Cobaan

Sesungguhnya saya rela anak-anak aktif.

Asalkan tak bahaya, tak menyakitkan, mainlah nak....


daripada anak-anak sakit. 
Sejak demam ni, Naim kurang aktif.. sayu hati tengoknya.
Tambah pula bila dimasukkan ke wad.
Monyok je sayang saya ni. Mengamuk dia bila dipaksa makan ubat, dipakaikan wayar untuk antibiotik. 

Semalam nampak dah ok.. sempat main panjat katil dengan adik. Tapi menjelang pagi demam tinggi lagi Naim. Hari ni pun masih lagi demam walaupun taklah tinggi suhunya...Alahai.... Cepat baik ya.  

Banyak kesusahan yang saya rasa nak kongsikan namun macam malas nak menaip.
Masa ulang alik ke hospital, dengan Nazif ni, pengalaman memandu sambil menyusukan anak. Dia meraung di tempatnya, terpaksa saya angkat Nazif dari car seat dan pangku dia sambil menyusu sementara sebelah tangan lagi memandu.

Tak boleh nak anggap susah... ni tanggungjawab dan pengorbanan jadi ibu bapa.. semoga Allah merahmati dan memberkati kita semua..

Comments

  1. aminn;)jangan pernah berputus asa.Ada ganjaran untukmu nanti..

    jika anda rasa kehilangan atau kesedihan,Allah ada untuk membantumu.

    ReplyDelete
  2. hehe comel je pic yg 1st tu..semoga cpt sembuh ye syg...

    *sy pon tgh lalui situasi mcm awk..sambil memandu, sambil menyusukan anak.hehe..fasa2 yg sgt bahagia...

    ReplyDelete
  3. Anak sakit kita mmg penat, semua penat, knor tak habis lgi berpenat2..kalau rasa senang je, takut juga..alhamdulillah syukur nikmat..nampak cergas dah tu..sampai msuk wad ye..moga cpt baik..amin

    ReplyDelete

  4. betul tu biar dia aktifkan hati pun senang...
    dari lemah time ni rasa kesian sangat kat anak kita..
    moga naim cepat semuh yer..

    ReplyDelete
  5. moga naim cepat sembuh. hebatnya mama ni bole menyusu sambil drive lg

    ReplyDelete
  6. Naim masuk wad? Kesiannya... Moga cepat sembuh ye Naim...

    ReplyDelete
  7. Tak sangka demam Naim berlarutan hingga dimasukkan ke wad… semoga mama tabah dan diberi kesihatan yang baik utk jaga Naim… jaga diri yer mama…
    Moga Naim cepat sihat dan kembali ceria…. amin!

    ReplyDelete
  8. Betul AN sebagai ibu ayah kita kena kuat semangat.....
    Macamana Naim sekarang ni? Tulah tu masa basuh pinggan ptg tadi teringat awak....teringat Naim....rupanya betul jangkaan okje admitted....kat mana tu AN?
    Biasanya doktor completekan antibiotik 5 hari tu....mcm dak tlbd....dah habis antibiotik pun mssih dedar dulu...tp syukur lps tu ok...

    ReplyDelete
  9. alaaahai sayang, still dalam ward ker? Cepat yembuh yer. Hati ibu mana tak susah tengok anak2 yang biasa aktif tetiba ditimpan sakit kan, harap semua dugaan ni buat u jadi lebih tabah and stronger.

    ReplyDelete
  10. Assalam AN..maaf lama acik tak kemari..semoga anak AN cepat sembuh..sabar ye AN..pengorbanan seorang ibu ..

    ReplyDelete
  11. Salam dear...pndapat kita sama..biarlah mereka nak sepahkan umah ke apa..janji dorg sihat walafiat.....jemput follow blog saya http://superstorevitaminhebat.blogspot.com/

    ReplyDelete
  12. kesiannya nazif.. teruk ke demamnya akak? smoga cepat sembuh..

    ReplyDelete
  13. *eh silap naim.. jd ibu bapa ni kena jaga amanah allah ni baik2 :)

    ReplyDelete
  14. btol la. nak compare dari anak sakit.tak kisah la ktif pun.asal dalam keadaan terkawal lagi.ma selalu ckp yg aktif ni sellaunya cerdik.byk akal..haha

    ReplyDelete
  15. Sedihnya saya.. bila anak2 sakit , ibu la yg paling sedih kan..

    ReplyDelete
  16. abg adam pun dah keluar semalam,walapon bisulnya masih belum baik sepenuhnya...

    hmmm...ujian utk kami juga bertimpa2,abah mentua akak juga tidak sihat

    ReplyDelete
  17. betul tu kak

    kak, thanks tau ats ucapan tu. sy pon sabtu ahd byk x bw.. bca n3 je.
    pape akak dahulukan anak anak.. untuk blog time free ok je kan..

    ReplyDelete
  18. Bila anak-anak melasak, tanpa sengaja kita mengeluh tapi bila mereka duduk diam kita pulak yang naik risau. Cubaan dan dugaan membesarkan anak-anak ni memang pelbagai. Walau apapun, pengakhirannya merekalah yang menyerikan hidup kita sebagai emak, right!

    ReplyDelete
  19. semangat memang kena kuat.benda ni akan jadi detik yg paling manis utk dikenang nti..kena selalu berfikiran positif..bukan senang jadi mama..jadi mama ni pahala besar..:)

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1