Posts

Showing posts from July, 2011

Rindu Ahmad Naim..

Image
hari ni naim agak manja....papa naim blk lwat, xdapat menjemput naim macam biasa... jadi bila balik dari sekolah dalam jam 7.15 pm tadi baru aku amik naim dari rumah ibunya(pengasuh). naim dengan gaya ceria n seronok mendepakan tangan minta didukung...terharu rasa, biasanya aku cuma hantar, yang amik naim ialah papanya.... mungkin dia tahu arini tempuh duduk di rumah ibunya lbih lama daripada biasa.... lagi, bila balik dia x pula jumpa papa....dah la pagi tadi papa kluar rumah kul 7.45, naim tengah tidur lg.... papa dia balik kul 10.15, naim pulak dh tido..... naim mmg rindu papanya...sepanjang main dengan naim td, byk kali dia mengungkapkan kata 'pa pa pa pa pa pa'...... *gaya naim tido dalam kerinduan* petikan dari sebuah blog.... cara mendidik anak mengikut cara Islam Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka . “Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari dari

Menu oo menu

Image
pagi2 macam ni selalu pening pikirkan ape yg blh dan nak dimasak utk ahmad naim.. budak 16 bulan ni, mmg suka makan...tapi kuantiti makanan dia tu sikit je.. tu yang payah skit.. mamanya makan sesuka je, tapi bila pikir utk anak mesti nak bagi anak makan makanan yan berkhasiat dan sihat.. orang kata kena ajar sejak kecil baru bila dh besar dia akn ikut budaya sihat...  untuk naim, paling senang bg mkn ikn goreng je la....hehe...ada sumber protein kn? lg pun bdk2 xleh mkn pedas n masam lg..... ni plan utk mama nya....kalu sempat la nanti, ada lagi 2jam lebih sebelum masa kena pergi sekolah....kena check bahan2 ada x dlm peti sejuk... kerabu sotong pun namapak sedap kn? tapi confirm xleh buat sebab sotongnya belum pancing lg.....................next time... 

Isnin datang lagi

Image
woooo....esk Isnin lg....mmg mlas je rasa nak memulakan hari bekerja... tp rasanya ni bkn aku sorang, ramai jg yg mmg ada simptom mls ari isnin ni.... entah kenapa....tp mujur yang bestnya esk lah isnin terakhir sebelum kita start puasa... yeye, dh puasa maknanya x lama lagi nak raya... aku suka..... kali ni dapat beraya Aidilfitri dengan naim dan papanya di kampung Klate( kg aku lah tu) wlaupun perjalanan agk jauh skit, namun kg tempat tumpah darahku mmg tetap tempat paling best....klau nk banding braya di tempat lain, mmmg sedih la, rasa sayu di pg raya tu... cakap pasal semangat nak beraya, dekat sekolah tu, dh penuh mcm2 sampel biskut raya yang diletakkan utk dijual... blm start puasa lg... aku dh 4thn tgk je cgu2 lain menjual.....teringin jg nk dapat income lain, tp sampai ke sudah xda pun produk yg aku rasa nk jual... seronok bli je, nk jual mls.... baju raya lak, dah lama tempah, nati siap aku upload gambarnya ye...sedondon 1 famili kami 3 org ni....xsabar yg beraya dgn Naim 1

jom layan lagu citer ANNISSA....

memang best lagu ni...penuh makna dan emosi...kena benar dengan plot citer ANNISSA.. dalam kehidupan mmg byk yg kita tak jangka akan berlaku pada kita... redha je lah...

SAPS punya pasal

bagi yang xtahu ape itu SAPS...Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah... keje baru bagi cgu2, kena lak key in semula markah peperiksaan tengah tahun ke dalam website KPM.. yang "baik" ini sebab baru je dapat tahu tentang ni arini, nak minta disiapkan sebelum kul 6 pg sabtu nati... web site dia ni bukan mudah nk log in, malam2 mcm ni baru ada can, tu pun servernya agak slow walaupun tengok data pengguna dalam talian cuma 383 orang.... dan boleh buat keje2 lain sementara tunggu interface lain kluar... yang bestnya lagi, td semasa semak maklumat murid ada 2 murid India, tetapi agama Islam.....huhu, haru betul....klau xtertengok tu, boleh kena marah nati sebab salah maklumat... sedang menunggu lagi ni... UPDATE KUL 1.30 PG: kelas 1 gigih n 1 ikhlas xboleh msk markah lagi sebab guru tgkatan diaorg blm lg update maklumat murid...alahai, geramnya....nati dh siang ni mesti pyh lak nk msk website ni....

kalut mengemaskan rumah

Memang kalut nak kemaskan rumah klau tetiba ada call in, bgtau ada tetamu nak datang tumpang tidur kat umah... yang kalutnya bukan sebab tak sudi, tapi sebab rumah berselerak.....lagi satu sebabnya aku sorang je yang ada nak mengemas... Papa naim n naim dah tidur....jam pulak dah pukul 11.20 sekarang.... tapi sempat lagi update blog.. sabo je lah..... yang nak datang ni, pak mertua ku yang pandai masak tu, dan adik ipar... huhu.... Cik Feti, tolong kemas ni..................tolon update at 11:58 pm: diorang dah sampai sini...so, setakat yang mana sempat dikemaskan je lah... tapi yang lucunya tadi.....disebabkan asik kemas rumah, terlupa nak tukar seluar.. tadi sebab xda orang, aku cuma pakai seluar pendek, yang cukup buruk dan lusuh... selalunya bila mertua datang, xmuncul seluar ni, xpernah lagi aku terpakai seluar ni depan diaorang.... arini, xsengaja...ooooppps..... malu.......

