Posts

Showing posts from January, 2014

Malam CNY

Image
Selamat tahun baru cina buat yang menyambutnya. Kita yang bercuti ni tumpang seronoklah. Ramai dah balik ke kampung atau pergi bercuti agaknya ni.. Kami pun akan balik ke kampung Tapah. Papa N tak dapat cuti panjang jadi kami balik dekat sahajalah. Jadi, petang semalam sebaik balik  je Naim dari sekolah, terus papanya tengok kot-kot Naim dapat kerja rumah. Nak balik ke kampung dia, dialah yang lebih teruja. Biasakan? Jadi, semalam beriya-iya Papa N pujuk Naim supaya menyiapkan kerja rumah yang diberi oleh cikgunya. Saya duduk depan tv cuma tengok-tengok je gelagat dia beranak ni. Naim liat nak siapkan, sebaliknya nak main je dia. Papanya pujuk lagi, tapi Naim main-main, langsung tak nak pegang pensel warna pun. Alahai, kerjanya pun mewarna objek je, tapi dapat 4 muka surat. Bila Papa N  mula buat suara garang, Naim pun mulalah buat sambil tunjukkan kesedihan. Hasil kerja Naim semalam. Ini je pun yang dia buat, tapi nak suruh dia pegang pensel warna tu pelbagai cara k

Jom cuba

Image
Nampak sangat lapang ya.. Selepas dua jam buat entry lain pula. Haha..alhamdulillah, bila tak dikejar dengan beban insya Allah boleh je melapangkan diri untuk menulis. Kalau tak, rasa bersalah pula mencuri masa menulis sedangkan tanggungjawab sepatutnya masih belum selesai.  Korang cuba buat yang kat atas tu, tengok apa yang korang dapat bila dah buat. Bagi tahu kat komen ya..  Saya baru nak mula tanda buku yang berpuluh dibawa balik tu. Alang-alang dah hantar Nazif ke taska, Naim pula bersekolah hari ni, ambil peluang nak tanda sikit. Hihi..entah sikit tu berapalah hasilnya nanti. Naim tadi macam tahu je mamanya bercuti..dia tanya, " mama tak pergi sekolah ke?". Saya cepat-cepat jawab, 'nanti mama pergilah'. Dia pesan lagi lepas tu, ' mama pergi sekolah elok-elok tau.'. Haha.. kalau dia tahu mamanya sedang bersenang lenang kat rumah, pasti Naim tak nak ke sekolah tadi. Tapi, sebelum tu.... Kelakarlah komen korang sepanjang dua hari saya

Kelas Cik Jah lo'ni

Image
Assalamualaikum semua. Cik Jah seronok hari ni, lepas buat-buat sibuk tiga hari, hari ni dapat bergoyang kaki...Haha... Alhamdulillah, setiap kesempitan pasti ada peluasannya, saya yakin tu.. seronok saya bila ada yang bertanya pasal saya... Okje, rindu saya ke? Alhamdulillah....rahmat ni. Bukan mudah nak ada orang rindukan kita, kan? Tetiba jadi Cik Jah pula hari ni ya.. saja, rasa seronok je nama Cik Jah tu. Entah macam mana dapat nama Jah ni...tak kisahla..Ikutkan kata Kak Long, asalnya diorang cadangkan saya ni diberi nama Fitriah sebab dilahirkan pada malam raya puasa yang kedua. Tapi ayah kata, tak sesuai.. kalau tak pasti saya dipanggil Mek Yah kan? Orang kelantan suka panggil gitu.. selamat saya ..hihi Ni, Cik Jah hari ni nak cerita pasal kokurikulum terbaru Cik Jah dapat tahun ni. Canggih tau. Nak tahu apa jenis kokurikulum Cik Jah kena uruskan? Boling u... haha... kejutan budaya sekejap bila dapat tahu saya jadi cikgu penasihat unit boling. Saya pernah main boling

WW: Selamatkan diri dan keluarga

Image
Alat pelindung dan pencegah kebakaran... satu, pengesan asap dan lagi satu alat  pemadam api.... saya beli selepas menyedari kepentingan pencegahan kebakaran. Kalau kita sanggup bayar mahal untuk grill rumah, semata-mata untuk melindung keluarga daripada kecurian, kenapa tak boleh belanja sikit untuk belikan alat pencegah kebakaran ni? Mencegah lebih baik daripada merawat, kan? Nota ringkas tuan tanah: Minggu yang sibuk, jadi kenalah buat-buat sibuk. Esok saya dah mula cuti, bolehla berblog dengan amannya.. selamat berhari raya dan bercuti kepada semua....

