Posts

Showing posts from February, 2013

WW ; saya budak baru belajar

Image
Mama, shini lah.... Naim nak naik basikal.... Published with Blogger-droid v2.0.10

Melatih anak bersikap berani

Perlu kita latih anak bersikap berani. Lagi lagi kalau anak yang manja, lagi wajar kita ajar dia supaya bersikap berani supaya dapat elakkan dia menjadi mangsa buli apabila berada di luar nanti. Kita takkan mampu nak lindungi anak kita selamanya 24 jam sehari,kan? Menyedari hal inilah, saya hari ni bertindak membeli sebuah basikal kecil untuk Naim. Saya berpendapat bila Naim tahu mengayuh basikal sebenar, sedikit sebanyak keyakinan diri dia akan bertambah. Asalnya saya beli dengan niat nak melatih sikap berani dia. Tapi bila fikirkan hari jadi Naim bakal menjelang, maka terus basikal ni jadi hadiah hari jadi Naim. Bagus kan Naim? Sudah tentunya Naim gembira dengan hadiah ni. Saya perhatikan Naim macam berminat nak main dengan basikal ni walaupun dia tak reti nak kayuh sendiri pun kalau tak dibantu oleh papa atau mamanya. Nampaknya kami kena bagi Naim masa yang panjang sebelum bagi dia naik tanpa dua roda kecil di belakang tu. Tak apalah kan? Ambil masamu anakku ye.. Mula mula tadi

Jom belajar deko

Image
Ni Naim punya kerja. Saya tinggalkan Nazif yang sedang tidur sekejap sebab Naim minta ais. Bila kembali ke tempat Nazif, saya tengok-tengok dah macam ni.. Dia ingat ini kek yang nak kena hias ke aper? Bila tanya dia, Naim jawab, "Naim bagi adik car"...

bikin suspens

Kisah ni baru malam ni berlaku. Amaran, kalau korang takut jangan baca.... segera tutup entry ni tau... > > < < > > < > <   Naim malam ni makin dengan gembiranya. Walaupun main sorang, semasa main dia ni akan lari-lari datang ke tempat mama atau papanya duduk untuk tegur kitaorang.. Selalunya, dia tegur, "assalamualaikum mama" Dalam sejam dia main tu rasanya lebih 20 kali salam yang Naim bagi mamanya ni.. Naim main ni, korang bayangkan dia angkut dalam 5-7 buah kereta mainan dia dan dia main sambil nyanyikan apa-apa lagu yang dia suka. Ada masa dia duduk, ada masa dia berlari dengan kereta-kereta mainan dia tu.   Tetiba tadi semasa dia main tu TETIBA Naim sebut "tak nak lah kakak!"   Kebetulan saya dengar apa yang Naim sebut tu. Segera pula saya tegur dia, "Mana ada kakak, apalah Naim ni"   Naim yang ada di ruang tamu dengan saya terus tunjukkan dengan jari telunjuk dia arah

it's not i like i planned it this way

Image
Korang perasan tak kalau korang ni ada janji temu dengan sesiapa atau ada apa-apan rancangan khas, pasti ada sahaja hal-hal lain yang boleh buat terlewat atau buat kita tergesa-gesa untuk penuhi rancangan tersebut? Saya selalu berhadapan dengan situasi macam ni. Saya syak syaitan ni rojim yang ikut saya ni, memang ketawa besar bila dia tengok saya kelam kabut nak kejar masa untuk sesuatu temu janji... esh, memang syaitan ni rojim betul! jahat kau!! pergilah kacau binatang, jangan kacau manusia macam aku ni.. Kalau di hari biasa, memang rutin saya, tengok jam hampir pukul 11 pagi, memang saya akan siap-siapkan barang untuk dibawa ke sekolah. selepas kemaskan barang Comel, saya pun pergilah ke sekolah dan dalam perjalanan tu singgahlah ke taska untuk hantar Nazif ni. Tapi, kalau ada je mesyuarat ke janji dengan ibu bapa ke, janji nak apa-apalah, boleh tengoklah, satu-satu jadi hal yang boleh melambatkan saya. Biasanya Nazif ok je, hari tulah dia akan meragam. Kalau biasanya baju yang d

Naim tak nak naik car mama!!

