Posts

Showing posts from 2021

Create your own algorithm for happiness

Image
Assalamualaikum.. kembali mencoret kat sini. Ingatkan dah malas nak menulis, tapi kembali kali ni sebab beberapa hari lalu saya ada mendapat email yang bertanyakan sesuatu berkenaan entry lama saya. Terasa dapat sedikit motivasi gitu. Sebagai mana ada ayat yang berkata, walau seorang sahaja pun yang dapat kebaikan daripada kata-kata atau perbuatan kita, itu adalah sumbangan kita.. Alhamdulillah, sesungguhkan hikmah dan ilham boleh datang dalam pelbagai cara dan pelbagai keadaannya.  Antaranya dengan ada rakan yang baik juga merupakan kebahagiaan. Syukur sangat tahun ni walaupun birthday saya jatuhnya semasa masih dalam PKP, namun rakan-rakan baik kirimkan pelbagai hadiah sebagai tanda ingatan. Terharu sangat. Syukur. Semoga Allah kurniakan kebahagiaan dan syutga kepada rakan-rakan saya yang baik ni.  Sebagai mana tajuk entry ni, kebahagiaan setiap orang tak sama. Jadi kita ciptakan algoritma kita sendiri. Latih diri kita untuk bersyukur dan bertoleransi dengan keadaan dan kemampuan kit

Membeli kenangan manis

Image
 Assalamualaikum semua..Apa khabar semua? Saya doakan semoga semua yang membaca entry ni berada dalam keadaan baik-baik sahaja.. sesungguhnya semakin merisaukan keadaan di Malaysia ni. Dengan kes Covid masih lagi tinggi,  varian Delta Plus dah sememangnya terasa bahangnya di mana-mana. Agaknya selepas dua minggu apalah angka nanti? Memandangkan di beberapa buah negeri dah diberi kelonggaran tu. Semoga semua orang tetap  menjaga SOP walau di mana korang berada. Benda bukan main-main ni. Boleh bawa maut .Sedih betul mendengar kes-kes kematian berkaitan covid ni. Lebih-lebih lagi bila mengetahui anak-anak murid sendiri yang sememangnya rapat yang kehilangan ibu bapa kerana Covid.. jahatnya penyakit ni.. Macam manalah anak-anak ni nak menghadapi hari hari seterusnya.  Jangan lupa baca doa ni sentiasa ya. Moga Allah lindungi keluarga kita dan kenalan kita daripada bahaya Covid. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih dan Maha Melindungi.  Bercakap tentang risau bahaya covid ni, kalau terasa bosan

Secanggih mana pun sistem, error boleh berlaku

Image
Ayat di atas tu selalu saya tekankan bila mengajar tajuk System Development Life Cycle(SDLC), namun bila terjadi kes human mistakes ni memang sakit hati.. kalau anak murid tahu kes cikgu naik meroyan pasal pengendalian manusia ni, malunya lah ni.. haha biasalah kan, sekali sekala isu kecik pun terasa pelik kenapa boleh terasa besar masa tu. Tapi apa pun, ok jelah.. Senang je , saya buat apa yang saya boleh untuk mengelakkan kes daripada terjadi lagi, apa lagi uninstall je apps yang menyakitkan hati tu. jimat duit agaknya sebab tak beli lagi kat situ lepas ni. Haha tak tahulah tu ye ke idok… kan? Buat macam tulah yang mampu, kalau saya orang kenamaan dah pergi buat report polis dah… hahahaha kemain ya sengaja petik isu report polis pada masa tengah hot ini ya… Ok jom baca isu isu mak pulak. Antara hikmah pkp pkpb dan apa je pk kat selangor ni, umat dalam rumah ni sekarang dah pandai makan menu sama beberapa kali. Kalau biasanya lauk tak abis terpaksa baung terus sebab memang tak ada yan