Perpisahan

Image
Telah dijanjikan ajal, maut dan pertemuan ni hanya Allah yang tahu. Sejak dua minggu yang lalu, sekolah saya dikejutkan dengan surat kenaikan pangkat PK Petang. Dah sedih kami semua, sebab puan PK ni memang baik, macam ibu kami dah. Tapi tak disangka pula, dah tertunggu surat perpisahan puan PK ni, ada pula insan lain yang terlebih dahulu kena keluar dari sekolah kami. Sedih lagi saya bila kawan baik, Sal pula dapat pindah ke sekolah lain. Cik Sal ni pun langsung tak sangka yang dia dapat pindah. Dah bertahun diminta bertukar ke sekolah yang dekat dengan rumah, alhamdulillah kali ni dikabulkan permintaan dengan proses rayuan. Maka terpaksalah merelakan kepergiannya dengan doa. Makin bahagialah harapnya bila duit tol dan minyak makin jimat ni ya... Hari Jumaat hari tu, kami ke Aeon Subang. Kononnya, saja jalan-jalan sambil meraikan perpindahan Sal. Tiga mak orang sehati sejiwa keluar rumah awal di hari Jumaat tu. Baca ni mesti MD gelakkan saya.  Tak payah ke KLCC, di komple

Alternatif

Image
Kebelakangan ni Naim minta nak makan roti bakar sebagai sarapan. Bab ni memang kena jaga, sebab mood dia akan berubah kalau semasa bersiap tu ada yang tak kena. Jenuhla nak pujuk kalau dia dah mula merengek. Nak dijadikan cerita, mamanya pun keluarkanlah pembakar roti yang lama tak guna. Dapatlah Naim makan roti bakar dengan jem pada hari pertama.  Malang tak disangka, hari kedua Naim nak makan roti bakar lagi, tengok-tengok pembakar rotinya dah rosak. Adalah seseorang yang main dengan benda tu, rosak jadinya. Bila Naim dapat tahu, bendanya rosak sudah, menangis dia sekejap. Lantas saya pikir macam mana nak pujuk ni. Ditunjukkan mee goreng, tak nak pula. Alahai. Tiba-tiba saya teringatkan alat pembuat wafer yang dah jadi harta karun, pernah guna beberapa kali je. Pujuk Naim dengan tunjukkan saya bakar roti kat dalam wafer maker. Haha.. jadi juga rupanya. Bolehla untuk pujuk Naim. hasilnya....  Roti yang dibakar dengan alat pembuat wafer Trio.. kelakar tengoknya, ta

Tahniah, korang HOTS!

Image
HOTS? Apa tu? Pernah dengar pasal HOTS ni? Meh nak ceritakan pada korang. Bagi yang dah tahu  baguslah, boleh komen untuk tambah info kat sini. Asalnya saya dapat ilham nak menulis pasal HOTS ni bila membaca kesemua 14 komen untuk entry sebelum ni . Bagi saya, luar biasa tu, jarang sekali saya menulis di mana saya sendiri anggap santai dan memang sekejap sangat masa penghasilan entry tersebut, tetapi mendapat komen yang membina dan menunjukkan pencapaian Higher Order Thinking Skills (HOTS). Kalau komen sebegitu, di entry yang saya memang buat kajian dan fikir panjang nak menulisnya, saya tak hairan sangat, sebab patut pun. Kalau tak, kecil hati saya, beriya menulis siap ambil masa beberapa kali simpan baru siap, tapi korang komen  sepatah je , " Setuju ", " Ya, Betul tu". Eh, ke korang tak perasan pun saya tulis tu ? Nampak sama je semuanya? Alahai, nak merajuk tak nak menulis lagilah....... HOTS ni sebenarnya bermaksud , pemikiran logik, reflektif, metakogn

"Kalau malas sangat, jangan jadi orang' istilah kasar ke?

