Posts

Showing posts from February, 2021

Semoga dipermudahkan urusan calon-calon SPM 2020

Image
 Akhirnya esok 22/2/2021 , sampailah masa untuk anak-anak SPM 2020 ni menduduki peperiksaan SPM. Calon istimewa dalam sejarah ni, umur 18 tahun menduduki SPM dengan pelbagai halangan mendatang sepanjang tahun 2020. Semoga anak-anak ini dipermudahkan urusan menduduki peperiksaan, diberi kesihatan yang baik serta mendapat keputusan yang cemerlang semuanya.. Jadi, nak ingatkan semua calon, jangan datang lewat ke sekolah, memandangkan kena semak suhu dan urusan itu ini, jadi datang awal dapat elakkan huru-hara. Murid boleh datang seawal 7 pagi dan boleh terus masuk ke Dewan atau bilik peperiksaan masing-masing, nanti lapang fikiran untuk menjawab.. Cikgu pun tak senang duduk ni. Semoga kat dalam dewan tu nanti, semua murid ni dapat menjawab dengan baiklah. Pembelajaran atas talian, peperiksaan bertulis dan semakan pun secara online... istimewa betul kali ni... Sila buat yang terbaik semua, doa cikgu dan ibu bapa sentiasa yang terbaik buat korang.

Tp-link Mesh Wi-Fi System untuk internet lebih laju

Image
Ini sekadar berkongsi pengalaman, bukan ditaja pun. Zaman kena WFH dan study online ni internet yang laju merupakan satu keperluan utama. Setujukan? Bayangkan ibu kena mengajar secara online, ayah kerja dari rumah dan dua orang anak belajar secara online. Dah berapa devices pakai serentak tu. Sambil-sambil tu telefon masing-masing pun pakai internet juga.  Pengalaman saya, kalau tengah mengajar, ada gangguan tu memang terasa sentap dan terganggu. Tetiba dapat mesej , " Teacher, where are you?". La, dah dua slide aku syok sendiri rupanya... Haru kena mula balik sambil tersipu-sipu. Kesian anak murid juga. Hilang fokus jadinya. Walaupun lokasi kat bandar, pakai unifi yang laju pun gangguan sekali sakala ni memang boleh terjadi. Sila percaya, saya dah pernah terkena dua kali.  Itu kejadian tahun 2020 semasa kami masih lagi pakai d-link router berwarna hitam ada empat tanduk tu.. Sejak tukar router jenis baharu iaitu Mesh Wi_Fi System ni alhamdulillah setakat ni belum ada masalah

Kasihnya ibu bapa tak tertanding

Image
 Hujung bulan lepas saya mendapat seorang anak saudara lelaki. Alhamdulillah adik saya dan isteri dikurniakan bayi sulung dua bulan sebelum mereka sambut anniversary ketiga. Comel sangat bayi tu, Adam nama diberi oleh ibunya. Kiranya cucu yang ini lahir selepas ketiadaan arwah ayah. 16 orang cucu lain lahir awal maka sempat didodoi oleh arwah Atuk diorang yang sememangnya sangat sukakan budak-budak. Al fatihah untuk arwah ayah.. Pada hari baby Adam balik ke rumah, saya membuat panggilan ke kampung, nak bertanya khabar. Orang baru tu pada masa tu, tidur je. Pada masa tu sempat mak saya berlawak , " Baik baby ni, tak nangis langsung, tak macam Naim dulu". Haha, sempat neneknya buat perbandingan dengan cucunya yang lahir 11 tahun lalu.. anak saya la tu yang dimaksudkan suka menangis tu.. Tapi saya  tak marah pun, memang yang seorang tu jenis kuat nangis. Semua orang pada masa tu mengaitkan anak sama perangai dengan mamanya(sayalah tu) yang masa kecil juga sangat suka menangis..