Kami dapat kotak putih

Image
Alhamdulilah syukur.. Bahagianya sangat rasa bila dapat bekalan makanan sekotak besar kiriman bonda dari kampung.. ya Allah terharunya...kat dalam tu macam-macam ada .. ketupat palas siap frozen hasil tangan nenek untuk cucu-cucunya yang diingati selalu, terutamanya anak saya  si abang tu yang pasti makan berbelas biji ketupat neneknya setiap kali balik ke Pasir Mas. Belas biji tu untuk sekali dia makan tau. Selain tu ada gula nisan, ada juga asam keping, ada serunding daging, ada serai , ada lagi makanan untuk kunyahan anak-anak hasil produk kelantan yang biasa kami beli kalau balik kampung… rasa seronok dapat kotak ni macam rayalah rasanya…bagus sangat perkhidmatan kurier LINE CLEAR ni, sangat cepat servis penghantaran barang dari Pasir Mas ke Selangor ni dalam masa sehari atau kurang 24jam. Semenjak PKP ni rasanya mak saya dah poskan barang 3 kali menggunakan perkhidmatan LINE CLEAR ni, sangat puas hati. Pos dari Pasir Mas jam 3 petang, esoknya jam 12 tengah hari dah saya terima.. T

Vaksin terbaik ialah vaksin yang paling cepat kita dapat

Image
 Al kisah saya ialah salah seorang yang kemain berebut masa nak daftar vaksin AZ haritu.. bersungguh la kita ni pada hari pendaftaran vaksin Astrazaneca(AZ)  haritu.. Laptop buka dua, telefon bimbit lagi tekan mana yang sempat berkali-kali, siap minta bantuan beberapa ahli keluarga lagi untuk pastikan dapat pilih tarikh dengan cepat dan berjaya. Akhirnya berjayalah, saya dapat tarikh vaksinasi di WTC pada 21 Jun. Tapi, tuah manusia tak siapa tahu kan. Beberapa minggu lalu dapat pulak makluman bahawa para guru akan diberi vaksin mengikut sekolah masing-masing sebelum sesi persekolahan dibuka kembali. Jadi, selepas mengisi beberapa borang di peringkat sekolah, saya menaruh harapan la nak dapatkan vaksin Sinovac di Shah Alam, dekat tempatnya lagi senang urusan.  Tapi, hari demi hari tak juga berubah tarikh di aplikasi Mysejahtera. Jadi, akhirnya saya ke WTC jugak la dapatkan vaksinasi AZ.. alhamdulillah urusan vaksinasi yang sangat cepat dan dipermudahkan walaupun tempatnya besar dan kena

Kenyataan hidup dan dugaan kita tak sama

Image
 Assalamualaikum semua.. Isu yang hangat  hari ni pastilah pasal keputusan SPM. Dari awal pagi sampai ke isyak ni masih lagi geng membicarakan keputusan yang baru keluar tu. Maklumlah, tahun pertama hasil pengajaran secara gabungan bersemuka dan pdpr, ditambah dengan penandaan pun secara online juga. Jadi banyak isu yang boleh kupas. Apa pun syukur sangat dengan apa yang dapat. Empat orang murid yang saya target nampaknya memenuhi jangkaan, alhamdulillah. Kepada murid yang mendapat keputusan hari ini, teruskan usaha anda ya.. Jauh lagi perjuangan kamu semua ni. Jangan lupa berterima kasih kepada para guru dan ibu bapa kamu yang telah banyak memberi ajaran dan tunjuk ajar kepada kamu. Ucapkan terima kasih kepada semua guru tau, jangan pilih-pilih. Semua guru dah mengajar kamu dengan sebaiknya...Bagi pihak cikgu pulak, lega selesai satu fasa. Seterusnya, kita sambung perjuangan untuk batch 2021 pulak. Kalau dah rezeki , pasti dapat kan? kalau bukan rezeki kita, sebaliknyalah yang akan be

Kita bantu apa yang mampu

Image
 Assalamualaikum semua. Alhamdulillah, saya perhatikan banyak bantuan daripada  pelbagai pihak sumbangkan kepada sesiapa yang berkenaan semasa tempoh PKP dan pandemik umumnya ni. Ada yang memberi dalam bentuk wang, ada juga yang bagi barang keperluan harian, ada yang meringankan bayaran sepatutnya, ada juga yang belanja makanan, eh macam-macamla. Kreatif juga cara diorang membantu ni. Nampak keperihatinan rakyat kita ni. Syukur ramai yang berkongsi rezeki yang ada dengan insan lain yang memerlukan.  Selain itu, ramai juga yang mengambil peluang untuk berniaga atau menjadi ejen atau dropship untuk pelbagai produk. Pandemik ni ada jugak baiknya, bila ramai yang membuat pembelian atas talian, ramai juga yang mampu menjana pendapatan dengan peluang perniagaan yang ada ni. Kadang-kadang kita ada situasi yang kita nampak macam seseorang perlu dibantu tapi tak tahu cara apa patut bantu seseorang tu.  Kalau kita tak mampu nak bantu kawan yang macam ni secara langsung atau mungkin kita rasa dia