Image
Ikutkan saya berkejar masa ni, hari ada kokurikulum ni memang agak memenatkan. Saja nak tuliskan sesuatu semasa ada ilham ni. Saya selalu juga guna istilah kalau malas sangat tak payah jadi orang . Kebanyakannya guna sebagai motivasi diri sendiri. Tak nak biar perasaan malas berterusan, jadi bila muhasabah diri dan ingatkan maksud ayat tu, selalunya paksa diri untuk ubah perasaan malas tu. Alhamdulillah berjaya. Kisahnya, budak-budak sekarang bukan boleh ditegur. Menanda buku latihan dahla memerlukan kerajinan(bagi saya yang malas ni). Bila buka buku tu, adeh, dalam 30, yang tulis elok baru 10 orang, yang lain, mengecewakan. Nak salahkan  diorang ni kelas belakang pun tak boleh juga. Tak semestinya di kelas hujung hasil kerja tak elok, kan? Jawapannya satu je, pemalas diorang ni. Buat saya terfikir, mak ayah tak pantau ke apa anak-anak buat ataukah diorang yang memang tak nak buat. Agaknya dianggap datang sekolah sebagai beban. Saya juga syak mak ayah terlalu sibuk bekerja sampai ta

Cerita pendek II

Image
Gaya sopan anak mama..  Padahal masa tu tengah main di taman mainan di Setia City Mall . Masa nak minum tu tiba-tiba dia duduk dan siap bagitahu lagi yang dia duduk dengan bahasa babynya.  Cita-cita murni walaupun nama cikgu ialah PUAN.....kononnya cuti tiga hari hujung minggu saya nak rajin menanda buku latihan karangan yang berjumlah 70 buah yang dibawa balik. Hasilnya , berjaya juga saya tanda(....). haha, biar saya je tahu jumlahnya. Lawakan nama budak ni? Dulu masa baru mengandungkan Naim, saya pernah senaraikan nama Aimy Dalila dan Iman Dalila sebagai nama anak kalau dapat anak perempuan. Haha, akhirnya rezeki Ahmad Naim... pic ; google Tercapai hasrat nak solat di Masjid NAZA di Seksyen 13 Shah Alam ni. Sebelum ke Pak Usu Steamboat , kami singgah solat Asar di masjid baru ni.  Berkenan tengok gambar di entry Zilla , alhamdulillah bila masuk rumah Allah ni memang menenangkan dan cantik dengan konsep GBI(Green Building Index)  yang pertama di negara

Baru nak insaf

Image
Adoi..insaf akak... dah tak lama nak tiba Ramadan tapi puasa ganti tak buat pun walau sehari...maka hari ni saya mengambil langkah untuk mulakan puasa ganti yang jumlahnya agak-agak lupa. Kejap macam 7 hari, bila pikir lagi macam 8 hari eh ke 6 hari je? Jadi, untuk selamat dan tak tanggung akibatnya di Padang Mahsyar kelak, 10 hari puasa ganti bakal dibuat. Orang cakap elok dilebihkan jumlah harinya, kan? Bagus juga, sekali dengan hari Isnin ni.. semoga lebih keberkatannya. Insya Allah kalau sesuai saya harap habiskan dalam sebulan lebih ni, nak ambil Isnin dan Khamis saja.  Bangun pukul 5 pagi untuk sahur kali pertama ni. Lain kali entah saya akan bangun ke tidak. Menu mudah saya sediakan. Nasi lebih semalam dihangatkan, telur goreng letak sos cili dan kicap, timun sebagai sayurnya, buah limau dan air milo suam. Lepas tu, minum lagi secawan air kosong, untuk hilangkan dahaga sepanjang hari nanti.  Korang mesti dah habis ganti puasa kan? kalau ada yang belum lagi,

