Posts

Showing posts from August, 2011

Panas badan

Image
Naim arini tetiba panas badan.mlm ni dia byk merengek, xnk main sdiri sgt...mujur skrg dia dh tdo..lega mama... arap2 Naim xla demam...ape2 pun nk tgk esk pg mcm mna keadaannya..ikut kata org tua, kalau bdk demam blh lg tdo, keadaannya ok lg..kalau xbaik lg esk, mmg nk dibawa ke klinik je...nak balik kg dh ni.. nak raya lak tu...Naim cepat baik ye...jgn sakit2 selalu..                                                    rindu kenakalan dan aktifnya Naim

Hari dapat berbuka puasa kat luar dgn tenang

Image
Wooo...arini blh katakan happy la...sebabnya dapat berbuka puasa di luar dengan tenang..Naim dh berdikari atau mungkin dia dh pandai menyesuaikan diri, jd xkacau sgt  masa mama dia makan...kalau sebelum2 ni, mkn kat luar ni ckp aku xgemar, bukan ape....sebabnya rasa nk mkn pun xsenang, makan x mcm mkan sgt sb asyik mengejar naiim atau dia akan kacau2 pinggan makanan mamanya, kadang2 smpai berterabur semua makanan tu...ni citernya, kami td berbuka puasa di restoran yang berdekatan Masjid Besi dan Tasik Putrajaya...mkn td sama2 dengan kawan2 sekerja Papa Naim dan famili diaorang. Tapi Naim ni macam biasalah, keaktifannya bukan blh ditahan2....sesampai je kat kawasan restoran tu, dia dh tinjau kolam dan Tasik Putrajaya.. jln2 dgn seronok sampai xtgk mama dia pun..mujur ada Uncle Joy yg tolong kejarkan dia..                                            papa, naim dan uncle Joy posing masa baru sampai pemandangan petang di tempat ni mmg menarik...  makan mmg sedap dan harganya berpatuta

jadi hakim jemputan

Image
Hari ni  aku disuruh jadi hakim utk pertandingan Takbir Raya....huhu..percaya x? ada bakat jadi hakim ni...peserta-pesertanya budak2 form 1...secara tiba2 aku jd popular arini...fuyo..jln je di kwsn sekolah, bdk2 sibuk2 menanyakan siapa yang jd pemenang... tak sangka budak2 ni ada yang berbakat besar...berdiri bulu roma jg dgr diaorang bertakbir tadi... terasa xsabar nak beraya lak....yang takbir cepat mcm xtahan nk pergi tandas pun ada..mcm2 ragam bdk2 ni...yang penting penyertaan diorang, kn? bukan senang nak tarik perhatian bdk2 utk pertandingan bercorak keagamaan... sempat posing masa tengah menghakimkan takbir raya....

Peminat no 1 blog aku

Image
dua hari cuti hujung minggu ni, byk masa dihabiskan dengan anak bujang kesayangan mama tu...hehe, boleh kira bujang jugak kn walaupun usia Naim arini genap 17bulan...huhu...  maklumlah, sebab papanya demam teruk, xlarat nk bgn pun, jadi naim main, mandi, makan dan semua2 dengan mamanya lah....sian papa, cepat2 baik ye....dh nak raya ni...nanti xsyok beraya... tau jelah mama naim yang semakin asyik menulis blog ni, (entah berapa ramai yang baca pun)...sambil2 main dengan naim, tetap amik masa baca, edit dan tengok blog sdiri...tau ape reaksi naim bila tgk blog ni? seronok dia tengok gmbar di header tu....tau dia tegur ape bila tengok gambar tu?                              baby, baby.... tulah jawapan naim haha, dia xtau agaknya yang dalam gambar tu dirinya sendiri...bila ditanya gambar di tepi baby tu siapa, tau pulak dia jawab mama... hehe, dia cam gambar mamanya tetapi gambar dia dia xcam, lucu tul....so, dlm masa dua hari ni entah dah berapa kali dia mitak nak tengok gambar di hea

