Posts

Showing posts from March, 2013

Kerana Cikgu Rok

Image
Cikgu Rok yang saya nak cerita hari ni ialah guru kaunseling di sekolah yang saya mula bertugas. Sebagai guru baru, saya dan rakan-rakan banyak diberi tunjuk ajar dan bantuan orang guru-guru senior termasuklah Cikgu Rok ni. Korang ingat Cikgu Rok yang namanya muncul dalam blog saya ni macam mana? amik masa teka perwatakan dia dulu sebelum korang sambung baca... Tak nak teka pun tak pe. Memang saya nak ceritakan ni. Sebagai guru baru yang yang mengenali Cikgu Rok ni saya beranggapan dia ni seorang yang garang, tak friendly, payah nak didekati dan rasanya pada waktu tu saya agak segan kalau nak saja  saja tegur dia, tak macam tegur rakan guru yang lain. Nak dijadikan cerita, pada suatu hari Cikgu Rok ni beriya iya ajak saya ke rumahnya untuk diperkenalkan dengan anak buahnya. Kali pertama, berjaya saya tolak pelawaan tersebut. Esh, macam saya ni tak laku pulak, nak kena orang perkenalkan bakal suami, kan? Tapi tak lama lepas tu, Cikgu Rok ni ajak lagi. Adui, pecah kepala fikir alasan

Kak Tini, saya dah beli

Image
Hai semua, apa khabar? buat apa hari ni? Saya hari ni bukan ada buat kek pun sebenarnya. Yang dibuat semalam, tiramisu belum habis makan lagi.. saja nak tunjukkan penimbang yang dibeli semalam. Haha, beli penimbang pun nak heboh ye..korang jangan gelakkan saya ye.. mulalah saya terfikir yang bagi sesuatu yang belum pernah kita buat, walaupun benda tu remeh, bagi kita ianya tetap sesuatu pencapaian, kan? Macam saya pernah gelakkan cikgu prasekolah yang mengajar murid tulis nombor 1, 2 dan abc satu muka surat penuh... kira sama kes lah ni.. Bukan apa, selama ni kalau sesuatu yang memerlukan sukatan pasti saya timbang guna tangan aja. Hasilnya ada masanya ok, ada masanya terlembik atau terkeras.. Jadi semalam dengan semangat wajanya, saya beli penimbang kecil ni. Betul kata Kak Tini, rupanya benda ni bukan mahal pun. RM 7.90 je, harganya.. Lepas ni saya dah boleh buat kek selalulah nampaknya...

Baik yang anda fikirkan baiklah jadinya

Image
Cepat sungguh masa berlalu kan? diam diam dah nak habis cuti sekolah ni. Masa seharian berlalu dengan melayan dua Ahmad ni terasa cepatnya. Lega bila tengok kedua duanya tidur lena. Melihat wajah Naim ni, terasa bersalah pula sebab tadi saya ada marah dia kerana berkali kali mengada-ngada. Akhirnya dia datang menghimpit saya, dah minta diusap kepala, tak lama pun dia terlena di tepi kepala saya. Teringat pula kata kata mak saya semasa balik ke kampung hari tu, "macam mana awak sayang anak, ambo pun sayang anak gitulah,"... Alhamdulillah, seronok saya dapat balik kampung walaupun tempoh empat hari terasa singkat sangat. Sekejap sangat macam mandi pun tak basah, terasa hiperbola ni memang sesuai nak menggambarkan pengalaman saya. Namun syukur saya panjatkan kepada Illahi kerana saya dapat jumpa ahli keluarga di kampung dengan semuanya sihat. teringat lagi muka sedih ayah sewaktu kami nak bertolak balik. Terasa bersalah je sebab balik ke kampung cuma empat hari... Tapi apak

Cuti: Menunaikan hasrat

Image
Hari ni saya bersiaran dari kampung. Seronoknya dapat balik kampung sendiri kan? Sekali sekala balik, bermacam macam perkara yang nak dibuat. Terasa tempoh balik ke kampung 4 hari memang singkat sangat. Apa tidaknya, kalau balik, beberapa hari dah diperuntukkan untuk pergi makan di tempat-tempat yang memang menjadi kewajipan bagi anak beranak kami. Kali ini pula tambah lagi satu tempat makan iaitu di kedai nasi ulam budu. Boleh je suami saya cakap yang sejak kahwin saya tak pernah bawa dia makan kat sana, sedangkan kedai tu selalu masuk dalam rancangan tv. Jadi, kali ni bawalah dia pergi makan kat sana. Dua pinggan besar penuh ulam habis dimakan cicah dengan budu tempoyak. Saya pula kalau balik, masa nilah nak ambil peluang beli barang dapur untuk dibawa balik ke BSP. Rempah kat rumah dah habis, jadi beli banyak banyak kali ni. Masa kerja tak sempat nak ke bank, hari cuti juga lah boleh pergi ke bank. Lalu lalang kat sana sini ternampak macam benda yang berkenan, masa itu jugalah

My Sayang dah masuk tiga tahun.....