Bersteamboat Pak Usu

Image
Sabtu, seharian berjalan. Pelbagai urusan alhamdulillah berjaya diselesaikan. Penyudahnya hampir pukul 6 petang kami berada di Seksyen 13 Shah Alam menikmati stimbot Pak Usu. Dah lama juga kami tak ke restoren stimbot, dengan famili kecil kami ni je. Masa balik kampung hari tu ada pergi makan stimbot di KB tapi saya tak kisah mana sebab kalau dengan famili saya ikut, saya macam bos besar, boleh duduk dan makan je. Anak-anak ada yang menjaga masa tu. Ini kalau makan dengan famili kecil kami je, elok makan benda lain, kecuali memang teringin macam semalam je, baru boleh datang. Risau tu.. bahaya di kedai stimbot ni. Kami ada pengalaman dah. Ingat lagi masa Naim kecil, disebabkan dia mengamuk, ditendangnya meja dengan pada masa tu ada periuk berisi kuah tomyam yang sedang mendidih. Terkedu seketika bila lihat isi periuk, periuk dan dapur bertaburan di lantai. Kuat kuasa tendangan budak lelaki dua tahun masa tu! Ikutkan hati nak saja terus balik lepas kejadian, tapi Papa N kata a

SELESA : bukan untuk selamanya

Image
Selesa - menggambarkan satu ruang yang kita usahakan untuk kecapi tetapi sangat bahaya dalam konteks kemajuan. selesa = bahaya bagi yang tidak berwaspada.. Jangan berhenti mencari kekuatan... PETIKAN DARIPADA INSTAGRAM: HANIS ZALIKHA

Bercakap tentang anak

Image
Pagi ni saya rasa lain macam pula. Dah terbiasa bangun awal dan siapkan sarapan dan kelengkapan Naim ke sekolah, hari cuti macam ni terasa tak ada kerja nak dibuat pula. Semalam pagi, ada juga target nak masak nasi arab, jadi awal lagi dah masuk dapur. Hari ni memang tak ada target, jadi sambil saya menanda buku latihan ni, terasa masa lambat sangat berlalu. Dua Ahmad masih lagi lena. Semalam macam nak gaduh, semata-mata nak tidurkan Nazif. Akhirnya dia lena pada pukul 12.30. Naim pun boleh tahan, pukul 11.30 baru lelap. Berkali-kali saya tepuk dan gosok barulah dia lena. Mamanya pula, bila dah lewat tidur, mulalah oayah nak lena. Terasa dah lari masa tidur sebenar. Haha, mula terbiasa dengan rutin tidurkan diorang pada pukul 10-11 malam. Saya suka sebenarnya kehidupan yang mengejar masa. Bangun awal bergegas masak dan kemas, lepas Naim mandi pula seronok riba dia dan suapkan dia makanan sambil cakap-cakap kosong dengan dia. Seronok bila Naim cakap, "Mama, Naim baby"

Mama dah pandai masak nasi

Image
Haha... tajuk macam entry daripada seorang isteri yang baru mendirikan rumah tangga pula hari ni. Padahal setiap hari pun kalau tak penat memang saya masak di rumah. Ini nasi yang tengah hangat di dapur saya. Nasiblah Papa N dan anak-anak makan nasi arab ni sepanjang hari ni. Beras setengah kilogram ni biasanya untuk lima orang makan. Jadi jimat tenaga saya di hari cuti ni, masak nasi sekali je nampaknya.. Saya rendam beras ni seawal pukul 6.45 pagi tadi. Pukul 8.30  tadi saya toskan beras dan lepas tu terus saya bersiap-siap untuk masak nasi ni.  Ikut kiraan saya, ini dah kali kelima saya masak nasi arab dengan rempah siap yang dibeli dengan set beras panjang ni. Memang mudah je cara masaknya, sepatutnya siapa pun memasaknya pasti akan sedap nasinya. Apa taknya beras dan rempah dah siap, kita cuma perlu rebus air ikut sukatan dan masukkan rempah dan beras. Tapi, kali pertama saya buat agak masin dan cubaan kali kedua pula lembik berasnya. Entah kat mana silapnya. Saya masak lagi

