Posts

Showing posts from 2022

Anxiety attack

Image
 Assalamualaikum semua.. Lama saya tak menulis di sini, terasa nak mencatatkan sesuatu pulak malam ni. Sebagaimana tajuk kali ni, ya saya nak menulis tentang anxiety attack. Apa tu anxiety attack? Korang tahu tak? Saya pun sebelum ni tak mengambil tahu tentang penyakit atau perkara ni. Kehidupan saya rasanya sebelum ni langsung tak ada pun mengalami hal macam ni. Sehinggalah pada suatu ketika saya macam rasa saya ni sedang berdebar-debar sangat, debaran yang sangat ketara sehingga saya terfikir yang adakah saya mengalami sakit jantung? Debaran yang saya rasa tu banyak kali terjadi pada masa saya rehat, contohnya semasa saya sedang berbaring nak tidur atau semasa menonton televisyen. Pernah juga terjadi debaran kuat macam tu semasa saya nak melakukan aktiviti harian yang lain. Pernah juga saya sampai tak dapat nak tidur malam kerana terasa denyutan nadi yang kuat sampak saya rasa saya dengar degupan tu seolah-olah dalam drama tv. Paling suspen kejadian debaran kuat ni ialah pada suatu h

Selagi bernyawa selagi itulah diuji

Image
 assalamualaikum semua.. Yang membaca entry ni harapnya semua dalam keadaan yang baik dan bahagia. Terasa rajin pulak saya nak menulis kat sini. Memikirkan hal semasa ni, nak pulak rekodkan sesuatu kat sini, maybe ada masa nanti boleh diimbas kembali kenangan pada minggu ini. Kadang-kadang saya geli hati bila mendapat mesej rakan-rakan sekolah lama bertanya khabar saya. Pasti ada yang bertanya kabar sambil diselangi dengan ayat " bestla korang kat sekolah baru" , atau "kat sekolah ko pasti tak de macam ni kan?".  Haha, pandangan korang ni kan.. Ingat korang je ada masalah ye? Memanglah keadaan semasa ni alhamdulillah taklah seperti keadaan di tempat lama. Namanya pun sekolah lain, situasi pastilah takkan sama dengan yang lama. Syukur sangat Allah berikan peluang yang ada ni. Tanpa izinNya pasti takkan jadi apa yang berlaku sekarang. Namun, macam tajuk yang kat atas tu, mana ada 100% happy memanjang je walau dah berada di tempat baru. Kita yang kena adjust dengan per

Sambutan hari guru dan raya 2022

Image
Entry kali ni boleh anggap sebagai sambungan kisah entry yang sebelum ni. Tetiba dapat idea nak menulis tentang ni selepas ditegur oleh suami saya pada masa makan malam tadi. Asalnya masa makan malam tadi, saya masak menu berbeza ikut permintaan. Hari rajin memanglah boleh macam tu. Al kisahnya, semasa makan tu, suami saya mencari sos cili, jadi saya pun hulurkan sos cili yang saya dapat sempena hari guru. Suami pun kata, “Mula haritu macam rasa kelakar hadiah sos cili ni, tapi bagus juga benda yang cikgu dapat makan.” . Saya pun gelakkan je, tapi pada masa yang sama mengakui kebenaran kata-kata tersebut. Selain sos cili tersebut, ada lagi hadiah sebegitu yang saya dapat, iaitu seperti gambar di bawah. Wah rare betul ni, rare bagi sayalah.. apa pun syukur kerana mendapat hadiah sebagai tanda ingatan daripada murid-murid.  InsyaAllah saya akan gunakan juga rempah-rempah ni untuk menyediakan juadah nanti. Selain tu, dapat juga idea untuk membeli bahan makanan sebagai hadiah hari guru sek

