Posts

Showing posts from December, 2021

Create your own algorithm for happiness

Image
Assalamualaikum.. kembali mencoret kat sini. Ingatkan dah malas nak menulis, tapi kembali kali ni sebab beberapa hari lalu saya ada mendapat email yang bertanyakan sesuatu berkenaan entry lama saya. Terasa dapat sedikit motivasi gitu. Sebagai mana ada ayat yang berkata, walau seorang sahaja pun yang dapat kebaikan daripada kata-kata atau perbuatan kita, itu adalah sumbangan kita.. Alhamdulillah, sesungguhkan hikmah dan ilham boleh datang dalam pelbagai cara dan pelbagai keadaannya.  Antaranya dengan ada rakan yang baik juga merupakan kebahagiaan. Syukur sangat tahun ni walaupun birthday saya jatuhnya semasa masih dalam PKP, namun rakan-rakan baik kirimkan pelbagai hadiah sebagai tanda ingatan. Terharu sangat. Syukur. Semoga Allah kurniakan kebahagiaan dan syutga kepada rakan-rakan saya yang baik ni.  Sebagai mana tajuk entry ni, kebahagiaan setiap orang tak sama. Jadi kita ciptakan algoritma kita sendiri. Latih diri kita untuk bersyukur dan bertoleransi dengan keadaan dan kemampuan kit