check list raya

Image
banyak perkara kena buat dari sekarang untuk menyambut hari raya ni...tgk ye, mana2 yg tersenarai ni, kot2 korang belum buat lg ataupun bg ingatan supaya tak terlupa nanti. 1. tukar duit raya n masuk duit dlm sampul 2. servis kereta sebab nk jln jauh blk kg... 3. check biskut raya yang dibeli ada lg atau tidak (takut ada yang dh makan sebelum raya) 4. bju raya anak yang mahal2 beli tu ada bw balik ke x (baju mama yang penuh manik kalau tertinggal xpe) 5. isi angin tayar 6. kalau kat kampung xda Unifi, bw broadband balik sama 7. tutup semua suis elektrik dan paip air sebelum keluar 8. korang sendiri balik... huhu...xda makna checklist byk kalau korang xbalik kg....pulanglah, ibu ayah menanti di hari lebaran ni....

Tolong singgah sahur...

Image
tengah tengok program Singgah Sahur di TV3 ni....ada x sesiapa yang nak singgah sahur kat umh kami pg nati? menjelang 10 terakhir ramadhan ni dah makin malas aku nk bgn menyediakan makanan... kalau masih bujang, mmg xbgn dh ni...hehe...tolong la singgah, ala, bawa je ape2 untuk kami makan nati..kami ni makan yang simple2 pun xpe.... boleh le.....hehe

Cara senang nak dapat pahala

Image
korang biasa check balance akaun bank kn? selalu check bil hp? sokmo sgt check balance kredit hp jg kn? yg blogger tegar lak selalu check follower n status blog diorang...kn? kn? kn? tapi ada yg kita jrg nak check ataupun mungkin xtau pun berapa banyak.... ape lagi ....PAHALA kita lah... aha, sebab kita xtahu la kita lagi kena usaha utk tambahkan pahala kita.. woooi, byk sgt cara nak tambah pahala..ada cara mudah, ada cara sedikit payah sebab memerlukan pengorbanan wang atau tenaga mahupun masa... tapi yang aku nak highlight arini ialah cara senang nak dapat pahala.... bukan nak mtk korang dermakan berjuta2 ringgit kat rumah kebajikan, bukan juga bersolat sepanjang malam atau pun bekerja tanpa makan sedikit pun duit tapi semua sedekahkan pada anak yatim.... tu mmg patut, mmg digalakkan malah sangat2 dituntut tapi bukan semua orang mampu buat, sebab macam2 sebab dan kekangan... cara senang ialah memberikan senyuman yang ikhlas dari hati ... susah sangat ke nak senyum? kena senyum cuma

blur......susah ati

Image
ape ye nk ditulis? dua arini mmg otak rasa beku....bukan mtk idea mencurah2, tapi rasa macam tak terkeluar langsung idea yang menarik.. agaknya ni sebab asyik tensen je di sekolah minggu ni... ai, mcm2 la masalah dalaman sekolah ni....dgn beberapa pihak.. tapi anggap je la ni dugaan, dh lama senang ati, ni Allah nk uji la agaknya (hehe, pujuk diri sendiri) yelah, kenalah pujuk diri sdiri...sape lg yg nk dgr masalah yg xmenarik tentang sekolah ni...papa naim pun bukan nak layan sgt..so, daripada aku jd minah senget nanti, better aku pujuk diri sendiri dlu..aku kena bertenang, jgn stress, jgn marah, jgn susah ati, nati cepat tua, nati dh xcomel lg.... klau cakap psal awet muda ni, ni idola aku...bagi aku dia ni mmg nampak awet muda walaupun dia dh berusia 39thn....kenal x sape ni?

kenapa Kuasa, kenapa Nama, kenapa?

