Posts

Showing posts from March, 2014

Mamogram

Image
Hari Sabtu yang lalu kami empat beranak keluar seawal pukul 9.30 pagi menuju ke Damansara. Kami menziarahi dua pupu Naim Nazif yang baru lepas menjalani pembedahan kerana usus tersumbat. Malas saya nak godek entry lama, yang kami ziarah ni cucu Mak Su Rok ya. Baru sambut hari jadi yang pertama beberapa hari yang lalu.  Mujur dikesan awal, kata doktor kalau lambat dilakukan pembedahan, usus mungkin pecah. Masa kami di Damansara Specialist Hospital ni, saya didekati oleh petugas LPPKN. Adik kot ataupun sebaya nampaknya, yang tak bertudung tapi manis dan sopan orangnya, tegur saya sambil menghulurkan pamplet tentang mamogram. Dia bertanya sama ada saya pernah tahu pasal mamogram. Lepas soalan tu, cik ni bertanya umur saya. Mujur dia tanya awal. Saya dah mula fikir yang saya ni nampak tua sangat ke. Dengan sopan cik ni bagitahu yang saya boleh tolong sebarkan kepada kakak, ibu, kawan atau saudara wanita yang berusia lebih 40 tahun untuk menjalani ujian mamogram ni secara percuma di

Pulut ikan kering

Image
Menu sarapan pagi tadi.  Orang yang baru berapa kali masak pulut. Masa nak masak tu, saya siap telefon mak di kampung sebab nak tanya berapa banyak air kena masukkan. Kak Long yang menjawab panggilan tolong bagi panduan. Maka, sambil saya mengemas saya biarkan pulut masak di atas dapur. Baunya, semerbak wangi, terus buat rasa lapar. Dah siap tutup api baru perasan tak bubuh sikit garam. Mulalah rasa berbelah bagi, keliru nak kena bubuh ke tak? Sebab saya baca resepi di google kata kena letakkan sedikit garam. Ah, tak kisahla, kata hati. Terus gorengkan ikan masin yang ada sikit je lagi, sambil tu gaulkan kelapa dengan sedikit garam. Masa tu saya fikir balik, kalau ikan dah masin, kelapa pun letak garam sikit, pastilah pulutnya tak payah ada garam, kan? Apa lagi, terus letakkan ke atas pinggan. Ambil gambar bukti sekeping. Tak tunggu lama, terus suap ke mulut. Oooo..sedapnya. Saya makan seorang je, suami tak suka. Lagi bagus, boleh makan banyak.. Ada lagi pulut tu,

Fasa banyak mengajuk

Image
Nazif di saat hampir 20 bulan usia ni memang banyak betul mulutnya. Pok pek pok pek tak berhenti. Sama ada dia mengajuk apa yang orang sekelilingnya cakap, Nazif juga bercakap sendiri seolah-olah membaca bila dia pegang sesuatu. Kelakar pun ada. Bila kita bercakap, samaada cakap dengan orang lain atau memang cakap dengan dia, Nazif akan mengajuk perkataan yang akhir. Ada masanya masa dia lalu depan tv, ayat dalam tv pun turut sama diajuknya. Papanya bercakap di telefon, dia yang duduk kat tepi mengajuk banyak patah perkataan yang disebut oleh papanya. Jadi, sambil sembang, Papa N sambil gelakkan Nazif ni. Kalau orang lain tengah sibuk, ada masanya dia membebel sorang-sorang. Macam menyanyi pun ada. Dia tengok papa, mama dan abang, maka Nazif sebut berulang kali mama papa dan aban.

Masam manis kehidupan

Assalamualaikum semua.. Mood nak menulis nampaknya kebelakangan ni makin berkurang. Banyak perkara di dalam fikiran sebenarnya. Melihat sekeliling, saya banyak sangat berfikiran yang kerdilnya kita sebagai manusia, serba tak tahu, serba tak kena dan serba kekurangan. Allah Maha Mengetahui.. itu sajalah yang boleh dirumuskan. Sama ada berita gembira, sedih ataupun merungsingkan, jawapan kepada semuanya, kita ni kena berdoa banyak kepada Pencipta Yang Maha Kuasa. Buat kawan saya yang gembira campur terkejut kerana disahkan mengandung lagi di usia awal 40an, tahniah diucapkan. Masih diberikan peluang untuk jaga anugerah Allah, insyaAllah, rezeki setiap anak pasti dengan rahmatnya. Okje, teruja tak baca ni? Buat saya sendiri, mengharapkan impian-impian yang ada ni bakal tercapai dan dimudahkan jalan untuk mencapainya. Jadi tak nak sedih-sedih. Tak lama dah cuti seminggu bakal berakhir. Seronok cuti ni. Pastinya otak dapat bebas daripada beban kerja. Sudah pastinya inilah mindset bagi

Sedang memilih atau memang gitu kemahirannya?

