Posts

Showing posts from May, 2013

Saya di Korea

Di saat ini saya berharap sangat saya dapat betul-betul katakan macam tu.. Alangkah bagusnya kalau menjadi kenyataan kan? Tapi, realitinya, sekarang saya berada di sekolah demi menyiapkan banyak kerja yang masih tertangguh. Bukan saya sahaja, malah ramai lagi rakan lain turut berkampung sama.. taklah terasa sunyi walaupun sekolah tiada hiruk pikuk suara murid yang mungkin telah melancong ke seluruh pelosok negara dan dunia. Allah maha mengetahui segalanya. In Shaa Allah, akan ada masa yang sesuai untuk semua orang bila ditakdirkan ketikanya.. Saya yakin tu.. Balasan dan ganjaran Allah kita takkan tahu bila ketikanya... Ok, selamat bekerja dan bercuti untuk semua ya...

Water Game

Image
 Angkat tangan siapa pernah main permainan ni masa kecil dulu? Tak sangka ada lagi permainan ni zaman sekarang.. tadi, Naim menangis nak beli benda ni, papanya pun belikan untuk dia.. Rasanya masa kecil dulu banyak kali saya main permainan ni.. dulu, rasanya mudah aja nak masukkan gelung tu ke dalam cangkuk yang disediakan. Tapi, sejak bawa balik rumah petang tadi, saya cuma berjaya masukkan dua gelung je... tekan butang hijau tu berkali kali pun tak berjaya juga masukkan lebih banyak.. saya syak pengeluar mainan ni tak pandai buat kot.. yang mainan zaman dulu juga yang berkualiti, kan? haha... p/s : kelakar tengok Naim gelak gelak main benda ni padahal satu pun tak masuk ke cangkuk yang ada.. mudahnya gembirakan hati dia

Mutiara kata untuk pagi ini

Image
                               

Bila mula cuti

Mula-mula kita tinjau daripada aspek maknya.. bila mula cuti ni, saya mulalah pening kepala fikir menu nak dimasak. Korang mesti cakap, tu dah biasa dah, semua isteri kat luar sana pun sama kalau dah berada di rumah, memang risau memikirkan menu yang nak dimasak.. Yelah, samalah masalah kita ni. Seterusnya, bila dah cuti, bermulalah episod saya jadi mak kolar bear. Hai, comel.... Nak berduet aja dengan mamanya. Pantang jauh sikit, bergemalah suara dia.. Part ni saya hairan betul, kedua dua anak saya ni memang kalau meraung kuat suara diorang. Jeles betul, saya ni suara kemain dipaksa kalau nak dikuatkan, lagi-lagi masa di dalam kelas yang muridnya lemah, rasa macam nak terkeluar anak tekak ni bila menjerit, sebabnya kalau tidak macam tu, suara diorang yang lagi kuat. Jadi, faktor kelantangan suara ni bukan satu warisan genetiklah nampaknya.. Jadi, kesimpulannya, mama dan Nazif memang kena sentiasa berkepitlah di masa cuti ni.. Tambahan lagi, kalau bercuti ni pula, anak anak jadi le

Satay Hunter

Image
Sempena hari guru hari tu suami seorang rakan guru di sekolah telah membelanja semua warga sekolah makan satay.. banyak betul sataynya, selepas semua guru, staf, akak tukang cuci dan jaga makan pun masih ada yang berlebihan lagi. Alhamdulillah, semoga murah rezeki Abg Zul dan Kak Engku yang baik hati belanja kami semua makan satay pada hari tersebut. Semasa makan satay hari tu, saya teringat kat Naim di rumah. Maklumlah, ni makanan kegemaran Naim. Kebetulan ada lebih, Kak Engku bagi 10 cucuk satay untuk saya bawa balik. " Bawa balik, bagi anak awak, " katanya... maka adalah rezki untuk Naim pada hari tersebut. Atuknya pun, kalau dari KLIA atau LCCT, selalu singgah di R n R Dengkil sebab nak belikan satay untuk Naim.. Seronok tengok Naim makan satay katanya.. Tapi, memang pun, kalau ok moodnya, pernah Naim habiskan sampai 10 cucuk satay. Tapi jangka masa dia makan tu 3-4 jam lah, dia main dan makan. Kalah mama, kalau bab ni. Mama kalau makan satay, 3 atau 4 cucuk je dah cukup.