Salah teknologi ke salah diri sendiri ni?

Image
 Kalau dalam kelas pengaturcaraan, saya selalu ingatkan murid-murid agar menyalin coding, supaya mereka dapat menguasai bahagian pengaturcaraan dengan baik dan menjawab soalan peperiksaan dengan baik. Memang ada golongan murid yang kalau di komputer kemain hebat pengaturcaraannya.. Ada error je dia tahu kat mana nak baiki sintaks tu. Tapi lain halnya pulak bila menjawab soalan peperiksaan, kadang-kadang diorang tak jawab dengan tepat pun. Saya pun beri amaran keras, salin coding part ni supaya tangan dan otak kamu dapat ingat benda ni masa menjawab soalan peperiksaan nanti. Apa taknya , diorang ni nak yang mudah aja, semua dicetaknya. Akibatnya bukan baca sangat pun nanti. Haha, mujur murid tak ada tanya, logik tak ayat cikgu pasal tangan dan otak ingat coding tu! Cikgunya ni pun sama. Al kisah saya pergi servis kereta Selasa lalu, bila hulur kad untuk bayar, masukkan pin dua kali tak boleh, jadi akhirnya buat pemindahan wang secara internet banking sahaja. Ah sudah, lupa pin weh. Lama

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Image
Food panda memang memudahkan kita kan? Lagi-lagi zaman covid ni, daripada ambil risiko ke kawasan ramai orang, lebih baik kita tunggu je makanan di rumah. Kalau kawasan yang memang ramai penduduk tu, masyaAllah meriahnya menu di food panda. Tak payah keluar rumah, tengok-tengok aja makanan dah sampai depan rumah. Nak bagi makanan pada orang pun boleh, kau masukkan je alamat orang tu dan bayar, maka sampailah makanan kepada kawan , kepada anak saudara ke atau apa sahaja tujuan kita.  Al kisahnya harini saya nak kongsikan kalau berlaku kepada korang. Saya buat pesan makanan melalui foodpanda , kemudian dapat notification rider dah nak sampai.. Saya memang biasanya nak mudahkan rider tu, siap minta anak tunggu depan pintu. Bila dah 10 min berlalu anak masuk dengan muka masam, "mama tipu, mana ada pun" . Terkejutlah kan, biasa memang kejap je sampai kalau dah dapat notification macam tu. Ok, mama tengok telefon kejap. Patutnya ada status rider kat mana kalau belum dihantar, eh ni

Kalau tak mampu buat pilihan, kita hadapi je semua..

Image
Apa khabar semua? Macam mana PKP kali ni? Dah biasa rasanya kan keadaan macam ni, jadi taklah rasa tertekan sangat patutnya. haha, sepatutnya kan? Lagipun semua orang pun sama, jadi sama-samalah kita bersabar dan ikut SOP agar keadaan kembali seperti sedia kala secepat mungkin. Apa-apa pun kita cubalah sebaik mungkin untuk mengatasi apa jua masalah yang ada dengan akal fikiran yang Allah kurniakan ni.. Risau pulak saya tulis “semua orang pun sama “ macam kat atas tu. kalau dibaca dengan emosi, ada yang marah tu agaknya.. Berdasarkan pengalaman saya cakap ni.. bila seseorang tu dah dalam keserabutan, semua benda pun nampak negatif bagi dia. Pastu, mulalah fikir yang bukan-bukan, marah orang atau macam- macam jadinya..Gini korang, apa-apa pun bertenang dulu. Setiap hari ada je masalah yang melanda kita. Tak kira apa status sosial seseorang tu, PASTI ADA MASALAHNYA..kita tak duduk di tempat dia, mana kita tahu apa masalah dia.   Kita juga berhadapan dengan pilihan yang kita kena buat. Kal

