Barang yang lalu jangan dikenang

Assalamualaikum semua...

Dah mula kerja? Awal-awal pagi ni nampaknya ramai yang masih sibuk. Saya pun, ikutkan ada banyak kerja tapi sengaja melengahkan dulu. Haha...boleh pulak ya..

Alhamdulillah. Syukur sangat sebenarnya saya bila anak dah kembali sihat. Ini yang nak kongsikan sikit cerita pasal seminggu lepas. Malam yang Naim kena masuk wad tu, kami sebenarnya pergi ke dua buah hospital. Hospital yang pertama penuh, tak boleh masuk, jadi kami carilah hospital yang lain pulak. Sampai ke hospital kedua ni dah pun pukul 11 malam. Di kawasan kecemasan tu, faham-faham sahajalah, bukan sekejap. Dah puas menunggu dengan pelbagai kejadian, hampir 1.30 pagi barulah kami dapat masuk ke bilik wad.

Tapi sabar je kami tunggu malam tu. Apa taknya, masa tengah bengang menunggu, ni lebih kurang awal lagi, ada satu kejadian yang menyayat hati berlaku. Ada 3 orang di kawasan menunggu tu, kelihatan gelisah tapi sempat lagi senyum dan mengusik Nazif yang ligat bermain. Tiba-tiba diorang ni dipanggil. Saya mulalah panas, "apa ni, kami datang dulu, diorang dipanggil dulu" itu bisikan hati saya masa tu. Betapa tak sabarnya saya. Tapi, tak lama pun, memang lebih kurang seminit dua je rasanya, terdengar raungan. Seorang demi seorang meraung. Sedih. Sayu. Suara anak lelaki, suara tangisan anak perempuan dan suara tangisan mungkin ibu. Ketiga-tiga saling berpelukan sambil menangis kat situ. Allah hu Akhbar.

Allah hu Akhbar. Terkedu kami di situ. Di saat merasakan diri dilanda masalah, orang lain lagi hebat dugaannya. Anak kita baru sakit sikit je, orang lain kehilangan ahli keluarga. Jadi, dengan takut-takut kami pun bermalamlah kat wad tu pada malam tu. Empat beranak sebilik dengan kebetulannya bilik itu kosong sebab orang yang sepatutnya masuk menangguhkan untuk masuk. Ada rezeki Naim untuk terus dimasukkan air dan antibiotik mulai malam 6.2.2014 tu.  Sepanjang hari Rabu tu, Naim memang tak nak makan dan asyik muntah sahaja. Jadi, kalau tak dimasukkan lagi dengan segera antibiotik dan air, dibimbangi akan memberi kesan kepada badan Naim.

Antara rawatan yang diterima oleh Naim. Bukan senang nak suakan benda ni ke hidung dia. Kemain meronta. Menjelang hari Ahad, baru mudah je. Agaknya dah tahu dia akan dapat balik ke rumah.

Adik yang sentiasa gembira. Makan abang dia yang habiskan. Seronok ya dik....

Waktu tengah diberikan antibiotik. Selalunya dia akan tidur. Nak menunggu habis cecair tu, lama betul. Mama yang tak sabar menanti. 

Nazif dan makanan lagi. Alhamdulillah sebenarnya sebab Nazif tak ada mengganggu dan seronok je dia sepanjang 4 hari kami berkampung di hospital. Jadi dapat kami tumpukan kepada Naim lebih. 

Jadi, benda sedih tak nak kenang lagi. Bukan salah jangkitan. Bukan juga salah kami sebab tak ambil suntikan pnemacocal untuk Naim, sedangkan untuk Nazif kami ambil. Bukan lebih sayangkan Nazif, tapi sebab keperluan pada masa tu. Memandangkan Nazif pernah kena demam sawan seawal usianya 6 bulan, dan kami juga masa Naim kecil tak tahu pasal suntikan tambahan ni. Juga, insya Allah dengan kejadian ni ketahanan badan akan jadi lebih baik buat Ahmad Naim yang jarang sakit. Kena ambil bahagian yang positif. Untuk diuji, tak pilih bila dan siapa.. kita yang terlibat kenalah bersedia menghadapinya..

Semoga semula ahli keluarga kita diberikan kesihatan yang baik selepas ini ya..Amin

Comments

  1. ada lelah juga ye,knor 4 termasuk suami lelah..dapat rasakan kepayahan yg di kongsi di sini..

    semoga beransur pulih sepenuhnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lelah tak ada kak. Yang tu untuk kahak. Kuat sangat kahak naim hari tu..

      terima kasih ...

      Delete
  2. nape kak? mcm kes anak sy je siap bg antibiotik bagai..akk pegi hospital mn tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Naim demam panas..5 hari tak kebah. Jadi kami bawa ke hosp DEMC, Shah Alam

      Delete
  3. alhamdulillah dah sihat dia
    :)

    ReplyDelete
  4. semoga Naim terus sihat..acik dah tengok macam mana hero bongsu acik kahak banyak..sampai pucat mukanya susah bernafas...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kan acik.. agaknya budak ni tak tahu nak keluarkan kahak sdiri.. tu yg jadi cam tu.