Image
semalam aku rasa dibuli...sgt2 menggugat keimanan, nak marah pun ada.. kenapa ye...kenapa bila di atas, ramai yang mudah lupa....senyuman di bibir mcm terlalu mahal, tu ok lg....yg dasyatnya bila dh naik sikit dh mula nk tunjuk berkuasa, mula nak jaga n tingkatkan nama, konon btanggungjawab ler tu... xke dia ingat yang setiap anugerah atau pangkat yg dapat tu disertai dengan tanggungjawab yg berat..byk lg kaedah berdiplomasi yg blh dibuat....ko buat org sedih n tertekan, ko nati jawab la dgn Allah di akhirat nati..... manusia jgn mudah lupa....

kelebihan membaca Surah Yassin

Image
Di bulan Ramadhan yang mulia ni, mari kita sama2 renungkan kebaikan membaca surah Yassin...kalau berkesempatan, seelok2 nya dapat khatam quran dalam sebulan ni... Ayat 1 - 9 : Untuk keselamatan diri Ayat 9 : Orang jahat tak nampak kita especially orang kafir. Dr kata janganlah digunakan utk elak Kastam. Tu dah niat lain. Ayat 12 : Merupakan Jantung Yaasiin - Rasulullah s.a.w. berharap ayat ini di hafal oleh setiap mukmin dan mukminat. Ayat 13 - 35 : Mengisahkan orang-orang yang mati syahid. Ayat 22 - 23 : Untuk menjaga aqidah Memberi hidayah kepada anak. Ayat 29 - Sebagai amalan untuk mengelakkan diri dari di fitnah dan kejahatan mulut & juga utk digunakan jika kita rasa orang nak fitnah or aniaya kita. Lebih elok selepas baca di semburkan ke muka orang tsbt. Ayat 30 : Untuk keinsafan - Supaya dapat dipertemukan dengan Allah s.w.t. (harus sentiasa berada dihati - beramal dengannya). Ayat 32 : Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik. Caranya: Ingat yang seg

enjit-enjit semut vs If U Happy

Image
Besar btl pengaruh citer hantu kak limah ni...sampaikan bila Naim main dgn Uncle Joy dia, unclenya ada menyanyikan lagu enjit2 semut.. huhu..naim bukan tahu pun betapa kelakarnya citer hantu kak limah tu, tapi dia gelak besar time unclenya main dgn dia....masa main dgn mama, mama pasangkan lagu If You Happy dari U-tube pun dia gelak jg, lagi2 time tepuk tangan, hentak kaki n cakap hooray tu... seronok sgt kot main sepanjang arini, mudah je naim tido tadi..dapat je susu sebotol, terus lena dia...maka bolehla mama bt aktiviti yg dihajati dengan tenang.. pic naim dgn Uncle Joy... dia lah yg jd penyelamat kalau kami makan kat luar...selalu tolong main dgn naim, bg mama dan papa mkn dgn tenang...

ape cita2 korang yang tercapai n xtercapai?

Image
Masa kecik2 dlu kalau cikgu tanya ape cita2, korang jawab ape? Ala, masa sekolah rendah dlu kn teacher selalu suruh tls essay tajuk My Ambition... Cikgu BM pun mesti ada tanya sama jg kn? Hehe...Bila dikenang balik, rupanya aku dh mencapai cita2 sekolah rendah aku... Bila Cikgu Bm tnya ape cita2 awk? Aku jawab, Cikgu.....pada hal masa tu cakap xpikir ape pun, just ckp sebab rasa cikgu ni hebat....lagipun mudah je jwb cikgu, xpayah pikir panjang2...xmacam budak2 sekarang, canggih tul cita2...bila ditanya cita2, murid2ku jawab... hair stylist, jurnalist, scientist n mcm2 list lah. tapi, bila dah matang sikit, hehe, matang la sangat tu....aku ada bercita2 nak jd Dj radio... huhu, waktu tu rasa kalau dapat jadi DJ radio hebat sgt, aku pikir mesti best sebab aku kerja sorang2, cakap je apa2, tapi ramai yang dengar suara merdu aku...huhu...sekali lg xmatang...ingat semua orang ada bakat mengomel mcm Faizal Ismail n Fafau? ingat dlm studio tu dj je yg ada? lagi? aku ada juga menyimpan cita2

