Posts

Showing posts from July, 2016

Penagih janji

Image
Dengan Nazif ni, janganla sesekali buat janji sesuka hati. Kalau nak pujuk dia, kena pandai buat ayat lain supaya tak berbentuk janji, kalau tak, ai akan dimintanya. Dia ni memang jenis ingat apa yang orang lain cakap dan bila sampai masanya akan ditanya berkali-kali. Elok juga kan, buat mama dan ahli keluarga yang lain tidak berjanji kosong. Satu lagi Nazif ni jenis suka makan. Mulanya saya susah hati tengok badan kecilnya dan berat tak naik, tapi alhamdulillah tahun ni bila jumpa sedara mara kami, ramai yang perasan Nazif dah bertambah tinggi. Lega juga sebab berat dia dah 12kg lebih. Harapnya lepas ni akan membesar dengan baikla. Jadi, kalau ada makanan sedap yang dia makan, dia suka minta saya masakkan lagi untuk dia sarapan sebelum ke sekolah. Jadi, pagi ni, untuk memenuhi permintaan anak bujang kecil ni, saya goreng kerepok lekor. Bimbang kalau tak goreng, petang nanti abis la saya 'disoal-siasat.' pasti si kecil ni akan senang hati dapat makan apa yang dimintanya semal

Adakah anak-anak kita seronok beraya?

Assalamualaikum semua. Seingat saya, sepanjang usia saya ni, terutamanya sebagai kanak-kanak dan remaja, hari raya ialah hari yang cukup dinantikan dan sangat dirasa kegembiraannya pada hari tersebut. Dah menjadi kebiasaan saya, minggu selepas hari raya macam ni, saya suka memberikan tugasan supaya murid-murid menceritakan pengalaman hari raya mereka. Apa yang saya dapat selalunya tidak semua yang menulis. Kelas pertama semalam, pelbagai alasan diberikan untuk menjawab keengganan menulis. Ada yang mengatakan hari raya bosan kerana tiada ke mana-mana, tiada saudara mara datang, hanya makan dan menonton tv di rumah sahaja. Ada juga yang memberikan alasan pergi beraya di satu dua buah rumah dan hanya mendapat beberapa ringgit duit raya, jadi tiada apa yang nak diceritakan sangat. Bagi saya terkejut. Bukan perkara baru ni, tapi bila menghadapinya buat saya terfikir, kita yang dewasa ni kalau membiarkan perkara ni terjadi kepada anak-anak kita, adakah kita ni tak prihatin, pentingkan dir

Raya puasa 2016

Image
Raya kali ni, buat pertama kali kami beraya sepenuhnya di Tapah, rumah MIL. Mencetuskan kesedihan di hati weh. Biasanya akan balik juga ke Pasir Mas walaupun raya ketiga. Redo ajelah tahun ni. Orang Tapah ni, hari raya pertama menunya memang tak wujud langsung benda bernama nasi tu. Apa yang ada rendang ayam, rendang daging, kalio limpa, nasi impit dan kuahnya, lemang, soto dan satay. Ambe orang kampung, rindula masakan kampung sendiri. Kalau pagi raya kat Pasir Mas, makannya nasi dagang, nasi minyak, ketupat palas, laksam dan yang lain tu adalah juga. Tapi kan, sebab dah otai, tujuh tahun dah bergelar menantu kat sini, maka dengan selamba saya makan nasi putih dengan rendang ayam di masa orang lain makak semua menu yang ada berkali-kali. Haha.  Awal-awal kahwin dulu, segan juga nak buat macam tu. Sekarang, takle. Ambil je nasi, letak ayam rendang tiga ketul, cili yang orang lain buat makan dengan soto saya tuang sekali dalam pinggan, haa puas hati. Kali kedua makan, campur pulak deng