Posts

Showing posts from 2019

2019 penuh suka duka

Image
Bila 2019 semakin nak melabuhkan tirainya ni, terasa cepat sangat pulak masa berlalu.  Dah tak lama lagi dah nak masuk tahun baru 2020. Sesiapa yang lahir 80an memang ternanti kot tahun 2020 ni, sebabnya sejak dari kecil banyak sangat disebutkan malah dinyanyikan pasal 2020 ni. Bila tengok di instagram anak-anak murid yang harini tamat peperiksaan SPM tu macam-macam cara mereka ni sambut hari terakhir ni. Memang nampak gembira sakan. Rasa kejap je budak-budak ni besarnya. Masa dulu masuk tingkatan 1, berhingus lagi semuanya tapi sekarang dah tamat SPM. Maknanya memang cikgu makin tua ni. Kalau dikenangkan kembali kenangan dengan murid-murid tahun ni, saya simpulkan tahun 2019 ni sebagai tahun yang menggembirakan juga dari segi pekerjaan. Banyak kerja diselesaikan dengan baik, ada pulak anak-anak murid yang rapat dan mesra macam yang kat atas tu. memang rasa terhibur sangat masa bekerja. Mesej ni daripada salah seorang yang kat atas tu, beberapa hari yang lalu. So swe

Betulkah ibu bapa kerja keras untuk anak-anak?

Image
Isu yang saya alami, terutamanya bila ada tiga anak lelaki yang sedang membesar ni.  Semuanya sihat, aktif dan jenis nakkan perhatian.  Pandai pulak meminta apa yang diorang rasa berkenan.  Ada masanya terasa banyaknya kerja,  bila balik dengan badan penat terpaksa lepaskan je budak bertiga ni main phone sorang satu sebab mama nak rehat.  Jadi,  bila dengar kawan lain yang mengatakan anak-anaknya memang tak ada main gadget,  saya diam jelah sebab tahu saya tak amalkan macam tu.  Dalam masa yang sama,  dalam hati ni yeke tu?  Macam bagus nau..  Haha jahat tetap ada kat situ kan? Banyak kekurangan diri rasanya bila memikirkan hal anak-anak dan kerja. Bukanlah kat tempat kerja saya ni bagus sangat pun tapi saya cubalah buat apa yang terbaik setakat mampu.  Tapi ada masanya bila dah ada 5-10 benda berbeza nak disiapkan dalam masa yang tak berapa lama memang dilema sangat.  Maka,  mulalah ber"dikir" rasa nak resign dan jaga anak-anak je.  Haha,  ada tak korang buat gitu juga?

End year party with twin and triplet theme

Image
Assalamualaikum semua. Kemain tajuknya dalam BI kan?  Haha,  sekali sekala apa salahnya kan?  Mood saya baik ni terasa nak menulis di blog.  Rasa kejap saja masa berlalu bila dah menghampiri akhir tahun ni.  Rasa semua susah payah sepanjang Januari ke November macam tak ada pulak ye.  Gitulah kita ni kan,  manusia yang mudah lupa.  Lagipun apalah nak dikenangkan sush payah atau benda tak gembira tu.  Let the gone be gone orang kata.  Hihi. So marilah jamu mata dengan gambar-gambar my colleges dengan tema twin dan triplets.  Menarik juga tema ni rupanya.  Masing-masing bergaya sakan dan ikut tema. Moga semua panjang usianya dan dapat sama-sama tempuh tahun 2020 dengan kesabaran.  

Adventure Cove Waterpark, Singapore!

Image
Korang mesti sedang terfikir-fikir kan cuti kali ni nak pergi mana, nak buat apa, mana tempat yang best untuk korang tuju dengan family atau kawan-kawan. Tak lama dah nak mula cuti panjang hujung tahun ni. So hari ni saya nak suggest waterpark yang paling best kat korang. Tak jauh, sebelah negara kita je which is Cove Waterpark di Singapore. Bagi kaki travel yang jenis tak suka duduk dalam bilik masa travel, korang boleh try ni. Pasti seisi keluarga pun enjoy masa kat sini. Untuk spend masa main semua aktiviti yang ada kat dalam waterpark ni, saya memang galakkan korang untuk habiskan one whole day kat waterpark ni je. Apa yang best sangat kat sini? Apa bezanya dengan yang ada kat negara kita ni? Dua-dua pun best. Jadi korang kena try jugak. Disebabkan masa yang diperlukan untuk aktiviti di waterpark ni ialah seharian, saya cadangkan korang tak perlu nak buang masa untuk perjalanan ke Singapore bagi yang jauh dari utara tanah air tu. Caranya, naik la flight

