Jangan lupakan kami
Assalamualaikum semua. Dua hari tak menulis terasa lama. Tapi apakan daya bila dah ada di kampung ni, banyak lagi perkara lain yang tak menyempatkan saya untuk edit blog. Semalam hampir separuh hari tidur je, alasannya kerana letih dan rasa damai kat kampung halaman. Hujan je hampir sepanjang hari semenjak kami balik ni . Jadi setakat ni aktiviti kami kebanyakannya makan dan main-main kat dalam rumah je. Sejuk tu. Nak keluar pun, faham fahamlah kalau dah cuaca macam ni. Naim apa lagi, asyik dengan permainan dia sahajalah. Mujur mama sempat angkut sebeg barang mainan Naim ni. Bolehla dia lupa rumah dia sementara. Setakat ni dah dua kali Naim minta nak balik BSP. Sabar ajalah nak jawab ajakan dia ni. Itu yang kami layan je dia, asalkan dia tak sebut nak balik BSP. Nazif pula relax je. Sekali sekala tunjuk mengada ngada juga. Tapi kebanyakan masa dia seronok kerana banyak makan. Apa taknya, jika ada orang makan, dia akan ikut orang tu untuk minta makanan tu. Semalam, Ayah Su sa