Posts

Showing posts from June, 2020

Pengalaman ada anak speech delay

Image
Assalamualaikum semua. Saya kembali menulis di sini, catatan pengalaman membesarkan anak, semoga di saat tua nanti kalau terbaca semula kisah ini, dapat diimbas pengalaman yang pernah dilalui dengan anak-anak. Mungkin juga dapat memberi sedikit sebanyak inspirasi kepada ibu bapa lain yang mengalami masalah yang sama. Pengalaman saya mengajar murid sekolah menengah selama 13 tahun ni, tidak terkecuali terjumpa dengan murid yang ada masalah pembelajaran. Lagi-lagi semasa saya masih bertugas di sesi petang, saya ni setiap tahun 'diberi peluang' mengajar kelas hujung. Jadi sudah pasti sentiasa berhadapan dengan murid yang bermasalah. Pelbagai masalah yang saya pernah jumpa. Walaupun lokasi sekolah saya ni di bandar, namun saya pernah ada anak murid bermasalah yang mempunyai ibu bapa berprofile tinggi. Jadi, saya menganggap masalah anak-anak ini sebagai satu dugaan yang 'ibu bapa  terpilih' ini perlu hadapi. Sebagaimana seorang guru tidak boleh memilih kelas yang ingin