Masa memang cemburu

Cepatnya masa berlalu. Pagi tadi masak sarapan Naim, suapkan dia makan sambil layan dia sembang dah pukul 7.45 pagi. Berkalut papanya hantar Naim ke sekolah. Nazif pula bangun. Nak menghimpit mamanya, tak le mama boleh buat kerja. Alasan bagus, padahal memang setiap hari pun angkut je buku tapi satu pun tak tanda kalau di rumah.

Sambil rindukan kawan-kawan, saya jenguk baca entry korang kejap. Takpelah korang tak rindu saya pun. Sekali sekala jenguklah ya. Bukan selalu nak rajin menulis ni, dengan jadual sibuk ni, macam semalam, pagi tu ada idea nak menulis tapi dek tangan kanan ni lenguh semacam sebab Isnin tu main boling, memang tak daya. Tulisan di whiteboard pun berkali-kali murid tanya apa perkataan yang saya tulis. Nasib koranglah ya, cikgu main boling lepas empat tahun, macam mana tak sakit badan.

Pagi tadi, Naim macam pelik je botol air dia semalam jadi makin banyak air, dia siap tanya saya kenapa jadi macam tu. Nak gelak juga bila dengar tu. Macam mana saya nak ajar dia tentang konsep ais akan mencair tu. Akhirnya kami masukkan lagi 3 ketul ais ke dalam botol yang dia nak bawa ke sekolah tu. Kemudianlah mama ajar kamu ya.

Pagi ni juga, sambil menanda buku saya sekali lagi buat makaroni bakar. Nak bawa sebagai bekal ke sekolah. Walaupun macam tak lama masa memasak tu, tengok-tengok dah 25 minit berlalu. Alahai, kena bersiap ke sekolah pula. Dah tak ada banyak masa ni..

Makaroni tak cukup bahan. Perabis bahan yang ada. Kira bolehla buat kunyahan di sekolah nanti..

Comments

  1. xde oven pyh nak buat aktiviti bakar2 ni hehe

    ReplyDelete
  2. Akak pun rindu jugak nak baca celoteh AN..
    Tapi masa tu mmng cemburu sangat kan kita...bdk2 akak exam Skrang ni..sibuk pulak menanda kertas...

    ReplyDelete
  3. senyum baca pertanyan dari naim kenapa air bertambah..solan cepu mas ni AN hehe..
    makaroni bakar..nampak sedap walau pon AN cakap tak cukup bahan..kalau dah lapaq tak kira semua tu..janji cukup rasa tak cukup bahan takper :)

    ReplyDelete
  4. Bila dia bertanya tu mmg bagus kalau u explain, sebab budak2 ni always surprise us with what they are capable of, dorang bukan setakat boleh faham kesemua konsep ni, nnt siap cuba kelentong kita pulak hihihi.

    ReplyDelete
  5. maknanya otak naim tgh berkembang!kasar pula sebut otak kan?pemikiran!anmum essential tom2 bak:)pengaruh pak nil

    ReplyDelete
  6. ingt iklan wardina kat tivi.
    kenape?
    kenape?

    pelan pelan terang kat naim..in shaa Allah...

    ReplyDelete
  7. serius sy x pernah masak makaroni lg.

    ReplyDelete
  8. menarik pulak akak tgk makaroni letak dlm tu..cute sgt,boleh try nih kalau rajin..

    ReplyDelete
  9. tgk akk buat ni, teringin nak buat, tp oven kita baru je meletup..ish3..sedih..

    ReplyDelete
  10. Rindulah! Mana boleh tak rindu... Sebab itu kita tahu aje kalau blog ni tetiba sunyi sepi. Tapi of courselah tak selalu tanya mana perginya dah memang tahukan banyak komitmen di luar sana :)

    Budak-budak baya mereka ni memang banyak sangat persoalannnya nak kena jawab. Silap-silap jawab, ditanya lagi soalan cepu mas, cepu berlian, cepu silver dsbnya. Memang pengsanlah nak kena bersedia. Kadang-kadang saya rasa nak belajar semua perkara semula dek kerana anak-anak. Ada-ada aje soalan yang buat pemikiran kita sendiri berputar ligat mencari jawapan!

    ReplyDelete
  11. Sapa kata tak rindu? Rindulah.....kalau ada depan mata mau okje tarik pipi awak AN hehe...
    Tak prrnah lahi busy makaroni bakar pakai bekas kecik kecik cenggitu....good idea tu AN sebab cepat masak kan!

    ReplyDelete
  12. naim dh bijak berfikir tu..mama nak explain pun kena cara bijak jugak kan...teori sains berkait rapat dengan kehidupan seharian..jgn biarnaim tertanya2 lama sgt..mama kena cepat2 cari jawapan semoga kepelikan naim beransur lega.haha

    makoni simple pun kecur liur dah ni tgok..:)

    ReplyDelete
  13. tak pernah sekali pun lagi masak makaroni bakar hihi

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?