Posts

Showing posts from September, 2014

Mood

Image
Saya ni bukan jenis orang yang akan iron baju untuk seminggu atau sebulan terus. Eh, sebenarnya pernah buat macam tu, tapi tak konsisten buat bila pernah pada hari kejadian,  saya rasa tak nak pula pakai baju yang dah sedia digosok tu. Jadi kebanyakan masa memang saya gosok baju pada pagi di mana ikut mood saya pada hari tu. Kalau hari sibuk tu, mulalah rasa kalut, kan? Baru terasa patut dah gosok baju awal-awal lagi. Pernah juga nak pakai baju ikut warna aura kononnya. Tapi akhirnya pun pakai ikut suka hati je. Hari yang patut pakai warna pink, saya pakai warna hijau. Ikut suka hati katakan. Untuk esok, disebabkan saya kena ke sekolah lain awal pagi, saya nak gosok baju sebelum tidur nanti. Dijangka mood elok kot untuk pagi esok. Sebabnya saya pilih nak gosok baju yang berwarna ceria untuk dipakai esok hari.. Kata-kata yang menggambarkan perasaan saya sekarang... hopefully so...

Agar-agar sedap dimakan masa cuaca panas

Image
Nampak cuaca kat luat tu panas elok. Seronokla rasanya, dengan harapan kain baju akan kering semuanya menjelang petang ni. Maklumla, kawasan sini dah beberapa hari akan hujan je menjelang petang. Akhirnya, bertimbun baju kat luar sebab tak kering dan bilangan yang kotor juga bertambah. Sesuai dengan cuaca panas ni, jom nak kongsikan makanan sedap dan mudah. Nak kata kongsi resepi pun tak boleh sebab mudah sangat. Agar-agar biasa dimasak dengan kadar gula dikurangkan ataupun agar-agar yang terkurang gula. Dalam kes saya macam itulah selalunya, sukatan gula ikut suka hati dan sentiasa sikit sebab tak suka benda yang manis dan takut gemuk. Tapi bila tawar sangat tak habis pula nak makan, kan? Jadi, nak menyelamatkan makanan dan akhirnya menjadi sesuatu yang sedap, potong kecil agar-agar korang. Kemudian masukkan ke dalam bekas, campur susu cair dan sedikit gula melaka ikut tahap kemanisan yang korang suka. Makan masa baru dikeluarkan dari peti sejuk. Sejuk je masuk ke tekak.

Assignment mak tiri

Image
credit to google image Korang biasa tak gunakan istilah mak tiri  bila nak labelkan orang sikapnya menyakitkan hati? Kalau yang agak beza umur banyak, memang jadi mak tirilah dia tu. Lagi satu kalau lebih kurang sebaya akan digelar kakak angkat atau adik/kakak tiri.. Haha.. dah lama saya tak gunakan istilah mak tiri ni sebenarnya. Kebetulan pula, masalah saya dan beberapa rakan yang terlibat dalam beberapa hari ni adalah berkenaan dengan orang yang sama. Bermula dengan seorang kawan bagi saya mesej whatapp yang berbunyi " Kak, ko dah buat ke assignment yang mak tiri suruh tu?" Gelak besar saya masa tu. Bukan apa, assignment yang disuruh tu memang menakutkan, semput nak siapkannya, tapi gelaran mak tiri tu menceriakan saya. Memang kenalah dengan keadaan ni.  Apa pun, perlu bersikap profesional. Hidup tetap kena diteruskan. Tak baik melabel orang macam itu kan? Haha, tapi keadaan sebenar taklah teruk pun.  Entry ini pun terhasil setelah saya