Musim semua nak tiru adik

Image
My dear Ahmad Naim ni, kebelakangan ni kembali tunjuk manja dan gelagatnya betul betul mengingatkan saya pada ketika dia mula dapat adik bulan Ogos tahun lalu.. Macam sama je perangai dia sejak dua minggu ni..Tingkah laku dia yang banyak nak tarik perhatian saya ni, serta cuba mengatasi adiknya memang ketara.. Cuma bezanya kali ni, adiknya dah sedikit besar, dah mula nak melangkah sendiri pun, situasi jadi sikit berbeza. Si adik menyusu, dia pun minta dibuatkan susu.. Sebab adik sedikit besar sudah, kalau bersesuaian masanya, saya letakkan dulu Nazif dan bancuhkan susu formula untuk Naim ni. Kalau adik ni saya riba pula, ada masanya selamba je Naim pula tolak adik dan dia pulak yang gantikan tempat adik tu. Sebab adik dah sedikit besar dan terror dah bangun sendiri, maka Nazif pula yang berdiri kat tepi saya sambil sebelah tangan masih berpegang, ada masanya dia tengok je gelagat abangnya...Sabar je lah dik ooi, sian abang ni tak cukup masa bermanja.. Permainan yang adik pegang, dia pu

Projek membitarakan matematik

Image
Projek membitarakan matematik di sekolah kami yang sedang berlangsung. Bermulanya aktiviti ini sejak kehadiran pengetua baru yang juga mengilhamkan projek ni.. Masih dalam peringkat awal lagi sebenarnya.  Dinding -dinding di sekitar kawasan sekolah mula dihiasi dengan mural bermotifkan matematik. Menarik juga kan? Murid juga mungkin tertarik untuk belajar matematik bila persekitaran sekolah juga menjurus kepada ilmu matematik ni.. Selain menghasilkan mural yang berinformasi dan bermanfaat, projek ni juga mencungkil bakat pelajar. Gigih diorang ni melakar, melukis dan mewarnakan dinding.. Kerjasama antara pelajar yang terlibat pun dapat dilihat... Hasil kerja diorang pun kemas je...

Berakhirnya minggu yang buat sesak nafas

Image
Assalamualaikum semua.. Harapnya korang semua sihat sihat je.. ada banyak perkembangan di blog rakan rakan yang saya terlepas ni, in shaa Allah akan saya tengok nanti.. Minggu terakhir sebelum mula cuti sekolah ni memang banyak betul kerja yang perlu diselesaikan. Dengan Nazif dan Naim yang payah nak tidur awal pula, memang terasa menguji kesabaran dan zon selesa yang ada. Apa taknya, makin mamanya sibuk, diorang pun makin berjaga malam. Pernah dua malam diorang ni tidur pukul 3 pagi, bayangkan lah korang.. Seronok betul rasanya hari ni sebab tak kena mengajar. Sekolah kami buat sambutan hari guru pada hari ni.. Walaupun kalut awal-awal pagi tadi kerana nak siapkan anak-anak sambil mengejar masa nak masuk ke sekolah sebelum pukul 7.20 pagi, tapi  bila tak perlu mengajar, lain perasaannya.. Haha, memang terserlah ciri orang yang tak berapa rajin, kan? Tengoklah muka-muka gembira para guru yang melihat persembahan anak murid. Tahniah kepada rakan comel yang memakai tudung berwa

Air asam jawa memang mujarab!

  Malam semalam badan Nazif sikit panas. Tapi dia dapat tidur macam biasa. Pagi ni dia bangun lambat. Anak saya ni memang jenis payah tidur, biasanya kalau mamanya bangun , dia pun terus je bangun. Sesekali tidur lama sikit memang sebab tak sihat atau terlalu letih pada hari sebelumnya. Tetiba pagi tadi saya teringat petua dari blog Pondok Ajib . Terus saya bancuh semanguk kecil air asam jawa. Kemudian, apa lagi, saya tanggalkan baju dan seluar Nazif, tinggalkan pampers je. Kemudian saya lumurkan air asam jawa tu ke seluruh kepala dan  badan dia. Alang-alang nak mandikan dia nanti, tak pe comot pun. Biarkan kering air asam jawa tu, kemudian lepas 15 minit baru saya mandikan Nazif. Alhamdulillah, badannya dah tak panas lagi. Memang asam jawa dapat serap kepanasan dalam badan. Korang pun cubalah petua ni kalau anak kecil panas badan ye, in shaa Allah dapat tolong turunkan suhu dengan cepat.. Tadi, saya periksa suhu badan dia, 36.1 je... Legalah mama ye, adik tak panas badan.. Tu te

