Posts

Showing posts from May, 2014

Mendobi dengan Naim

Image
Hari ni sekali lagi Naim saja yang duduk di rumah dengan mama. Amboi, walaupun beberapa kali diajaknya mama pergi ambil adik, kononnya nak main sama-sama dengan adik, tapi pada masa yang sama, Naim macam seronok sangat dapat berdua dengan mamanya. Suara pun manja-manja je. Agaknya sebab adik tak ada, mama dia dapat bagi sepenuh perhatian, suka hatilah tu. Saya dah lama nak cuba dobi layan diri tapi hari ni baru dapat cuba. Alasannya nak cuci cadar yang tebal. Entah siapa yang kencing masa tengah tidur, kenalah dicuci cadar tu kan. Kalau cuci sendiri boleh je tapi nak cepat kering. Hihi. Alasan, kalau tak mesti tak merasa guna mesin di dobi tu, kan? Ajaklah Naim pergi. Bawa juga sekali dua helai tuala Naim dan baju kegemaran Naim. Cadar tu dah tebal jadi saya tak bawa banyak baju lain. Masukkan semuanya ke dalam mesin 14kg. Naim seronok je bila masuk ke dobi ni. Dia yang masukkan duit kertas nak tukar syiling. Dia yang beli sabun dengan syiling tu. Dia masukkan baju ke dalam mes

29 Mei

Image
Alhamdulillah sampai ke tahap ini. Dah lima tahun sejak tarikh 29.5.2009. Bermakna tempoh perkahwinan saya dan Papa N juga dah lima tahun, eh sepatutnya dikatakan baru lima tahun. Memang tempoh yang amat baru lagi, kalau nak dibandingkan dengan orang lain. Walaupun nak menempuh lima tahun ni ada masanya saya rasa susah, namun saya sangat bersyukur kerana Allah berikan kekuatan dan hidayahNya untuk kami sama-sama meneruskan proses membina dan menguruskan rumah tangga ini. Bercakap tentang masa susah, patutla orang kata yang lima tahun sekali ialah fasa yang lain dalam hubungan perkahwinan.  Buat suamiku, Papa N... Apa pun, kalau lima tahun pertama ni kita banyak bergaduh pasal benda kecil, macam masa nak cuci bila anak buang air besar. Harapnya 25 tahun akan datang kita masih lagi mesra macam ni, kita gaduh pula pasal siapa nak cuci kalau cucu kita buang air besar, boleh tak Pa? Apa nak dikisahkan apa orang lain kata, asalkan kita tak buat perkara yang salah. Nak puaskan hati sem

Sepagi dengan abang

Hari ni adik je dihantar ke taska. Kononnya pagi tadi Papa N tak sempat, saya pula malas nak keluar, jadi Naim tak dihantar ke tadikanya. Naim ni bila dia bangun, mula bertanya adiknya kat mana. Katanya nak bergaduh dengan adik. Gelak saya mendengar tu. Dia ni faham tak apa maksud gaduh tu? Sambil cari mood nak menanda, saya suapkan nasi untuk Naim. Jenis payah makan ni, kalau disuap lebih la sikit nasi yang masuk mulut. Selain tu, umpan dengan tembikai merah yang Naim cukup suka. Sedap, katanya, minta tambah pula pagi ni. Seronoklah hati bila tengok Naim berselera makan. Lepas tu macam mood Naim ok, dapatla saya menanda tanpa gangguan, rasanya siaplah 10 skrip jawapan. Naim mula menyelongkar peti sejuk. Dia makan ais krim. Habis comot bajunya. Kemudian saya ajak Naim ke kedai. Beli kerepek ubi dan kacang dal. Dalam kereta lagi Naim minta buka dan terus makan kerepek tu. Perut kenyang hati pun senang. Dapatla mamanya tanda tanpa gangguan lagi sikit. Ni Naim dah mula minta mama baca

Sebab cuti ke memang rindu ni?

