Ahmad Naim dah sihat

Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi kerana anak kami buah hati kesayangan kami dah baik daripada demamnya dan malam ni kami dapat tidur di rumah. Lain rasanya lepas 4 malam tak balik ke rumah. Haha..berselerak pastinya.

Berjaya dengan mudah saya tidurkan Naim tadi. Tepuk sikit dan layan dia citer tentang kereta yang disukai, tak lama dah berdengkur pun dia. Padahal, itu bunyi kahak masih ada.. takpe, asalkan Naim dah tak demam lagi, kita usahakna pula supaya masalah selsema Naim mudah selesai.

Kalau berkesempatan, nanti saya kongsikan kisah Naim di wad. Saja nak tulis pendek kali ni untuk korang tahu Ahmad Naim dah sihat macam biasa. Tak bayak idea dan saya masih lagi penat, kami balik pun dah nak waktu asar tadi..pejam mata je dengan keadaa  rumah yang berselerak tu..

Terima kasih kepada semua yabg mendoakan kesihatan Ahmad Naim kali ni. Benda yang tak dijangka betul..
Alhamdulillah syukur sekali lagi...

Comments

  1. Alhamdulillah dah tak demam.. semoga cepat sembuh dari selesema pulak..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah dah naim dah sihat , baru lega hati kan

    Amni sekarang ni kerap berdarah hidung

    ReplyDelete
  3. Syukur Alhamdulillah Naim dah sihat..

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah...semoga kesihatannya bertambah baik

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah...lega dengar naim dah sihat, moga naim terus diberi kesihatan yg baik inshaAllah

    ReplyDelete
  6. as-salam
    sian Naim. sampai warded.
    nanti akak citer ye.. mana tau boleh dijadikan panduan utk ibu ibu yg lain kalau terjadi macam ni kan,
    ciksu doakan semoga Naim sentiasa diberikan kesihatan yang baik. aamiin..

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah lega baca n3 ni.. moga terus ceria yer !

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah dia dah sihat
    take care yea

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah, saya pun lega tahu berita gembira ni…
    Skrang ni, mmg saya beri anak2 makan beberapa biji habbastus sauda tu hari-hari… so far mmg serasi utk anak2… AN cuba la utk hilangkan selsema tu….
    Kalau utk hilangkan kahak tu pula, saya suka wapkan Danish dengan air panas mendidih yg diletakkan beberapa ulas bawang putih…. boleh nampak yg dia lebih selesa bila buat treatment lagu tu..

    ReplyDelete
  10. dah bersekolah ke abe naim ari ni

    ReplyDelete
  11. Tu dia 4 hari tak balik rumah....tapi alhamdulilah naim dah ok...

    ReplyDelete
  12. Tu dia sampai 4 hari kat hospital...tapi alhamdulillah naim dah ok...

    ReplyDelete
  13. Saya dah baca dah entry ni tapi tak sempat komen, and again nak say Alhamdulillah dah baik semuanya. Lega banyak la kan, take ur time, have a good rest ok.

    ReplyDelete
  14. kak, nanti boleh masak balik k bg naim mkn kenyang kenyang :-)

    ReplyDelete
  15. Macam dah baca tapi tak komen lagi? Very unlikely saya punya style nih... Maybe baca guna tab itu yang semput tak leh komen :)

    Apa-apa pun syukurlah Naim dah sembuh dan susah hati Mamanya pun dah surut. Harapnya ia pengalaman yang tak akan berulang lagi. Sedih kalau anak-anak sakit nih... Lara aje hati emak rasanya!

    ReplyDelete
  16. Alhamdulilah Naim dah sihat....lega auntie bila Mama pun senang hati...
    Okje paham macamana leganya perasaan awak tu AN...

    ReplyDelete
  17. lega rasa bila naim dh sihat.Alhamdulillah

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?