, kebajikan ibu bapa dan datuk serta neneknya terabai begitu sahaja.   Sejak polisi itu diambil pada tahun 1980, dianggarkan sejuta keluarga China telah kehilangan satu-satunya penyambung warisan mereka akibat kematian.Dalam tempoh 20 hingga 30 tahun akan datang, antara empat hingga tujuh juta keluarga di China dijangka mengalami nasib yang sama. Ramai yang mengalami nasib seperti Wu dan tidak ada orang boleh membantunya melalui waktu-waktu kecemasan atau menampung kos perubatan ketika lanjut usia.        sumber: Kosmo Online     Syukur kita jadi warganegara Malaysia kan? Kalau ditakdirkan lahir sebagai warganegara China, kita semua mungkin tak ada adik beradik macam sekarang. Tak pun mungkin juga tak lahir langsung ke dunia ini.. Yelah, kalau dah kena lahirkan seorang anak je,

Anak papa

Alkisahnya, semasa tengah bersembang dengan suami..Saya pun mula buka mulut ,  " Papa kamu ni,..........." Naim dengar tu, sambil dia tengok upin ipin dia pun menyampuk , " Papa kita lah " Terkejut juga bila dengar cakap dia tu. Bangga pun ada, pandai Naim cakap macam tu sedangkan kami tak pernah pun ajar dia tentang penggunaan kata ganti nama.. Sambil tersenyum memandang suami, saya pun tanya Naim, " Mama lak?" tau Naim jawab apa untuk  soalan tu? Mama Najim... (memang dia panggil adiknya Nazif macam tu) huhu, memang dia nak jadi anak papa....

Comel tak bagi mama buat kerja? kena berhenti ke?

Image
Nazif-dua minggu lepas, belum seberat hari ini. Hari ni nampaknya hari Nazif meragam. Tak macam semalam, hari ni Nazif tidur sekejab je lepas dimandikan pagi tadi. Lepas pukul 9.20 tadi dia mula tak nak tidur dan asyik nak minta diangkat je. Biasanya waktu pagi dia akan tidur, walaupun sekejab je dan menjelang tengah hari baru tak nak tidur. Jadi, waktu dia tidur tu saya boleh guna untuk buat apa-apa kerja yang penting. Bila dah sedikit lenguh tangan sebab mendukung dia, saya letakkan dia di tilam dia. Dapatlah dia diam 10 minit paling lama, kemudian mula la meraung mintak simpati lagi.. Jadi, arini mamanya memang tak boleh buat kerja langsung lah nampaknya. Makanya dalam pukul 12.30 tadi, saya dukung sambil pujuk dia suruh tidur. Kemudian, sambil menyusukan dia saya tanya dia,"Comel tak bagi mama buat  kerja? kena berhenti ke? mama banyak kerja sekolah nak kena buat ni..."... Tentualah Nazif tak jawab pun, lama-kelamaan saya dan Nazif sama-sama tertidur sehinggalah b

Kadang-kadang benda yang tidak dirancang lebih mudah berlaku

Image
Sejak seminggu ni, menentukan apa benda nak makan memang terasa susah. Menjelang je waktu makan, terutamanya makan malam, saya mulalah tanya suami apa benda yang dia nak makan.. Dia mula-mula akan bagilah apa menu yang nak minta dimasak. Rancang nak ayam masak lemaklah,tomyam lah, kailan ikan masinlah, kangkong belacan lah dan macam-macam lagi.Tapi menjelang masa nak masak, sama ada kami bergilir-gilir masak atau daripada tiga masakan yang rancang nak buat akhirnya jadi satu je, tu pun ayam goreng je ataupun keluar makan penyelesaiannya. 'Master'chef masuk dapur Budak-budak, kadang-kadang waktu kita sibuk tulah waktu dia nak meragam. Naim ke Nazif, sama je setakat ni. Naim dengan karenahnya, Nazif lak dengan tangisan atau kemengada-ngadaannya nak didukung. Semalam pun sama. Dua hero ni selsema, dua-dua pun asyik merengek je. Naim pun minta didukung, jadi papa dukung Naim dan mama tentulah dukung Nazif.. Last, masa nak masuk azan magrib tu saya syorkan kepada suami, pergi