Image
Kemahiran Naim ni makin lama makin berkembang nampaknya. Yang semakin menjadi-jadi sekarang ni ialah Naim tak nak naik kereta mama. Entah apa kurangnya kereta mama ni. Bila nak keluar dengan kereta mama je mengamuk-ngamuk dia ni. Petang tadi siap nyanyi soprano sekali lagi semata-mata protes tak nak naik kereta mama...Nak juga naik kereta papanya. Apa, Naim ingat kereta mama ni  tak hantar ke tempat mamat  bangla kat belakang tu untuk cuci apa? Ingat kalau naik kereta mama nanti orang kedai runcit tu takkan bagi Naim beli ais krim solero ke? Atau pun kereta mama ni tak sampai kalau Naim nak ke taman? Nilah kereta mama yang dah 5 tahun lebih berjasa nak ooi.. Masa kita kat JB dulu , kereta ni lah yang Naim naik tiap-tiap hari tau. Mama hantar Naim pergi ke rumah pengasuh dan ke klinik naik kereta ni tau.... Ai, jimat la minyak kereta mama ni nampaknya....   Nanti mama beli kereta macam dalam gambar tu, tak nak bagi Naim naik tau.  Mama pulak protes, hihi... Nak sambung sik

sizzling rice for dinner

Image
Jangan tak percaya tau. Menu makan malam kami malam ni ialah nasi seezling! Dengan penat sebab dah dua hari berturut-turut kerja banyak dari pagi ke petang, saya rajinkan diri masak sebab nak makan sizzling punya pasal. Lepas kerahkan suami cuci periuk hotplate tu, terus masak tau.. Tapi, masak malam ni saya buat cara ringkas je, tak buat macam yang bapa mertua ajar sepenuhnya sebab nak cepat. Tengok, menarik tak...korang makan apa malam ni? Siapa pula nak tolong sapukan minyak pada pinggan hotplate tu?? masa nak makan, sukalah tolong, dah kenyang, nak kemas, kuranglah rajin ye... Published with Blogger-droid v2.0.10

Rojak

Assalamualaikum.. Teringin nak menulis tapi tak ada yang terasa sesuai nak dicurahkan.. Jenis orang macam saya ni memanglah, kalau tengah pikir macam-macam dengan ada yang buat risau di hati, sampai satu tahap tu, memang tak terluah dan akhirnya saya diam je.. Itulah juga ayat-ayat yang selalu saya cakap bila saya bising mengomel apa-apa dan suami macam cakap saya ni naik marah.. kalau marah betul saya dah tak bising lagi, tapi diam membisu pulak.. Pengajaran daripada kejadian semalam, mungkin apa yang berlaku tu, sebahagian daripada petunjuk yang saya doakan. Harap-harapnya macam tulah. Korang pernah tak, bila alami sesuatu yang merisaukan dan  mengejutkan, korang mula fikir apa lah salah yang korang dah buat sehingga kena macam tu? Akhirnya saya mula merujuk kejadian dengan doa yang dah beberapa hari saya minta, iaitu minta petunjuk untuk sesuatu yang lain. Lapang sikit dada selepas kaitkan dua hal ni bersama-sama.. Redha jea lah, in shaa Allah dugaan ni akan mengingatkan diri s

Dengar, faham dan cuba buat

Image
wajah wajah ceria nazif selepas kebah demam Tetiba saya teringat pesanan salah seorang pengetua saya di JB dulu..   Cikgu, Cikgu ni cikgu... cikgu ni juga ibu dan ayah... Kalau anak kita sakit, anak kita ada masalah apa perasaan ibu dan ayah semua? Jadi, kalau mengajar pun kenalah mengajar macam anak murid kita tu seolah-olah anak kita sendiri...       Mendalam maksudnya.... Maksudnya pun luas.. bagi yang faham, baguslah.. saya pun, rasanya sejak setahun dua ni baru lebih faham erti ayat-ayat tu... semoga dapatlah diaplikasikan dengan baik.. apa-apa kerja pun sama kan ? tetap perlu amalkan konsep ni..

Kembali ceria selepas demam sawan

Assalamualaikum semua.. Lega rasa semuanya kembali seperti biasa. Nazif dah sihat, demam dah tiada, malah semasa ditahan di wad pun dia tetap aktif macam biasa waktu demamnya kebah. Terima kasih kepada semua rakan-rakan blogger yang mendoakan kesihatan Comel saya tempoh hari. Ingin saya sebutkan di sini           Nea Lopah           Intanfirdaus247           Mamaaryan           Cikzaniff           Umi alya           Mama adam           Nurbijen           Miss Mirror           Myra Jay           Ceqgu           Kina           Nastyna           Wahida           Nik Ros           Mama Rey Korang semua memang kawan yang baik.. Semoga Allah balas keprihatinan korang ni dengan pahala yang berganda. Dengan kejadian pada awal pagi 13hb yang lalu, telah banyak menguji ketabahan dan mengajar saya sebagai seorang mama. Betapa ceteknya pengetahuan saya ni, banyak lagi yang kena ditambah ilmu saya nampaknya.  Saya nak kongsikan kat sini antara ilmu baru yang saya pelajari daripa