Lunch date biru putih sempena birthday Ogos

Image
Bulan Ogos ni nampaknya bulan yang super busy. Terasa sangat beban kerja yang menimbun.  Tak abis satu dah datang lagi satu kerja yang nak kena buat.  Lagi-lagi minggu ni,  saya dah dua malam tidur 2-3 jam sahaja.  Memang tu sebab dah tak larat sangat.   Namun dalam kesibukan yang ada, sempat lagi rakan-rakan sekerja buat plan makan-makan sempena birthday bulan Ogos.  Alhamdulillah ramai yang dapat luangkan masa untuk ke lunch date ni.  Tak jauh pun tempatnya,  kawasan sekitar sekolah kami je.. Siap baju dan skirt bertema biru putih lagi. Lawa jugakan tema ni?   Tak sangka hilang sekejap susah hati kerja banyak bila datang makan beramai-ramai ni.  Geng mak mak ni kecohnya kemain bila jumpa geng. Satu demi satu gaya kena buat untuk gambar kenangan.   Kalau bawa anak,  pasti xde posing ni..   So,  inilah birthday girls untuk Ogos...  Syukur ada rakan-rakan yang baik dan menghargai macam ni..  Semoga panjang umur semuanya dan dimurahkan rezeki. 

Jadi ibu memang kena banyak sabar

Image
Dengan tiga orang anak lelaki ni,  memang rasa dugaan banyak.  Semestinya semuanya jenis aktif,  lasak dan tak duduk diam.  Saya memang faham dan dah biasa dengan karenah budak bertiga ni.. Orang mungkin lihat karenah dalam gambar ni semua sebagai nakal kot.  Tapi saya tengok biasa je.  Nampak anak-anak ni membesar aktif dan gembira. Yes..  Doa kepada Allah lagi penting..  Doa ibu semoga anak-anak membesar sihat,  berjaya,  beriman dan mengamalkan kelakuan baik serta berjasa kepada keluarga dan orang sekitarnya. 

Betul ke main beyblade lebih baik daripada gadjet elektronik

Image
Assalamualaikum semua.. Korang kenal tak benda ni? Sebelum ni saya tak heran sangat pun pasal benda ni.  Anakanda berdua tu asyik beli je.  Dari satu,  jadi dua,  lepas tu jadi tiga,  jadi lima,  jadi 10.  Jumlah terkini pulak tak dapat dikenal pasti.   Bila dah bosan beli kat kedai,  deme ni beli online pulak.  Katanya yang dijual kat kedai kecik di mall tu tak ori.  Belilah pulak yang kat online atau kat TrS(korang tahu kot kedai ni kan).  Kalau dah sampai beli kat sini,  mama ni pun mulalah menyiasat.  Apalah hebat sangat benda ni..   Bukan anak-anak je main.  Kebelakangan ni bapaknya pun main.  Siap lawan dengan anak-anak lagi weh.  Si bapaknya kalau anak dah tidur pun ada masanya saya dengar bunyi benda ni..  Hadoi,  dia main sorang diri..  Tak puas lagi masa main rebut-rebut dengan anak-anak agaknya.  Berdentum-dentum di tengah malam bunyi benda ni.  Korang rasa?  Maklumlah zaman dia kecik tak de lagi benda ni, kan?   Bila saya membebel pasal asyik beli benda ni j

Budak zaman sekarang dan duit raya

Image
Korang ada terbaca tak berita ni?  Mulanya saya nak kata,  "ala,  wartawan ni banyak sangat agaknya masa free sangat musim raya ni,  pasal duit raya pun ada je nak tulis". Tapi lepas saya terbaca,  jadi terpanggil pulak nak ulas pasal ni.  Tambahan pula tadi hampir panik saya sebab loceng rumah ditekan bertalu-talu oleh remaja yang saya agak dalam 15-17 tahun datang meminta duit raya.  Sebelum tu saya dah dengar suara memberi salam dari perlahan dan akhirnya semasa tiba di rumah saya, mereka menekan loceng rumah bertalu-talu.  Haish,  budak-budak ni, dah macam gaya si pemungut hutang. Kalau korang,  apa yang korang rasa? Rasanya kita kena buat sesuatu ni.  Nak kena betulkan pemikiran budak-budak ni. Pertama kena ingat yang duit raya diberi sebagai satu keraian sahaja.  Terpulang kepada keihlasan orang yang memberi tu sebenarnya.  Kita yang lebih dewasa kena ingatkan anak-anak ni agar menerima sampul raya tu dengan gembira dan berlapang dada terima seadanya. Kita juga