      Delete
  5. aamiin.
    semoga naim terus sihat ceria

    ReplyDelete
  6. Allahu robbi... kalau anak-anak kecik sampai masuk air bagai kakak memang tak bolehlah tengok Aisy. Mudah aje airmata nak luruh. Sedih dan kesian...

    Betul kalau lihat org lain dpt ujian lebih besar rasa kita ni sikit pun rasa bagaikan besarnya...
    Moga tak berulanglah lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, saya pun kak. Masa nak dicucuk tangan Naim utk pasang branula tu, air mata saya memang basah tudung. Kesian tgk dia.. harapnya taklah berulang lagi

      Delete
  7. alhamdulillah semuanya dah ok yer.. !

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah..naim dah sembuh..
    itulah,..mde y dah jadi biarkan berlalu.. apa y pting utk msa depan..setiap y blaku ada hikmahnya..

    biasa kalo ke ER..ada 3 kategori, akan diutamakan kod merah (kritikal) walaupon bru smpai & kod kuning.. biasa kod hijau, masih blh menunggu..mmg kalo keER mcm2 blh tgk,,lya dh tlalu sini=onim dgn kejadian kat hosp & ER.. tgk mninggal dpn mata pon ada

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.. bab meninggal tu adui.. nak pejamkan mata malam tu akak terbayang lagi keranda diangkat dan mayat berbalut kain putih diangkut dari kawasan kecemasan tu.. alahai

      Delete
  9. Tiha pon pernah kena pneumonia masa dia 8bln, 5 hari diwad.. masa tu anak sulong, jadi kurg alert... masuk anak ke2 & ke3 terus bagi suntikan pneumococoal... Apepon.. Naim dah pulih.. Alhamdulillah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah.. kami pun..belajar dari pengalaman sebelum ni.

      Delete
  10. saya ikut je misi suruh cucuk saya g cucuk.. ikut je apa yg diarong suruh. biar yg pandai yg tentukan.. sush hati kalau anak tak sihat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg suntikan wajib mmg Naim dpt.. yang tambahan ni adiknya je kami berhabis rm6++ .... yg ni sbg tambahan je.. bg yg badan kuat munkin tak perlu, sebab tu tak diwajibkan.

      Delete
  11. ya Allah..pelbagai dugaan ditempuh dengan sabar.Allahuakbar..Kita anak demam pun rasa nak nangis dah..Ya Allah,jangan Kau uji kami dengan ujian yang tak mampu kami lalui.Aminn...:)

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah... dah beransur sihat yer.. lepas nie boleh la mulakan pemakanan sunnah utk mereka.. Air madu suam diwaktu pagi dan 3 titisan minyak habbatussawda.. in shaa Allah.. jaminan rasullullah... benda lepas jgn dikenang.. segera lihat akan hari esok dan masa hadapan.. cuma sesekali toleh sekejap kebelakang utk mengimbas kenangan supaya menjadi ingatan baik mahu pun buruk...all the best teacher!

    ReplyDelete
  13. Sebak giler I baca pasal that family tau... teringatkan masa hilang arwah ayah walau saya tak berada di tempat kejadian.

    Sakit demam bukan kita yang tentukan, kalau dah nak sakit, at least itu buat kita lebih kuat, Insya Allah.

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah, Naim dah sembuh! Betul tu AN, dugaan datang dalam hidup harus ditempuh dengan sabar dan jangan dikenang lagi saat dan ketika sedih itu, just jadikan iktibar dalam hidup. Mana ada ibu yang tak sayangkan anak-anak sampai mengabaikan apa yang sepatutnya...

    Ni dalam gambar, siapa sebenarnya yang masuk hospital nih? Katil si Naim tapi Nazif yang bermaharajalela makan dan duk atas katil... excited lebih ya si kecik ni :)

    ReplyDelete
  15. Biasalah AN ....bisikan syaitankan suka mengganggu.....betul tu dlm pada kita tgh susah rupanya ada org lain lagi susahkan...
    Seronoklah Nazif mengerjakan makanan abg dia sorang sorang...dunia ni ana yg punya yeh Nazef hehe

    ReplyDelete
  16. ujian dtg mmg tak kira masa n tempat..Kesukaran yg kita rasa akan tidak terasa bila kita melihat kesusahan org lain yg lebih dr kita..syukur naim dah sembuh

    ReplyDelete
  17. sedih bila ank sakit..xdpt nk thn air mata.. tp tgk gmbr nazif tu rasa nk gelak pun ada..comelny dia...abg sakit, adik hiburkn ye..bgus2.. :)

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?