Menjelang PMR

Dah tak lama lagi nak peperiksaan PMR rupanya. Maklumlah cikgu yang tengah cuti panjang ni, tak berapa nak ambil tahu hal sekolah. Pagi tadi bila menelefon Kak Ngah baru tahu PMR akan bermula hari Selasa ni. Jadi, selamat berjayalah kepada dua orang anak saudara saya yang bakal menempuh peperiksaan ni tak lama lagi. Bagi Aisyah, anak Kak Ngah saya yang memang rajin ni harapnya jangan terlalu takut nak tempuhinya. Dah banyak baca tentu akan dapat keputusan yang baik. Memang rajin macam mak cik ko ye..jangan percaya, mak ciknya ni tak rajin macam tu masa sekolah dulu...Kepada Faisal, anak Kak Long lak, ko jangan ambil mudah je... Budak jantan ni(istilah orang Kelantan, budok jate) memang tak ambil berat sangat, kononnya dah faham cikgu ajar di kelas. Masa saya duk berpantang kat kampung haritu pun tengok dia kalau datang ke rumah Tok bukan pernah bawa buku pun. Kalau boleh asyik nak tengok kartun aje... Kalau dah tinggal tak berapa hari lagi macam ni, calon-calon jangan main-main lag

Mood risau: perlu sedih ke gembira

Image
Sejak balik dari kampung seminggu ni, Naim macam nak tunjuk yang dia 'anak papa'. Apa taknya, asyik nak bermanja dengan papa je. Apa-apa mesti dia minta dengan papanya, kecuali bila papa sibuk atau tak layan baru dia minta dengan saya. Muka ala-ala manja.. Tambah pula sejak semalam Naim diserang selsema. Makinlah bertambah manja dia. Bayangkan tengah hari ni dia merengek berkali-kali. Sikit-sikit pun nak menangis. Apa yang nak dibuatnya semua kena papa ada di sebelah. Kalau tak, menangis dia. Lepas makan ubat tengah hari tadi, baru nak tidur. Tapi, Naim tidur pun di atas riba papanya..Ai, terpaksalah layan, kata papa N. Anak tengah tak sihat badan. Terfikir juga saya, situasi ni biasa ke? Risau kot nanti Naim lebih rapat dengan papanya tapi tak rapat dengan saya lak? Mulalah rasa bersalah tak dapat beri sepenuh perhatian kepada Naim yang tak berapa besar sangat lagi ni.. Ke saya patut gembira sebab dengan keadaan macam ni saya ada lebih masa nak bagi tumpuan kepada Nazi

Impian tak kesampaian

Image
gambar pinjam dari blog : Dapur tanpa sempadan Berkenan betul tgk bubur pulut hitam di blog Cik Mat semalam.. Nampak menyelerakan betul sampai terus saya intai stok beras pulut hitam ada tak. Ada...... Seronoklah apa lagi, mula pasang angan-angan nak masak pulut hitam tu esok ( pagi ni). Dah siap rendam pun semalam sebelum masuk tidur. Kononnya supaya hari ni tak perlu masak lama. Hari ni lak tetiba teringat nak telefon mak sebelum rebus pulut hitam. Tapi telefon tak berjawab, lalu cuba lak saya menelefon kak ngah. Akak tu cakap apa tadi, " tak payah makan dulu la. Tunggu lama sikit, pulut ni boleh buat sakit urat nanti." Adoi, tutup cerita, buang ajelah pulut hitam yang dah direndam tu.. Mujur tanya dulu sebelum buat, taklah penat saya buatnya.. Korang pun ada tak elakkan makan pulut dalam masa lepas bersalin ?

Tengkorak dalam perut

Image
SEORANG bekas ratu cantik terkejut apabila mendapati suku daripada tengkorak kepalanya dikeluarkan dan disimpan di dalam perut selama enam minggu selepas dia terlibat dalam kemalangan yang hampir meragut nyawanya. Pakar bedah menyimpan bahagian belakang tengkorak Jamie Hilton, 36, itu di dalam perutnya. Ia diletakkan di bahagian abdomen Jamie bagi membolehkan tulang tersebut bebas daripada pencemaran kuman dan mendapat khasiat sewajarnya sementara menunggu bengkak di otaknya susut. Macam-macam : sumber: kosmo online