Image
Saya perhatikan Naim boleh menulis dengan  kedua-dua belah tangannya. Baru je saya perasan ni. Agaknya memang dia sedang memilih mana tangan yang lagi selesa atau memang ke Naim ni ada bakat macam mamanya? Layankan saja Naim tulis ikut mood dia. Ada masa Naim nak guna tangan kanan, tapi masa yang lain Naim nak guna tangan kiri pula. Asalkan dia rajin untuk buat kerja sekolah sudah, kan? Agaknya kerajinan dia ni disebabkan dia rasa bangga dapat pegang pensel sendiri, kot? Masa menulis tu, Naim selalu sebut berulang-ulang ," Teacher tak pegang tangan Naim pun".  Budak kecil ni pun dah mula tahu pencapaian dia.. Dia seronok siapkan kerja rumah. Seronok dapat pegang dan tulis sendiri. Kita pun samakan, mula dari kosong hingga sekarang..... Takpe Naim, lama-lama nanti makin pandailah kamu..insya Allah

Akhirnya mama tewas

Image
Payah juga rupanya nak lepas susu ya. Rasanya sebab saya dari awal dah berniat nak menyusukan Ahmad Nazif ni selama 2 tahun, cubaan nak hentikan susu dia dalam cuti ni tak berjaya. Baru je cuba sehari, namun dengan kegigihan Nazif melawan, memang tak sampai hati nak bertegas. Jadi Nazif kembali menjadi beg tangan mahal yang dipenuhi barang berharga. Takpe, biarkan dahulu untuk empat bulan lagi... Lepas ni kita fikirkan cara untuk hentikan susu dan Nazif tak menangis meraung macam semalam ya.

22.3.2014

Image
Tarikh yang cukup cantik. Kebetulan pula tahun ni Naim dapat balik ke tanah tumpah darahnya pada tarikh hari jadinya. Kan cantik tu? Bertolak keluar dari rumah pada pukul 2 pagi, kami dah hampir sampai ke kampung Pasir Mas. Dah berkali-kali tanya " mama, bila kita nak sampai ni?" Sarapan kami tadi, singgah di Kuala Krai makan roti canai sardin dan capati. Sedap dan lembut rotinya. Nampak botol gula tu? Haha.. memang kedai di Kelantan ni ada sediakan gula macam tu. 

Niat lain jadi lain

Image
Niat di hati nak buat agar-agar yang dua lapisan macam ni untuk potluck kat sekolah hari ni. Tapi, tahu apa jadi? Hasilnya dapat satu jenis je. Kecewa betul saya. Bukan sekali buat, dua kali tu. Kedua-duanya pun dapat hasil yang sama. Agar-agar dalam gambar di atas tu, yang saya buat untuk kenduri hari Sabtu lalu. Walaupun tu kali pertama seumur hidup saya ni buat agar-agar jenis ni, alhamdulillah menjadi macam tu. Lega saya sebab masa buat tu, memang banyak berdoa semoga menjadi, nak dijamu kepada tetamu yang datang. Kali ni pun nak bagi orang makan juga, tapi bila kali kedua ni, pandai-pandai sendiri, lainlah pula hasilnya. Saya agak, kali ni tak jadi dua lapisan sebab saya masukkan serbuk agar-agar awal. Masa nak didihkan air tu terus letak air dengan serbuk agar-agar, sedangkan kali pertama saya buat Sabtu lalu, saya didihkan air dan gula melaka dulu.  Takpe, ambil pengajaran. Lain kali buat lagi dengan kaedah yang sepatutnya. P/s : Jangan kalut, rasanya itu