Telan pahit dan pedasnya

Image
Baru tadi saya lepas makan semangkuk mee segera. Peliknya maggi ni pada mulanya taklah pedas tapi bila dah habis, bibir dan lidah mula rasa macam pedas.  Tadi nak sangat makan maggi tu sebab nak segarkan diri untuk buat kerja yang ada. Ai, macam-macam pulak.. Banyak pula yang saya fikirkan sambil makan tadi tu. Apa taknya, makan sorang-sorang pada pukul 11.20malam ni. Rasa aman bila rumah dah sunyi. Hari ni hero-hero semua dah tidur awal. Pahit dan pedas. Begitulah kehidupan kan? Pahit ke pedas ke kita kena telan kalau dah tiba masanya. Pahit atau pedas tu mungkin sebagai bantuan untuk kita. Kita mungkin lebih mengenal diri bila mengalami keadaan macam tu kan? #Entry yang mungkin saya je faham erti sebenarnya.. Gambar penyeri entry kali ni disumbangkan oleh hero hensem saya yang bergigi lawa tu, Encik Ahmad Naim. Hasil kerja mewarna dia hari ni. Bila perhatikan kertas ni, saya nampak perkembangan Naim ni. Awal tahun hari tu, hampir setiap hari papanya pegang ta

Hati anak

Image
Di saat mama buat kerja. Kononnya nak kemas rumah, lipat baju atau menonton tv. " Mama, mama tanya Naim. NAIM TAK APA-APA KE?" Pinta Naim sambil tarik tangan saya. Saya mula fahamla..kena cepat-cepat tanya seperti yang dia suruh tu. Terima kasih Naim, kerana mengingatkan mama kamu ni.. Ada masa mama sibuk dengan kerja sekolah dan kerja rumah.. Hampir menangis saya bila Naim cakap " Terima kasih mama. Mama ni baik. Naim sayang mama". Kata-kata terima kasih tu sebab mama mendengar dia nak bercerita pasal kawan-kawannya di sekolah sambil mama lipat baju yang setimbun. Macam baju tu akan rosak kalau tak lipat lagi, kan? #prayforthebestformykids

Rezeki hari ini

Image
Alhamdulillah.. hari pertama kerja selepas seminggu cuti ni murah rezeki orang yang tak ke mana-mana seminggu cuti hari tu.  Antaranya saya dapat kerepok segera yang canggih pembungkusannya ni, siap ada pencicah lagi kat dalamnya tu. Pemberian daripada kawan yang balik ke Terengganu. Kawan yang pergi ke Dubai pula berikan dua fridge magnet comel ni. Ada lagi, pashmina warna merah dan juga kerepek keju dari Dubai.. Alhamdulillah dan terima kasih atas ingatan.

Sudahkah tukar penama KWSP suami kepada nama isteri?

"Ha, penama KWSP Papa N macam mana? Dah ditukar ke nama kamu atau anak-anak kamu ke?" , tanya kakak saya semalam. Katanya, soalan bernas ini ialah lantaran keadaan saudara saya yang tengah sakit teruk sekarang ni. Sedih dan kesian memikirkan suami kepada saudara kami ni. Sakitnya agak tenat sekarang. Saudara kami pula ada empat orang anak dewasa yang perlu ditanggung. Kehidupan yang di bandar ni tahu-tahu sahajalah tentang kosnya. Lagipun, diorang ni dah biasa hidup senang. Kalau ditakdirkan apa-apa berlaku banyak juga perkara yang perlu difikirkan, lagi-lagi berkait dengan pengurusan kewangan. Teringat pula saya kepada petikan buku Mudahnya Menjemput Rezeki. Petikan daripada buku ni, bab 12 menyebutkan " Apabila kiri dinding dan kanan pula dinding, seolah-olah semua jalan kelua r tertutup, apakah pilihan lain kecuali mengadu dan terus mengadu kepada Allah? Memohon dengan sungguh-sungguh agar roda kehidupan berputar kembali ke atas. Apalagi jika bukan dengan solat. D

