Posts

Showing posts from June, 2022

Sambutan hari guru dan raya 2022

Image
Entry kali ni boleh anggap sebagai sambungan kisah entry yang sebelum ni. Tetiba dapat idea nak menulis tentang ni selepas ditegur oleh suami saya pada masa makan malam tadi. Asalnya masa makan malam tadi, saya masak menu berbeza ikut permintaan. Hari rajin memanglah boleh macam tu. Al kisahnya, semasa makan tu, suami saya mencari sos cili, jadi saya pun hulurkan sos cili yang saya dapat sempena hari guru. Suami pun kata, “Mula haritu macam rasa kelakar hadiah sos cili ni, tapi bagus juga benda yang cikgu dapat makan.” . Saya pun gelakkan je, tapi pada masa yang sama mengakui kebenaran kata-kata tersebut. Selain sos cili tersebut, ada lagi hadiah sebegitu yang saya dapat, iaitu seperti gambar di bawah. Wah rare betul ni, rare bagi sayalah.. apa pun syukur kerana mendapat hadiah sebagai tanda ingatan daripada murid-murid.  InsyaAllah saya akan gunakan juga rempah-rempah ni untuk menyediakan juadah nanti. Selain tu, dapat juga idea untuk membeli bahan makanan sebagai hadiah hari guru sek