Pengakuan saya
Mulanya saya menulis entry semalam sebagai luahan seorang mama yang rasa bersalah dengan anak-anak. Langsung tak terfikir komen yang akan diterima bakal merubah penilaian saya. Ingatkan saya cuma meluahkan apa yang dirasa sahaja. Terasa saya tak sebaik ibu yang lain. Sekadar luahan biasa seorang ibu bekerja yang penat. Namun bila menerima komen daripada ibu aqif saya terus simpan semula entry tu sebagai draft. Ternampak macam saya ni tak bersyukur kat situ, pada pendapat sayalah. Lantas saya sepanjang hari ni berfikir macam-macam, sehinggalah terhasilnya entry yang sekarang anda baca ni.
Memang komen di entry lain, bukan entry saya semalam, tapi saya respons secara keseluruhan dengan rasa bertanggungjawab atas apa yang saya pernah tulis sebelum ini. |
Untuk makluman ibu aqif, profesyen perguruan ni suatu kerjaya yang sangat mencabar, sangat menuntut pengorbanan dan keikhlasan. Janganlah dengar pendapat orang yang dah lama bersara, kononnya kerja cikgu ada banyak masa untuk keluarga. Pandangan yang cikgu ni kerja yang paling sinonim dengan kaum wanita dah tak boleh dipakai.
Bila dah masuk ke dunia ni, para guru kena berikan komitmen penuh. Bagi yang banyak komplen, suka mengeluh, nak relax, saya rasa bidang ni sepatutnya bukan pilihan anda.
Namun, menjadi guru juga menjanjikan kepuasan hati. Produk kita ialah anak-anak yang masih mentah, yang mengharapkan pengetahuan dan didikan kita, yang mahukan perhatian yang mungkin ibu bapa mereka tidak cukup berikan semasa di rumah dan juga anak-anak yang masih sedikit dosanya. Semasa mendidik anak-anak murid, banyak kegembiraan yang para guru akan dapat, di samping pada masa yang sama kita turut belajar mematangkan diri sendiri semasa mendidik anak-anak murid.
Bagi saya yang masih baru dalam dunia pendidikan ni, (7 tahun) memanglah banyak merungut terutamanya bila terasa penat menguruskan rumah tangga di samping kerja yang yang sibuk ini. Anak-anak pun masih kecil yang tak berapa tahu nak menguruskan diri lagi, semua pun mengharapkan mama dan papanya. Maklumlah, manusia biasa. Dah kebetulan ada blog, sekali sekala saya meraban meroyan kat blog ni. haha.. namun, jika ditanyakan dengan ikhlas saya sebenarnya tak rasa saya salah buat pilihan kerjaya. Kerja ni baik dan bagus sebenarnya. Saya rasa kesusahan, kerja perkeranian yang banyak, beban kerja lain yang menimbun, pengurusan atasan yang pelbagai karenah tu bukanlah penyebab untuk saya meninggalkan kerja ini.
Antara pengalaman manis yang dapat saya kongsikan, tahun pertama saya sebagai guru di Skudai, hari jadi saya disambut oleh murid pelbagai kaum yang saya ajar. Buat pertama kali dalam hidup saya, saya dapat 3 biji kek sebagai sambutan hari jadi. Anak murid cina bawa satu, anak murid berbangsa Melayu bawa satu dan murid India bawakan satu. Saya cukup terharu masa tu. Kena gelakkan dengan rakan lain lagi, Saya ingat lagi seorang guru lelaki berkata, " Aku sudah banyak tahun ajar, tak pernah dapat kek pun, kau baru ajar dah dapat 3 kek, bagusnya kau."
Saya juga sangat berbangga dengan pencapaian anak murid. Walaupun saya tahu saya ni bukan guru yang bagus, namun ada murid yang berjaya saya bagi sedikit didikan. Antaranya seorang murid di kelas peralihan yang sangat lemah dalam BM, akhirnya dia berjaya memperbaiki dan meningkatkan pencapaiannya dalam BM. Masa saya dah pindah ke Selangor ni pun, semasa berhubung melalui FB murid ni memberitahu saya dia masih menyimpan dan merujuk buku nota yang disalinnya semasa saya mengajar di peralihan dahulu. Bayangkan, bangganya saya walaupun saya tahu, saya cuma pendorong, murid tu sendiri yang bersemangat dan gigih belajar.