Sepetang di Setia City Mall

Image
Balik dari Stadium Shah Alam haritu, satu badan saya rasa sakit. Nak dukung budak 8kg ni pun terasa berat sangat jadinya. Lenguh kaki pastinya. Hihi..dah lama tak bersenam rasanya, itu yang rasa tegang je urat kaki tengah hari tu. Sesuailah nampaknya saya sertai perarakan sebegitu di usia 33 tahun ni.. Dah masuk 50an nanti tak daya rasanya.. Dalam perjalanan balik lagi saya dah bercita-cita nak tidur siang. Mujur juga setelah dipujuk Nazif pun akhirnya tidur siang, maka saya pun tumpang lena bersama dengan Nazif, hampir dua jam.  Hilang lenguh kaki ini akhirnya. Petangnya pula, sempat lagi keluarga kecil kami ni keluar. Papa N beriya kejutkan saya, katanya kesian tak bawa anak-anak berjalan di hari cuti. Naim dah beberapa kali mengajak. Saya pun gagahkanlah diri bersiap untuk keluar. Betul, anak pun kena diutamakan, sian diorang kalau tak ada apa-apa aktiviti. Jadi, sesampai di Setia City Mall, memang kami tuju ke kawasan padang. Bagi Naim dan Nazif main puas-puas. Kebe

WW: Risiko tinggal di bandar

Image
Nak keluar dari simpang rumah, ambil masa 27 minit.  Di Lebuh Elite, sesak dari Putra Height, mujur saya keluar di USJ, tidaklah lama mengikut arus sesak. Keluar plaza tol pun sesak juga di Persiaran Kewajipan... Jumlah masa perjalanan biasa  15minit, hari ni jadi  50 minit....redha sahajalah.... Pembinaan ada di merata-rata.. semoga kesusahan kini menjanjikan kesenangan di masa depan.....huhu..

Sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri Selangor 1435H

Image
Assalamualaikum dan salam Maulidur Rasul untuk semua.. Kembali bekerja ya kita, hari ni. Ada yang masih bercuti hari ni, jelesnya saya..Cuti panjang tu Acik Erna. Hari ni saya pula berada di sekolah dari 7.30 pagi ke 7 petang nanti.. Dah mula aktiviti kokurikulum memang macam ginilah nampaknya.. Nak ceritakan kisah semalam. Buat kali pertama saya sertai rombongan sekolah kami ke sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri Selangor. Alhamdulillah, tahun keempat di Selangor ni, semalam dapatlah juga menyertai sambutan ni. Kontingen sekolah kami, semua jejaka kacak. Gigih para peserta ni, keluar awal dan bersolat subuh di sekolah, dibawa dengan bas dan  berada di Stadium Mini Malawati sejak pukul 7.10 pagi. Masa berkumpul di Stadium Mini pun dah terasa cukup meriah. Saya yang kali pertama sertai sambutan macam ni, kagum betul dengan pakaian dan perhiasan kontingen lain. Lagi-lagi kontingen jabatan kerajaan, memang kelihatan meriah dan seragam pakaian diorang.. Suasana

Selamat pagi semua..

Image
Assalamualaikum....selamat pagi. Mesti pagi yang ceria kan? Apa taknya minggu ni banyak cuti, esok dan Jumaat tak kerja kan? Harus kita bersyukur dan memulakan hari Isnin ni dengan ceria.. Jangan lupa amalkan selawat kepada Rasulullah ya....Banyak fadhilatnya bacaan selawat ni.... Alhamdulillah, seharian semalam saya ambil ubat selsema dan paracetamol, ditambah pula dengan rehat panjang(tidur seawal lepas maghrib), pagi ni saya bangun dengan segar. Syukur. Dapatlah buat sarapan untuk ahli keluarga. Sarapan Naim pagi ni, bihun goreng, dengan kerepok. Bihun ni juga jadi bekal Papa N ke pejabat. Papa N tumpang ada bekal sejak Naim bersekolah ni. Manja gitukan.. alang-alang saya memasak lepas subuh, masak lebih sikit untuk bekal Papa N. Sejak minggu lepas, saya mula masak guna sejenis bawang je, alhamdulillah yang lain makan tanpa sebarang komen. Bagus, ikut sunnah Nabi dan jaga kesihatan pada masa yang sama, kan?