Produk baru yang sesuai untuk saya

Image
Nak kongsikan dengan korang ni, satu produk yang saya rasa bagus untuk orang yang kulitnya sensitif, macam saya. Kes tangan yang menggelupas kasar, saya ni sebenarnya dah lama. Dulu untuk urusan bank gunakan borang JPN KP-12. Tapi tangan ni tetap juga menggelupas, kasar je kalau tengok pada kebanyakan masa. Kalau mengajar kelas yang ada budak Melayu, abis je kelas budak-budak pasti nak salam. Saya jenuh nak menjawab pasal tangan ni bila asyik ditanyakan kenapa kulit tangan cikgu macam ni.. budak-budak yang jenis prihatin tu ingatla pulak yang tangan cikgu tak boleh kena sabun, dialah yang tolong jawab soalan kawan-kawan yang lain. Nak dijadikan cerita, ada seorang kawan rekemen produk ni. Katanya tak ada bahan yang biasa ada pada produk biasa. Berasasakan bahan semula jadi. Saya, biasalah, orang cakap baik, terus nak beli. Tapi, alhamdulillah, set losyen tangan, sabun mandian dan pencuci pinggan mangkuk yang saya beli tu memang dah kurangkan menggelupas tangan saya ni. Baru

Selamat Hari Malaysia

Image
Pada pagi yang mendung, Nazif memulakan langkah... "Mama, jom pegi taman. Taman jom. Mama" Dah sampai di taman, dengan susah payahnya, mama nak melabuhkan punggung. Naim mula panggil-panggil. "Mama, sini. Ambil gamba Naim". Si kecil ni pun sama. Nak mama ambil gambar dia jugak. Tak menyempat nak bagi mama rehat pun. Padahal tadi perjalanan ke taman, dia pun mama angkut, motor dia pun mama gendong, korang bayang kan? Dahla sambil berlari tu, sebab nak kejar Naim yang dah jauh laju ke depan dengan basikalnya. Adeh.. Taman permainan terdekat dengan rumah kami ni bukan banyak benda pun boleh nak main. Tapi Nazif ni seronok je. Panjat sana, panjat sini. Panjat benda ni pun dah pandai tau. Kagum mama kamu ni. Bagi mesej dengan Papa N, dia jawab, " Dah lama adik pandai panjat benda tu"... Eh.. yeke? Pastila kena pantau je masa budak-budak ni main. Kalau Mama cuba nak relax sikit, Nazif mulalah panggil-panggil " Ma

Atuk datang melawat

Image
Entry lagi untuk hari ni? Haha.. layankan jelah. Prinsip hidup saya memang buat sehabis baik selagi ada kesempatan. Jangan nak tunggu esok lusa. Belum tentu ada masa untuk kita, untuk saya dan untuk blog tau. Tak sibuk, mungkin sakit, tak pun anak ke suami sakit kan? Bukan nak minta jadi macam tu, tapi bersedia sebelum apa yang tak diingini berlaku. Lagipun, kalau dah mula bertangguh, mulalah rasa berat badan berat bontot nak menyambungnya semula.. Jadi sebelum datang sibuk, sebelum datang malasnya, meh nak kongsikan antara nasihat yang mak saya bagi kepada saya masa datang melawat tadi. Mak ayah dan adik saya datang ke KL tau. Bukan anak cucu yang duk KL ni balik ke kampung bila cuti? Haha, kebetulan, mak ayah saya nak datang melawat saudara yang sakit, jadi dapatla jumpa cuti kali ni. Kami memang tak boleh balik sebab Papa N tengah sibuk. Nasihat mak saya yang kata mak, dia dapat daripada ceramah agama, "Elakkan menipu atau menyembunyikan kebenaran, terutamanya kepad

