Naim, kamu ni comellah

Ahmad Naim ni hari ni buat satu perkara yang membuatkan saya dan Papa N gelak besar. Masa saya balik dari sekolah tu, macam biasa Naim sambut saya sambil cakap "Naim pun sayang mama", sambil buka grill rumah. Perkataan pun tu walaupun dah hari-hari dengar, tapi tetap menggembirakan saya. Saya balas kata-kata Naim dengan bagitahu saya pun saya Naim juga. Comel, kan? Anak cakap sayang mamanya banyak kali sepanjang hari.

Masa maghrib tadi, Naim minta saya buatkan air kesukaannya. Saya pun buatlah cepat-cepat sementara menunggu Papa N solat. Lepas tu Naim minta saya masukkan air tersebut ke dalam botol. Saya ikutlah. Tiba-tiba Naim kata nak ais, saya pun masukkan tiga ketul ais ke dalam botol tersebut. Ingatkan dia nak minum airnya, tapi tahu tak apa Naim ni buat? Dia bawa botol berisi air yang ada ais tu ke depan, masukkan ke dalam beg sekolahnya sambil cakap, " Mama, Naim nak bawa air ke sekolah Naim". Itu yang mamanya gelak besar. Dia ingat air tu akan sejuk sampai ke pagi esok ke? Comel betullah kan?

Kesinambungan dari kisah Naim hari Ahad, pukul 4 lebih, sebab rasa kesian tengok Naim buat muka tak puas hati, kami pun keluarlah untuk minum petang. Seronoklah kedua Ahmad ni bila hasrat hati tercapai. Pilihan kami makan laksa. Alhamdulillah, menu tepat nampaknya. Naim, Nazif pun makan banyak laksa tu.

Nampak menyelerakan laksa ni kan? Ditambah petis udang, memang lebih sedap rasanya. Mood Naim elok agaknya selepas dapat jam tangan bergambar Mc Queen kegemarannya, terus berselera nak makan banyak. 


Asalkan dapat beli satu barang pun Naim dan cukup gembira. Dapat pula jam McQueen, kartun kegemaran dia ni, senyum meleret sahajalah Naim sepanjang petang. Walaupun harga jam ni cuma RM5 je..

#P/s : Jangan marah ya, mama mestilah puji anak sendiri....

Comments

  1. sedapnya.. nasib baik pagi esok akak nak masak laksa..

    ReplyDelete
  2. I bought the sam ewatch, gambar barbie rm5 sahaja tapi tertinggal kat umah tokma dia, menyennggeng dia pakai jam tu hehehe budak2 kan.

    Dapat jugak asam laksa yer, tak tunggu lama.

    ReplyDelete
  3. Hahahaha, naim naim… awalnya letak bekal ais dalam beg… dah boleh ajar konsep sains kat Naim slow2 tu :)
    wah, peminat McQueen yer… harga belakang kira, janji dapat McQueen kan Naim :)

    ReplyDelete
  4. smngat naim ..
    alahai so sweet la cara naim ni.. teriNin sgt rasa saat tu kak

    laksa my peberet tp dh lama pantang
    tgk mqueen teringt ank jiran kt jb. suka sgt dgn barng brg yg ada mqueen. skrg dorng dh jauh.. ke labuan sana. hukhuk

    ReplyDelete
  5. Hai AN....... rindu kamu!!! hehe.....
    Mmg comel! Pandai mengampu mama, buat hati mama berbunga bunga kan mama!! hehe....
    Anak sendiri haruslah puji, haruslah doakan yang baik baik.... kalau 40 kali seorang ibu sebut maka comellah Naim akhirnya... Tapi dua dua Ahmad tu mmg comel pun!

    ReplyDelete
  6. setiap anak comel di hati ibu dan ayhnya:)

    ReplyDelete
  7. memang comellah kamu ni naim...kalau akak pun mesti hati berbunga-bunga kalu anak ckp sayang hari2..
    kalau tak kita puji anak sendiri sapa lagi kan?

    memang nampak sedap laksa tu

    ReplyDelete
  8. sedapnya laksa!!..tp hubby sya xsuka laksa asam ni..waaa... :(

    ReplyDelete
  9. Nampak serious sedap asam laksa dalam gambar ni. Memang kalau saya pun tak pandang kiri-kanan. Anak-anak pun, Dear tolonglah take over, Mommy mereka nak pekena kawkaw asam laksa all time favorite nih...

    Budak-budak kalau dapat something memang gembira sungguh. Tak kiralah berapa harga yang penting mendapat apa yang diidamkan. Tak kisahlah AN nak memuji anak sendiri sampai ke bintang pun. Kalau saya pun, memang saya rasa anak-anak sayalah yang paling comel dalam dunia ni. Hah, serious perasan tak mak macam saya nih?

    ReplyDelete
  10. alahai mmg sweet la naim hari2 sebut syg mama..budak2 klu dpt benda yg dia suka sebenarnya benda baru klu dia tak suka pun mesti happy..lepas tu tak reti syg harta benda..syg sekejap je..ini aiman tau..naim mesti bukan macam ni..dia pandai jaga kereta2 mcqueen dia kan..

    ReplyDelete
  11. Bahagia kan bila anak boleh bercakap...pas tuu cakap apa yang menyejukkan hati seorang ibu...Xsabar nk tggu ank Sha bleh bercakap...
    Salam kenalan...
    www.notashalimar.blogspot.com

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?