Dah namanya budak

Image
Masa kita suruh, dia tak nak buat, bila kita tak suruh pulak, beriya-iya dia nak. Sekarang ni kalau kami keluar, mesti Naim yang akan ingatkan , "Papa, amik kerusi adik"... Jadi, bila keluar, Naim yang duduk kat situ. Dah jadi terbalik pula. Masa dia kecil dulu, memang tak nak duduk, ni jadi tempat letak barang beli belah kami je. Dah ada adik ni, dia pula yang tak izinkan adik duduk, sebaliknya dia pulak yang nak duduk. Siap panjat sendiri lagi tu.... dari segi keselamatan rasanya hal ni baik juga.. Taklah kami risau lagi, sebab Naim dah tak berlari-lari lagi bila sampai ke tempat orang ramai. Kalau dulu, masa dia dua tahun, sampai ke shopping mall, mulalah dia tunjuk keterujaan dia  berlari-lari riang bila jejak je kaki.. Kini, dia nak ditolak, kami dah lega tak payah kejar dia.. Bab ni pun satu lagi. BEDAK..Pantang jumpa, habisla bersalji rumah... Macam semalam, mamanya update blog sekejab je. Sambil tu saya biarkan Nazif main kat tepi saya.. Tetiba dia

Kicapmu kicap ku jua

Image
Kalau bab makan kicap, Naim ni memang anak mama. Samalah kita kan, Naim? Naim pun suka makan kicap kipas udang manis yang warna merah tu. Sedap, kan? E, sangat sedap.... Mula-mula kahwin dulu, saya selalu berbalah pasal kicap ni. Suami suka kicap tamin. Dia boleh gelakkan saya sebab tambah kicap kipas udang manis ke dalam nasi. Kurang asam tul, dia cakap macam budak-budak sebab saya suka kicap manis.. Amboi. sedap je ye. Saya pun apa lagi, saya cakaplah balik, "kicap cap tamin tu kicap orang lama lah. Kat kampong ayang, kami makan kicap tu dulu-dulu je, sekarang dah tak,".. Haha, lucu bila dikenangkan.. Mujur Naim ikut saya. Jadi, nak tak nak kalau dalam senarai beli belah tu papanya akan tak tinggal beli kicap manis cap kipas udang sebab dia tahu anaknya suka. Kalau dulu, dia belikan kicap yang dia suka je... Naim ni kalau nak makan, mudah je. Ada kalanya, saya lembutkan yee mee dengan lobak merah, lepas tu yee mee tu gaulkan je dengan kicap manis. Habis semangkuk dia

Maafkan daku

Sebentar tadi ada orang lelaki datang mengetuk pagar rumah saya sambil melaungkan bertanya rumah ada orang tak. Berkali kali juga dia panggil tu.. Laungannya memang saya dengar, memandangkan saya dan Nazif memang ada di ruang tamu sedang buat kerja sekolah sambil pantau Nazif bermain.  Tapi, saya tak buka pun pagar. Jenguk ke luar pun tidak. Sengaja membiarkan orang tu anggap penghuni rumah ni sombong atau tak sedar kehadirannya tu. Langsung tak bersahut laungannya walaupun saya agak kedatangannya adalah bertujuan untuk meminta derma. Jahat, kan? Saya sempat berfikir sama ada untuk menjenguk atau tidak. Namun, sepantas kilat saya buat keputusan, lain kali sahajalah. Keselamatan lebih penting, sebab saya beranggapan mungkin yang datang tu orangnya berniat jahat yang menggunakan taktik untuk mengaburi mata orang lain. Kalau di rumah pada waktu tu suami atau keluarga yang lain ada, in shaa Allah akan dilayan orang tu tadi.. berdua dengan Nazif sahaja buat saya rasa tak selamat tadi... Neg

