Posts

Showing posts from July, 2015

Bila anak makin besar

Image
Di usia lima dan tiga tahun kedua-dua Ahmad ni, mama dan papa tak boleh sebarangan bercakap. Ada baik dan ada buruknya. Yang baiknya mama dan papa tak boleh bergaduh dengan pengetahuan anak-anak, kena pandai selindung. Kalau tak pasti kena tegur, kena suruh saling mintak maaf. Ai, budak memang pandai aplikasikan apa yang kita ajar. Kalau diorang bergaduh kita suruh diorang minta maaf, kalau diorang tahu mama dan papa tak macam biasa, mulalah disuruh minta maaf. Yang kurang sedap didengar pulak, pernah masa papanya marah-marah, Naim bertanya pada saya, " Mama, papa ni tak suka budak-budak ke? Kenapa papa marah kitaorang ni?". Adoi, anak.. Belajar daripada pengalaman. Apa pun, insyaAllah kita doakan yang baik-baik buat keluarga kita..

Naim Nazif beraya dengan kawan-kawan

Image
Malam ni meriah rumah kami dengan kawan-kawan Naim Nazif datang berkunjung ke rumah. Haha, lagaknya dah macam budak besar ya.. padahal baru lima dan tiga tahun anak-anak saya ni. Dah pandai nak mengajak kawan-kawan datang beraya kat rumah kami. Pada mulanya Naim Nazif menyertai anak-anak jiran bermain bunga api kat ruang depan. Lama sikit, Naim datang bagitahu saya yang dia nak bawa adik pergi main kat dalam rumah kawan. Segan macam tu, saya hulurkan duit raya kepada kawan-kawan diorang tu. Kemudian, bila tak lama kemudian, Naim Nazif pula balik dengan bawa sampul duit raya yang diorang dapat. Diorang pergi dan balik dari rumah sebelah tu beberapa kali. Katanya bermain play doh kat sana. Mula-mula tu Papa N tengok-tengokkan juga diorang tapi lepas tu, kami biarkan je anak-anak keluar masuk sebab kat luar ada ramai kaum bapa sedang bersembang. Rumah sebelah dan selang sebelah je pun.  Masa kawan-kawan Naim Nazif datang beraya kat rumah, kelakar juga situasinya. Masa kawan-kawan masuk

Beraya di kampung dan bandar

Image
Assalamualaikum semua.. Mood bercuti masih menguasai diri walaupun hari ni saya dah mula bekerja.  Terasa tak cukup masa cuti dengan raya kami di dua tempat.  Mula-mula balik kampung Kelate dan lepas tu balik ke KL beraya dengan keluarga MIL pulak. Menempuh perjalanan 13jam sebab jalan sesak pada hari raya ketiga tu, kami je yang tahu. Penatnya tau.  Bila balik rumah sendiri kena mendobi sampai 3 kali untuk bersihkan semua kain baju yang ada. Kus semangat ya. Yang pastinya budak kecil ni, kat mana beraya pun dia memang makan dengan baik.  Cuma masa di kampung Tok Ayah riuh mulutnya menyanyi macam-macam lagu, mada beraya kat KL dia diam je walaupun Opah-opah dan sedara mara lain berkali-kali minta Nazif menyanyi.  Abang pulak, sampai KL dia ikut uncle pergi beraya kat AEON.  Gembira budak-budak ni, mak-mak pun gembiralah juga. 

Berbuka puasa dengan jiran

Image
Dua minggu lepas kami berbuka dengan keluarga belah suami, minggu lepas kami berbuka bersama-sama keluarga belah saya dan semalam kami berbuka dengan jiran-jiran di lorong kami ni. Alhamdulillah, bila difikirkan, itulah rahmat. Tak semestinya ada duit berjuta baru kita nak gembira dan bahagia. Setiap hujung minggu dapat berbuka dengan meriah pun dah merupakan satu kebahagian. Nak minta apa lagi kan? Ok, mari terus ceritakan kisah petang semalam. Orang biasanya berbuka kat padang, tapi kami pula berbuka kat tepi padang.. perkataan tepi tu bacanya panjang sikit ya.. sebenarnya lebih tepat lagi, kami berbuka di kawasan jalan raya di depan rumah kami ni, dengan hamparan tikar panjang dan beberapa buah meja makan. Baki dua buah rumah je lagi yang memisahkan tempat makan kami semalam dengan padang bola di tepi kawasan rumah kami. Alhamdulillah, bila makan bersama, kemeriahannya memang terasa. Pelbagai juadah jadinya bila dikongsi serba sedikit daripada jiran-jiran yang ada. Siap s

Mood nak raya jer ni!