Panadol se!

Image
Masuk minggu kedua sekolah, badan mula rasa kesan keletihan dan penat. Apa taknya, hari Ahad je lapang, dua kali Sabtu memang ada program di sekolah setakat ni. Sejak petang semalam pula, badan macam lain je, hidung mula berhingus dan telinga juga terasa tak macam biasa. Agaknya berjangkit dengan Nazif, selsema ni. Sejak mula tinggalkan dia di taska, balik je hidung basah.. nak buat camna, redha jelah. Mujur tak demam, taklah meragam sangat dia, kerja mama pun tak bertambah setakat kini. Suara tak payah cakapla, baru-baru buka sekolah ni, memang suara saya agak serak bila bercakap kuat. Dah lama bercuti kan, biasanya saya jerit manja dengan dua Ahmad ni je, ini nak kena jerit untuk satu kelas, 40 orang atau untuk kendalikan satu unit kokurikulum yang ada lebih 80 orang ahli. Itu yang serak jadinya.. Tengah hari tadi, walaupun berhingus, masih tak insaf.. makan juga tomyam pedas, hingga meleleh air hidung. Pedas betul nampaknya, tapi sedap.. Jadi, malam ni telan pana

Dapat "i love u" di awal pagi

Seronok tau, pagi lagi saya dapat ucapan I love u cikgu . Kisahnya, tengah mengemas tadi, saya dapat panggilan daripada ibu seorang murid. Anaknya dah masuk tingkatan tiga, mamanya saja bertanya khabar cikgu. Katanya pada mula-mula. Saya dah agak, takkan nak tanya khabar saya je, pasti niat lain nak tanya pasal akademik anak dia. Memang ya pun,selepas beliau tanya pasal saya, beliau mula tanya pasal perkembangan anaknya. Memang mak ayah risau pasal PBS ni. Sistem sekarang ditutup, pihak sekolah tak boleh nak bagitahu pasal pencapaian anak secara umum. Bagi mak yang prihatin macam ni, bagusla, dapat diorang tahu tahap anak. Anak puan ni memang baguslah pelajarannya. Jadi, dengan yakin saya boleh bagitahu apa jawapan yang diharapkan. Sebab tu gembira je suara puan ni. Itulah pasal saya dapat ucapan i love you tadi.. Gembira. Menggembirakan orang lain memang membahagiakan kita.. #ps : korang pun ada ambil nombor telefon cikgu yang mengajar anak ke? Ke saya je yang tak sampai hati, k

Mengajar Naim mengira

Image
Mama tolong buatkan azam tahun baru untuk Naim. Tahu apa azam tu? No more ipad and tab.. haha.. ingat mudah? Agak susah sebenarnya. Banyak perkara kami buat untuk buat Naim lupakan ipad. Antaranya saya pujuk Naim bermain dengan permainan yang berinfomasi. Kononnya nak merangsang minda Naim dan Nazif sekali. Bila dapat tahu banyak mainan murah dijual di MR D.I.Y, saya ajak kawan, Nisaq pergi ke 19 Mall. Pelaburan RM 35 dapat pelbagai mainan. Mulalah saya bandingkan mainan Naim sebelum ni, beli kereta Mc Queen yang mahal lagi pun  boleh, yang ni murah je.. patutnya dari awal kami dah beli mainan yang macam ni. Taklah anak cuma dapat seronok sahaja, sebaliknya ada juga belajar sesuatu. Saya bagi Naim main sikit demi sikit mainan yang dibeli ni. Mulanya saya bagi Naim main dengan kayu ais krim berwarna warni ni. Saya suruh dia pilih kayu-kayu ni ikut warna yang sama. Ada banyak lagi warna sebenarnya tapi Naim tak berapa minat nampaknya. Dia pilih yang ni je, lepas tu terus lari ke