Perkara yang tak terjangka semasa Aidilfitri

Image
Assalamualaikum semua. Apa cerita korang beraya?  Dah selesai hari raya pertama tahun ni,  kan?  Semoga semuanya ceria dan bahagia ya..  Bukan selalu kita dapat berkumpul beramai-ramai macam ni.. Tapi meh nak cerita ni,  dalam kemeriahan beraya  ada beberapa kejadian hari pertama beraya yang tak terjangka dah berlaku. 1. Anak menangis nak main permainan anak orang lain semasa pergi beraya. Bila hal ni berlaku,  jenuh.  Susah nak handle.  Ingat pergi beraya kat rumah saudara mara,  kita dapat bersembang mesra dengan saudara mara yang jarang jumpa ni lama-lama,  tapi boleh pulak geng-geng bawah tiga tahun ni berebut mainan,  tak nak berkongsi walaupun dah dipujuk. Akhirnya malas melayan nangis tu,  balik awallah penyelesaiannya. 2. Masalah kencing Bila banyak kunjung mengunjungi,  anak mula makan banyak,  minum banyak..  So,  semalam diorang makan banyak dan minum banyak.  Itu belum kesnya. Kes utamanya ialah bila dah asyik minum,  seluar jadi mangsa,  tak sempat ke tandas..  B

Hadiah hari guru yang 'rare'

Image
Assalamualaikum semua.. Dah lama pun sambutan hari guru berlalu,  baru saya ada kelapangan nak menulis pasal ni.  Mungkin dapat jadi motivasi untuk sesiapa yang tak tahu nak sediakan apa benda untuk hadiah hari guru bagi cikgu-cikgu anak korang bagi tahun-tahun berikutnya. Sebenarnya saya menulis ni sebab bagi saya hadiah tahun ni 'rare'.  Dalam 12 tahun ni, kali ni saya kagum sangat dengan kreativiti dan pemikiran logikal anakanda-anakanda saya ni.  Hadiah diorang berikan terkandung sekali apa yang cikgu dah ajar diorang..  Bukan biashe biashe orang cakap ni..  Jom saya tunjukkan.  Satu kelas ni bagi saya kad ucapan buatan sendiri dengan masing-masing luahkan satu ucapan. Hasil usaha sendiri tu yang buat cikgu terharu sangat.  Ha...  Yang nilah saya maksudkan diorang apply apa yang saya ajar.  Kelas ni muridnya belajar subjek Asas Sains Komputer,  dan antara tajuk yang diorang pelajari ialah kiptografi(penyulitan data).  Jadi ramai yang tulis ucapan hari guru dengan

Jom kita ke Seoul!!

Image
Hai korang.. dah 12 Ramadhan ya hari ni, , cepat pulak rasanya masa berlalu. Dengan menempuh musim peperiksaan sekarang ni, saya rasa bulan Ramadhan kali ni sibuk sangat. Betapa masa mencemburui kita, kan? Allah dah kata bulan Ramadhan ni penuh berkah, kita pulak disibukkan dengan hal keduniaan yang buat kita leka. Tapi itulah, bila sibuk melanda, mulalah merasa nak bercuti aje. Hihi, ada hati nak bercuti pulak ya? Apa taknya, rasanya kalau dapat bercuti di bulan puasa ni lagi seronok, kan? Lagi-lagi kalau dapat bercuti guna buku merah, pasti lebih seronok kan. Sibuk sangat 2019 ni, kami satu family tak ada bercuti ke mana-mana pun lagi. Suami sibuk, isteri pun sibuk walaupun pada musim cuti sekolah. Kan dah cakap, cikgu zaman sekarang taklah semestinya free pada musim cuti sekolah.  Moga adalah masanya nanti kelapangan untuk bawa anak-anak bercuti. InsyaAllah, doakan banyak-banyak. Lagi seronok kalau dapat pergi bercuti dengan family besar, macam yang kami buat masa tahun 20