Orang sana sini bercerita persiapan raya ni, mulalah kami anak beranak tak ada mood nak ke sekolah, yang ada cuma mood nak raya je! Haha.. mama dan anak-anak sama-sama tak ada mood, ahaai.. Naim macam biasa, mastermind. Dah mula tak suka mengira hari. Pagi semalam dia cakap yang, " lambatnya sekolah lagi five mama, Naim dah tak sabar nak balik kampung ni?" . Didengarnya oleh si adik, apa lagi, mulalah dia pun copy paste dan repeat ayat yang sama berulang kali. " tanak sekolah five!", lagi comel ayat ni bila keluar dari mulut dak kecil ni. Depan anak, kenalah pujuk anak dulu kan? Saya pun apa lagi, nasihatkanla sekadar yang patut. " Tak lama dah ni, hari ni kena sekolah four je, nati bolehla kita balik kampung, seronok kan?". Ops...salah pilih ayat pulak nampaknya, bila dengar perkataan seronok tu, Naim mulalah sambung drama. " Naim tak nak tunggu, Naim nak seronok sekarang". Adoi, kenalah sambung pujuk dengan ayat-ayat yang lain pulak.. Padaha

Nazif dah pandai kayuh basikal

Image
Petang tadi kami berbuka dengan makanan dari pasar ramadan je. Terasa malas nak masak dan sediakan bahan sebelum ke sekolah tengah hari tadi. Kebetulan sekali sekala tak sibuk di dapur masa petang, maka sempatla saya meluangkan masa untuk menemankan anak-anak pergi ke taman. Entah sejak bila mulanya, tapi petang ni baru saya perasan yang Nazif dah pandai mengayuh basikal sendiri. Wah, tak sangka betul masa terpandangnya kali pertama tadi. Cepat-cepat saya keluarkan hp dan rakam aksi Nazif berbasikal tadi. Kemain si kecil ni, tak padan kaki tak berapa sampai untuk pusingan lengkap, dipusingnya taman tu berkali-kali sampai abangnya dah komplen yang dia tak dapat nak main basikal sebab adik asyik main je. Nampaknya basikal hadiah sempena hari jadi Naim keempat tu dah tak lama lagi sesuai dikayuh oleh budak hampir 3 tahun ni.  Naim dah pesan tadi, " Mama belikanlah adik basikal baru, sian Naim tak boleh nak naik basikal". Haha, kongsi jelah bang oi.. 

The most delicious ever nasi ayam!

Image
Salam 18 Ramadan buat semua. Nyaris kami tak bersahur pagi tadi. Namun, disebabkan bekalan lengkap daripada akak saya, maka sempat juga bersahur walaupun terjaga dah pukul 5.15 pagi. Semalam kami berbuka bersama-sama dengan anak beranak yang ada di sekitar KL ni. Meriah juga jadinya. Macam dah balik kampung bila ada ramai orang macam ni. Menu utamanya nasi ayam dimasak oleh Kak Ja dan Kak Bi, terasa sedaaap sangat. Masing-masing menambah masa makan. Kiranya rasa macam nasi ayam semalam tu yang paling sedaplah yang pernah kami makan. Makanan disediakan dengan kasih sayang, semuany jadi sedap, kan? Ini baru jumpa dengan anak beranak yang ada di kawasan KL ni, kalau balik kampung mestilah lagi meriah sebab lagi ramai yang ada kan? 

Gajah

Image
Korang pernah main permainan yang duduk macam merangkak dan bagi anak-anak panjat atas belakang badan? Saya pun takla, yang main macam ni ialah Papa N dan anak-anak. Saya tukang sorak dan tengok je. Cukup teruja diorang bila papanya panggil dan cakap," siapa nak main gajah?" Masa tu boleh dengarla gempitanya keadaan. Walaupun selalu je main macam ni, tapi setiap kali pun mesti meriah sangat, dah macam seronok sangat boleh main tu. Setiap kali tu, pasti diminta papanya ulang banyak kali. Bila Papa N dah penat, kenalah bagi alasan baru budak berdua ni nak mengalah. Tapi bila papa penat, ada kalanya Naim pula yang jadi gajah, dimintanya adik pula naik atas belakang badan dia.. Agaknya sebab tu, diorang ni kalau jumpa gajah atau tengok gajah kat tv sekali pun, memang teruja sangat. Peminat gajah sangat ni..senyum lebar Dua orang sekali nak tinjau gajah ni. Bila dah lama sikit, dia mulalah buat aksi-aksi yang jarang orang bua

Kad raya YY

Image
Ai Cik YY .. lawanya kad raya awok bagi ni! Saya suka tau. Dapat juga kad raya untuk raya tahun ni. Ha, ko hado?  Hihi.. gelak, gelak juga ya. Tapi kagum saya dengan insan-insan yang masih lagi menghidupkan amalan menghantar kad raya , macam YY ni. Bukan macam saya yang malas nak menulis, menaip dan menepek, dan yang paling malas nak ke pejabat pos. Ok, biar pendek dan ringkas. YY , terima kasih atas ingatan dan atas kiriman kad raya ni. Moga meriah raya YY sekeluarga ya.. Ai, katanya nak buat makan bertimbun-timbun?