27 bulan berlalu

Image
Sedar tak sedar dah 2 thn lebih kami berkahwin....19 bulan  dilalui dengan PJJ (perkahwinan jarak jauh).. Alhamdulillah 8 bulan ni kami dh dpt tgl sama2 dan sama2 berkongsi peranan dan  pengalaman suka duka dlm membesarkan Naim.. Jika diimbas kembali masa mula2 berkahwin, aku mmg byk dh berubah, malah rasanya dh makin mengetahui cara menguruskan rumah tangga.. antara perubahan yang paling ketara ialah mengurus dan menjaga anak...daripada xtahu apa-apa, berjaya juga la sehingga Naim kini dah berusia 16 bulan. Buktinya, Naim mmg pyh nak berenggang dengan aku..Selain daripada tu, yang ketara juga dari segi kemahiran memasak... masa mula2 kawin dlu, aku masak sayur pun terkial2... nak dijadikan cerita, dlm tempoh 2 bulan pertama kahwin, aku pernah diketawakan oleh TONY LEONG (kawan papa Naim) kerana aku tak tahu masak pak choy..gini  citernya... kes ni jadi masa papa Naim keluar berjumpa Leong...aku mana la tahu masa aku call tu diorang tengah bersembang... Aku: Abang, pak choy ni nk msk

Resepi Kerabu Suhun

Image
Berakhir juga ari Khamis yang memenatkan... budak2 sekolah ni memang energetic la, xtau penat langsung agaknya... sama ada main, bercakap dan buat kerja sekolah, diaorang boleh bt tu dengan penuh tenaga... bukan budak Cina, India je, budak Melayu pun sama!!! ingatkan bulan puasa ni slow lah skit, emm x adanya slow... sama je lagak diorang ni, seronok sgt jumpa kwn2.. lagi-lagi kalau masuk kelas2 yang hujung....semua muridnya asyik bercakap je.. cikgu bagi kerja pun diaorang boleh bt kerja dgn mulut x henti bercakap!! so, balik rumah, cuba lah menenangkan fikiran... bersempena dengan bulan ramadan ni, balik je trus masak... tapi mujur arini ada orang tlg masakkan sebahagian makanan... bolehlah rehat dulu bila balik... tapi tetap menyumbang tau......jeng jeng... tadi yang aku sediakan ialah KERABU SUHUN resepi: 1. suhun ( lupa berapa byk, sebab amik je) 2. sotong ( 1 je, saiz besar) 3. buah tomato ( 1 biji) 4. bawang besar ( separuh biji) 5. bawang putih ( 2 biji) 6. daun bawang (s

Semoga jumpa lagi..

Image
Hari ini aku nak citer pasal dua kawan baik di sekolah yang akan meninggalkan sekolah esok... ni kwn2 GSTT ( istilah mudahnya guru sandaran), kak d dan hafizah.. diaorg ni sepatutnya kontrak 1 tahun mgajar di sekolah kami, tapi baru2 ni dapat surat minta ditamatkan perkhidmatan di sini... kesian pun ada, sedih ada juga... yelah, korang pikir la, kena ditamatkan kerja dlm masa yg agak mengejutkan. lagipun skrg bln puasa, xlama lagi dah nk raya... mesti banyak duit nak digunakan dlm ms2 terdekat ini... nak mendapatkan kerja lain dalam masa terdekat pun mcm agk sukar..kn? btl tak? yang lagi bt kami terasa marah, haru n geramnya, di masa guru2 GSTT ni nak menamatkan perkhidmatan diaorang, datang pulak 2orang guru ganti lain dengan jawatan Contract For Service....wlau ape pun waran atau jawatannya, bukan ke tetap guru ganti juga? kenapa la pihak atasan bt keje mcm ni...tukar sana sini tapi tetap benda yang sama juga... anak2 murid juga yang menjadi mangsa, asyik bertukar guru je.... semo