Hari sabtu kami

Image
Korang hari ni keluar pergi mana? Memikirkan Nazif belum dilatih minum susu dari botol, saya tak keluar lama pun hari ni. Banyak habiskan masa duk rumah je. Rindu nak tahu update dari blog kawan-kawan. Hari ni saya tengok blog - blog yang selalu saya jenguk kebanyakan sepi je. Korang keluar bersuka ria ye? Ok, nati update kisah hari ni ye, korang? Saya ? Tak banyak citer sangat. Pagi, kami keluar bersarapan di Restoran Ubi Kayu, USJ 9. Bagi yang pernah pergi tahu lah situasi restoran ni macam mana kan? Tadi agaknya rezeki bawa bayi kot, tak lama kami berdiri intai meja, terus dapat. Cuma lambat dapat makanan, sebab yang kami makan tadi nasi lemak dan roti jala tu barisan yang beratur ramai sikit. Lagipun adik pekerja yang serve benda ni macam lambat sikit buat kerja. Tapi apa pun, dapat juga kami makan, alhamdulillah. Naim apa lagi, makan ayam goreng aje lah..macam upin kata papanya. Abis, kalau papa pun sama macam Naim duk tokak ayam goreng sedap tu dengan bersungguh-sungguh, papa p

Jom masak!

Image
Bagus betul petikan ayat ni kan? Kaum lelaki atau suami kena bersyukur kerana isteri masih masak walaupun dengan kesibukan yang ada. Walaupun kadang-kadang sebab sibuk dan kalut, masak pun satu jenis lauk je... Lebih baik daripada tak ada langsung kan?  Huhu, ayat-ayat back up diri sendiri sebab tengah hari tadi jamu suami nasi putih dan paprik ayam je....

Beza setelah jadi ibu 2 anak

Tentulah ada bezanya kan? Saya perhatikan diri dan persekitaran dah ada beberapa perbezaan. Pertamanya, lemak bertambah. Entah macam mana lemak melakat terutamanya kat perut ni. Maklumlah dah dua kali operatenya, manja ni malas nak beredar agaknya..ai, dah tak adalah orang yang puji, " ko ni tak ada perut," macam dululah nampaknya. Walaupun pernah timbang beberapa minggu lepas berat tetap sama macam berat sebelum mengandung kali kedua, masih lagi 45kg, rasanya penimbang tu salah kot... Kedua, baju-baju atau seluar yang dulu macam baju pinjam sekarang dah jadi baju dan seluar sendiri. Faham ertinya? Memang badan dah naik sikit. Bra yang lama pun tak leh pakai dah, sebab menyusukan Nazif ni faham-faham lah keadaannya. Ketiga lak, sekarang bak kata P Ramlee, saya makan tak berapa kenyang, mandi tak berapa basah dan tidur lak konfem tak berapa lena. Apa taknya kalau Nazif yang comel ni menangis, takkan nak buat tak tahu je tidur mati atau terus suap makanan. Sungguhpun bole

Segmen: Jom Blogwalking

Image
Ha.... memandangkan saya ada banyak masa menghadap skrin notebook ni, nak join segmen ni, kot-kot boleh tambah rakan baru barang seorang dua.. Kot-kot ada yang nak tolong saya siapkan soalan PBS ni mana tahu, kan? haha, gurau je, semoga dapat lebih perkongsian daripada rakan baru.. Korang berminat? Jom sertai kat sini.

Perlu kah penggendong bayi?

Image
 pelbagai pilihan baby carrier Kami ni nak kena beli baby carrier atau penggendong bayi tak ? Dah masuk anak kedua baru fikir benda ni. Bukan apa sebenarnya. Masa Naim bayi dulu, dia kecil dan badannya naik pun sikit-sikit je. Lagipun dia sorang je, tak adalah terasa kalut sangat nak menggendong dia bila keluar. Sekarang ni, dengan Nazif yang badannya agak semangat, ditambah pula dengan Naim yang perlu juga diberi perhatian penuh, rasanya penggendong bayi ini salah satu alatan yang kami kena ada untuk memudahkan kami apabila berada di luar rumah. Kalau tak rasanya kelam kabut juga kami berdua menjaga kedua-dua hero ni apabila keluar. Kereta tolak Naim dulu memang ada lagi. Tapi benda tu dah la berat nak diangkut ke mana-mana. Kot dibuatnya Nazif ni pun macam abangnya yang tak suka duduk di dalam tu, kami juga yang susah nati. Bila berjalan-jalan nati tentu seorang kena pegang Naim, seorang kena pegang Nazif, jadi kalau Nazif tak nak lepak dalam stroller tu, siapa lak yang

