Posts

Showing posts from March, 2020

Hati-hati dengan manusia jahat mengambil kesempatan di musim covid-19

Image
Assalamualaikum semua, semoga semua selamat dan sihat pada masa ni ya. Apa-apa pun stay home and stay calm ya. Dah hari ke 14 rasanya harini kita dalam PKP atau RMO ni pasti masing-masing dah biasakan diri ya? Bila kat rumah je ni ada masa fikir hari apa tarikh apa lama baru dapat jawapan. Adeh!!!Namun, rasanya dah makin biasa dengan keadaan ni. Dah mula ada rutin baru bangun pagi sampai ke tidur malam. Kalau mula-mula kat rumah tu sepah sana sini, sekarang berkat jadi mamamonster, boleh tahan la. Rumah saya lah ni kisahnya, bila anak-anak umur 4-10 ni dah biasa mama marah kalau sepah sangat sekarang agak terurus la sikit. Pastinya takla kemas macam rumah orang yang tak ada anak kecil. Anak-anak pun dah belajar secara tak langsung dengan situasi ni apa boleh dan tak boleh. Alhamdulillah budak bertiga ni boleh faham tak boleh keluar walaupun pada awalnya si kecik, tiga tahun 6 bulan tu asyik jerit “nak pergi mall” atau “nak naik car”, lepas beberapa hari dia dah tak ada buat perangai

Persediaan kita menghadapi Covid-19

Image
Assalamualaikum semua. Alhamdulillah kalau korang masih mampu membaca entry ni, maknanya korang tergolong dalam kalangan mereka yang masih selamat daripada benda penyakit yang virus kian mengganas ni. Eh, takut, kan? Baca statistik pun terasa gerun sebab bilangannya meningkat dari hari ke hari. Lagi-lagi kalau benda yang merebaknya tanpa sedar, selepas beberapa minggu baru nampak kesannya, eh tak pasal tetiba terlantar sakit! Tak pasal-pasal satu family dah terkena sekali gus, mintak simpang weh. Jadi, mehla kita sesama beringat. Janganlah hanya tahu statistik tapi tak ambil apa-apa tindakan mencegahnya. Buatlah demi keluarga kita, demi kawan-kawan kita dan diri kita. Sentiasa pastikan kebersihan diri dengan cuci tangan atau pakai hand sanitizer sekerapnya.  Ingat, musim ni jangan selfish. Bagi peniaga tu, janganla jual face mask atau hand sanitizer dengan harga cekik darah. seterusnya, kalau boleh jangan sengaja keluar ke kawasan awam kalau memang diri tu sakit. Bagi mak ayah,

Bila keputusan SPM dah tahu

Image
Alhamdulillah akhirnya berakhir pertanyaan dan kerisauan pasal SPM 2019. Pejam celik masa menunggu memang tak lama. Tahniah diucapkan kepada semua murid yang mendapat keputusan SPM pada hari Khamis yang lalu. Nasib jadi cikgu ni, tiap-tiap tahun merasa berdebar nak menunggu keputusan SPM ni. Kalau kerja lain, maybe merasa benda ni masa diri sendiri amik SPM dan masa anak ambil sahaja. Ini para guru memang tiap-tiap tahun lah merasanya. Adat peperiksaan, ada yang baik, ada yang sederhana dan ada yang pasti mengecewakan. Apapun insyaAllah apa yang telah diperolehi tu adalah apa yang telah diusahakan. Jangan kecewa ya kalau hasilnya tak seperti diharapkan.  Antara caption di instagram anak murid saya . Keputusan dia katanya kurang daripada apa yang diharapkan. Namun sebagai guru, saya dah berbangga dah bila dia dapat buat yang terbaik semasa kat sekolah.  Ini pulak yang gembira dengan keputusan masing-masing. Alhamdulillah tahniah kepada semua. Cikgu tumpang gembira denga