Malah murid lain pun, dalam sesuatu sesi pembelajaran, sekiranya dapat melihat murid yang sebelum ni tak menguasai, pada hari tersebut mereka berjaya faham tajuk, itulah kepuasan bagi saya. Balik dari sekolah, walaupun terasa penat, namun hati ini puas dan tiada penyesalan. Insya Allah, itulah perasaan yang saya harapkan selalu.
Satu lagi yang buat saya rasa saya wajar kekal sebagai guru ialah latar belakang murid. Pada awal tempoh perkhidmatan saya, saya rasa sangat stress dengan diri kerana kawalan kelas saya sangat teruk. Sebagai seorang yang berbadan kecil, kurus dan suara tak kuat, murid memang tak takut saya. Kelas jadi bising kebanyakannya. Namun, murid ni tetap remaja yang masih mentah. Walaupun tahu kekurangan dalam diri saya ni, namun, saya juga cuba mengawal kelas dengan cara yang saya tahu. Selain itu, memang banyak doa yang saya bacakan sama ada dalam solat, semasa mengaji Quran dan juga semasa nak masuk ke kelas. haha, bayangkan saya baca Surah Al-Quraisy sebelum masuk ke kelas dengan harapan budak jahat akan berkelakuan baik dengan saya. Namun, bila bertambah tahun perkhidmatan saya ni, alhamdulillah pengalaman mengajar saya. Gunakan kelemahan saya sebagai senjata. Jadi, saya dekati murid sebagai guru yang tak garang. Alhamdulilllah, saya tak perlu nak paksa diri berubah sepenuhnya.
Korang yang biasa dengan penulisan saya pasti dah tahu saya jemu menanda buku karangan. MD pernah tanya, teruk sangat ke karangan budak-budak tu? Memang pelbagai jawapan yang diberikan. Perasan nak muntah semasa menanda banyak buku ni selalunya sebab saya kecewa dengan hasil kerja diorang, terasa saya tak cukup bagus lagi bila tengok hasil diorang ni. Ini bukan nak tunjuk baik tau. Saya rasa saya mula faham perasaan salah seorang Abang Ipar saya yang bekerja sebagai guru. Masa saya mula mengambil kursus pendidikan, Abang Ipar saya ni pernah bagi nasihat yang bidang ni sangat mencabar dan penuh berkat kalau kita ikhlas semasa bertugas.
Mengikut kakak saya, Abang Ipar memang seorang yang selalu susah hati, beliau bimbang kerjanya tak cukup baik dan hasil yang dibawa balik untuk anak isteri makan ni kurang berkat. Kini, saya memang faham perasaan itu. Sebab tulah, sepanjang tahun lepas, boleh dikatakan hampir setiap hari saya terasa nak berhenti kerja. Sahabat saya, Zillalah yang menjadi pendengar setia yang banyak memujuk hati saya supaya bersabar. Betul kata Zilla, ada tahun yang kita akan dapat sekelas yang betul mencabar dan menguji kita sebagai seorang pendidik. Alhamdulillah tahun 2014 ni, kelas-kelas yang saya dapat, semuanya murid yang baik dan mendengar kata. Semoga benda ni berterusan sehingga ke akhir tahun ya..
Tak lupa saya nak kongsikan kisah semalam, ada murid terkena gigitan lebah atau tebuan. Jadi, sebagai guru bertugas, saya bawalah budak ni ke klinik untuk mendapatkan suntikan. Mak dia tak menjawab panggilan, jadi saya bayarkan dulu wang klinik, RM50. Bila budak ni tengok resit tu, dia terus cakap, "benda kecil je nak dibesarkan, apalah.". Waktu tu saya senyum je, saya bagitahu dia, " Baik kita mencegah daripada kejadian yang lebih buruk berlaku nanti,". Nak tahu, lepas tu, lebih kurang petang budak ni datang berjumpa dan dia cakap, dia tak mampu nak bayar duit tu. Terkedu juga saya mendengarnya. Ada seorang kawan saya pada masa tu menjawab, "apa apa pun bagitahu mak dahulu, bayar setakat yang awak mampu.. ".