Batuk o batuk

Dah berapa hari dilanda batuk...macam2 dah buat tuk hilangkan batuk ni.. ubat batuk dah nak habis sebotol..ubat sakit tekak pun ada makan.. ada orang cakap, lumur bahagian luar leher dengan kapur makan ditambah air limau nipis, tu pun dah buat.... tapi tak juga hilang...yang lagi geram tu, masuk je waktu malam, batuk ni makin menjadi2, sampaikan rasa penat nak batuk.... tekak rasa gatal je, melepaskan batuk rasa macam seksa sangat... dalam masa beberapa minit boleh batuk berterusan hingga mengalirkan air mata.. nak tido dan baring rasa sengsara sgt, sb batuk tu mcm berlumba2 nk kluar... paling kronik, 2mlm yg lepas, batuk kuat sgt mcm rasa nak pecah dada...sampai terbangun terus dari baring atau tido.. keje lak yang jenis kena menggunakan suara...cikgu lah katakan... masa terasa nak batuk masa tengah menerangkan dalam kelas, tu yang paling mencabar.. terpaksalah berhenti dulu sekejab hingga lega baru sambung ajar.. Bukan mama je yang batuk, Naim pun dah terjangkit...sian tgk naim..

peniaga tak peka

Image
saja nak berkongsi pengalaman masa berbuka puasa petang tadi... kami pilih makan di sebuah restoran kawasan Cheras.. sampai ke restoran tu dalam pukul 6.30, taukenya ckap meja dlm dh fully booked... jd kami dpt meja tepi luar kdai dia... pilihan kedai ni sebab ikut kakak ipar...katanya kedai ni makanan bufet ala thai mmg sedap dan murah, RM 20 satu orang.. tgk kedainya penuh dari dalam sampai ke luar, kami bersyukurla sampai ke sana tak terlalu lewat, dapat juga meja walaupun dah kat luar... ni ha...yang nak diceritakan....entah salah tauke atau salah pekerjanya yang mungkin xprihatin....xprihatin pasang radio best 104...dah radio johor, ape lg, azannya pun awl la... kalau xsilap td azan kedengaran di kdai tadi tu dalam kul 7.19 lagi... ada antara pelanggan yang tengah ramai ni, terus baca doa n makan... makanan bufet la katakan...blh amk banyak2.... kami anak beranak xla makan, sb dh perasan masa xsampai lagi, area KL ni azan maghrib patutnya 7.29pm...jd kami tunggu la ms btl2 msk wa

2 hari 3 malam

Image
bestnya jumaat hingga ahad....know why? sebabnya kitaorg balik ke kelantan.... naim pun bukan main happy lagi... mungkin sebab di kampung, tahu je kitaorg balik, kak ngan dan kak long dtg bw anak-anak dtg tgk naim...naim seronok la ramai orang nak main dgn dia... *naim posing sambil main dengan abg-abg sepupu gambar ats tu cantik kn? 3 sepupu posing manja.. sebenarnya bukan mudah nak dapat foto tu...tak percaya? tgk pic lain yang kat bawah.... *berapa kali abg Kamil dan Soleh menangkap naim *abg Kamil bekerja keras mengambil naim 3 malam 2 hari balik memang la xcukup utk menikmati banyak benda menarik di kg... Tapi paling tak, hasrat makan nasi sup di pasir mas tercapai...yam yam....sedap benar.... nasi sup daging bakar ni kami makan utk breakfast di pagi sabtu lalu...papa naim puas hati tul...setiap kali balik pasir mas, selalu dia minta nk makan nasi sup ni... lain, byk la lgi....makanan paling special bg aku mestilah makanan yg dimasak dengan air tgn bonda kesayangan aku..