Sekali air bah

Image
 Wah tajuk ala-ala sastera gitu.. teringat pada hujung minggu lalu saya ditegur dah lama tak menulis di blog ni, terus kali ni menulis. Haha,  macam ramai yang baca blog ni kan? Takpe, prinsip saya kan, jangan kisah sangat apa pendapat orang sebab mereka tak bayar bil kita pun.. jadi asalkan kita gembira dan dan usaha sendiri, apa-apa pun pasti baik-baik sahaja nanti. Meh saya ceritakan pasal tajuk. Saya pilih tajuk air bah tu kerana  siang tadi saya membuat pemilihan murid untuk persembahan majlis hari guru. Ha gitu kesan pindah sekolahnya.. selama ni tugas yang dapat buat video, buat montaj, buat buku program, buat slide presentation, buat kerja yang berkaitan IT lah pendek kata. Masuk sekolah ni diberinya AJK Persembahan ke kita wak.. sejarah betul. Lagi-lagi bila diugut kalau tak ada persembahan murid, cikgu AJK yang kena buat persembahan … haha, pasti dibaling telur atau semua lari nanti kalau saya yang nyanyi atau bersajak kat stage tu.. risau rosak majlis jadinya..  Tapi Allah d

Selamat Hari Raya -raya terkejut 2022

Image
 Assalamualaikum , salam Syawal buat semua.. Budak kecik ni paling gembira dapat beraya di rumah Opah tahun ni, ramai sepupu yang hampir sama usia ada bersama-sama untuk main kejar-kejar dan lawan Minecraft. Walaupun raya terkejut tahun ni, raya kita tetap meriah kan? Nikmat apa lagi yang nak kita pertikaikan, tak gitu korang? Syukur lah dapat beraya bersama sanak saudara, dapat bergotong royong sambil membawang bersama walau persediaan dibuat dalam masa yang singkat..  Ok, semoga semuanya gembira menyambut hari raya kali ni.. selamat kembali ke stesyen masing-masing nanti..  p/s: semakin tua ni semakin malas nak menulis jadinya..

Mulakan sesi 2022 dengan perpindahan

Image
 Berbelah bahagi rasanya mendapat surat arahan pindah walaupun sememangnya saya yang membuat permohonan kononnya nak bertukar angin setelah 11 tahun lebih berkhidmat di sekolah yang sama. Kawan-kawan kat sini baik belaka. Persekitaran sini pun sebenarnya dah selesa dan memang dah faham macam mana keadaannya.. Paling sedih ialah nak tinggalkan kawan sebelah meja saya yang sangat tak kisah menjadi pendengar yang baik selama ni. Namun, rasanya inilah takdir Allah yang telah disediakan yang terbaik buat saya untuk tahun 2022 dan seterusnya.  Orang kata tuah manusia siapa yang tahu kan? Kita doa yang baik-baik sahaja untuk sekolah yang ketiga ni.  Semoga semua yang membaca entry ini juga diberikan kemudahan dalam semua perkara yang diusahakan.

Salam tahun baru 2022

Image
 Assalamualaikum semua.. Semoga semua yang membaca entry ni berada dalam keadaan yang baik serta diberikan keceriaan, kebahagiaan serta keimanan untuk tahun 2022 yang bakal kita tempuhi ni.. semoga hanya yang baik-baik sahaja bakal kita tempuhi. Jangan pulak kita lupakan pengalaman 2021 yang lalu. Apa yang baik kita jadikan kenangan manis dan ingatan dalam menempuhi hari yang mendatang. Mana kala apa-apa yang buruk atau tidak seperti yang kita ramcangkan, kita usaha lagi untuk 2022 ni. Lupakan benda yang kurang baik atau tak ok tu.. move on orang putih kata.. mungkin lebih mudah kalau kita abaikan ,kalau kita mampu , elok sangat abaikan perkara-perkara yang kurang baik yang berlaku sebelum ini, demi masa depan yang lebih ceria. Bagi mangsa banjir akhir 2021 yang lalu, semoga korang tabah dan diberikan ganti rezeki yang berlipat ganda selepas ini. Sayu sangat sedih, terharu dan kecewa melihat keadaan dan hasil banjir, tambahan lagi ada 8 orang rakan guru yang saya kenali terlibat dengan