Image
Semalam, sekitar jam 12 malam, kami tiga beranak termasuk Nazif menyanyikan lagu hari jadi untuk Ahmad Naim. Tak sangka cepat masa berlalu..Tiga tahun yang lalu, tarikh 22hb Mac macam ni saya tengah demam panas dan tetiba terpaksa dilakukan pembedahan kerana dikhuatiri membahayakan bayi kat dalam perut, maka dapatlah jumpa Ahmad Naim pada pukul 5.42 petang....keluar awal sikit dari waktu sepatutnya, Naim waktu tu kurus sangat dan nampak gelap.. adik saya pernah cakap yang, tak sangka lepas dua bulan Naim dah jadi bayi yang comel.. haha, adikku, mana mana bayi pun comel.... Wahai anakku Ahmad Naim, semoga dirimu sentiasa sihat. Moga Allah merahmati dirimu selalu. Semoga membesar jadi anak yang soleh, cergas dan pintar ye sayang... semoga dirimu juga sentiasa berjaya... esok dah besar, Naim jaga mama tau...

Tanda-tanda nak mati ke?

Korang pernah dengar tak  yang orang selalu cakap, kalau kita tengok seseorang tu berubah kelakuannya secara tiba-tiba tu tanda-tanda yang dia hampir nak mati.... Sebelum tu, saya nak cerita sikit tentang peristiwa yang baru berlaku semalam. Sebab peristiwa ni jugalah yang buat saya kembali terasa nak menulis. Sebenarnya sebelum ni saya berhajat nak tutup aje blog ni. Memang dah tak minat nak menulis lagi. Suami saya, tetiba je semalam semasa dia tengah sibuk buat kerja tu tetiba je dia panggil saya. Beriya tu sebab nak tunjukkan yang nama anak-anak kitaorang ni nama hebat, katanya. Alasan dia sebab ada blog yang tulis nama anaknya pun sama, iaitu Naim dan Nazif. Saya pada mulanya dah memang tak berapa nak layan. Saya dari jauh dah tegur yang itu blog saya kot,tapi  suami saya ni cakap, " taklah, ni mama diorang nilah yang tulis. Ada orang lain yang anaknya sama dengan nama anak-anak kita",  dengan seriusnya dia jawab. Jadi, saya pun datang dekat sebab nak tengok sendiri.

Otak kosong dan gastrik

Wah, tak best langsung tajuk. Selalunya saya cuba menulis dengan tajuk yang positif dan menarik. (Menarik pada pendapat sayalah). Bukan apa, rasanya tajuk tu cukup sesuai nak menggambarkan situasi saya sekarang. Di sekolah minggu ni minggu ramai guru yang kena cerap. Padahal setiap hari memang 5-7 waktu mengajar, keadaannya ok je. Tapi, kalau dengar khabar akan dicerap, maka bermulalah fasa tak tidur lena, hati tak tenang, otak jadi kosong dan stress hingga saya hari ni sampai dapat gastrik. Ni semua gara-gara semalam diberitahu saya akan dicerap oleh ketua panitia esok. Sebenarnya saya lebih rela tak diberitahu terlalu awal. Ni lah akibatnya kalau dapat tahu awal, risau dan rasa tak tahu apa yang bakal dipersembahkan. Padahal ini bukan kali pertama, hari Selasa yang baru ni sebenarnya saya baru sahaja dicerap oleh Pengetua. Pengetua hanya memaklumkan kepada saya sejam sebelum dia nak masuk ke kelas saya. Memang tertekan juga pada waktu tu, namun tempoh yang singkat untuk bersedia

bungkus apa yang ada

Image
Ai semua... Kalaulah di Malaysia ni ada perkhidmatan penghantaran barang dari pasaraya ke rumah kan bagus? Bolehlah orang yang macam saya berjimat. Apa taknya? Kalau pergi ke pasaraya dengan senarai barang ada lima, tapi baliknya tentu lebih dari lima. Ada sahaja benda lain yang cantik, yang berkenan di hati. Sebab hari ni saya ternampak mission wrap ni, saya pun belilah. Teringat yang saya pernah tengok benda ni di blog Kina, jadi terus saya ambil. Ambil juga Ayamas popcorn bites untuk dijadikan intinya... Keluar Giant dengan perasaan gembira, sebab dapat beli barang ni, padahal bukan tujuan nak pergi beli benda ni, ai lucu betul. Apa lagi, terus saya buat benda ni sebagai makanan petang tadi. Intinya ayam popcorn tu yang dihiris nipis, mayonis, bawang besar, salad, nenas dan timun. Sumbat apa yang ada dalam peti sejuk saya je. Kali pertama buat, kemain banyak masuk inti, teruk nampak balutan yang saya buat. Kelakar tengok bentuknya yang gemuk, memang nampak tamak.. Tapi, sendiri