Nazif tak sihat

Image
Nazif sekarang di bawah jagaan hospital sebab demam panas dan pukul 3.52 pagi semalam kena serangan sawan...doakan Nazif cepat sembuh yer..

ayam negro

Image
Ahmad Naim sayang pujaan hati ni makin suka asah bakat menyanyi soprano... Memang menjadi-jadi.. Naik risau jadinya. Nak tak nak mama dan papanya memang kena pujuk. Hari ni kami pujuk dengan ayam negro, kek angry bird, salad buah dan yogurt. Maklumlah dua kali sesi nangis hari ni.. Ai....hitam pun naim nak.... Published with Blogger-droid v2.0.10

Kelakuan ibu mengandung mempengaruhi bayi

Saya pernah terbaca dan juga dengar kata-kata yang akhlak anak dipengaruhi oleh kelakuan ibunya semasa dalam kandungan dan kelakuan bapanya selepas dia dilahirkan. Bila difikirkan, banyak sekali kebenarannya. Betapa indahnya Islam, ajarannya memang lengkap. Kita  yang harus banyak belajar dan amalkan nilainya. Ambil contoh dua hero saya ni.. Naim payah sangat nak tidur, Nazif pula mudah je nak buat dia tidur. Sejak dalam pantang lagi, Naim memang jenis suka berjaga, walaupun pada waktu malam. Memang pun masa mengandungkan Naim, saya masih lagi tinggal di JB dengan rakan rakan serumah. Waktu tu sedih rasanya tetapi tak nak tunjuk, sebaliknya saya cuba kuatkan semangat, uruskan sendiri semuanya walaupun ada ketidakselesaan selalu pendamkan sendiri sebab tak nak menyusahkan orang lain. Kawan saya banyak kali tegur yang saya waktu tu tak nampak macam orang mengandung sebab saya nampak sihat, cergas dan kurang tidur. Sebaliknya masa mengandungkan Nazif ni mula rasa manja sebab dah

Dapat ang pow

Image
Tadi mak cik depan rumah kami datang bagi ang pow untuk Naim dan Nazif. Berserta dengan biskut lagi. Dua tahun duduk sini, dah empat kali diorang ni dapat hadiah bila menjelang Krismas dan CNY. Yang kelakar tadi, mak cik tu puji Nazif baik sebab tak dengar dia nangis pun. Saya syak dia cakap macam tu sebab selalunya laungan Naim yang kedengaran. Apa pun, terima kasih aunty.. Published with Blogger-droid v2.0.10

Berbaloi juga

Image
Leganya dapat berehat di hari cuti ni....Rasa ringan badan... Otak pun rasa relaks je.. Berbaloi juga penat saya ke sana ke sini bila hari yang kena bekerja. Nak tahu kenapa? Ada sehelai seluar saya yang saya pernah pakai masa lepas bersalin aritu memang terasa ketat. Apa ni, tanda-tanda menternak lemak ni. Tapi minggu ni saya kembali yakin nak pakai seluar ni sebab dah rasa longgar macam dulu, ooh sukanya.... Memang tak ada saya diet pun. Dengan Nazif yang masih menyusu, saya sebaliknya kalau sesuai masa memang akan makan banyak. Suami saya pun ada masanya tegur, "ai makan lagi?' Tapi kalau masa tengah sibuk tu, ada masanya sampai je ke rumah pukul 7.20  pm tu memang rasa nak makan semua yang ada dalam peti sejuk, sebab di sekolah memang tak ada masa nak pergi ke kantin. Mungkin kesibukan menguruskan pelbagai kerja inilah yang sedikit sebanyak membantu. Lagipun Nazif dah 6 bulan, dah macam-macam kepandaian dia. Di samping tu dah makin tembam dan makin lasak. Memang patutl

Peniaga contoh

Image
Peniaga bersolat di bawah pokok.... macam ni baru berkat perniagaan.. tetap bersolat walau di mana berada..

