Harga kekayaan dengan segelas air
Suatu hari, Khalifah Harun Al-Rasyid duduk bermenung dengan hati yang penuh kegelisahan. Hari itu, beliau telah mengundang ulama terkenal, Abu As-Sammak untuk meringankan bebaan yang bersarang di fikirannya.
"Nasihatilah aku," pinta khalifah ketika ulama itu duduk bersamanya. Pada masa yang sama, seorang pelayan membawa segelas air untuk khalifah. Sebelum minum, Abu As-Sammak berkata, " Tunggu sebentar, wahai khalifah."
Seketika Abu As-Sammak menyambung kata-katanya, " Seandainya dalam keadaan sangat dahaga, sedangkan segelas air itu tidak kau perolehi, berapakah harga yang sanggup kau bayar, wahai khalifah?"
"Setengah daripada kekayaanku," jawab khalifah ringkas.
Lalu Abu As-Sammak mempersilakan khalifah minum. Selesai minum, Abu As-Sammak bertanya lagi, " Seandainya air tadi terpaksa untuk dikeluarka , tetapi engkau tidak mampu mengeluarkannya, berapakah yang engkau bayar agar ia keluar?"
"Setengah daripada kekayaanku," jawab khalifah.
"Kalau demikian, sedarilah bahawa seluruh kekayaan dan kekuasaan yang ada di sisimu, nilainya hanya segelas air. Tidak wajar direbut dan dipertahankan tanpa hak. Ketahuilah, betapa banyak nikmat Allah s.w.t selain segelas air itu yabg telah engkau nikmati sehingga tidak wajar engkau tidak mensyukurinya," nasihat Abu As-Sammak kepada khalifah.
Petikan: majalah Al -Islam edisi Februari
P/s: Buat renungan bersama...
sangat menginsafkan:)
ReplyDeleteHa ah ye jugakan..nikmat mana nak kamu nafikan..ar Rahman
ReplyDeletebetapa besar nikmat Allah beri,nikmat kesihatan,
ReplyDeletenikmat kasih sayang..Alhamdulillah, nice sharing
thanks share :)
ReplyDeleteTerima kasih AN kongsi disini
ReplyDeleteInsafi diri , la ya ke , tak tahu pulak , nnt saya check blk , tq gtau ;)
ReplyDeleteSesungguhnya AN.....
ReplyDeleteNikmat dapat melandingkan diri didalam bilik di saat ini....ohhhh nikmatnya...
Terima kasih atas prkongsian ..
ReplyDeleteseluruh harta kekayaan nilainya cuma segelas air.. Insaf rasa.. tq share cerita ni kak..mengingatkan diri yg terleka..
ReplyDeletenikmat yg manakah yg hendak didustakan...perkongsian yg sgt baik
ReplyDeletethanks sharing
ReplyDeletetq for sharing akak..
ReplyDeleteTerima kasih berkongsi cerita. Betul tu, AN. Banyak nikmat Tuhan yang kita dah perolehi dan kadangkala lupa untuk mensyukuri. Bila ditarik balik salah satu daripadanya, barulah kita tersedar dan insaf.
ReplyDeletecerita penuh iktibar..tiada guna harta benda atau kekayaan klu tak tahu bersyukur..:)
ReplyDelete