Bawa anak anda ke tempat kerja

HP is sponsoring “Take Our Children to Work" events at various sites around the world. Besides giving us an opportunity to share our pride in HP , these events will help the young people in our lives explore possibilities for their future—and introduce the next generation to HP workplaces, people and technologies. With support from our local leaders, a planning team is mobilizing to organize an event for Friday, 23 rd November 2012. Special activities will be planned for children ages 7-10. Mark your calendar today! Details regarding the event, volunteer opportunities and registration requirements will be shared in the coming weeks.       E-mel dari ibu pejabat suami...     Saya terfikir, dengan keadaan Nazif yang menyusu badan sepenuhnya macam sekarang ni, cadangan ni sebenarnya menarik. Bukan apa, kalau anak kecil dibawa ke tempat kerja, kita sebagai ibu tak perlu risau tentang keadaan anak kita. Ini kerana kita berada dekat dengan anak jadi boleh memanta

Mok Cik nak mula melawa!

Saya pernah bagitahu dalam entry yang terdahulu bahawa, sejak saya mengandung kali kedua aritu saya jadi tak suka tepek apa-apa kat muka saya. Rasa rimas bila pakai alas bedak, bedak atau lipstik. Jadi sepanjang beberapa bulan aritu saya pergi ke sekolah dengan muka tak siap. (ai, teruk tul kan?, tapi semestinya dengan seri ibu mengandung, hehe) Ha, bila dah nak masuk dua bulan lepas bersalin ni, mok cik ni dah mula rasa nak melawa kembali.. hehe, macam lah lawa sangat kan? Bukan apa, terasa muka dah jadi terlalu kering sekarang, agaknya sebab sekarang dah tak makan apa-apa vitamin lagi. Jadi, permulaannya semalam saya beli dua produk ni..produk biasa yang dijual di Guardian je...tak payah masuk gambarnya lah ye...Maafla, mok cik ni memang jenis tak biasa pakai barangan mahal. Rasa sayang nak bazirkan duit beli produk kecantikan yang mahal. Lagi satu, perasan muka licin dah  tak ada masalah jerawat atau yang lain.(tolong jagan muntah bila baca ye), tu yang rasa tak perlu beli yang ma

Pengantin diarah bekerja pada hari perkahwinan

Zhang Yu, pengurus di pusat tol lebuh raya di Qingdao, wilayah Shandong di timur China, merancang bercuti seminggu untuk melangsungkan perkahwinannya. Bagaimanapun, majikannya membatalkan semua cuti apabila jalan raya di seluruh China sesak dengan berjuta-juta pemandu pulang ke kampung halaman masing-masing minggu lalu sempena cuti Festival Bulan. Zhang Yu terpaksa mengendalikan pondok tol itu dan pada masa sama, berjaya melangsungkan perkahwinan ketika waktu rehat makan tengah hari apabila rombongan kereta perkahwinannya melalui tol itu.       dipetik dari Metro Online... Memang tak patut, kan? Kalau saya rela berhenti kerja kalau kena macam ni...

Cara mengatasi anak suka tabur makanan

Penat tau nak asyik kena kemas, lap, sapu dan mop lantai atau meja kan? Kalau korang ada anak yang suka sepahkan makanan, makan pun tabur-tabur, memang tak dapat nak elakkan kerja-kerja pembersihan ni. Ragam Naim bila makan macam inilah. Kadang-kadang satu ruang tamu kena lap selepas dia makan. Tak bagi dia bagi, tak boleh  sebab dia dah pandai minta bila nak makan. Bila bagi, dia makan bukan makan elok-elok, yang masuk mulut jauh sikit daripada yang ditumpahkan. Ada hari-hari tertentu je dia benarkan orang dewasa suapkan makanan tu. Kebanyakan masa dia nak suap sendiri. Akibatnya, apa lagi, bertaburanlah makanan tu. Kak Ngah pernah cerita yang anak kawan dia suka bergaduh semasa makan, jadi kawan dia tu selesaikan masalah tu dengan buang makanan tu, biar semua pun tak dapat makan. Jadi, lepas tu anak-anak dia tak lagi bergaduh semasa waktu makan. Saya terfikir nak guna kaedah ni nak latih Naim makan dengan lebih sopan. Tapi, rasanya tak sesuai sebab dia kecil lagi. Kalau buat maca