Geram dengan Abang Saleh

Image
Oshh, lega rasanya sebab suasana di sini kembali tenang. Tiada lagi kedengaran meriah bunyi mercun, bunga api dan suara orang menangis. Bukan saya ni tak suka sambutan Tahun Baharu Cina. Seronok apa tumpang kegembiraan jiran yang berlainan kaum. Dapat makan limau mandarin yang kawan kawan bangsa cina bagi pun dah buat saya tersenyum panjang.. nak tahu kisahnya? Meh kawe nak royat ni.. Sekitar pukul 10 malam tadi tiba-tiba kedengaran bunyi mercun. Macam seronok je mula-mulanya. Saya tak ada intai pun, tapi boleh agak tentu itu bunyi dari rumah jiran yang nak sambut tahun baru. Tetiba Naim tanya satu soalan.. "Mama, bunyi apa tu?" Mama yang jujur terus jawab, " bunyi main mercun, sayang" Naim yang memang tak faham istilah tu tanya lagi soalan yang sama. Saya yang malas nak layan jawap berulang kali, kemudiannya suruh Naim tengok dari pintu. Tujuannya saya nak dia tahu mercun tu apa. Rupa-rupanya Naim dah tahu pasal bunga api kesan daripada tengok Upin Ipin.

Sayang dan Comel

Di saat Sayang sedang khusyuk berjoget joget ikut alunan lagu gangnam style, diri ku masih memangku Comel yang sedang lena. Nampaknya memang lena sungguh Comel tido, sesekali Sayang buat aksi gangnam, tak langsung Comel terkejut. Siapa pula sayang dan comel ni? Haha, anak anak saya lah, siapa lagi...Pada mula papa diorang perasan saya panggil hero kesayangan saya ni Sayang dan Comel,dia pernah pertikai, katanya panggil Comel macam panggilan untuk kucing je... Sabar aje lah.. Apa apa pun niat kita yang penting, kan? Bagi saya, saya panggil tu nama yang baik, jadi tak salah dan tambahan lagi saya ikut sunnah nabi.. Saya panggil anak saya comel sebab dia memang comel dan saya memang harap anak anak saya membesar jadi anak yang comel. Bukan ke setiap kata kata tu doa kita.. Kalau kita panggil si gemuk, si buruk maknanya mendoakan seseorang tu jadi macam itu lah...  P/s : tengah tunggu Comel bangun, nak keluar jalan jalan.. Sayang dah lama mengajak keluar tu..

yang sombong tu biarkan je..

Eh, hari ni dah hari Jumaat ye? esok dah mula cuti sekolah kan? Seminggu pulak tu? Wah, seronoknya...... Bukan apa ni.....lega betul bila fikirkan cuti..hati berbunga bunga riang.. Kalau korang jumpa saya di sekolah rasanya korang akan lihat saya jalan cepat, makan cepat cepat dan ada masanya pula buat kerja sambil berdiri dan macam macam simptom yang menunjukkan kejar masa. Selagi terdaya, saya buat kerja kerja yang diamanahkan kepada saya ni.. insya Allah.. Walaupun ada masanya bila ditanya, saya kena ambil masa nak fikir mana satu, sebab macam banyak juga portfolia yang dipertanggungjawabkan kepada saya tahun ni... bagi saya selagi larat, buat ajelah...fikir inilah kerja untuk mencari rezki yang halal.. Tapi, semasa berurusan dengan orang orang yang MAHAsibuk ni, ada sesekali rasa geram timbul di hati saya ni... bagi orang di bawah , saya tahu korang banyak kerja. Bagi orang atasan pulak, saya pun tahu tentu lagi banyak tanggungjawab korang... tapi, tak payahlah tunjukkan muka

Hutang lupa

Bukan entry nak mengutuk orang ni.. Eh eh .. tak baik cakap benda buruk tentang orang lain pagi pagi buta macam ni, kan? Cakap pasal saya sendiri sebenarnya... Bila beraksi macam lipas kudung sepanjang hari, ada masanya bila orang lain pesan apa apa, ada masanya memang saya lupa terus.. Apa lagi nak aktif menulis di blog, memang kalau tengah melibas ekor, rasa tak terluah idea... Pikir kemain pun tak juga terkeluar apa apa yang sesuai nak ditulis.. teringat pula bila saya tegur murid yang malas buat karangan.. alasan diorang tak boleh nak tulis sebabnya tak tahu nak tulis apa... ni alasan popular murid boleh bagi, saya selalunya tak layan, sebaliknya saya akan paksa juga diorang buat kerja... tapi kalau merujuk diri sendiri, di tengah kekalutan kerja, minggu ni je dah beberapa kali saya lupa... Pertama masa kawan suruh masukkan meja yang saya guna untuk program pada minggu lepas ke bilik simpanan.... memang saya lupa, akhirnya dia sendiri yang buat. Selain tu, ada cikgu dari sekol