Teacher's Day : termenjadi

Selamat menyambut Hari Guru kepada semua rakan guru dan pensyarah yang pernah ajar saya. Selamat Hari Guru juga untuk semua rakan guru saya. Rasanya jasa baik korang memang tak terbalas. Kali ke enam menyambut Hari Guru tahun ni. Saya sebenarnya tak sangka sampai juga kali ke enam, sedangkan sejak tahun 2007 lagi, saya selalu terfikir untuk berhenti kerja, kononnya kerja ni tensen, tak suka dan macam-macam alasan lagi lah..haha, bertahan juga enam tahun nampaknya. Kalau anak seusia ni tentu dah masuk tadika dan dah banyak belajar. Mungkin juga perjalanan kerjaya saya ni macam anak yang lemah atau sederhana. Banyak kekurangan saya, banyak sangat. Saya sedang cuba untuk menyesuaikan diri walaupun taklah secekap rakan lain yang sememangnya otai dan bijak pandai mengawal dan mengajar anak-anak murid  masing-masing. Saya nak berterima kasih kepada mak saya yang banyak sekali mendorong saya ke arah kerjaya ni. Macam ucapan pulak ye, bukan saya nak diberikan anugerah pun. Tapi, mengena

Lawatan pertama ke zoo

Image
Assalamualaikum semua.. Harap semuanya sihat-sihat je .. Rasanya buat kali pertama dalam tahun ni saya mengharapkan minggu ni dan minggu depan menjadi lebih panjang. Biasanya memang saya harapkan setiap minggu cepat berlalu. Tiba hari Jumaat memang rasa seronok sangat, tapi minggu ni saya mengharapkan minggu ni lebih panjang supaya kerja yang banyak tu akan berjaya diselesaikan sebelum cuti sekolah.   Apa pun, sempat lagi saya dan keluarga jalan jalan ke Melaka pada hujung minggu yang lalu. Tak sampai hati bila Naim asyik sebut nak jumpa kakak dan abang sepupunya.  Sebenarnya, kami ke Melaka untuk menghadiri kendiri akikah cuci Mak Su Rok. Pagi Ahad tu sempat singgah di Zoo Melaka sebelum bertolak balik ke BSP semula.   Nampak je burung ni di kawasan depan terus Naim menjerit seronok.   Kali pertama ni sebenarnya kami bawa anak-anak ke zoo. Melihatkan reaksi Naim, memang boleh dibawa lagi berkunjung ke zoo nampaknya. Seronok dia tengok binatang yang dia kenali dan ada

Running Mama

Assalamualaikum semua.. seronok tak hari Jumaat ni? Ramai yang tak kerja esok, kan? Saya ada mesyuarat sekolah esok, nampaknya kenalah tinggalkan si comel berdua di bawah jagaan papanya esok. Ok, itu esok punya cerita, nak  ceritakan  kisah hari ni dulu. Rasa macam terkejar-kejar betul  sejak dari awal pagi tadi. Apa taknya, dah la rasa tak berapa cukup tidur lagi, tapi gagahkan diri menyiapkan kerja-kerja sekolah yang patut kena ada hari ini. Hush, memang berpeluh peluh. Bebudak berdua ni pula bangunnya awal pula, pukul 7.51 pagi dah bangun kedua-duanya, walaupun semalam diorang tidur lewat, pukul 12 lebih. Akhirnya, saya hantarkan diorang ke taska pada pukul 10 pagi tadi, awal sikit daripada waktu biasa, barulah mama dapat buat kerja dengan tenang. Alhamdulillah, yang sepatutnya saya serahkan hari ni akhirnya dah siap ... Ini yang buat saya kagum dengan rakan yang cukup baik menguruskan masa diorang antara kerja dan keluarga. Saya ni, rasanya tahun ni memang teruk betul pengurus