Misi rahsia

Hari cuti macam ni mulalah rasa nak mengemas apa yang patut. Jadi, cepat-cepat buat sementara angin rajin datang. Hairan betul saya, almari ni sesak je, tapi baju yang suka pakai macam tak banyak. Apa lagi, tadi, saya masukkan beberapa helai baju Papa N yang saya memang pasti dia dah tak nak pakai ditambah dengan baju-baju saya ke dalam plastik. Haha.. tapi belum dibuang lagi. Tengoklah esok, bila orang tu dah pergi ke pejabat, saya mulakan operasi rahsia. Bukan takutkan suami. Tapi yang sebenarnya saya malas nak memahami sikap dia yang ni. Suka nau simpan benda yang tak pakai lagi. Menyemak almari saya je. Padahal kalau saya buang(sebelum ini) dia tak perasan pun ketiadaan benda tu. Kalau buang depan dia, pasti kena ceramah. Pernah saya asingkan baju-baju Nazif yang dah comot sangat, lepas tu buang. Dinampaknya, tahan jelah telinga.. pelik betul....takpe, anggap je beza sikap antara manusia. Esok ya.. tunggu...misi rahsia ku..

Usia mummayiz

Image
Melayan anak-anak sememangnya sangat mencabar di samping menyeronokkan pada masa yang sama. Bertabahlah hati mama bila kedua-dua Ahmad ni jenis saling nak menarik perhatian mama dalam masa yang sama. Apa yang abang buat, si adik pun nak mengikut. Apa yang adik ada, abang pun pasti nak benda yang sama.  Bila MD sebut dalam entrynya pasal Adik suka mengajuk Abang bercakap, saya teringat kat anak-anak saya ni. Pun situasi yang sama. Nazif ni, suka sangat ajuk cakap orang. Ada masanya sakit perut gelakkan dia. Apa taknya, bayangkan masa saya membebel menasihati Naim ni, tiba-tiba ada suara latar belakang yang mengajuk bebelan saya tu. Siapa lagi kalau bukan Nazif ni. Dia macam tukang menyedap ayat, boleh dengar Nazif ikut saya  sebut, "tau", "jangan buat agi", "dengar cakap mama tau"... kalau abangnya angin baik, ok je. Kalau abang pun angin tak baik, bolehla saksikan ada orang kena ketuk kepala pulak.  Semalam, masa saya pergi ke rumah Kak Ja, anak-

Keracunan makanan

Dah tiga hari saya menanggung sakit perut mencucuk sebab keracunan makanan. Pakej sekali dengan cirit-birit, sakit kepala dan batuk sikit. Memang tak banyak mana.. semestinya orang yang tak mengalami akan kata macam tu.. biar je mulut dan hati jahat manusia ni. Jadi macam ni, saya sebenarnya memang jadi malas nak makan. Bimbang kalau masuk makanan, perut akan mula sakit nak membuang lagi. Tapi bila tak makan, perut masuk angin pulak. Badan pun rasa letih. Abis, budak-budak dalam kelas macam mana nak kawal pulak? Adoi.. ubat klinik macam tak jalan pulak. Jadi, semalam, saya telan dua paket pil chi kit teck aun sekali gus dengan panadol, barulah rasa kurang sakit dan boleh tidur. Tengah fikir ni, hari ni nak makan apa yang sedap supaya boleh makan banyak sikit. P/s : ada masa memang kita kena pekakkan je telinga.. pendapat orang lain tak semestinya sesuai dengan keadaan kita..

Boleh tahan juga Naim ni

Image
Naim ni sejak kebelakangan ni saya tengok kemahiran bersosialnya makin baik. Lagi-lagi kalau kami keluar di kawasan rumah kami ni. Banyak kali juga di kedai makan atau di taman permainan atau di kedai sebaneka kami terjumpa dengan kawan tadika Naim, mulalah dia tunjuk bakat berkawan.  Kalau di kedai makan, mulalah dia makan sambil main. Siap suruh kawan dia tunggu kejap masa dia makan dan cepat-cepat dia suap makanan untuk cepat pergi main. Saya perhatikan cara sembangnya macam budak-budak dah besar. Tahu diorang nak bercerita apa yang dibuat pada hari minggu, apa yang mereka jumpa dan siap tunjuk-tunjuk lagi pada saya dan papanya masa bercerita tu.. macam tak sangka pula Naim di usia empat tahun tahu bercerita macam tu. Padanlah kalau di sekolah, budak-budak suka sangat cakap dengan kawan dia, memang masa bercakap dengan kawan ni seronok sangat ya.. Ini baru empat tahun..Naim o Naim.. kalau kamu dah ada kawan perempuan nanti macam manalah ya? Ada ke macam papa kamu dulu, mas