Jadi, tengok sahajalah berapa wang yang saya bakal dapat, nak buat macam mana, kan?
Di sini, maksudnya, tenaga, usaha, komitmen dan wang juga kena kita libatkan.. Maklumlah produknya manusia. Kalau komputer atau barang, rasanya lebih mudah.
Penat pula menulis ya, ilham yang kononnya banyak tadi dah mula beredar entah ke mana. Jadi, sebelum saya tamatkan entry ni, buat Ibu Aqif atau sesiapa sahaja yang mungkin berminat dengan bidang ini, sekiranya anda kuat semangat dan berniat baik, saya sangat menyokong, teruskan cita-cita murni ini. Taklah teruk sangat, kena anggap itu dugaan, sebab mana-mana kerja pun ada yang tak seronoknya. Kita ambil kira bahagian yang baik dan positif sahaja. Pasal PBS atau lain-lain pngurusan pendidikan ni, kita serahkan kepada pihak atasan. Diorang buat kerja main-main, dioranglah yang bakal menjawab di akhirat kelak. Itu je pegangan saya. Saya positifkan diri. Cakap-cakap nak berhenti atau bercuti jaga anak tu, tak serius pun. Sekadar gurauan mesra dengan suami supaya dia faham penat isterinya yang bekerjaya ni. Setakat ini saya memang tak akan berhenti kerja, Saya sayang kawan-kawan guru saya, saya seronok dengan melihat anak-anak murid saya dan saya rasa bangga dengan pencapaian murid.
Anak bangsa dan negara perlukan kita ni. Dalam agama pun, kita juga dah tunaikan tanggungjawab fardu kifayah. Kalau tiada guru, maka tiadalah wujud kerjaya yang lain. Jadi janganlah kita nak berkira dan kena bersedia melakukan apa sahaja. OKje, kalau TLBD atau kakaknya nak jadi cikgu, elok je, jangan risau...
Sekian ya...
Wahh.. entry luahan perasaan ni.. panjang lebar sungguh! Jarang Aisy menulis panjang macam ni...
ReplyDeleteHaha.. pelik ya? Mmg jarang saya menulis panjang2 ni.
DeleteGuru antara yang paling banyak saham akhirat. Ilmu diamal tidakkan luput. Terus mengalir ke dlm kubur
ReplyDeleteInsya Allah kak. Harapnya gitulah lepas tolak dosa mengeluh dan merintih. Hihi
Deleteakak dari dulu lagi tak 'layak' jd cikgu-sbbnya tiada kesabaran yg tinggi melayan telatah budak2 nakal..:)
ReplyDeleteEh..tak cuba takkan tahu kak... kot akak ni bakal guru disiplin yg hebat
Deletedulu cita2 nak jadi guru tapi tak kesampaian.... jadilah guru2 pada anak2 kat rumah je.....
ReplyDeleteCamtu pun ok.. rezki tak sama kan....
DeleteTq tau..pnjgnyer luahan perasaan awak.Ermm..kene pk balik ni.tapi rasanyer keje ape pon banyak stressnye kan.Mcm saya keje kat JKM ni.Selalu pegawai2 kat sini kene maki,ganti duit bantuan,redah kawasn pedalamn,kene layan klien y berpenyakit kronik,keje xkira masa kalau ade bencana.Tapi tak dinafikan jaga budak-budak ni memang satu benda yang paling susah coz saya jaga anak saya sorang pon dah stress inikan jaga 1 kelas.ape-ape pon saya doakan awak berjaya menjadi seorang pendidik yang cemerlang didunia n akhirat k.
ReplyDeleteHaha.. tetiba ya menulis panjang berjela. Betul tu.. kena pikir yang positif je supaya kita ni tak stress bekerja walau dalam bidang apa oun...