Merangsang anak cepat berjalan

Image
Alhamdulillah 7hb Mei genap sembilan bulan usia Nazif. Dua minggu ni, dia memang ligat betul. Pantang letak je kat lantai, terus dia bangun buat cubaan untuk jalan atau paling tidak pun dia akan merangkak. Tangannya akan berpegang di sofa dan dia akan jalan dan pernah juga dia cuba melangkah tanpa berpegang kepada apa-apa. Ramai yang tak sangka budak yang badan macam Nazif agak cepat nak berjalan kan?  Cara merangsang anak cepat berjalan yang saya maksudkan adalah dengan meletakkan sesuatu yang dapat menarik perhatian anak di hadapannya, dengan itu dia akan cuba melangkah ke hadapan untuk mengambil objek tersebut.  Kaedah meransang anak cepat berjalan ni saya pernah terbaca entah di mana. Cuma, kejadian sejak seminggu lalu ni, buat saya terfikir akan kebenarannya. Nazif ni, kalau korang nak tahu, sejak kebelakangan ni suka kejar makanan. Patutlah badannya bulat...Pantang tengok orang lain makan, mulutnya mulalah macam mengunyah sesuatu. Beberapa malam yang lepas contohnya, semasa Naim

Bekal hari ini.

Image
Sekarang ni ramai rakan guru yang bawa bekal ke sekolah. Saya yang 'rajin' ni pada mulanya tetap je ke kantin macam biasa... Namun, bila dah beberapa kali terkena dengan 'layanan mesra' staf kantin tu, mulalah berjinak jinak bawa bekal juga ke sekolah.  Nasi tetap makan untuk tengah hari. Penting dapat makanan berat untuk mengawal dan mengajar murid. Tapi, bila ada masa selang tu, duduk di meja dan hawa sejuk di dalam bilik guru tu memang buat perut ni lapar. Korang pernah makan kuih ni tak? ke nak panggil biskut? saya pun tak tahu namanya, akak saya bagi kelmarin. Kuih yang dah lama tak makan, nanti kongsi dengan rakan rakan tentu sedap.. Tambah pula dengan air suam dari termis ni, memang terasa lega tak payah ke kantin dan tetap dapat isi perut. Kalau boleh ngam dengan kopi, dah lama saya bancuh kopi dengan air termis ni, ramai rakan lain yang buat gitu... baguslah termos ni Kak Intan, tahan juga kepanasan airnya untuk 5-6 jam. Sesuai dibawa ke tempat kerja. p/ s : Ka

Marilah mari pergi kenduri

Image
Sebelum balik ke Temoh hari tu Papa Naim janji, "lepas abang mengundi kita terus balik rumah (rumah kami)". Tapi, akhirnya apa yang jadi... Akhirnya janji dicapati!!! Memang hampeh.. Beriya saya bersiap dari pagi, sebab dalam hati dah rancang, kalau balik awal nak singgah di Ikea atau Sunway Pyramid, nak jalan-jalan kot ada nak terbeli apa-apa. Bertomoih dengan Naim dan Nazif berkali-kali pun, papanya buat relax je.. Lama-lama, fahamlah daku, orang tu nak balik lewat...Walaupun dalam hati keciwa, namun saya maintain, relax je. Sudah ku tahu begini akhirnya.. Sudahnya pukul 1 tengah hari tu, MIL arahkan saya, Papa Naim, kakak Papa Naim dan bonda sendiri pergi kenduri kahwin anak jiran. Naim pun ikut, cuma Nazif je dijaga oleh Atuk dan Uncle Intan Payung sebab waktu tu cuaca panas terik. Dekat bebenar tempatnya, belakang rumah MIL je kenduri ni. Meriah betul. Kenduri tiga hari tiga malam tu.. Sungguh tak percaya pada mulanya, zaman sekarang ni, tambahan lagi dengan musim

Papa, cuci ni....

Image
"Papa, apa ni? Papa, cucilah" Naim berkali kali minta papanya cuci kesan dakwat kekal tu.. Tangan kotor katanya. Kemain marah dia bila papa mengusik dia dengan menunjukkan kesan dakwat tu ke arah dia. Siap kena baling dengan kereta mainan dia lagi, padan muka papa kan? kenapa nak usik Naim? Geli agaknya dengan warna dakwat ni. Sampaikan Naim tak nak papa dia buatkan susu dia, katanya "tangan papa kotorlah......"