Rutin di rumah semasa PDPR dan PKP

Image
 Assalamualaikum semua..pdpr dan pkp kembali lagi.. bolehla saya kembali mengaktifkan blog ini .. Haha konon semasa cuti sekolah ni banyak masa lapang. pagi tadi saya dah mengomel bosannya bila tak perlu buat kelas online dan mengisi pelbagai pelaporan seharian. bila salah seorang kawan saya membaca apa yang saya tulis tu terus dia balas, " eh, kata nak pencen awal , baru sehari cuti sekolah dah bosan, macam mana nanti?" .. ai, suspen pulak jadinya kan? Eh tak apalah, pasal tu kita fikir nanti, sebab pencen awal yang saya target tu pun lambat lagi nak terjadinya, dalam 13 tahun lagi.. kalau rasa perlu tukar fikiran kita tambahlah lagi tahunnya lepas tu..  Ok, bercakap pasal tempoh anak di rumah sepanjang masa ni, ada isu kan? Ibu-ibu yang lain ada tak mengalami masalah yang sama? Bila anak kat rumah, kita belilah bahan makanan lebih untuk anak rasa selesa dan juga supaya tak perlu kita keluar ke kedai banyak kali.. Tapi, bila peti sejuk penuh, freezer penuh, jadi pulak isu an

PDPR : Pro and Cons

Image
 Assalamualaikum semua.. Di kala sesi PDPR  hampir melabuhkan perjuangannya ni, saya terasa nak mencatatkan sedikit pengalaman sendiri, anak-anak dan rakan-rakan terdekat. Kiranya setahun ni banyak juga yang boleh dicatatkan di sini. PRPR ni benda yang baru jadi pasti banyak kesan baik dan buruknya. Bukan sahaja guru, murid-murid pun dah terbiasa dengan kaedah pembelajaran secara bersemuka. Siapa sangka bila datang pandemik ni, dalam sekelip mata je kaedah pembelajaran atas talian menjadi kemestian buat semua, kan?  Pertama, saya perlu ceritakan yang saya rasa kagum bila melihat sikap ingin tahu murid-murid yang sangat tinggi melalui kaedah belajar secara Google Meet ni. Buktinya kelas-kelas saya untuk subjek-subjek penting sentiasa penuh murid. Mungkin juga kerana sekolah saya di kawasan bandar, dan latar belakang murid kebanyakannya memang mempunyai pelbagai gadjet yang menyokong sesi pembelajaran secara maya ni, alhamdulillah dari segi kehadiran. Bercakap tentang sikap ingin tahu ni

Sambut birthday ke 11

Image
 Alhamdulillah tengah hari tadi seisi keluarga kecik kami menyambut hari jadi si abang.. dia sendiri yang kata “sambut pada hujung minggu sebab hari jadi abang pada hari sekolah, nanti kita busy.”... Wah, nampak macam matang gitu, bila anak bagi pendapat yang nampak bernas. Syukur alhamdulillah. Keknya makan kat rumah, lepas tu keluar makan tengah hari sama-sama. Tidaklah sambut besar-besar pun. Yang penting dia tahu hari lahirnya diraikan..  Versi gelap... layankan ajelah budak-budak ni. 

Semoga dipermudahkan urusan calon-calon SPM 2020

Image
 Akhirnya esok 22/2/2021 , sampailah masa untuk anak-anak SPM 2020 ni menduduki peperiksaan SPM. Calon istimewa dalam sejarah ni, umur 18 tahun menduduki SPM dengan pelbagai halangan mendatang sepanjang tahun 2020. Semoga anak-anak ini dipermudahkan urusan menduduki peperiksaan, diberi kesihatan yang baik serta mendapat keputusan yang cemerlang semuanya.. Jadi, nak ingatkan semua calon, jangan datang lewat ke sekolah, memandangkan kena semak suhu dan urusan itu ini, jadi datang awal dapat elakkan huru-hara. Murid boleh datang seawal 7 pagi dan boleh terus masuk ke Dewan atau bilik peperiksaan masing-masing, nanti lapang fikiran untuk menjawab.. Cikgu pun tak senang duduk ni. Semoga kat dalam dewan tu nanti, semua murid ni dapat menjawab dengan baiklah. Pembelajaran atas talian, peperiksaan bertulis dan semakan pun secara online... istimewa betul kali ni... Sila buat yang terbaik semua, doa cikgu dan ibu bapa sentiasa yang terbaik buat korang.