Ilham semasa beropen house

Image
Biasa kalau pergi ke rumah orang lain, saya perhatikan hiasan dan susun atur rumah orang. Yang nampak tersusun tu mulalah buat saya kagum dan bercita-cita nak menghias rumah sendiri macam itu juga. Tapi, memandangkan memang saya tak berbakat dalam hal ni dan anak-anak pun jenis tak sokong minat mama, maka lepas ni tak payahla pantau bab hiasan dan susun atur lagi. Tunggu diorang ni besar sikit kot kalau nak tambah hiasan rumah, kan? Takdelah nak kena kemas selalu atau sedih sebab ada juru touch-up dalaman yang kacau nanti. Yang cuti hari tu, saya perhatikan susun atur kabinet dapur. Nak cari ilham sikit macam mana orang lain guna pakai kabinet dapur. Memang kabinet saya sekarang, muat macam tu je benda-bendanya.  Ikut suka hati. Terutamanya masa ke rumah Mak Su Rok di Melaka, alang-alang duduk kat sana dari tengah hari ke malam, saya pantau dan sempat ambil gambar. Oo.. gini kaedahnya, patutla nampak kemas je dapur diorang..hihi, ini pun kena belajar. Bukan semua orang ada seni m

Gambir

Image
Korang pernah makan ni? Saya panggil ni gambir. Terjumpa benda ni di dalam beg taska Nazif, sekali dengan satu plastik kecil berisi gula-gula dan makanan kanak-kanak. Mesti ada hari jadi sesiapa semalam tu, jadi diberikan gula-gula macam tu. Saya tengok ni, tak ada cop halal, cepat-cepat ambil sorokkan takut anak-anak nak makan. Padahal, masa kecil dulu, gula-gula ni antara gula-gula yang memang jadi kegemaran saya. Rasanya manis tapi taklah manis macam gula-gula jenis lain kan? Dah lama tak makan, macam tak berapa ingat rasanya. Dah pelbagai isu tentang halal ni kita kena lebih beringatlah kan? Satu lagi, kalau dulu bendanya besar, saiz gula-gula ni ini dah jadi lebih kecil bendanya.. nak untung lebihla tu!!

Semua perkara semua orang ada tempatnya

Assalamualaikum semua.. Dah di bulan ke sembilan nampaknya kita di tahun 2014 ni. Mulalah terasa nyawa-nyawa ikan. Kerja pastinya makin bertimbun nak disiapkan menjelang tutupnya sekolah. Mood nak menulis pun kejap ada kejap tak de bila dah penat badan dan minda dengan persekitaran ni. Apa pun, kena yakin..korang setuju tak? Semua orang, semua benda memang ada tempatnya.. apa yang berlaku ni pasti ada sebab dan musabab.. kena pastikan kita bersedia dan hadapinya dengan penuh redha.. barulah kerja semua berjalan lancar kan? Bercakap pasal masa dan orang ni, dengan beg yang penuh kertas dan buku nak ditanda, hari ni saya akan bawa ke sekolah sama macam yang dibawa balik hari Jumaat hari tu. Haha.. malas campur suntuk masa. Hari Sabtu je dah berapa kali mengkayakan PLUS, empat rumah pergi makan.. mulanya ke Salak Tinggi, dari situ meluncur ke Sungai Buloh. Itu cerita siangnya. Meleleh air liur tido dalam kereta masa dari Salak ke Sungai Buloh tu tak melemahkan semangat nak keluar lagi