Posts

Showing posts from May, 2016

Jauh lagi perjalanan kami - 7 years and still counting

Image
Tujuh tahun satu tempoh yang agak lama juga kan? Kalau budak dah boleh masuk sekolah. Kalau kereta dah mula buruk kalau tahun dipakai. Kalau rumah tujuh tahun beli pasti harganya dah naik banyak. Kalau perkahwinan pula ramai yang mengatakan fasa tujuh tahun ni pasangan akan mula rasa keserasian dan mula mencari arah seterusnya, kalau nak berbisnes ke apa masa ni dah mula aktif sebab dah pasti ada anak seorang dua yang sedang membesar (kalau dimurahkan rezeki pasangan tu). Betul tak korang? Kalau nak menempuh akan rasa lama sangat. Contohnya masa buat pinjaman kereta tujuh tahun, setiap tahun pasti menghitung baki hutang. Tapi bila dah lepas akan rasa masa berlalu taklah terlalu lama rupanya. Entry tujuh kali ni sebenarnya nak tujukan khas tentang ulang tahun perkahwinan kami yang ketujuh. Pejam celik sambil bergaduh, bermanja, bermasam muka, bersusah senang bersama, nampaknya Allah masih merahmati kami. Masih panjang lagi perjalanan kami ni. Jangka masa panjang bakal menguji kita, Pa

Teringin nak makan makanan korea

Image
Minah penggemar makanan Korea dah selamat berlegar di Melbourne, kami pulak pergi makan makanan Korea. Selama ni kalau anak buah saya yang sorang ni post dia asyik pergi makan makanan korea tak pulak saya teringin nak makan. Entah angin apa yang datang, meh la layankan saja mood tu. Rasanya setakat ni baru dua kali ni saya makan makanan korea pun. Jenis tekak Melayu ni, makan makanan lain tak puas rasanya. Kali pertama tu kami makan di kawasan SS 15, masa tengah plan nak bercuti ke Korea. Dah lama tu, rasanya tahun 2012 lagi. Yang kelakarnya masa kami ke Korea pada tahun 2013 tu, banyak makan makanan yang kami bawa sendiri dari Malaysia je. Masa makan kat kedai pun, kami cari kedai yang jual nasi beriyani. Haha. Jadi, nak puaskan hati makanla japchae. Suami ambil ramen apa entah. Manakala untuk anakanda berdua ni berkongsi makan mee kacang hitam @ jajangmyeon. Nak order banyak bimbang tekak takleh terima. Dalam cerita korea tengok diorang makan macam sedap je kan, kalau makan sendiri

Payung berhias penyeri majlis

Image
Assalamualaikum semua.. Seronok betul rasanya hari ini. Persekolahan satu sesi dan ada sambutan hari guru. Kelainan sepanjang 9 tahun perkhidmatan saya, kali ni guru-guru dibawa naik ke pentas dengan diiringi oleh para pengawas yang berpakaian kreatif dan dipayungkan dengan payung yang berhias. Kreatif betul budak-budak ni, kan? Pelbagai usaha diorang buat untuk menjadikan payung diorang unik dan lawa. Apa kata tengok antara gambar yang sempat saya tangkap. Kemain disolekkan payung ni. Cantik, kan? Yang ni saya rasa banyak juga usaha dicurahkan. Yang ni pulak payung dan tuan bawa payung sekali comel. Berbaju ala ala nurse lagi. Yang ni.. haha Dalam banyak payung tadi, bagi saya payung ni paling.hebat. siap ada lampu LED lagi pada gelung putih yang berjuraian tu.. topi yang dipakai oleh Jonathan ni pun ada papan elektronik kecil yang memaparkan SELAMAT HARI GURU. Katanya diusahakan sendiri selama dua minggu. Hebat, kan? Salah seorang murid saya. Ramai yang men

Bukan kita je beb..

Image
Dua hari ni saya rasa letih, stress dan tak cukup rehat bila keluar sejak awal pagi demi tugas. Nak mengelakkan jam dan nak sampai di tempatnya sebelum masa yang dikehendaki. Mengantuk tak habis lagi dah ada kat sini. Apa taknya, 6.40 pagi yang biasanya saya belum pun mandi, ini dua hari ni dah siap sedia, tayar bergolek masa dua Ahmad sedang lena diulik intan lagi. Alhamdulillah hari ni, keadaan trafik tidak sesesak semalam. Tak sempat nak stress sangat, dah pun sampai ke tempat yang dituju. Bila awal sangat sampainya bosan pulak jadinya ni. Mulalah mata melilau sana sini. Maka tengok apa yang patut. Tapi bila tengok ada insan-insan lain yang dah memulakan kerja seawal 7.30 pagi ni, insaf jadinya. Rasa kita kerja penat, tapi sekali sekala je. Orang lain setiap hari kerjanya penat dan bermula dari masa yang orang lain masih lagi berehat. Syukur apa adanya.. Moga lebih keberkatan buat kita semua.

Hadiah Naim tahun ni

Image
Suka juga saya bila 3 tahun Naim bersekolah ni, mama akan dapat hadiah menjelang hari ibu. Kreatif cikgu-cikgunya. Tiap-tiap tahun ajar murid-murid buat kraf tangan yang berbeza untuk sambutan hari-hari khas. Sambung menulis.. pelik bin ajaib pulak sebenarnya..sampaikan saya menggaru kepala ni. Kesnya tengok ada 3 comments baru di entry ni. Sedangkan saya taip tak habis dan simpan sebagai draf aje pagi tadi. Sibuk jadi urus setia untuk program boling MSSD pagi tadi sebenarnya. Ada masa lapang kejap, teringat nak tulis pasal hadiah Naim. Tapi belum habis satu perenggan ada hal, jadi saya simpan aje.. abis cemana korang bertiga boleh drop komen tu? Dari mana dapat baca tu? Aik.. takkan tulis tiga ayat pun korang dah dapat baca dan faham? Haha.. kemain hebat ye kawan-kawan kita ni. Cik Sam yang menjeling dari Aussie, Puan Kutu yang berdebar menunggu hari dan Atie Yusuf yang dah lama senyap (macam saya juga gamaknya, mood hilang)... wah hebat betulla korang. Ke hp saya yang berma

Dugaan buat kita datang dalam pelbagai cara

Image
Semalam hujan dan ribut melanda kawasan sekolah saya. Siapa sangka ribut tu rupanya kuat betul, sampaikan 9 batang pokok dalam sekolah kami dah tumbang. Kerosakannya dah pastilah banyak. Akar pokok ni tercabut sampai hempap tembok. Mujur tiada murid semasa kejadian. Bumbung runtuh. Tempat ni jadi tempat murid-murid berkumpul sebelum masuk ke kelas.  Dataran dan bumbung ni hasil kerja gigih guru dan murid kumpul dana dua tahun lalu. Nampaknya kerja keras kami musnah sekelip mata. Ini pulak kat tepi kantin. Ngeri bayangkan jika kejadian berlaku semasa ada murid dan guru.  Itulah dugaan kan. Allah uji umatnya dalam pelbagai bentuk. Masa suhu panas, kita hujan datang menyejukkan suasana. Bila hujan disertai ribut, padahnya kita tak jangka sedemikian rupa.  Begitulah yang orang kata ingat 5 sebelum datang 5 perkara. Muda sebelum tua. Sihat sebelum sakit. Kaya sebelum miskin. Lapang sebelum sempit. Hidup sebelum mati. *Ketika diuji, ingatla kepada Allah, Tuhan yang Maha Tahu