Bila dah masuk sekolah

Baru dua bulan belajar di tadika, sikit sebanyak boleh nampak perubahan Naim. Dari segi pertuturannya, makin banyak istilah yang dia pandai gunakan. Sekarang dah biasa Naim gunakan, excuse me  untuk meminta sesuatu. Mula-mula dulu, banyak kali juga saya gelak bila dengar dia cakap gitu dengan Nazif. Sejak Nazif pun dah macam faham terma tu, dah jadi biasalah. Dari segi makan, pun lebih sikit dari sebelum ni. Terbaru ni, Naim bawa sikat ke sekolah tau. Hah, dah pandai melawa nampaknya anak saya ni.

Sebelum ni, dia macam mama je, rambut jarang nak sikat. Haha, pemalas, bila berambut pendek ni, saya sokmo lupa nak sikat. Naim pula, sebelum ni kalau kita nak sikat rambutnya, dia lari. Amboi, sekarang wajib sikat dan bawa sikat dalam beg dia. Katanya lepas mandi kena sikat rambut. Saya tanyalah, "Naim mandi di sekolah, teacher pakaikan baju macam mama ke?" Jawapan Naim, " Taklah, Naim pakai sendiri. Naim pandai. Teacher tengok je," entah betul ke tidak. Namun, melihat dia suka bergaya ni, saya rasa ini pengaruh kawan kot. Budak-budak kan, lagi dengar apa yang kawan atau cikgu dia cakap.

Mama dan papa nak sembang masa makan pun dia dah mula larang. "Mama, teacher cakap, masa makan tak boleh cakap". Ada ke patut kan? Naim bebel kat mama macam tu? Lagi sukalah papa kamu, tak payah dengar keluhan mama kamu ni. Pasti papa kamu seronok tak payah tahan telinga dengar mama membebel pasal tebuan ke, pasal pandu puterilah, pasal converter lah dan lain-lain.

Lagi, sejak sekolah ni, pandai Naim arahkan adik. Mujur si kecil ni ikut je. Seronok dia kalau Abang suruh dia mandi main air sama-sama. Masa dia buat kerja rumah, dihalaunya Nazif ni main jauh-jauh, meraunglah dia. Di masa lain, boleh je main sama-sama, kenapa Adik tak boleh tulis sama-sama dengan Abang?
Si Comel mama yang sentiasa senyum...budak dalam fasa nak penuhkan gigi susu...Dah beberapa malam buat perangai payah tidur dan banyak terjaga bila malam, dugaan buat mama.. apa masalah ya? 

Comments

  1. Untuk berjaya dipuncak gunung kena juga hadapi di kaki bukit..ye dik..

    ReplyDelete
  2. seronok baca keletah anak2 kat sini :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah.. perangai diorang ni tak terduga kadang2..

      Delete
  3. Naim dah makin independent, banyak kan depa belajar especially when with other kids.
    Nazif meragam gatal gusi la tu kot.

    ReplyDelete
  4. dah makin bijak naim,pandai bergaya pulak ye..sama mcm adam kdg2 dia yg tegur mama kata teacher ckp tak baik ckp mcm tu...adehhh kita lak yg kena hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah orang kata budak mudah ikut cakap cikgunya

      Delete
  5. budak tadika mmg dengar ckp cikgu lebih dr cakap mama.hehe tp klu benda yg baik takde salahnya kan..dh nmpk byk perubahan positif pada naim..makin independent,makin pandai bela adk,makin sopan n makin ensem la rambut dh sikat.kehkeh

    ReplyDelete
  6. dh masuk drjah 1 nanti pandai la berdikari tu akak.. seronok baca perkembangan kanak2.

    ReplyDelete
  7. Dek kerana nak buat comparison, bocor sudah kisah Mama malas sikat rambut :) Nak kena standby ni AN. Lepas ni memang banyaklah tazkirah yang kita kena dengar dari mulut mereka. Kenapa kita boleh buat, mereka tak boleh. Kenapa itu, kenapa ini.... Kena buat latihtubi selalu ya dengan jawapan yang bernas bila nak menjawab debat dengan anak-anak nih :)

    ReplyDelete
  8. Budak budak ni mmg lebih suka dengar cakap teacher dpd mak bapaknya ...itu biasa hehe...
    Biasalah tu AN...bila dah banyak bergaul dan bercampur, banyaklah nilai nilai murni yg dapat dia cedok...sebagai parent kita pantau jelah mana yg patut....
    Haha...Papa N sure tepuk tangan bawah meja tu bila Naim cakap macam tu....
    Nazef dah banyak tidur kat taska kot AN...tu yg dia cergas je memalam

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?