You and I memang tak ngamlah

Image
Rasanya sampai di sini sahaja perkenalan kita ni. Lain kali kalau kita diketemukan lagi kat mana-mana, bolehlah kita bertegur sapa tapi kalau dengan tujuan nak bermesra macam sekarang tak bolehlah rasanya...  Sekurang kurangnya itulah yang I rasakan sekarang ni. Memang I dah cuba nak sesuaikan diri ini seadanyanya dengan keadaan you, tapi keadaan semakin tak mengizinkan. Kalau akhirnya memudaratkan diri I ni, ramai yang nasihatkan I supaya berundur diri saja.  Memang I tak nafikan yang You memang hebat, bila tak jumpa I jadi teringat- ingat. Walaupun usia perkenalan kita ni tak lama, I memang akui You memang hebat. I memang kena akui I suka You.. Tapi, demi kesejahteraan masa hadapan I, nampaknya setakat ini sahajalah hubungan kita ni. Tolong maafkan I ye... ............................................. Ayat ayat cinta yang saya karang ni adalah demi minat baru yang terpaksa dilepaskan..  tak sesuai nampaknya saya dan kopi (You). Sejak saya suka minum kopi ni, saya memang selalu ke

Orang lain sibuk berkempen, dia ni....

Image
Disebabkan kali ni balik kampung, abang dan kakak sepupu Naim tak balik sama, memandangkan mak ayah diorang mengundi di tempat lain, Naim dilanda kebosanan. Memikirkan tak balik lama, kami memang tak angkut banyak barang permainan dia. Naim pula nampaknya hari ni tk berminat dengan Youtube. Maka, mamanya ni lah yang jadi mangsa. "Mama, jom ikut Naim". Itulah ayatnya setiap kali nak heret mama supaya temankan dia. Ni aktiviti Naim petang ni... sian, tak ada kawan, Naim sabar ye, tunggu adik besar sikit. Yang kat bawah ni pula gambar yang diambil oleh Naim. Dia tadi gunakan ipad tangkap berpuluh puluh gambar sesuka hati dia. Saya pilih pilih antara gambar yang elok hasilnya. Nampak boleh tahan, kan?

Padah kalau sembarangan terjah

Al kisahnya pada minggu lepas dua kali saya buat pembelian melalui atas talian. Haha, dah lama tak beli secara online sebenarnya.. Ni yang nak cerita ni.. Kali pertama tu saya beli sehelai baju. Mulanya saya pilih dua, malang sekali kedua duanya tak ada stok dah, barangan yang ramai orang  berkenan kot ni. Tapi akhirnya saya beli juga satu, tapi corak yang lain. Maka, bila dah dapat tu saya pun hantarlah baju tu ke kedai jahit untuk dipotong sikit, maklumlah tuannya taklah tinggi. Mulanya saya nak hantar ke kedai akak Melayu yang saya pernah jumpa kalau ada aktiviti Yassin kat kawasan perumahan kami. Rasanya akak ni bagus jahitannya. Tapi, hari yang saya pergi tu rupanya dia tutup kedai. Saya pun tak fikir panjang, nampak kedai kat hujung deretan kedai tu ada yang buka, selamba je saya hantarkan baju tu ke situ untuk dipotong. Mamat Pakistan ni masa saya terangkan macam mana nak potong ni, gayanya kemain yakin. Hasilnya, aduh! Dah jadi lain baju saya. Baju yang sepatutnya bahag

Semangat PRU

Beriya dia tu mengemas barang disebabkan nak balik mengundi di Temoh. Semua barang dia tu yang kemas, tak payah saya arahkan pun sebagaimana kebiasaannya kalau nak balik ke kampung. Bukan aja kemas barang yang nak dibawa balik, sampah diangkut semua, makan malam pun dah dibeli siap siap masa saya balik dari sekolah tadi. Mengagumkan betul.. Setakat perjalanan kami hingga masuk Lebuh Guthrie ni nampaknya jalan masih lagi selesa dilalui, walaupun banyak kereta tapi taklah sesak. Boleh lagi pandu dengan kelajuan biasa. Korang pun, hati hati dalam perjalanan balik menunaikan tanggungjawab sebagai warganegara dan juga sebagai umat Islam ye.. Kesian orang yang tak boleh nak tunaikan tanggungjawabnya, kan?