Tp-link Mesh Wi-Fi System untuk internet lebih laju

Image
Ini sekadar berkongsi pengalaman, bukan ditaja pun. Zaman kena WFH dan study online ni internet yang laju merupakan satu keperluan utama. Setujukan? Bayangkan ibu kena mengajar secara online, ayah kerja dari rumah dan dua orang anak belajar secara online. Dah berapa devices pakai serentak tu. Sambil-sambil tu telefon masing-masing pun pakai internet juga.  Pengalaman saya, kalau tengah mengajar, ada gangguan tu memang terasa sentap dan terganggu. Tetiba dapat mesej , " Teacher, where are you?". La, dah dua slide aku syok sendiri rupanya... Haru kena mula balik sambil tersipu-sipu. Kesian anak murid juga. Hilang fokus jadinya. Walaupun lokasi kat bandar, pakai unifi yang laju pun gangguan sekali sakala ni memang boleh terjadi. Sila percaya, saya dah pernah terkena dua kali.  Itu kejadian tahun 2020 semasa kami masih lagi pakai d-link router berwarna hitam ada empat tanduk tu.. Sejak tukar router jenis baharu iaitu Mesh Wi_Fi System ni alhamdulillah setakat ni belum ada masalah

Kasihnya ibu bapa tak tertanding

Image
 Hujung bulan lepas saya mendapat seorang anak saudara lelaki. Alhamdulillah adik saya dan isteri dikurniakan bayi sulung dua bulan sebelum mereka sambut anniversary ketiga. Comel sangat bayi tu, Adam nama diberi oleh ibunya. Kiranya cucu yang ini lahir selepas ketiadaan arwah ayah. 16 orang cucu lain lahir awal maka sempat didodoi oleh arwah Atuk diorang yang sememangnya sangat sukakan budak-budak. Al fatihah untuk arwah ayah.. Pada hari baby Adam balik ke rumah, saya membuat panggilan ke kampung, nak bertanya khabar. Orang baru tu pada masa tu, tidur je. Pada masa tu sempat mak saya berlawak , " Baik baby ni, tak nangis langsung, tak macam Naim dulu". Haha, sempat neneknya buat perbandingan dengan cucunya yang lahir 11 tahun lalu.. anak saya la tu yang dimaksudkan suka menangis tu.. Tapi saya  tak marah pun, memang yang seorang tu jenis kuat nangis. Semua orang pada masa tu mengaitkan anak sama perangai dengan mamanya(sayalah tu) yang masa kecil juga sangat suka menangis..

Kisah anak bongsu free diapers

Image
 Al kisah anak yang bongsu, rasanya itu sebab utama kenapa kami mula lambat usaha nak free diapers kan si adik ni. Masa abang- abangnya dulu, di usia 3 tahun dah mula ajar ke tandas sebab nak menyediakan diorang masuk ke tadika bila dah umur 4 tahun. Itu pun dah rasanya saya dah lambat mula sebab ada di kalangan anak kawan-kawan saya yang sejak dari awal dah pun free diapers. Macam-macam la alasan kami untuk mula lambat, konon xde pengalaman, konon jugak malas melayan anak kencing berak merata, susah kalau keluar, dan banyakla alasan lain. Al kisahnya pada awal bulan haritu, masa saya tengah berbual telefon dengan mak di kampung. Mak saya yang tanya, “ Eh bila nak free diapers kan si adik tu? Cakapnya dah pandai sangat tu, mitakla dia bagitahu kalau nak kencing berak”. Saya pun pada masa tu, macam tetiba tersedar dari mimpi. “Eh ye jugak, nape aku tak mula ajar si kecik ni, dah 4 tahun 4 bulan ni.. Bulan september nanti dia genap 5 tahun. Lambat sangat dah ni.” Kelakar kan? Tak teringa