Assalamualaikum semua. Masa cepat berlalu, dah sampai 14 Ramadan kita ni. Rasa baru je mula sahur di kampung hari tu. Al kisahnya saya nak beli rempeyek. Ada ke patut, order baru-baru ni aje? Dah agak mesti tempahan dah penuh, tapi sengaja mencuba nasib sebab order kali ni termasuk sekali yang terfikir nak bagi orang sempena raya dan juga ada yang kawan pesan. Kawan kat sekolah, Kak Thina dah berkali-kali tanya pasal rempeyek ni. Ai, dia ni kalahkan orang yang puasa pulak, tak sabar-sabar nak makan rempeyek dia. Haha, belakang dia je saya cakap ni, depan dia pastilah tak cakap apa-apa melainkan minta akak tu bersabar tunggu dapatnya rempeyek tu. Jadi, hikmah jadi pelanggan sejak dua tahun yang lalu, maka walaupun Knor dah tutup tempahan, Knor tetap juga buatkan 8 botol untuk adiknya ni.. haha, sila jeles ye. Rempeyek Knor ni sedap. Kalau tak tak adalah saya, kawan dan ahli keluarga beli berulang- ulang kali. Dah sampai ke Penang, Kelantan dan seluruh Lembah Klang atas edaran