Hari ni rasa lain macam tak dapat nak telefon atau bagi mesej kepada Papa N.  Padahal pagi tadi saya ke sekolah, ada kelas tambahan untuk murid tingkatan 3. Dah habis kelas, sempat temankan kawan ke Mydin Mall. Balik pun dah pukul 12.45 sampai di rumah. Maknanya takla lama sangat pun ada masa lapang hari ni tapi, beberapa jam ni, saya rasa pelik pula. Biasanya kami bukan jenis saling berhubung sangat. Kalau ada hal barulah buat panggilan. Mesej tu selalunya sikit juga. Saja tanya pasal anak kalau dah pukul 6 tu. Kalau pagi pula, tanya ok ke suami menguruskan anak di awal pagi seorang diri, sekiranya saya kena pergi kerja awal. Sertakan sekali gambar apa anak-anak sedang buat. Takdalah pula kami bermesej rindu rinduan pulak.. Kesnya sebab telefon Papa N dah pecah skrinnya. Lewat malam semalam baru perasan. Jadi, nak tak nak kenalah Papa N pergi kerja hari ni tanpa ada telefon bimbit. Katanya lagi, balik nanti baru pergi ke kedai membeli telefon yang baru. Cepat beli hp baru !!!! Susa

Color block sana sini

Image
Berakhirnya sesi persekolahan penggal 1 untuk tahun 2014. Setengah tahun lagi bakal ditempuh selepas cuti nanti. Sempena sambutan hari guru peringkat sekolah, dengan tema color block, tengoklah kemeriahan para guru berpakaian hari ni. Ceria wajah masing-masing. Sekali sekala masuk muka tuan blog kat sini.. berselfie dengan Cik Vanitha. Terasa tinggi sangat pula bila bergambar dengan cik Su yang kecil molek ni..

Pengalaman diiring dua pengawal keselamatan

Image
Dasyat tajuk kali ni. Saja nak hilangkan debaran di dada sambil menonton siaran langsung Piala Thomas ni. Adeh, boleh pulak pasukan Jepun naik sikit demi sikit dan macam diorang pula nak menang dua perlawanan ni. Pengulas sukan dalam rumah ni, lagi buat saya berdebar. Bukan tu saja, kawan-kawan dalam whatapps pun beratus-ratus mesej duk bincang pasal perlawanan badminton ni. Semangat nak cuti esok ni semuanya, kan?.. haha. Ok, kisahnya. Tadi kami ke Sunway Pyramid. Kononnya takut masa cuti sekolah nanti agak sibuk, elok beli baju raya anak-anak awal. Jadi, masa bulan puasa tak payahla nak membeli beriya lagi, sekadar cukupkan mana yang belum ada. Itu ayat Papa N. Saya setuju, memang selalu macam tu. Tak adanya, beli sekali terus cukup. Kadang-kadang kalau beli awal gini, akhirnya tak jadi baju raya, dipakai terus. Nak dijadikan cerita, tadi masa nak ambil tiket parking tu, Naim beriya nak tekan. Selalunya lepas tekan dia bagi tiket tu kepada Papa N. Hari ni, entah macam mana,

Signature dish kedua

Image
Nampaknya selain nasi ayam, Papa N dah temui signature dishnya yang kedua. Haha.. kaedah psikologi nampaknya memang kaedah yang sangat sesuai. Mulanya Papa N masak sup tulang kali pertama pada hari Rabu yang lalu. Masa si isterinya tengah puasa ganti hari tu, si suami soleh ni merajinkan diri nak masak nasi dan sup tulang. Tau jelah saya kalau sampai ke rumah paling cepat pun dah hampir nak masuk magrib. Papa N pula selalunya akan balik lebih awal daripada saya. Jadi, dengan arahan ringkas dalam mesej, bila saya sampai petang tu, sup tulang dah tersedia. Alhamdulillah, lega dapat berbuka puasa petang Rabu hari tu dengan sup sedap air tangan suami tersayang ni. Bila baca semula, terasa kelakar mesejnya. Tapi, yang penting Papa N faham.  Mulanya Papa N tanya sup bunjut tak ada ke. Maka saya jawab yang memang tak ada dah lama. Jadi masukkan rempah yang ada di dapur je.  Hari ni pula, sekali lagi Papa N masak sup tulang, kebetulan ada lagi baki tulang di dalam peti s

