Posts

Showing posts from May, 2019

Hadiah hari guru yang 'rare'

Image
Assalamualaikum semua.. Dah lama pun sambutan hari guru berlalu,  baru saya ada kelapangan nak menulis pasal ni.  Mungkin dapat jadi motivasi untuk sesiapa yang tak tahu nak sediakan apa benda untuk hadiah hari guru bagi cikgu-cikgu anak korang bagi tahun-tahun berikutnya. Sebenarnya saya menulis ni sebab bagi saya hadiah tahun ni 'rare'.  Dalam 12 tahun ni, kali ni saya kagum sangat dengan kreativiti dan pemikiran logikal anakanda-anakanda saya ni.  Hadiah diorang berikan terkandung sekali apa yang cikgu dah ajar diorang..  Bukan biashe biashe orang cakap ni..  Jom saya tunjukkan.  Satu kelas ni bagi saya kad ucapan buatan sendiri dengan masing-masing luahkan satu ucapan. Hasil usaha sendiri tu yang buat cikgu terharu sangat.  Ha...  Yang nilah saya maksudkan diorang apply apa yang saya ajar.  Kelas ni muridnya belajar subjek Asas Sains Komputer,  dan antara tajuk yang diorang pelajari ialah kiptografi(penyulitan data).  Jadi ramai yang tulis ucapan hari guru dengan

Jom kita ke Seoul!!

Image
Hai korang.. dah 12 Ramadhan ya hari ni, , cepat pulak rasanya masa berlalu. Dengan menempuh musim peperiksaan sekarang ni, saya rasa bulan Ramadhan kali ni sibuk sangat. Betapa masa mencemburui kita, kan? Allah dah kata bulan Ramadhan ni penuh berkah, kita pulak disibukkan dengan hal keduniaan yang buat kita leka. Tapi itulah, bila sibuk melanda, mulalah merasa nak bercuti aje. Hihi, ada hati nak bercuti pulak ya? Apa taknya, rasanya kalau dapat bercuti di bulan puasa ni lagi seronok, kan? Lagi-lagi kalau dapat bercuti guna buku merah, pasti lebih seronok kan. Sibuk sangat 2019 ni, kami satu family tak ada bercuti ke mana-mana pun lagi. Suami sibuk, isteri pun sibuk walaupun pada musim cuti sekolah. Kan dah cakap, cikgu zaman sekarang taklah semestinya free pada musim cuti sekolah.  Moga adalah masanya nanti kelapangan untuk bawa anak-anak bercuti. InsyaAllah, doakan banyak-banyak. Lagi seronok kalau dapat pergi bercuti dengan family besar, macam yang kami buat masa tahun 20

Salam Ramadhan

Image
Assalamualaikum semua. Alhamdulillah berjumpa lagi kita dengan Ramadhan,  bulan penuh kemuliaan ni.  Bermula malam ni nampaknya saya memang jadi 'bff' dengan si kecik ni.  Tadi semasa papa dan abang-abangnya nak ke surau dia beriya nak mengikut.  Buat beberapa helah barulah diorang lepas keluar. Si kecil yang dah makin banyak akal ni memang pantang sesiapa keluar.  Sekarang ni dialah orang paling sibuk nak ikut kalau ada sesiapa keluar dari pintu depan.  Bercakap pasal Ramadhan ni,  seronok sangat rasanya nak mula puasa.  Alhamdulillah perancangan dan ketentuan Allah lebih baik.  Rasa selamat bila berpuasa dengan ada suami di rumah.  Sepatutnya papa diorang ni kena outstation ke Boston tapi ada isu visa menyebabkan tak dapat ke sana.  Ada hikmahNya tu.  Mulanya saya memang dah susah hati memikirkan bakal tempuhi bulan Ramadan dengan anak-anak.  Kalau bulan biasa, lain kisahnya.  Kan?  Anak-anak berdua tu paling gembira sebab dapat ke surau dengan papa.  Dapat solat sambi