Makin nak cuti makin banyak keje

Image
Biasanya saya kalau nak balik ke kampung sendiri, beberapa hari dah mula kemas barang. Kali ni, nak balik kampung Pasir Mas juga, tapi belum kemas barang satu pun lagi. Kerja banyak weh. Tok dan nok duduk elok pun kalu duk sekolah wei. Berpinar mata ni tengok sambil pikir pasal jadual waktu dan kerja lain. Selama ni jadi guru pembantu buat jadual waktu, kerja saya tampal dan edarkan jadual yang dah siap je. Pentadbir baru ni, dasar pun lain. Beliau panggil saya supaya terlibat sekali dalam pembinaan jadual waktu baru. Barulah rasa macam alahan mengandung lagi. Haha.. patutla pening ya, macam-macam nak kena fikir masa buat. Mulalah risau, kalau saya jadi ketua(kot-kotla ketua sekarang dapat pindah sekolah), habisla tak masak, tak senyum, tak kemas rumah dan tak buat apa-apa sehingga siap jadual waktu saya. Kata sibuk ya, sempat pula merepek kat sini. Ok, semoga para ibu yang menanti keputusan SPM anak-anak kesayangan tu akan tersenyum lebar ya nanti. Saya doakan semua berjaya...dengan

Memori

Image
Pernah tak korang terfikir kemungkinan suatu hari nanti korang bakal kehilangan memori? Mungkin melupakan peristiwa manis dan indah yang pernah dilalui? Kalau kenangan yang pahit yang sedih itu tak apa lagi, kan? Memang kalau boleh nak je lupakan perkara sedih atau menyakitkan hati kita. Tapi sekiranya peristiwa penting yang pernah berlaku dalam hidup korang, tiba-tiba pada suatu hari korang dah tak mengingatinya? Korang menyedarinya. Apa korang rasa? Mungkin bukan sekelip mata, tapi sedikit demi sedikit melupakan perkara penting, bulan bergilir bulan, mula salah mengingati peristiwa lalau. Pernah bayangkan keadaan tu? Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, manakala kita ni umat yang sangat lemah. Tiada satu-satu perkara yang 100% dalam kawalan kita sendiri, melainkan dengan kehendak Allah S.W.T kesemuanya. Berdoalah kita semoga dijauhkan daripada sifat lupa serta penyakit yang melibatkan salah ingatan.  Kalau diuji juga sebegitu, pasti ada hikmahnya yang kita tak tahu. Kenalah

Kenduri daun sup dan daun bawang

Image
Ai semua.. dah makan tengah hari? Makan apa tu? Kami hari ni makan nasi dengan daging merah dan ayam goreng je. Tapi yang istimewanya lauk kami hari ni, dua - duanya penuh dengan hirisan daun sup dan daun bawang. Jangan gelak tau. Habis, stok daun sup dan daun bawang ada banyak sangat lagi. Kalau tak guna membazirlah nanti kan? Papa N tadi dah gelakkan saya, masa dia tengok pinggan penuh dengan daun sup dan daun bawang. Katanya, apa ni? Lepas saya bagitahu tu, sekali lagi saya kena gelak. "Itulah, beli daun sup daun bawang macam nak kenduri beratus orang makan". Habis, mana saya tahu, bila mak mentua bagitahu saya kena beli daun sup dan daun bawang banyak sikit untuk buat soto, saya ambillah banyak sikit. Tak sangka rupanya banyak sangat. RM 8 saya bayar untuk daun sup, daun bawang, daun ketumbar sikit dan daun pudina juga sikit. Hihi. Pasti korang gelak besar lepas baca ni ya. Maklumla orang tak biasa beli barang untuk jamu orang ramai makan. Kalau untuk makan dal

Selesai sudah

Image
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi dengan berjayanya kenduri doa selamat yang saya niatkan sempena kesihatan Naim. Pukul 6 petang ni, keluarga Abang Ipar saya bertolak balik, sebagai tetamu terakhir, maka kembali kosong rumah kami yang mula meriah sejak pukul 6 petang semalam dengan kedatangan Opah dan Atuk Naim. Lega sangat, kesibukan beberapa hari ni terasa berbaloi. Penat kemas, 3 kali pergi beli barang pun ada lagi tak lengkap, risau mencari orang untuk bacaan yassin dan nak agak berapa banyak beli barang adalah antara perkara yang memenuhi fikiran saya tiga hari ni. Siap upah bibik Indon datang tolong kemas rumah lagi pagi semalam.  Terharu saya masa bacaan yassin tadi, ustazah tu turut sama meminta doa untuk keselamatan para penumpang MH370. Sebak hati saya bila mendengar sepatah dua kata oleh ustazah tentang kebesaran ukhwah sesama manusia. Insya Allah, kami masih lagi mengharapkan berita baik tentang MH370. Lega makanan yang disediakan habis, sesuai dengan juml

Kalau sudi....