Yang penting mesti sejuk

Image
tiga warna dan tiga rasa berbeza Siapa pernah makan benda ni? Best kan? Inilah stok ais krim Malaysia@buatan   sendiri di dalam peti sejuk rumah saya sekarang. Buat ni untuk anak bujang kesayangan, siapa lagi kalau bukan Naim. Maklumlah semasa tinggal di kampung sebulan tempoh hari, hampir setiap hari Naim makan ais krim. Malah kadang-kadang sampai 3-4 batang dalam sehari. Balik rumah sendiri pun dia asyik minta ais krim dan satu memang dia tak cukup.kat kampung tak pelah, kosnya Tok Ayah yang tanggung. Sini mama yang berjimat ni risau habiskan duit semata-mata untuk ais krim je. Membazir betul kan? Jadi sebagai penyelesaian, buatkan ais krim ni untuk pujuk Naim. Sebenarnya Naim ni tak kisah ais krim yang dimakannya tu ais krim yang mahal atau ais krim yang murah. Selagi sejuk bendanya, dia tak kisah. Pernah masa di kampung, suatu hari stok ais krim tak ada dalam peti sejuk. Naim apa lagi, berkali-kali tunjuk jari ke arah peti sejuk. Sambil menarik tangan orang sekeliling ke ar

Naim @kampung

Image
Dah lama saya tak menulis tentang Naim.. Naim nampaknya semakin matang sejak ada adik. Sepanjang 37hari balik kampung, Naim mudah diuruskan. Dia mudah mesra dengan orang lain. Makan pun tak ada masalah, tak macam ketika di rumah sendiri, asyik nak susu je, benda lain payah nak dimakan. Bila berkomunikasi dengan orang lain, dia ok juga, malah suka lak melawak dengan saudara-mara di kampung..paling kagum bila kakak-kakak saya bawa Naim keluar sedangkan saya tak ikut, dia selamba jer, malah tak ada buat masalah pun. Cakap pasal makan, Naim di kampung macam berpesta makan. Ada saja makanan yang disediakan oleh Tok, dia akan makan. Bila Mak Long, Mak Ngah atau abang-abang sepupu datang, lagilah bertambah dia makan. Paling best ialah makanan kegemarannya sentiasa ada, iaitu aiskrim. Tok Ayah atau Tok Ya seperti yang dipanggil oleh Naim selalu membelikan aiskrim untuk Naim. Minggu lepas je, memandangkan minggu terakhir Naim di kampung, Tok Ya membelikan sampai 30 batang aiskrim untuk Naim

Membesar sihat dan kuat

Image
Pagi ni awal-awal lagi saya dah usap kepala Nazif sambil cakap kepada dia, "Hari ni adik jangan nangis ye, jadi good boy, tahu?". Lepas tu elok je dia tidur. Jadi, apa lagi, lepas tu saya cepat-cepat mandi. Ingatkan sempat buat banyak kerja sementara Nazif tidur. Tapi, selepas mandi tadi saya cuma sempat masukkan baju kotor ke dalam mesin basuh, cuci pinggan mangkuk semalam, lipat baju-baju dan kemaskan sikit di ruang tamu. Baru je nak sediakan sarapan, papa N dah bawa turun Nazif. Lepas tu dia bersiap dan pergi ke pejabat, tinggallah saya menguruskan Nazif seorang. Jadi saya hari ni bersarapan dengan biskut tiger je. Dah terbiasa masa di kampung sekitar pukul 7 lebih mak dah siapkan sarapan dan memang sedap-sedap makanan yang disediakan..Nak bersarapan lengkap macam di kampung, payahla.. Baru tiga hari balik ke rumah sendiri, dah rindu kampung...

Ibu menyusu kena jaga makan

Image
Comel tak budak montel ni? Ahmad Nazif dah hampir nak masuk usia 2 bulan. Setakat ni memang Nazif cuma minum susu mamanya. Alhamdulillah kali ni banyak susu badan sehingga tak perlu campur susu sebagai mana Naim dulu. Namun, memandangkan Nazif minum susu badan jadi kenalah saya menjaga makan. Tak boleh makan benda yang sejuk dan berangin. Kalau salah makan, kesian tengok Nazif menangis meraung sebab kembung perut. Jadi setakat ni terpaksalah saya hadkan sayur dan buah yang dimakan. Dah ada pengalaman masa Naim dulu, tak perasan diri makan laici. Lepas makan tu bukan je Naim kembung, saya pun sampai demam. Dah tahu, sekarang beringatlah sedikit tentang makanan yang dimakan . Kita sakit tak ape lagi kan? Tapi tak tahan tengok bayi kecil menangis meraung sebab kembung.