Kedai buku murah dan banyak pilihan di Shah Alam

Image
Sebelum ni,  satu dilema bagi saya. Nak beli buku untuk anak-anak bawah 5 tahun ni. Nak mendedahkan anak kepada dunia yang penuh cabaran ni dengan penuh persediaan azamnya. Tapi bila beli, hayatnya tak lama. Buku noddy yang suka sangat Naim baca tu pun sekarang dah ada yang jadi arwah. Ha, macam mana tu? Tak belikan pun tak kena juga, kan? Jadi, bila ada kawan mengajak pergi ke kedai yang kononnya murah, apa lagi, saya cepat-cepat setuju mengikut. Ai, nak beli untuk guna masa cuti sekolah nanti. Naim ni jenis tak boleh buat sesuatu benda lama-lama. Jadi, kena ada banyak bahan untuk melekakan dia. Bila dah sampai sana, rambang mata jadinya. Memang puas hatilah pergi memborong buku kanak-kanak di kedai ni. Tiga tingkat kedainya, kat dalam tu macam-macam yang ada.   Buku -buku yang diletakkan di tingkat dua, kebanyakannya dijual dengan harga RM2 dan RM 1.. tak percaya? Tengok harga pada tag merah dalam gambar kat bawah ni. Banyak juga buku yang dijual dengan harga macam

Main sahibba

Image
Mesyuarat selalunya membosankan. Tapi hari ni, mesyuarat Panitia BM nampaknya cukup menarik. Kami didedahkan dengan teknik untuk mempelbagaikan teknik mengajar.  Salah satunya main sahibba. Kali pertama saya main permainan ni. Malu juga. Beberapa kali bertanya cara nak mainnya dengan kawan lain. Tapi, seronok rupanya bermain benda ini. Lagi-lagi setakat yang kami main tu, saya jadi pemenang.  Bagus kan. Jom kita beli satu benda ni, main sama-sama di masa lapang dengan ahli keluarga. 

Salah ke pergi ke shopping mall?

Situasi : Hujung minggu. Bertempat di kawasan bandar, ibu ayah mengambil kesempatan nak berehat setelah penat bekerja sepanjang hari. Tiba-tiba si anak masuk ke ruang tamu dan menegur ibu bapanya. Anak : Daddy, kita tak keluar ke hari ni?             Kan hari ni cuti? Ayah  : Tak payahlah keluar. Nak pergi               mana lagipun. Panas ni. Kamu             tengok sahajalah video              kegemaran di youtube tu. Takpun             main je game. Membazir je Daddy             bayar internet mahal-mahal             kalau tak guna. Anak  : Kita pergi ke Sunway Lagoon             jom, boleh mandi-mandi, kan best            di musim panas, daddy? Ayah  : Ish.. tak sesuai. Hari ni baru             14hb, tiket masuknya mahal.            Kalau 20hb tu oklah, jimat duit             daddy. Lagipun, monopod kita Pak             Cik Ali pinjamla. Anak  : PDlah daddy. Tak payah bayar nak            mandi kat sana. Abang dah lama            tak main pasir di pantai,

WW : Biar comot asal tak nangis

Image
Anak-anak siapalah tu? Comel tapi comot. Kalau makan kat luar lagi, tak kisahnya nampak comot. Kalau ditegah mudah pula diorang nak menangis. Nak makan sendiri, nak pegang sendiri dan faham-fahamla kalau dah macam itu. Nak selamat, elakkan baju dan seluar putih ya. Taklah ketara sangat comotnya nanti..

Memuding pada jam 2 pagi

Image
Bersedia nak jadi akak jual kuih sarapan ke buat puding pada jam 2 pagi? Bukan ya.. Kejadian benar ni. Kisah semalam. Al kisahnya si Ahmad kecil, dalam pukul 10 lebih tu dia mula merengek macam nak tidur. Saya masa tu, tutup tv terus walaupun tengah tengok cerita korea kegemaran. Masuk bilik, terus bagi Nazif ni menyusu. Macam ok je mulanya. Tapi, lepas setengah jam, dia tiba-tiba bangun. "Air, air, air" sambil tarik tangan saya untuk ke bawah. Fahamlah tu, dia nak minum air kosonglah sebenarnya. Maka, bermulalah fasa berjaga malam. Bukannya nak terus tidur lepas tu. Lepas membasahkan tekaknya, Nazif suruh saya duduk kat sofa. Dia main dengan seronoknya mainan abang yang ada di ruang tamu. Bila diajak naik tidur, dia jawab, " tak nak". Bila ditanya lagi, dijawab , "mama, duduk". Si kecik ni ajak bermain sampai pukul 12.53 pagi. Diajak sebut abc, 123 dan siap tunjukkan handphone mama sambil cakap "pinjam". Dia nak tengok gambar yang