Image
Tambah saham akhirat

"2ND BIRTHDAY BLOG CAHAYA HIDUPKU " 12 MAC 2014"

Image
Terima kasih kepada Ciksu, QasehnyaRania sebab tag akak untuk sertai giveaway ni. Ikutkan saya memang banyak kerja sekarang ni, ditambah pula memang malas nak masuk apa-apa peraduan, tak pula follow blog tu, malas la nak masuk.. Tapi, disebabkan kali pertama untuk tahun ni, ditambah pula jarang nama saya ditag kalau orang lain buat giveaway macam ni, saya rasa cubalah dulu, kot-kot dapat meramaikan kawan nanti. Lagipun , blog Cahaya Hidupku ni bila saja jenguk, macam blog sama genre , nampak menarik perkongian petua, kisah anak-anak dan resepinya, pasti sesuai nanti nak membacanya entrynya. Baru  jadi follower, memang tak harap nak menanglah. jadi cukuplah sekadar memeriahkan... syarat nak kena tag kawan 3 orang tu, rasanya  disebabkan saya buat entry ni pun dah lewat, tak payahla tag kawan lain ya. Ada beberapa jam saja lagi nak habis masanya. Hihi.. mmg sesuka hati saya pulak ya.. ubah syarat.. "2ND BIRTHDAY BLOG CAHAYA HIDUPKU " 12 MAC 2014"

Sebab susu, mama jadi ibu

Naim yang comel ni, macam-macam gelagat dia seharian. Tak boleh mamanya nak duduk diam. Sama ada tegur dia, jerit, gelakkan dia ataupun kena temankan dia belajar, semua pun memang nak mamanya teman. Baguslah tu kan.. masa anak nak bermanja ni, layankan aja. Petang semalam, saya balik dengan bahan-bahan nak buat ais krim yogurt. Naim ni seronoklah dia. Makanan kegemaran dia. Selepas diberi amaran, dia tak buka peti sejuk banyak kali. Boleh pula dia bersabar rupanya.. kalau tak, Naim tunggu je depan peti sejuk, dia ingat akan cepat beku kalau dia buat gitu kot. Lewat sikit semalam, Naim minta nak minum susu segar, susu ini lebihan daripada yang saya guna untuk buat ais krim. Dia kan pandai je puji kalau benda dia suka. Berkali-kali Naim kata yang sedap susu tu. Naim tanya kat mana saya beli. Hihi.. kelakar Naim ni. Yang buat lagi kelakarnya, masa Naim minum susu tu, dia mula panggil saya ibu. Berkali-kali sehingga dia tidur. Apa-apa sahaja dia sebut ibu. Contohnya, " ibu, amik a

Lagi tinggi gaji, lagi besar tanggungjawabnya

Masih lagi berbincang dan berdoa untuk pesawat MH370. Sesungguhnya, semua sangat mengharapkan ada perkhabaran tentang pesawat ini. Melihatkan paparan tv, saya dan suami pernah menyebutkan besar gaji, tanggungjawab pun besar bila melihatkan para pegawai menjawab pelbagai soalan yang diberikan oleh para wartawan dalam sesi soal jawab media. Nampak berkerut muka diorang tu. Agaknya sejak kes ni, berapa jam sahaja mereka sempat tidur? Sesungguhnya itulah hakikat kehidupan, diberikan gaji 30k atau lebih, pasti gaji itu datang dengan tanggungjawab yang lebih besar berbanding orang lain yang gaji 5k. Insaf ...... sesungguhnya Allah sentiasa berikan hidayah kepada sesiapa yang ingin berfikir dan menerima. #p/s : tak jadi mengeluh pasal banyak kerja. Memang tak bermusim, namun pastinya risiko lebih rendah.

Orang lain diet atkins, saya?