pulut mangga

Image
Dalam entry semalam saya ada tanya nama makanan di dalam mangkuk kecil kan? korang tengok betul betul, agaknya apa benda ni? jawapannya pulut mangga.... haha, ni kali pertama saya makan pulut mangga dengan ais parut macam ni.. versi kelantan dan perlis yang pernah saya makan hanya ada pulut, mangga kuning manis dan kuah santan, disediakan dalam pinggan leper, bukan dalam mangkuk macam ni... sorang je yang komen teka nama benda ni... Nastyna, bukan cendol ye...... nak rasa pulut mangga ni, datanglah ke gerai makan di Taman Warisan Pertanian Putrajaya...

Ini baru dua

Image
Keluar, jalan-jalan atau makan angin, seronok kan? Tapi, kalau dah ada anak ramai, takkan sama kan? Apa taknya, dengan dua hero ni, kalau nak keluar jalan jalan pun memang agak mencabar prosesnya. Ambil contoh hari ni, pada hal kami rancang nak pergi minum petang di Taman Warisan Pertanian Putrajaya je, dekat  tapi bukan main 'senang' prosesnya. Nazif pada waktu tu langsung tak nak diletakkan, nak didukung aja. Naim pulak lagi banyak cekadaknya. Mulanya payah nak mandikan dia. Asyik sangat tengok video di you tube. Bila dah mandi, dia buat hal sebab nak pakai seluar adik pula. Tak faham betullah, dah dipujuk macam-macam akhirnya kami yang mengalah, bagi juga dia pakai seluar Nazif walaupun memang nampak seluar tak cukup kain.. Kisah di dalam kereta semasa perjalanan tak payah ceritalah. Pendek cerita macam bawa lima orang anak, walaupun Naim je yang berkebolehan kat situ. Bila sampai kat Taman Warisan Pertanian tu pula, korang ingat boleh makan dengan nikmat? Jangan harap

Pertama kali buat kek keju

Image
Balik dari sekolah petang semalam, gagah saya buat 'non bake cheese cake with oreo'. Memang boleh kata semangat betul nak buat kek keju ni. Apa taknya, dengan lulut yang luka, terasa berdenyut-denyut tu, masih lagi sempat buat kek ni.. Haha, sebab kelalaian sendiri sebenarnya. Saya berjalan kemain laju bila dengar loceng balik sekolah, saya terpelecok lalu lutut comel ni cium jalan raya.. Bukan salah buku yang banyak atau wedges yang tinggi dipakai tu. Akibatnya berdarahlah lutut saya.. Dah beberapa hari fikir nak buat kek keju ni. Kat rumah saya ni, kalau korang nak tahu, memang tak ada peralatan buat kek kecuali oven je.. Sebab saya terasa nak buat kek keju ni, sengaja saya beli hand mixer.. haha, sanggup tu. Memang bila dah minat. kita tak kisah nak beli barang. Selama ni memang tak terasa langsung nak beli benda-benda macam ni.. Bahan-bahan nak buat kek keju ni. Korang nak tahu lagi tak, memang sebab tak pernah beli bahan nak buat kek ni, saya ambil masa setengah jam

Pilihan

Assalamualaikum semua.. Alhamdulillah lega dapat ambil sikit masa menulis di sini. Saya sebelum ni gigihkan diri BW ke blog rakan-rakan yang singgah sini sementara saya dilanda kesibukan dua hari yang lalu.. Ni pun kena laju-laju sebab banyak lagi yang nak kena dibuat ni.. Setelah di'stress'kan dengan banyak kerja sepanjang minggu ni, ditambah dengan pengendalian rumah yang juga kucar kacir, akhirnya saya buat keputusan nak jauhkan diri dari blog.. semua gadget yang mendekatkan diri saya dengan blog juga saya jauhkan sementara dua hari yang lalu. Memang sukar buat macam tu bagi saya. Biasanya nak juga tengok sikit. Tapi saya tekad. Ada masanya macam nilah, kita memang kena buat pilihan. Terutamanya insan yang lemah macam saya. Dengan kudrat yang lain, tak mampu nak buat semua perkara dengan baik dalam masa yang sama. Bercakap pasal pilihan juga, satu pencapaian bagi saya dalam minggu ni..Nak bagi tahu ni dengan korang... Semalam saya berjaya sampai ke Subang Bestari dan