Januari 2017
Assalamualaikum. Dah hampir habis bulan Januari 2017 ni, tetiba terasa nak menulis sesuatu, kot kalau dah tak berapa ingat kejadian masa muda hari nanti, bolehla jenguk blog untuk mengimbas apa yang pernah ditulis. Awal tahun ni pastilah yang menjadi tumpuan ialah Encik dalam gambar di atas ni. Kemain seronok dia kerana dapat masuk ke tahun satu. Sebulan berlalu, mama dah rasa biasa aktif seawal pukul 5.30 pagi. Mujur Encik ni pun tak kisah kena bangun seawal 5.50 pagi. Mama jelah yang terlebih emo dalam masa seminggu pertama bila melihat anak naik van untuk ke sekolah pada pukul 6.15 pagi. Balik pulak dah pukul 6.45 petang paling awal. Keluar masa masih gelap dan balik ke rumah pun dah gelap. Tak apalah ye nak. Alah bisa tegal biasa ye anakku.. kalau tak susah dahulu macam mana nak senang kemudian, Kan? Dua Encik ni pun alhamdulillah, baik-baik juga. Sejak sesi persekolahan ni, macam diorang tahu je kalutnya mama, tak banyak karenah diorang. Kecuali sekali sekala Encik kecil