3 Impian

Image
Menjelang umur nak genap 30 ni, dan dah makin penghujung tahun, aku ada lagi 3 impian yang nak dibuat sebelum hujung tahun...Arap-arap sempat la tercapai 1. nak masuk rumah baru walaupun tak le besar mana, cuma saiz 20X70, dua tingkat, tapi ni rumah sendiri... cepat le selesai urusan di pejabat tanah 2. nak pergi bercuti dah lama xpergi mana-mana( setahun lebih dah), sebabnya Ahmad kecil lagi, skrg dia dh besar skit,  xada masa sesuai pulak.. asyik ada hal keje je, cuti hjg tahun nati pun belum tentu, sebab aku terlibat dengan exam spm... lagi pun husband payah nak cuti.... 3. nak melengkapkan rumah ikut konsep yang aku impikan... (jangan la husband kata xkenan lak) #tambah skit: harap-harap tahun depan aku xajr sivik lagi.....x sukanya kelas sivik..... 

Amarahku

Image
Entah ape angin tak elok yang melanda di hari minggu ni.. pagi tadi elok je angin aku, walaupun dah ada sikit-sikit tiupan angin barat daya, tapi aku maintain senyum lagi.. tapi menjelang ke tengah hari, lebih-lebih lagi selepas masak makanan tengah hari yang sedap...menunya biasa je, just nasi putih, tomyam ayam, sayur kangkong dan sambal ikan bilis dan tempe...lepas makan, angin kus-kus mula menyerang.. Mujur aku mengambil tindakan untuk tidur. dengan perasaan geram akan seseorang, aku tidur, cuba memekakkan telinga dengan persekitaran yang bising, walaupun ada seseorang tu sedang mengemas rumah dengan serius. Ditambah lagi dengan suara manja Si Ahmad, yang sedang main-main dan cubaannya mengacau aku tidur. Macam-macam dibuatnya. panjat katil, menepuk-nepuk badanku, memanggil-manggil dengan bahasa bayinya. Namun, aku berjaya juga tidur. Walaupun dikacau berkali-kali, aku tetap sambung tidur. Kononnya sebab tak ingin nak tengok muka seseorang tu. Hampir dua jam tido di hari minggu n

Melengkapkan rumah baru... RUMAH PERTAMAKU

Image
            Seronok rasanya bila balik saja dari sekolah tadi, tengok ada dua kotak bungkusan besar..Picture frame yang dipesan dua minggu lalu dah sampai. Beberapa kali aku membelek frame ni, tanya pendapat suami, salah satu design yang dibeli ialah yang kat atas tu, dia cuma jawap 'cantik'. Orang lelaki....             Barang ni adalah antara beberapa barangan hiasan untuk rumah baru kami nanti..Memandangkan belum lagi dapat masuk rumah baru, kotak ini kenalah simpan kat tepi dulu. Tapi melihat kotak-kotak barangan hiasan yang berada di tepi rumah ini dah cukup menggembirakan. Nak tido kena tatap kotak-kotak barang tu dulu. Terima kasih Damia... www.damishqicollection.blogspot.com          

Ilmu yang tidak diamal bagai pohon tidak berbuah.

Ungkapan ni baru je aku ajar kepada murid-muridku dua minggu yang lepas. Memang biasa, kita mudah menyebutkan sesuatu. Mudah juga menghuraikan maksud dan menggalakkan orang lain mengamalkan ungkapan itu. Tapi realitinya, aku sendiri banyak yang tidak mengamalkan apa yang dipelajari.. Contoh paling senang ialah memasak makanan yang berkali-kali aku belajar daripada Kak Long. Belajar dah berkali-kali, memasaknya cuma sekali dua. Alasanku kerana tidak mahir. Jadi, penyelesaiannya kami selalu makan di luar atau memasak di rumah makanan yang mudah sahaja iaitu teknik goreng. adakah itu penyelesaiannya.           Mungkin memang lumrah kehidupan manusia. setelah menjadi guru, barulah aku tahu karenah anak-anak murid yang pelbagai ragam. Dalam setiap kelas, akan ada murid yang tidak memberi perhatian kepada apa yang diajar. Akhirnya, dalam peperiksaan hasilnya memang tidak baik dan mengecewakan. Murid-murid kadang-kadang seumpama masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. dalam fikiran mereka