Jiran's trip : Naim Nazif main air sungai kali pertama

Image
Kali pertama untuk beberapa perkara, jadi rasanya entry kali ni sesuai sangat. Inilah kali pertama kami menyertai aktiviti di luar kawasan dengan jiran-jiran di lorong rumah kami. Macam ditakdirkan je aktiviti hujung minggu kami hari tu. Pada pagi tu, semasa dalam aktiviti Pandu Puteri, murid-murid meminta diadakan aktiviti perkhemahan di Janda Baik. Kononnya menarik kalau dibuat di sana. Saya memang tak berani nak bawa budak-budak tu jauh macam tu. Banyak perkara nak difikirkan, terutamanya faktor keselamatan. Tapi, masa mendengar pujukan diorang tu, saya tertarik juga nak ke Janda Baik. Tak disangka betul, pada hari yang sama, petang tu juga, saya dapat mesej whatapps daripada jiran, yang mengajak kami sekeluarga menyertai hari keluarga di Janda Baik. Waw, rezeki ni...kata saya dalam hati masa tu. Terus saya bersetuju. Lepas tu baru saya balas lagi mesej tersebut dengan mengatakan kalau suami saya setuju, insya Allah kami akan ikut. Ha, nampak keterujaan di situ. Kali perta

Petua kempis perut

Pagi Khamis yang cerah. Pagi-pagi dah mula operasi kemas bilik bawah. Opah dan Atuk Naim nak singgah sini, esok nak ke KK. Dah tahu ni, saya kenalah kemas. Dua minggu lepas, MIL singgah juga, tapi tak bagitahu. 3 hari lepas tu pun, masih saya rasa malu sebab mengenangkan keadaan rumah yang ditonton oleh MIL. Kebetulan sampai hari tu masa dilanda kesibukan, kalau anak tak buat selerak pun maknya memang tak ada masa nak kemas. Hari ni oklah, sebab keadaan rumah biasa-biasa saja, jadi tak ambil masa lama nak mengemas. Lagipun sebahagiannya suami dah tolong kemas semalam. Lega bab tu. Ok, berbalik kepada tajuk. Seseorang kenalan saya berkongsi petua perut kempis walaupun bersalin secara pembedahan. Katanya, amalkan berbengkung semasa haid. Orang ni dah 40an dan memang nampak ramping. Jadi, jom amalkan petua ni, ada rezki nak kempiskan perut... barulah kurus dan tak buncit di perut....insya Allah.

Nak mudah ke nak anak makan banyak?

Dalam perjalanan balik tadi, Papa N telefon saya. Katanya elok saya beli je makanan untuk makan malam ni. Lebih mudah, ada projek baiki pintu bilik yang rosak, alasannya. Saya mulanya rasa seronokla, tak payah masak. Masa nak beli tu, rasa tak tahu nak beli apa. Pusing kawasan kedai tu dua kali sambil berfikir menu yang ingin dibeli. Akhirnya saya beli tomyam campur dan nasi berlauk kelantan(macam nasi kukus). Bila balik tadi, nak suapkan dua Ahmad ni. Naim makan dua suap je nasi dengan kicap dan ayam goreng. Nazif pula rasanya lima suap je dia nak makan. Mulalah saya rasa tak berbaloi, elok saya masak sendiri, walaupun agak ambil masa bila nak masak sambil Nazif dan Naim nak mengadu itu ini, namun sekurang-kurangnya anak-anak akan makan banyak sikit daripada benda yang dibeli. Paling tidak, akan habis sepinggan sayur diorang makan. Akhirnya dua beradik ni habiskan tembikai dan biskut Munchy paket kecil.

