Posts

Showing posts from March, 2021

PDPR : Pro and Cons

Image
 Assalamualaikum semua.. Di kala sesi PDPR  hampir melabuhkan perjuangannya ni, saya terasa nak mencatatkan sedikit pengalaman sendiri, anak-anak dan rakan-rakan terdekat. Kiranya setahun ni banyak juga yang boleh dicatatkan di sini. PRPR ni benda yang baru jadi pasti banyak kesan baik dan buruknya. Bukan sahaja guru, murid-murid pun dah terbiasa dengan kaedah pembelajaran secara bersemuka. Siapa sangka bila datang pandemik ni, dalam sekelip mata je kaedah pembelajaran atas talian menjadi kemestian buat semua, kan?  Pertama, saya perlu ceritakan yang saya rasa kagum bila melihat sikap ingin tahu murid-murid yang sangat tinggi melalui kaedah belajar secara Google Meet ni. Buktinya kelas-kelas saya untuk subjek-subjek penting sentiasa penuh murid. Mungkin juga kerana sekolah saya di kawasan bandar, dan latar belakang murid kebanyakannya memang mempunyai pelbagai gadjet yang menyokong sesi pembelajaran secara maya ni, alhamdulillah dari segi kehadiran. Bercakap tentang sikap ingin tahu ni

Sambut birthday ke 11

Image
 Alhamdulillah tengah hari tadi seisi keluarga kecik kami menyambut hari jadi si abang.. dia sendiri yang kata “sambut pada hujung minggu sebab hari jadi abang pada hari sekolah, nanti kita busy.”... Wah, nampak macam matang gitu, bila anak bagi pendapat yang nampak bernas. Syukur alhamdulillah. Keknya makan kat rumah, lepas tu keluar makan tengah hari sama-sama. Tidaklah sambut besar-besar pun. Yang penting dia tahu hari lahirnya diraikan..  Versi gelap... layankan ajelah budak-budak ni.