Image
Seronok mendengar khabar pasal aktiviti kokurikulum minggu ni dibatalkan kerana jerebu, saya cepat-cepat sediakan bahan untuk buat capati. Dah berapa lama beli tepung attar ni, rasanya dah sebulan setengah, tapi  buatnya baru sekali. Entah apa motivasinya pagi ni,  yang pastinya terasa nak makan capati dengan kuah kuzi. Cepat-cepat bancuh tepung atta dengan air suam bergaram. Sementara menunggu tepung tu rehat sebentar, saya sempat tanda buku. Mula rasa berbelah bagi nak buat kuzi ke tak. Buku angkut balik beriya-iya. Sempat tanda sikit je.. Tapi, alang-alang dah siap uli tepung tu, saya buat jugalah. Kuzinya, saya bancuh rempah kuzi yang dah tinggal sikit dengan sos cili dan sos tomato, dagingnya, patty daging kambing yang ada berbaki lagi 2 keping. Tumis dalam pemanggang ajaib dan tinggalkan mereneh sambil saya bakar capati di sebelah. Bila dah siap capati, buka tengok kuzi dah kering...tapi, saya memang suka jenis kuzi kering dan agak pekat macam ni. Kalau nak makan dengan

Hobi baru Naim

Image
They said... Baby will make loves stronger, days shorter, nights longer, dirty clothes, home happier, and the future worth living for... Nak tambah lagi sikit petikan ayat ni... Jangan dilupa.... dinding rumah, peti sejuk jadi medan melukis menconteng. Alangkah bertuahnya ada ruang yang besar. Bagus Naim.. bagi Papa lebih kerja ya.. bagi mama naik panik.. bila nampak mama macam naik angin, pandai dia buat baca buku... sabor je la..

Kerana berita MH 370, Papa N makan maggi

Tumpang simpati dan gelisah sambil mendoakan keselamatan para penumpang pesawat MH 370, kami sepanjang petang dan malam ni memang tak banyak tinggalkan tv. Semata-mata nak dengar perkembangan terbaru kes.  Petang tadi, masa temankan anak-anak main kat garaj, saya tengok jiran sebelah yang kerja pramugara MAS ni baru nak keluar dengan uniformnya. Terus rasa sayu, semoga perjalanannya selamat ya. Kalau dalam WhatApps, memang macam-macamlah beritanya. Dah diumumkan supaya kita jangan membuat sebarang spekulasi sehingga diumumkan secara rasmi oleh pihak berkuasa. Jadi, eloklah kita tak tambahkan kesedihan dan kerisauan para keluarga yang terlibat. Alahai, dah 20 jam ni, tak terbayang perasaan keluarga yang terlibat tu. Malam ni pula, Papa N kata tak payah masak, dia makan maggi pun tak apa. Boleh tengok berita pasal kehilangan pesawat tu, alasannya. Seronoklah saya dengar, maknanya tak payah masak lauk untuk malam ni. Masak maggi bukan lama pun. Saya dan Nazif habiskan nasi dan lauk teng

Hadiah hari jadi Naim

Image
Sempena 4 tahun, Naim dapat basikal yang comel. Seronoklah dia sebab dapat hadiahnya awal dua minggu. Bukan Naim tahu pun bila hari jadi dia. Cuma dia seronok sangat menyanyikan lagu selamat hari jadi kebelakangan ni. Comelkan basikal ni? Ada bakul, ada tempat duduk belakang, ada tempat tutup rantai basikalnya, nampak kukuh, besi pada roda pun tegap.  Bangun je pagi ni, Naim terus mengajak main kat luar. Sementara masih lagi belum panas, saya ikutkan saja.  Bersungguh Naim kayuh basikal barunya. Ketinggiannya macam sesuai, nampak Naim selesa mengayuh berbanding semasa dia pakai basikal lama yang tayarnya tak ada angin tu. Siap bawa botol air tu...tak tahan betul, padahal kayuh tu di sekitar lorong rumah kami je. Dah lama sikit, Naim mula nak kayuh ke kawasan padang bola. Bila tengok ada pasukan bawah 12 tahun tengah berlatih, Naim pulak nak main bola. Balikla kami ambil bola di rumah. Bahagian yang Naim main ni tak rupa padang pun. Rumput kering dan mati.