The Liebster Award

Image
peraturan yang ditetapkan: (1) Buat ucapan apresiasi kepada penaja yang meninggalkan pesanan suruh join The Liebster award tu. (2) Letakkan link penaja yang glamor tadi dalam blog kita. (3) Kopipes  The Liebster Award   dalam blog kita. (4) Senaraikan semua rules yang ada (dari 1-9).  (5) Jawab 11 soalan yang dikemukakan oleh penaja tadi. (6) Senaraikan 11 fakta rawak tentang diri sendiri. (7) Calonkan 5-11 blog lain yang akan meneruskan legasi soal-jawab ini.  (8) Senaraikan 11 soalan baru untuk bloggers yang terpilih untuk turut serta nanti. (9) Sila maklumkan kepada bloggers yang  terpilih dan letakkan link untuk entri ini . Terima kasih kepada Okje dan MD yang jemput saya sertai.  Walaupun saya tak tahu sangat pasal Liebster Award ni, hentam sahajalah. Ada udang di sebalik mee ke memang tanda sayang saya, kira terima dengan redha jelah. Dah jiran kiri kanan jemput, takkan tak ikut serta, kan? Nanti kan deme kata saya sombong lak.. malu nak keluar rumah nanti.. Mula-mula na

Deme selerak, deme kemas

Malam ni saya rasa seronok dan ceria walaupun rumah kami kini berselerak sangat. Rasanya baru pagi tadi saya kemaskan hasil seni anak-anak yang memenuhi ruang tamu kami. Malam ni dah kembali meriah keadaannya. Masa saya sampai petang tadi, rumah ni kosong. Papa N bawa anak-anak keluar mengambil barang di pejabat pos. Pukul 8.35 baru hero-hero saya ni balik. Rasa lama betul menunggu kepulangan diorang tu. Macam sunyi sangat rumah ni masa tu. Bila sampai je hero-hero ni mulalah menyepahkan buku-buku dan mainan. Ditaburnya pensel sebekas. Sambil kelaparan tu, Nazif makan banyak nasi yang saya suap. Naim pula macam biasalah, cuma nak makan ayam goreng dan timun. Nasi cuma dua suap dia nak telan. Eh, tak sangka betullah. Malam ni, rumah ni kemas tanpa saya kemas. Papa N pun tak mengemas. Sambil saya mula menulis entry ni tadi, saya suruh Nazif kemas. Saja je sebenarnya. Tak sangka pula dua beradik ni tiba-tiba rajin dan bersungguh-sungguh mengemas. Dah kembali bersih ruang tamu ni. Pense

Tilam emas, cadar intan

Pagi ni sambil saya buat kerja, dihiburkan dengan lagu-lagu Tuk Ti. Angin ke situ hari ni. Itu yang tetiba bila terdengar lagu Cindai, rasa tertarik pula dengan liriknya. Tilamku emas, cadarnya intan, berbantal lengan tidurku.... Kebetulan pagi tadi masa saya sembang dengan mak, hal ni juga mak saya cakapkan. Syukur apa yang kita ada, kalau mewah sangat pun, belum tentu kita bahagia. Patutnya ada sikit, sedekah sikit, jangan tunggu nak kaya.. memang takkan jadi kalau dah fikir gitu.. Sesungguhnya ganjaran di akhirat yang patut kita kejar... kebetulan saya terbaca kisah manusia ajaib , nak kongsikan di sini. MANUSIA AJAIB. Suatu ketika sedang Nabi s.a.w bersiap untuk ke medan perang Uhud, seorang lelaki bernama Amar bin Tsabit bin Waqsy Ashaly datang menemui baginda. Beliau terus meminta Rasulullah menerimanya masuk Islam dan terus ingin ikut serta berperang bersama Nabi dan kaum Muslimin. Nabi menyambut kehendak Amar dengan gembira, lebih lagi beliau rela akan maju bersama Nabi k

