Posts

Showing posts from June, 2019

Betul ke main beyblade lebih baik daripada gadjet elektronik

Image
Assalamualaikum semua.. Korang kenal tak benda ni? Sebelum ni saya tak heran sangat pun pasal benda ni.  Anakanda berdua tu asyik beli je.  Dari satu,  jadi dua,  lepas tu jadi tiga,  jadi lima,  jadi 10.  Jumlah terkini pulak tak dapat dikenal pasti.   Bila dah bosan beli kat kedai,  deme ni beli online pulak.  Katanya yang dijual kat kedai kecik di mall tu tak ori.  Belilah pulak yang kat online atau kat TrS(korang tahu kot kedai ni kan).  Kalau dah sampai beli kat sini,  mama ni pun mulalah menyiasat.  Apalah hebat sangat benda ni..   Bukan anak-anak je main.  Kebelakangan ni bapaknya pun main.  Siap lawan dengan anak-anak lagi weh.  Si bapaknya kalau anak dah tidur pun ada masanya saya dengar bunyi benda ni..  Hadoi,  dia main sorang diri..  Tak puas lagi masa main rebut-rebut dengan anak-anak agaknya.  Berdentum-dentum di tengah malam bunyi benda ni.  Korang rasa?  Maklumlah zaman dia kecik tak de lagi benda ni, kan?   Bila saya membebel pasal asyik beli benda ni j

Budak zaman sekarang dan duit raya

Image
Korang ada terbaca tak berita ni?  Mulanya saya nak kata,  "ala,  wartawan ni banyak sangat agaknya masa free sangat musim raya ni,  pasal duit raya pun ada je nak tulis". Tapi lepas saya terbaca,  jadi terpanggil pulak nak ulas pasal ni.  Tambahan pula tadi hampir panik saya sebab loceng rumah ditekan bertalu-talu oleh remaja yang saya agak dalam 15-17 tahun datang meminta duit raya.  Sebelum tu saya dah dengar suara memberi salam dari perlahan dan akhirnya semasa tiba di rumah saya, mereka menekan loceng rumah bertalu-talu.  Haish,  budak-budak ni, dah macam gaya si pemungut hutang. Kalau korang,  apa yang korang rasa? Rasanya kita kena buat sesuatu ni.  Nak kena betulkan pemikiran budak-budak ni. Pertama kena ingat yang duit raya diberi sebagai satu keraian sahaja.  Terpulang kepada keihlasan orang yang memberi tu sebenarnya.  Kita yang lebih dewasa kena ingatkan anak-anak ni agar menerima sampul raya tu dengan gembira dan berlapang dada terima seadanya. Kita juga

Perkara yang tak terjangka semasa Aidilfitri

Image
Assalamualaikum semua. Apa cerita korang beraya?  Dah selesai hari raya pertama tahun ni,  kan?  Semoga semuanya ceria dan bahagia ya..  Bukan selalu kita dapat berkumpul beramai-ramai macam ni.. Tapi meh nak cerita ni,  dalam kemeriahan beraya  ada beberapa kejadian hari pertama beraya yang tak terjangka dah berlaku. 1. Anak menangis nak main permainan anak orang lain semasa pergi beraya. Bila hal ni berlaku,  jenuh.  Susah nak handle.  Ingat pergi beraya kat rumah saudara mara,  kita dapat bersembang mesra dengan saudara mara yang jarang jumpa ni lama-lama,  tapi boleh pulak geng-geng bawah tiga tahun ni berebut mainan,  tak nak berkongsi walaupun dah dipujuk. Akhirnya malas melayan nangis tu,  balik awallah penyelesaiannya. 2. Masalah kencing Bila banyak kunjung mengunjungi,  anak mula makan banyak,  minum banyak..  So,  semalam diorang makan banyak dan minum banyak.  Itu belum kesnya. Kes utamanya ialah bila dah asyik minum,  seluar jadi mangsa,  tak sempat ke tandas..  B