Deleteterima kasih atas doa.. saya cubalah yg terbaik.. setakat yg boleh.
Semalam saya dah nampak update entri baru tu. Bila saya nak jengah tak exist pulak. Ingatkan jari jemari tertekan 'publish' tanpa disedari :) Jadi guru atau apa pun kerjaya memang tanggungjawab yang perlu kita pikul dengan baik. Penat tu tak payah cakaplah. Kita ni orang perempuan memang kerjanya dari terbit sampai tenggelam matahari. Kadangkala dah tenggelam pun still kena kerja juga! Saya pun selalu aje berangan alangkah nikmatnya hidup kalau dapat jadi surirumahtangga sepenuh masa tapi bila tiba masa, saya fikir balik...betul ke penuh nikmat? Rasa sayang pulak pada kerja, kawan-kawan dan waktu pejabat :) Biasalah AN, dalam kehidupan ada turun naik. Kadang kita suka, kadang kita rasa bosan. Kadang kita rasa kerja orang ni lagi best, tapi bila fikir balik mungkin kita lebih bertuah kerana bekerja dalam bidang kita ... (Saya komen kalau tak panjang memang bukan saya... minta maaf ya ambil ruang komen banyak sangat :D)
ReplyDeleteEh.ada yang perasan ya.. bagus pe komen panjang2...
Deletehaha..betul tu.. angan angan ada nak resign tapi tak serius la.. kononnya oenat, maklumlah kita ni makhluk yang tak sabar. Setuju, Allah dah bagi kita yang terbaik sebenarnya kan.. kita mmg kena rasa bertuah dan syukur
Guru la kerja yang paling mencabar, orang selalu duk ingat relaks jer kan sebab masa kerja sama ngan budak2 sekolah, tapi depa tak tau tanggungjawap tu 24 jam bawak ke umah. Arwah ayah kami kan cikgu, so kami masak dah dengan life seorang cikgu ni.
ReplyDeleteKerja apa sekali pun, memang la penat sebab kita ni manusia bukan robot, so bila kita kadang2 suarakan kepenatan tu, doenst mean kita tka bersyukur, hanya sekadar meluah. Saya yang hanya ke kelas 3 jam sehari pun rasa penat tak hengat.
Suka dengan Nas ni. Mmg faham dan turut rasa tempiasnya ya. Papa N suka juga kata, kesian budak2 ni mak banyak keje. Amboi. Masa dwngar tu rasa bengang tapi bila difikirkan mmg tak salah pun kenyataan tu.
Deletehaha...3 jam pun penat kan? Itu yg bila suami mengeluh saya akan cakap, penat abang tu taklah sama penatnya kami ni. Fizikal dan mental.
Hehe..apapun guru ialah kerjaya yang paling mulia.makin banyak kita memberi makin banyak kita mendapat:)
ReplyDeleteAmin... mujur i ada kawan baik mcm Cik Wan.. sian deh juga, asyik jadi pendengar luahan tak apa ni.. haha.. banyak pahala u dapat tau...
Deletesy dulu nak juga jd cikgu, abh sy pun bks Gb..tp fikir2 kesabaran sy tu kurang, so batlkan ajelah cita2 tu.. :)
ReplyDeleteHaha... ni macam kebanyakan cikgu ganti ... ada yang bila dah jadi cikgu ganti sebulan mula rasa serik
Deletejd cikgu nampak mudah tp payah..
ReplyDeleteHaha.. tau yek...
DeletePanjang nye ;) mcm sy Pas matrik mak suruh jd cikgu TP sy plh course bisnes , pas abis belajar kerja semua nye mengajar , dr skol ke kem plkn. Dan skrg keje ppm pun masih di skol , murid panggil cikgu , walaupun hakikat sy bkn guru , tak tahu mana silap nya sy tetap tak dpt jd cikgu ... Yg pasti skrg sy dua dlm satu bantu ajar murid ppki n meniaga hihihi
ReplyDeleteKes dyna ni agaknya ada hikmah yang tersembunyi yang sebabnya Allah tak nak tunjuk lagi. Insya Allah ada perancangan yang terbaik buat Dyna tu..