Do the right thing, Do the thing right

Image
Pepatah yang dua-dua pun  boleh pakai. Berdasarkan keadaan semasa... DO THE RIGHT THING, DO THE THING RIGHT. Nak beli satu barang je niatnya, dah masuk terambil macam-macam. Tak banyak pun, 9 barang, bayarnya 2 keping melayang... Pokok pangkalnya : Tetapkan sasaran dan usaha demi mencapai, jangan terpesong.... do the right thing or do the thing right? What do you say? #Padahal banyak kerja ni,hilangkan stress dengan tengok blog.. haha.. do the thing right, nampaknya.

Motivasi ke sekolah

Image
Nak ke sekolah perlu ada motivasi, kan? Mestilah, barulah bersemangat nak kerja dan bagi yang murid tu, baru rasa bersemangat nak belajar. Pagi-pagi lagi saya tengok ada kawan postkan gambar kek.. terus saya tempah dua bekas. Tetiba pula rasa nak pergi cepat ke sekolah hari ni. Haaa.. Nampak menarik....kan? Kalau boleh nak beli semua perisa. Harga pun tak mahal, RM 5 je satu bekas. Tapi cukuplah dua je.. tak baik membazir.  Naim pula, pagi ni kemain kuat menangis. Pelik saya, sebelum ni dua hari dia ke sekolah taklah macam tadi. Rupanya sebab papa paksa dia pakai baju terus lepas mandi. Biasanya saya cakap-cakap dengan dia dulu, suapkan dia makan dan minum dulu baru sediakan pakaian dia. Bila pujuk, tiba-tiba saya alih perhatian dia dengan tunjukkan nugget dan nasi goreng, terus elok mood dia. Sampai di sekolah pun, tak ada menangis, terus lambai papa dan masuk ke kelas   Haaa..menurun mama nampaknya...

Bihun soto suka hati

Image
Projek masak tengah hari ni.... bihun soto. Saya memang tak suka makan soto dengan nasi impit. Padahal suami memang suka makan soto dengan nasi impit, tapi saya buat bihun je. Haaa.. ikut suka hati chef yang masaklah kan? Kali pertama masak soto dengan menggunakan rempah mak siti, alhamdulillah rasanya sesuai dan bila ditambah dengan kicap cili, begedil, suhun goreng, perahan limau kasturi, habis dimakan semangkuk. Tak nak cerita pasal cara buat soto, korang pun tahu.. kalau tak tahu, korang beli je rempah soto Mak Siti, ikut je arahan di paket dia.. insya Allah menjadi.  Pegedil ni yang saya nak cerita. Memang buat suka hati je. Saya tengok tak ada daging. Mulanya dah kecewa. Ingat nak keluar ke kedai runcit, tapi malas pula rasanya. Anak-anak bergantung di kaki pulak. Terus fikirkan cara alternatif. Cuba keluarkan ayam untuk buat pegedil. Rasanya bukan lama sangat pun ayam dimasukkan ke dalam peti sejuk, tapi macam dah beku masa saya keluarkan tu. Ini tak lain tak

Mindset

Image
Hari tak kerja ni, rasa malas pula saya nak masak. Pagi-pagi lagi tinjau dapur, memang terfikir apa nak dimasak, tapi dalam otak ni macam katakan yang hari cuti tak apa lewat sikit. Bagi peluang anak-anak tidur lama sikit. Tunggu diorang bangun baru tanya, apa nak makan.. Ahmad Naim Saya tengok nama Naim berada di kedudukan pertama dalam senarai kelas dia. Dah maknya letak nama mula dengan huruf A, nasib kamulah Naim..mesti kalau apa-apa, Naim akan jadi yang pertama dipanggil. Lagipun, jadi yang awal lebih baik daripada yang terakhir, kan? Taklah lama berdebarnya kalau kena temuduga atau lain-lain hal yang kena menanti. Berdebar tu, lagi-lagi kalau kena tunggu lama.  # Apa-apa pun mindset kita kena sentiasa positif. Giliran awal ke akhir ke ada kelebihan tersendiri. Masak pun sama. Bila positif kita pasti ceria...

