Posts

Showing posts from 2023

Masa

Image
Sekejap je masa berlalu, dah menghampiri 2024 dah ya. Memang masa ni terasa cepat, tak sangka dah tua jadinya. Anak- anak pun dah pandai uruskan diri sendiri. Alhamdulillah, tak ingat dah pengalaman berjaga malam atau mengantuk letih lemah kerana kerja yang banyak ditambah dengan tak cukup rehat kerana urusan kerja di rumah juga. Apa korang buat tu ? Cuti kali ni ke mana? Semalam jalan ke KL agak lenggang. Agaknya ramai yang keluar dari Lembah Klang .Abang balik sekali sekala memang kami cuba usahakan buat aktiviti keluarga yang abang suka. Maklumlah bila anak tak cukup, terasa ralat bila ke restoren yang anak tak ada tu suka. Rasa tak seronok juga nak pergi ke tempat yqng biasa kami pergi bersama-sama. Jadi, untuk cuti kali ni kami ke Gamuda Cove Splashmania. Adik-adik memang menunggu waktu abang balik kerana memang tahu boleh buat pelbagai aktiviti kalau abang balik. Ikutkan ni baru kali kedua kami ke taman tema air sejak abang dah bersekolah asrama. Kalau tahun lalu hampir jadi acar

Tips mendekatkan diri dengan anak 11 tahun

Image
 Assalamualaikum. Kembali saya menulis di sini, sekadar berkongsi pengalaman membesarkan anak. Lain anak lain karenahnya. Namun, rata-rata kawan atau ibu mengatakan anak kedua selalunya memang lain sikit berbanding adik beradik yang lain.  Kalau ikutkan anak tengah di rumah kami ni sememangnya suka menangis semasa masih bayi. Namun si tengah ni juga dari dulu sampai sekarang tak banyak meluahkan apa yang dia rasa atau apa yang dia nak. Jika dibandingkan dengan adik atau abang yang memang akan meratip meminta apa yang diorang kehendaki sehingga dapat barang seperti kehendaknya tu, anak tengah ni banyak buat muka tetapi tak berutahu apa kehendak dia. Ada masanya kita kena memerah otak memikir apalah dia nak.  Pada mulanya hal ni taklah mengganggu pemikiran saya pun. Jika diimbas semula, rasanya tahun lepas pun kelakuan si anak tengah ni memang macam ni. Cuma saya tak ambil berat sangat dengan kesibukan yang ada. Namun tahun ni, bila dah kurang anak dalam jagaan depan mata, perhatian tert

100 hari tanpamu

Image
 Harini genap 100 hari saya bergelar anak yatim piatu.. walaupun dah tua macam ni baru kehilangan kedua-dua ibu bapa, namun sedihnya hanya orang yang pernah merasainya sahaja akan faham. Seingat saya, 40 hari pertama terasa sangat sedih dan sunyi. Terasa tiada tempat bersandar, malah ada juga sering kali sampai menitiskan air mata sambil membacakan surah-surah nak niatkan kepada kedua ibu bapa kat sana. Semasa arwah ayah meninggal lebih kurang 4 tahun yang lalu, sekurang-kurangnya masih ada mak. Tapi kali ni bila kedua-dua dah tak ada, tersangat dalam kesannya. Kalau anda membaca entry ni, minta tolong sedekahkan Al Fatihah kepada kedua-dua ibu bapa saya ya. Terima kasih banyak-banyak. Selama ni juga dah banyak kali saya melihat anak murid yang berubah tingkah laku setelah kehilangan ibu atau bapa. Anak seusia remaja ni sepastinya sangat bergantung kepada ibu bapa. Jadi jika kehilangan tempat bergantung di usia sebegitu pastinya sangat terkesan. Ibu bapa kita kan? Insan yang menyayangi

Aktiviti kelas relief

Image
Kalau masuk kelas relief di hujung semester ni memang kena kreatif sikit. Kalau tak murid memang suka sembang sesama sendiri macam kelas tak wujud cikgu. Bagi kertas suruh diorang lukis doddle macam ni, ada kalanya dapat mengisi masa dengan kekaguman, melihat pandainya anak-anak menengah rendah ni melukis.  Tapi, ada juga yang sekali sekala jenis kita suruh lain tapi dia buat lain, macam gambar di atas ni dia lukis gambar cikgunya pulak..tapi sebab dia lukis runcing dagu cikgu, cikgu pun masukkanlah ke entry ni sebagai kenang-kenangan. Terima kasih Haritz

Aktiviti kelas hujung semester

Image
 Assalamualaikum semua. Memandangkan Ujian Akhir Sesi Akademik ( UASA) telah tamat, kebanyakan masa saya masuk ke kelas memang saya buat aktiviti pembentangan. Jadi, entry kali ni saya nak kongsikan dapatan semasa aktiviti pembentangan yang pernah murid-murid saya buat.  Sebenarnya pelbagai aktiviti boleh dilakukan oleh guru-guru yang kreatif. Setakat ni saya rasa aktiviti menjana pendapat murid dan melatih keberanian bercakap di khalayak ramai ni sangat menarik dan memberikan peluang untuk saya lebih mengenali anak murid. Bila saya mengutarakan isu-isu seperti di rajah di atas tu, pelbagai hasil dapatan yang saya dapat. Walau soalan semudah tempat yang paling ingin dilawati, pelbagai respon saya dapat. Murid nakal memberikan jawapan yang ada kalanya lucu, ada kalanya merepek seperti rumah Acap, iaitu nama kawan dia yang paling disukai, sehinggakan satu kelas gelak besar. Namun kegembiraan yang diberikan tu membuatkan ada rasa terbit dalam hati saya ni, “mudahnya anak-anak ni terhibur”

Jual kereta di platform Carsome

Image
 Assalamualaikum.. kembali bersiaran harini dengan niat nak berkongsi pengalaman pertama kali kami menjual kereta di Carsome.. sebelum ni banyak kali saya ternampak iklan Carsome ni, tapi bila tak ada kepentingan masa tu, jadi tak adalah ambil tahu pasal servis Carsome ni. Bila dah sampai masanya terasa nak mendapatkan kereta yang lebih selesa untuk keluarga, maka kenalah mengambil tindakan nak menjual kereta sedia ada ni.  Kiranya ini merupakan kali kedua saya menjual kereta, jadi saya nak bandingkan semasa menjual kereta pada tahun 2015 dengan sekarang ni dari segi mudahnya bagi pandangan seorang pemandu perempuan yang malas nak menyusahkan diri sendiri.. atau erti kata lain, tak berapa nak rajin nak mengiklankan kereta di platform jual beli kereta terguna yang lain dan seterusnya kena uruskan hal-hal berkenaan. Lagipun saya juga risau kena tipu atau apa-apa risiko lain.  Mulanya saya tergerak hati nak ke website carsome 4 hari sebelum dan mengisi maklumat kenderaan yang ingin dijual