Maaama mia...Olivye

Image
Sedap rasa kentang bila dibuat salad macam ni rupanya... MD , maaf ya.. Saya ni kalau memasak memang biasalah, memandai nak buat versi sendiri. Sambil goreng bihun pagi tadi, saya rebuskan kentang. Memang niat nak buat salad ni. Tambah telur rebus dan sosej. MD kata kena parut kentangnya, saya tak ada pemarut, jadi saya potong kecil-kecil semua benda tu. Dah campur semua dengan mayonis baru perasan tak ada sayuran campur pulak. La, kalau dah siap gaul, dah selamat masuk ke dalam mulut dua suap, malas pulak nak rebus sayur. Bukannya hari cuti nak main-main lama-lama kat dalam dapur, kira halal jelah makan yang macam ni. Ini pun dah cukup sedap. Kalau tahu macam ni,  saya buat banyak tadi. Yang dah ada ni cuma empat biji kentang saiz comel je. Nampaknya resepi yang bakal dicuba lagi..

Lega sementara

Image
Assalamualaikum semua. Saya tengah mood gembira malam ni. Alhamdulillah rasa tenang sikit sejak petang tadi. Seminggu lebih ni, rasa hidup haru-biru. Risau nak kena cerap satu hal, sibuk pasal pertandingan bicara berirama pun satu hal juga. Namun, bila dah selesai kena cerap pada hari Isnin hari tu, satu kelegaan besar saya rasa. Walaupun guru pencerap tu belum lagi panggil saya untuk bagi komen beliau, namun saya dah rasa macam melepaskan satu beban besar. Sempat rasa nak marah masa kena cerap hari tu, sebab murid-murid mengada-ngada. Saya dah rancang baik-baik, sengaja pilih pelakon dan dua murid lain bacakan skrip drama untuk pengisian kelas, tapi si pelakon ni pula tunjuk pandai kat depan kelas. Sempat dia mengajar kawan dia cara nak baca skrip dengan betul pulak..Hai, geramnya saya tapi sabar je masa tu. Eh, lupa bagitahu korang, kelas saya ni ada seorang murid yang jadi pelakon drama dan iklan tv. Tapi taklah popular sangat pun. Tak layahla saya bagitahu namanya ya.. H

Nasi goreng planta dengan daging cincang

Image
Bestnya nama. Padahal saya masak sesuka hati je untuk sarapan saya pagi ni dan sebahagian buat bekal Papa N ke pejabat. Makanan biasa macam ni pastilah sedap hasilnya, jadi taklah saya rasa malu nak tunjuk kat korang di sini. Rupa nasi goreng planta dengan daging cincang saya pagi ni. Cara memasak : Panaskan dua sudu besar planta. Tumiskan bawang, masukkan daging cincang. Masukkan sos tiram dan sedikit garam. Dah nampak ok, masukkan cili padi ikut kepedasan yang korang nak. Kemudian, masukkan lobak merah, kacau lagi untuk sekejap. Masukkan pula kacang panjang. Kan nampak lawa warna  warni tu. Akhir sekali masukkan nasi. Sebelum tutup api, sila rasa ya. Tadi saya tambahkan sedikit kicap cair untuk seimbangkan rasa pedas dan masin.  Tengok ya, apa isteri mithali ni bagi pada suami dia pagi ni. Mula-mula Papa N gelak bila saya tunjukkan beg ni. Dia jenguk tengok kat dalam ada tupperware yang ada nasi goreng, sudu dan sebiji epal hijau. "Beg ni?". Malas

Padah bila derhaka

Hari ni saya beriya nak masak istimewa, kononnya. Pukul 10 dah tung tang kat dapur sediakan bahan sambil masak. Sambil itu juga saya sediakan rencah untuk masak seminggu, hihi, entah hangat-hangat tahi ayam ke bakal berterusan ni. Kebelakangan ni nampak banyak blog tunjukkan sedia bahan masak banyak-banyak bagi memudahkan masak pada hari kerja, saya pun nak ikutlah... Jadi, masaklah nasi lobak merah, ayam panggang berempah kesukaan saya dan ayam masak merah untuk kuahnya, serta acar timun dan karot. Acar tu saya sediakan awal sekali, lepas tu simpan dalam peti sejuk. Naim dan Nazif ni bukan boleh tengok sayur, belum siap mamanya masak, dah separuh pinggan tu diorang makan acar ni. Mujur juga diorang makan banyak, lepas tu, Naim ambil sendiri acar tu lalu pinggan jatuh ke lantai. Terkejut betul, mujur tak pecah kena kaki dia masa tu. Acar jelah yang tak dapat diselamatkan. Jadi, saya makanlah nasi lobak merah yang tak cukup rasa dengan kuah ayam masak merah dan ayam panggang berempah