Bercakap pasal 'be a better person'

Sementara ramai lagi yang masih di mood tahun baru ni, rasanya memang sesuai lagi saya tulis pasal ni. Bukan apa, sebab biasanya, ramai yang menetapkan azam tahun baru untuk berubah jadi lebih baik daripada tahun sebelumnya. Tak kisahlah korang nak jadi lebih baik dari segi apa, itu terpulang kepada hati dan kemampuan masing-masing sebenarnya. Pendek cerita, supaya tak melalut entry ni. Nak jadi insan yang lebih baik, tak bersyarat. Semua orang boleh kalau nak jadi lebih baik. Cara pun banyak. Allah bekalkan setiap daripada kita dengan mental dan fizikal yang istimewa. Jadi, kalau nak usahakan kearah jadi insan yang lebih baik, memang cukup banyak cara yang boleh diusahakan. Kalau korang mampu dari segi wang, gunakanlah wang secara sebaiknya supaya di akhirnya, korang dan insan sekeliling korang akan jadi lebih baik untuk hari seterusnya. Kalau mampu dari segi fizikal, sumbangkan fizikal, kalau mahir berkomunikasi itupun juga boleh dijadikan sumber untuk mengubah supaya menjadi in

Apa yang penting kerjasama

Image
Alhamdulillah,  syukur, misi yang dianggap payah kini berjaya. Dua malam sudah kami berjaya menidurkan dua beradik ni awal. Mesti buat, tak kira apa keadaan. Haa, dah macam misi sempena tahun baru. Nak  wujudkan keadaan di mana sekitar pukul 10.30 malam, anak-anak dan mak pak dah kena lena di tilam empuk kami ni. Memang dapat dibuat. Pukul 10.15 malam saya dah angkut dua beradik ni masuk bilik, gelapkan bilik dan tak bercakap, pura-pura tidur dan tak layan apa sahaja pujuk rayu Naim dan Nazif. Pastinya juga kena tahan gelak, sebab dia ni akan buat apa saja untuk kami buka semula lampu. Kononnya tidur awal ni kerana nak Naim dapat berikan tumpuan dengan aktiviti di sekolah dan tak mengantuk bila dibangunkan pada awal lagi. Alhamdulillah juga, Naim nampak seronok di sekolah baru. Balik kerja petang semalam, Naim bercerita tentang kawan baru dan cikgu. Tengok gaya dia bercerita tu, lega hati saya. Hari pertama yang menggembirakan, maka legalah..berbaloi mama masak dua hidangan

Mula mengalami

Image
Ikutkan saya, dah 7 kali melihat proses orientasi untuk murid. Boleh lihat pelbagai ragam masa tu. Mak ayah ataupun murid sendiri, macam-macamlah kelakuan diorang yang ada masanya sebagai pemerhati, saya tersenyum sendiri. Sebab tu ada pepatah melayu, " Berat mat memandang, berat lagi bahu memikul" , memang sesuai nak gambarkan pengalaman yang ada. Bila sebagai pemerhati atau guru, saya tak rasa susahnya nak pujuk anak menyesuaikan diri dengan sekolah. Saya juga tak rasa tertekan nak yakinkan anak bahawa itulah tempat terbaik yang kami dah pilih untuk pendidikan diorang. Guru terima je murid, dan murid ni ada sebilangan kecil je yang buat hal. Selebihnya yang lain bila mak ayah diorang dah jauh, elok sahaja mendengar arahan kami. Semalam, 1.1.2014, hantar Naim ke tadika untuk hari pertama, agak mencabar juga. Naim tak nak masuk ke kelas mulanya tu. Telah dipujuk oleh cikgunya pun dia tetap menolak, jadi terpaksalah Papa N sama-sama jadi pelajar. Papanya temankan Nai