Naim bagi kad untuk kali pertama

Image
Petang tadi saya balik dalam keadaan hujan lebat. Kilat pun ada juga tadi. Risaunya bila kena memandu dalam keadaan macam tu. Namun hati mula lega bila saya masuk kawasan rumah kami, tak basah tanah pun. Masuk ke dalam rumah pula, Naim menunggu sambil tersenyum. Rupanya ada kejutan untuk mamanya. Naim suruh saya duduk. Disuruh pejam mata dan diletakkan dua barang ni di atas tangan saya. Cikgunya yang ajar kot ni kan? Walaupun comot teknik warna dalam kad ni, namun saya dah terharu dapat kad macam ni buat kali pertama sejak bergelar ibu. Walaupun dari masa balik tadi hingga sekarang, dah beberapa kali Naim minta saya pejam mata dan letakkan lagi benda-benda ni di tangan saya, tak apalah. Layankan saja kehendaknya. Coklat ferrero rochere pun ada disediakan oleh cikgunya, tapi Naim dah makan sendiri tak bagi mama pun. Tak kisahla..

S.e.d.e.r.h.a.n.a

Image
Semalam saya buat kira-kira pasal sesuatu. Memikirkan nak lengkapkan bilik Naim tujuan utamanya. Mendapat ilham daripada sebuah IG sebenarnya. Mulalah saya mencongak, nak berapa.. Tengok bilik sendiri tapi agak-agak untuk bilik Naim.. Dalam IG diorang letak ukuran dalam meter. Saya tanyalah Papa N, kalau ukuran meter ni berapa jadinya dalam kaki. Sebabnya sebelum tu saya tanya lebar bilik tu. Papa N jawab dalam ukuran kaki masa tu. Rasanya Papa N pun tak tahu, atau dia memang malas nak layan.. boleh selamba je jawab, " Cer tengok kat google". Eleh, orang nak manja mengada sikit pun tak nak tolong. Akhirnya gunalah hp, dapatkan khidmat google. La, kejap je dan tak payah nak susah hati lagi ....selesai masalah..tak payah nak sedih makan hati. Baru nak mengada lebih sikit. Teringat perbualan dengan seseorang yang bekas suaminya memang jenis tak tolong dan dia jenis yang berdikari. Rakan ni nasihatkan kena banyak harapkan suami supaya suami lebih rasa tanggungjawabny

Bila gambar dipinjam dengan kebenaran

Image
Assalamualaikum.. Dalam beberapa minggu ni makin malas saya nak menulis. Entah kenapa. Betul juga, selama ni saya selalu nasihatkan murid-murid supaya rajin ulangkaji dan rajin buat kerja rumah. Diorang diingatkan bahawa kalau dah terbiasa bermalas atau tak buat kerja, bila nak memulakannya semula tu akan terasa susah dan malas. Nampaknya betul ayat tu. Jadi, mari kita atasi perasan malas yang membelenggu tu. Hari ni saya dikejutkan dengan satu komen dalam sebuah entry lama saya, Roti Gatai. Nama dia wakil je. Saya mulanya tengok semula dalam entry tu saya letak gambar apa. Maklumlah dengan kerja banyak dan penyakit ketuaan ni, tak berapa ingat apa yang saya merapu dalam blog ni 100%.  Bila saya buka entry tu saya rasa lega sebab saya tengok gambar yang ada cuka gambar roti canai dalam pinggan dengan ada gula.  Saya sambung siasat lagi, lepas tu. Buka google search, saya taip roti canai kuah sotong. Keluar dua artikel bertajuk tu. Bila saya klik, keluar macam gambar kat atas

Donut, buku dan gunting

Image
Naim ni penggemar donut. Dulu dan sekarang, kalau kena masanya memang boleh dia habiskan dua biji donut. Macam masa kami ke rumah Kak Ja minggu lalu,  Mak ciknya dan kakak-kakak sepupu tawarkan macam-macam makanan tapi Naim tak nak makan, tengok-tengok Abang Chik balik dengan donut Big Apple. Saya ingatkan memang diorang nak makan donut. Rupanya ibunya yang menyuruh beli sebab Naim tak nak makan apa-apa, sambil tu dia menjawab, " Naim makan donut je,". Sabar jelah si Naim ni.  Naim juga masih lagi dengan minat membaca buku Noddy yang dah berlanjutan beberapa minggu. Boleh tahan juga si Naim ni. Nak tak nak mama dan papalah yang kena jadi tukang cerita. Mama dah hafal nampaknya, bolehje cerita tanpa tengok perkataan yang ada.  Kena marahla dengan Naim. Bukan dia tak tengok apa kita buat ni. Dituduhnya mama baca tipu pulak. Bila saya nak pujuk, saya cakapla yang, "Mama dah tahu cerita ni pasal apa Naim".  Macam faham alasan tu, Naim pula cakap, " Bagus mama