Apa Kata

Image
Gambar Naim sebulan lalu kot ni, masa Atuk Ya datang ke KL aritu.. masa bawa Atuk Ya jalan jalan dia main beriya iya sampai tak nak balik... Selepas tu bila dia tengok je gambar ni, mesti Naim merayu nak dibawa lagi ke tempat ni...entah apa istimewanya .... budak budak lah kan? memang seronok main macam ni... Dua hari lepas masa dia tengok gambar ni, Naim sekali lagi cakap... Mama, apa kata kita main sini? Naim nak main... hehe...pandai, rasanya hari tu kali pertama dia gunakan istilah apa kata... selepas tu sepanjang hari asyik keluarkan istilah tu aje... Mama, apa kata Naim makan mee.. Mama, apa kata Naim nak susu Naim? Mama, apa kata kita tidur? Mama, apa kata naim nak tenok Ipin? belajar perkataan baru dia balik aplikasikan kat rumah.. mujur setakat ni tk ada yang pelik pelik lagi...

Uban

Semasa di rumah Kak Ja semalam, ada sesi potong rambut.. Mula mula Kak Ja potong rambut Kak Bi saya.. Melihatkan tu, saya tetiba rasa teringin nak berambut pendek juga. Teringat kembali kenangan masa kecil,kami adik beradik perempuan memang selalu potongbrambut di rumah bergilir gilir. lagipun rambut saya gugur dengan banyak sangat kebelakangan ni.. memang biasa bagi ibu yang menyusukan anak...Rimas rasanya bila asyik tengok rambut kat lantai.. bukan sikit gugurnya tu... yang mengejutkan, bagi sayalah sebab sebelum ni tak pernah lagi kepala saya ada uban. Masa akak saya gunting rambut saya, tetiba dia cabut rambut uban dari kepala saya. Huhu, di usia 32 tahun ni saya dah ada uban? tanda tanda penuaan ni... Masa mula tu rasa lain juga, tapi bila teringat yang mak saya pernah cakap yang uban ni tujuannya Allah nak ingatkan kita bahawa kita semakin tua.. Kalau dah tahu macam tu kenalah banyakkan buat ibadat dan jauhkan larangannya... ooooo insafnya, jangan mengada ngada sedih sebab be

bestnya ada kakak

Image
Semasa di sekolah menengah, saya selalu cemburu dengan rakan-rakan yang ada abang. Rasa macam seronoknya kalau ada abang. Maklumlah, di zaman remaja jiwa memberontak bila empat kakak saya macam nak perintah saya macam macam disebabkan saya yang paling kecil. Itu dulu, perasaan masa remaja dulu. Dah jadi remaja purba yang ada anak dua ni saya rasa ada kakak lagi bagus. Apa taknya, kalau pergi ke rumah kakak, Kak Ja dan Kak Bi saya ni buat macam macam. Macam semalam, sampai je saya ke rumah Kak ja, Nazif macam jadi anak orang lain. Bergilir- gilir Kak Ja, Kak Bi, suami kak ja, anak-anaknya jaga Nazif. Dah petang, adik saya pula yang mandikan Nazif dan Naim. Siap pakaikan baju diorang sekali. Dengan kakak juga dapat berkongsi macam macam hal keluarga. Diorang dah ada banyak pengalaman, banyak tunjuk ajar yang diberikan kepada saya. Naim pun seronok kalau dibawa ke rumah mak ciknya, sebab dia dapat ramai kakak yang suka layan dia. Anak Kak Ja saya memang suka main dengan Naim. Mas

Pemimpin

Semalam tengah hari di sekolah saya ada sesi usrah sempena maulidur rasul. Usrah kali ni jadi catatan di sini sebab ada perkara yang buat saya kagum. Sejak tahun 2007, saya masuk profesion ni, dah berkhidmat di bawah 5 orang pengetua. apa yang buat saya kagum dengan pengetua sekarang ni ialah beliau ni orang yang sedia mendengar pandangan orang bawahannya. Bukan sahaja mesra orangnya, malah beliau jenis yang duduk sekali dengan orang bawahan untuk membincangkan masalah. Nak tahu buktinya? antara buktinya, semalam semasa sesi usrah yang sememangnya pengetua rancangkan khas untuk guru guru melayu, beliau ucapkan terima kasih atas kerjasama guru semua dan bagi peluang untuk guru guru luahkan perasaan. Korang bayangkan, semalam lebih satu jam sesi luahan macam macam masalah dalaman cikgu, disebabkan bebanan kerja yang banyak memang ramai yang mengaku rumah tangga tunggang terbalik. Pengetua kami sama sama menangis semasa ada beberapa cikgu yang mengaku bergaduh dengan suami dan anak