Deleteape yg lieya boleh ckp ..semua profesyen ade susah senang nye....antara kite la pandai atau tidak menghandlenye.....in sha Allah kalo kite niat ikhlas dah cari rezeki semata2 kerana Allah rasenye semua kite akan tgk sebagai perkara positif....
ReplyDeleteape yg pasti, tugas sebagai pendidik bukan bende yg mudah....tanggungjawab sgt besar perlu digalas....
Insya Allah... amin
DeleteBirthday sampai dpt 3 bijik kek, petanda Aisy guru favourite le tuh!.
ReplyDeleteBukan senang tau dpt jd guru favourite.. kira hebat dah tu. :D
Haha.. pengalaman manis tu. Entah macam mana rezki tahun pertama tu. Lepas tu tak ada pun...
Deleteguru prosesion yg mulia.
ReplyDeletekalau meninggal pon org masih sebut panggilan "cikgu" atau "istaz"u. berbanding mereka yg bekerja dlm bidang lain..
setiap pekerjaan ada cabarannya yg tersendiri.
all the best akak. kuatkan semangat.cekalkan hati. inshaaAllah.janji Allah itu pasti
Insya Allah.. amin atas doa yg diberikan ni.
DeleteSaya pun pernah jadi cikgu dan boleh tahu betapa mencabarnya nak pikul tanggungjawab sbg seorang cikgu… Insya Allah, selagi kita ikhlas dalam apa jua pekerjaan yang kita buat, besarnya gajarannya di masa depan.. tak dapat kat dunia, dapat kat sana nanti :)
ReplyDeleteWah, mmg cikgu feberet la kalau siap dapat kek birthday :)
Taklah feberet kot. Rezki masa tu. Haha
DeleteAkak pun pernah terfikir utk pencen awal..rasa mcm terlelah sangat dgn beban tugas yg makin , mnghimpit. Tapi dlm hati tetap sayang dgn kerjaya ni..biasalah kan..sesekali sngin meroyan datang bila bnyak kerja..hihihi
ReplyDeleteHaa. Lepas ni sya kena ingat, kurangkan meroyan kat blog.. ada yang baca ya.. kot ada yg tafsir lain.
Deletepernah juga mintak jd cikgu,tp mungkin takde rezekinya disitu..hehehe
ReplyDeletetp walau apapun kerjanya,kdg2 mmg terasa mcm nak berenti,nak bersungut,nak membebel tp sekadar dimulut je lah nama nak berenti memang tak la kot,sbb masih syg dgn kerja ni..
teruskan menjadi cikgu,satu pekerjaan yg mulia,inshaAllah akan menjadi saham disana nanti..
dh baca entry ni tp nk komen taksempat haritu afia buat hal.hehe..
ReplyDeletepak sy suka anak jadi cikgu,..sy je tk minat..almaklum jenis kurang sabar..sy tabik dengan semua cikgu cikgi..bukan sng jdi cikgu..pastiadahikmah kenapa Allah letakprofesion AN sebagai guru..
apa kerja pun ada cabarannya..selagi kita ikhlas,take it easy pasti semua berjalan lancar..yg paling penting tugas guru tu mulia..mendidik seluruh generasi..saham akhirat tu pasti ada,tak byk, sikit mesti!
Rasa mcm dah baca...rupanya belum komen yeh!....
ReplyDeleteGuru mmg pekerjaan yg mulia, tanpa guru .....mana mungkin anak murid nak pandai...
Tak de kerja yang tak penat AN...semua kerja penat. Kalaulah kita pandang kerja tu seronok maka seronoklah jadinya walaupun sebenarnya kerja tu tak seronok. Semuanya dikontrol oleh minda kita! ( eh...pandai je nasihatkan orang...cakap mmg senang yek! hehe...)
Tapi tulah nama pun manusia ....ada kalanya hati kita ni senang sangat nak berbolak balikkan!)