Rajin bedo'oh

Bila dihimpit keinsafan dan dihantui tarikh akhir untuk hantar, datang pula kekuatan untuk buat kerja sekolah di rumah. Bukan selalu saya bertungkus lumus macam ni kalau di hujung minggu biasa. Bab mengangkut buku atau bahan lain setiap hari tu memang biasa 2 beg di  kiri kanan bahu. Tapi, sekadar bersemayam dalam kereta sahajalah biasanya. Esoknya saya angkat beg tu masuk semula ke bilik guru lagi dengan muka malu-malu kot ada orang yang bertanya, banyak ke siap kerja? Malam ni, awal lagi saya dah ambil kunci kereta, keluarkan dua beg percuma dan mula hidupkan laptop. Dengan sopan dan secara tak langsung mula jauhkan Nazif dari mendekati mama. Papa N yang duduk tak jauh mulalah beri nasihat. "Kenapa malam ni baru nak buat? Patutnya buatlah awal-awal, ". .. Saya sengeh je.. asalkan budak dua beradik tu ada yang menjaga legalah hati saya nak buat kerja. Nasihat tak membina macam tu, kena abaikan dulu. Kalau makan hati pasti tak siap apa yang sepatutnya. Khabar baiknya, denga

Umpan ikan bakar dapat baju

Image
Orang kata kalau memancing kena guna umpan yang sesuai baru hasil tangkapannya besar, kan? Haha.. saya bukan pergi memancing pun..  ini kisah semalam, niat di hati nak pergi ke sebuah butik di Wangsa Melawati kononnya nak cari baju. Anak buah punya hal ni, dia hantar alamat web suruh saya tengok. Katanya baju-baju dan jubah kat situ lawa. Mak sedara ni pun mulalah tertarik.  Tengah hari semalam, kami keluar, kononnya nak keluar bawa Naim main boling. Walaupun dalam hati mengharap nak pergi ke kawasan utara sebab duk teringatkan jubah yang dilihat dalam website tu. Tiba-tiba saya tersebut pasal buku yang MIL pesan beli. Buku ni saya kirim pula dengan anak buah yang kebetulan pergi ke Pesta Buku PWTC pada minggu lepas. Terus Papa N teringat ikan bakar sedap di Keramat. Saya apa lagi, macam tetiba ada bunyi 'ting' dalam kepala. Terus saya iyakan dan menambah sikit kesedapan ikan pari bakar yang memamg kegemaran suami saya. Pernah beberapa kali kami ke Keramat semata-mata n

Lawatan ke Rumah Ehsan, KKB

Image
Sibuk sangat kononnya ya.. ai, apa nak jadi.. dugaan.. Alang-alang dah lega sebab saya berjaya siapkan pembetulan minit mesyuarat pengutuhan, saya nak ceritakan kisah saya dan anak-anak murid ke Rumah Ehsan di Kuala Kubu Bharu. Hari Selasa yang lepas, pukul 6.45 pagi saya dah keluar dari rumah, sebab dah bagitahu dengan murid kena berkumpul pada pukul 7 pagi. Bila saya sampai tu tak ramai lagi yang ada. Legalah kat situ, taklah terasa bersalah keluar lewat sebab menyusukan Nazif dulu sebelum itu. Biasalah kalau rombongan macam ni, selalunya ada seorang yang buat hal. Ada seorang murid ni sampai pada pukul 8.10 pagi. Kawan-kawan lain dah kenyang makan sebungkus nasi lemak baru murid ni sampai. Jadi, akhirnya kami bertolak ke Kuala Kubu Bharu pada pukul 8.20 pagi. Perjalanan hampir sejam 40 minit tu saya sempat tidur. Maklumlah jenis kalau nak pergi ke tempat lain atau ada kerja yang lain dari biasa, memang 10 kali terjaga malam sebelum tu. Padahal kalai malam biasa, l