Awalnya balik mengundi

Hai semua.. Rasanya ramai yang tak sabar nak balik ke tempat mengundi masing masing hari ni ye?  Ke korang balik esok je? Apa balik Ahad? Ha, tak kisahlah bila ye, asalkan balik dengan selamat ye.. Saya bukan apa, belum pun balik lagi, masih ada di bumi Selangor ni. Hari ni kerja lagi.. Semangat lagi rasanya nak ke sekolah walaupun ramai orang akan berpusu pusu balik ke kampung hari ni. Siapa yang balik awal? Akak jual nasi lemak pagi di kawasan rumah saya ni yang balik kampung awal. Orang Kelantan dan Terenganu diorang ni. Pagi tadi kecewa saya. Ingatkan nak bersarapan dengan nasi kerabu dan solok lada serta daging bakar, tapi malangnya gerai akak ni tak ada pun. Ramai yang nampaknya kecewa macam saya. Beberapa kereta lain pun melalui kawasan tu dengan perlahan dan tengok je tempat yang akak ni biasa berniaga.. Rasanya kalau musim macam ni, banyak kedai yang pekerjanya asal Kelantan pun tutup kan? Cuti kemain lama lak tu.. Ai, payah gini.. Kena rajin masaklah nampaknya...

hand beg digeledah

Cara nak diamkan Nazif bila saya sibuk bersiap nak ke sekolah. Dah beberapa kali saya cuba bagi dia permainan lain, tak nak dia main sebaliknya meraung raung dia.. Tapi kalau bagi beg tangan saya, letak depan dia, pastikan zip buka, ha kita sama samalah tengok. Semangat tul dia punggah keluarkan apa yang ada dalam tu. Maka bolehlah mamanya kemas apa yang patut untuk dibawa ke sekolah. Hari ni lagilah tu, sampai sempat taip satu entry baru.. Ok, jumpa lagi ye..

Sweetnya 150 juta

Sambil saya bermanja-manja di meja sambil buat kerja sekolah malam ni, seronok rasanya dihiburkan dengan lagu 150 juta kali. Walaupun dendangan nyanyian Naim atau bebelan Nazif sudah semestinya hiburan yang paling seronok bagi saya, namun sekali sekala menjamu telinga dan jiwa dengan lagu-lagu, pun ok juga. Bukan apa, rasa liriknya sweet sangat.. Lagi-lagi bahagian yang Dia mungkin bengis seperti singa tapi dia nangis tonton cerita Korea, Dia mungkin keras bila bersuara tapi dia jelas jujur adanya..... Give and take, paling penting dalam perhubungan, korang pun tahu. Prinsip ni boleh kita guna pakai dalam semua jenis perhubungan, bukan dengan kekasih je, semua orang tak terkecuali. Jangan asyik nak nampak yang bahagian buruknya aja, sekali sekali fikir juga bahagian baik yang ada padanya. Semestinya kita ni makhluk yang tidak sempurna, pasti akan melakukan kesilapan. Tegur menegur secara sopan lebih baik daripada kita fitnah dan bergaduh sesama kita... fikir 150 juta kali sebe

Kembali ceria

Assalamualaikum semua...apa khabar hari ni? Saya bercuti di rumah, tengok tv dan melepak dengan Naim dan Nazif je. Maklumlah papa demo ni kerja...nak saya sorang bawa anak-anak keluar? Oh,tidak. Melainkan ada hal penting, barulah akan terjadi agaknya.. Hari ni Naim dah kembali ceria nampaknya. Suara pun kuat nampaknya tu. Bangun je terus tanya mana papanya, walaupun dia bangun pada pukul 11.50 tadi. amboi, mengalahkan orang yang kerja je,macamlah seronok sangat hari ni dapat bercuti kat rumah. Semalam pagi dan malam kemarin, Naim sebenarnya tak berapa sihat. Dia demam sikit dan cirit-birit. Suara pun pelan je semalam. Adik usik mainan dia dibiarkan je, jarang berlaku tu.. Haha, lain macam.. Memang terasa lain bila Naim kurang aktif macam semalam... Dia tengok orang pun dengan pandangan letih dan sayu.. Bila ditanya apa yang dia nak, dai menggelengkan kepala je.. Haha, ni belum lagi anak masuk ke sekolah asrama, kan? mamanya dah mula rasa lain.. Mujur tak lama keadaan Naim macam t