Resepi keluarga dan bendi hasil tanam masa pkp
Assalamualaikum semua. Siang tadi sikit kami makan tengah hari harini. Hihi, bukan lambat sikit kalau dah makan pada pukul 4.15 petang ni. Al kisahnya tadi kami dah makan kek. Jadi taklah terasa sangat menunggu siap masak untuk makan berat ni. Ternampak di instagram gambar kek ni, lalu terorder la pulak sebab yang jual tu melayan kami nak ambil kek di tepi tol. Jauh ni belinya dari Rawang. Tapi alhamdulillah sedap keknya ni. Alang- alang kami dari Tapah tadi jadi taklah jauh pun, sehala je masa singgah tadi. Memang nampak sedap keknya kan? Rasanya pun sedap, alhamdulillah. Ok, kembali ke kisah bendi yang ditanam semasa PKP haritu. Rasanya lama sangat dah tanam tapi alhamdulillah dua minggu lepas pokok bendi tu mula menunjukkan hasilnya. Walaupun buahnya keluar sebiji-sebiji, perasaan teruja tu sentiasa ada. Sebelum keluar kerja, jenguk pokok bendi dulu sambil kira buahnya. Masa balik kerja pun sama, mesti tengok pokok bendi dahulu sebelum masuk ke dalam rumah. Kali ni dapat 3 biji p