Posts

Showing posts from June, 2021

Vaksin terbaik ialah vaksin yang paling cepat kita dapat

Image
 Al kisah saya ialah salah seorang yang kemain berebut masa nak daftar vaksin AZ haritu.. bersungguh la kita ni pada hari pendaftaran vaksin Astrazaneca(AZ)  haritu.. Laptop buka dua, telefon bimbit lagi tekan mana yang sempat berkali-kali, siap minta bantuan beberapa ahli keluarga lagi untuk pastikan dapat pilih tarikh dengan cepat dan berjaya. Akhirnya berjayalah, saya dapat tarikh vaksinasi di WTC pada 21 Jun. Tapi, tuah manusia tak siapa tahu kan. Beberapa minggu lalu dapat pulak makluman bahawa para guru akan diberi vaksin mengikut sekolah masing-masing sebelum sesi persekolahan dibuka kembali. Jadi, selepas mengisi beberapa borang di peringkat sekolah, saya menaruh harapan la nak dapatkan vaksin Sinovac di Shah Alam, dekat tempatnya lagi senang urusan.  Tapi, hari demi hari tak juga berubah tarikh di aplikasi Mysejahtera. Jadi, akhirnya saya ke WTC jugak la dapatkan vaksinasi AZ.. alhamdulillah urusan vaksinasi yang sangat cepat dan dipermudahkan walaupun tempatnya besar dan kena

Kenyataan hidup dan dugaan kita tak sama

Image
 Assalamualaikum semua.. Isu yang hangat  hari ni pastilah pasal keputusan SPM. Dari awal pagi sampai ke isyak ni masih lagi geng membicarakan keputusan yang baru keluar tu. Maklumlah, tahun pertama hasil pengajaran secara gabungan bersemuka dan pdpr, ditambah dengan penandaan pun secara online juga. Jadi banyak isu yang boleh kupas. Apa pun syukur sangat dengan apa yang dapat. Empat orang murid yang saya target nampaknya memenuhi jangkaan, alhamdulillah. Kepada murid yang mendapat keputusan hari ini, teruskan usaha anda ya.. Jauh lagi perjuangan kamu semua ni. Jangan lupa berterima kasih kepada para guru dan ibu bapa kamu yang telah banyak memberi ajaran dan tunjuk ajar kepada kamu. Ucapkan terima kasih kepada semua guru tau, jangan pilih-pilih. Semua guru dah mengajar kamu dengan sebaiknya...Bagi pihak cikgu pulak, lega selesai satu fasa. Seterusnya, kita sambung perjuangan untuk batch 2021 pulak. Kalau dah rezeki , pasti dapat kan? kalau bukan rezeki kita, sebaliknyalah yang akan be

Kita bantu apa yang mampu

Image
 Assalamualaikum semua. Alhamdulillah, saya perhatikan banyak bantuan daripada  pelbagai pihak sumbangkan kepada sesiapa yang berkenaan semasa tempoh PKP dan pandemik umumnya ni. Ada yang memberi dalam bentuk wang, ada juga yang bagi barang keperluan harian, ada yang meringankan bayaran sepatutnya, ada juga yang belanja makanan, eh macam-macamla. Kreatif juga cara diorang membantu ni. Nampak keperihatinan rakyat kita ni. Syukur ramai yang berkongsi rezeki yang ada dengan insan lain yang memerlukan.  Selain itu, ramai juga yang mengambil peluang untuk berniaga atau menjadi ejen atau dropship untuk pelbagai produk. Pandemik ni ada jugak baiknya, bila ramai yang membuat pembelian atas talian, ramai juga yang mampu menjana pendapatan dengan peluang perniagaan yang ada ni. Kadang-kadang kita ada situasi yang kita nampak macam seseorang perlu dibantu tapi tak tahu cara apa patut bantu seseorang tu.  Kalau kita tak mampu nak bantu kawan yang macam ni secara langsung atau mungkin kita rasa dia

Salah teknologi ke salah diri sendiri ni?

Image
 Kalau dalam kelas pengaturcaraan, saya selalu ingatkan murid-murid agar menyalin coding, supaya mereka dapat menguasai bahagian pengaturcaraan dengan baik dan menjawab soalan peperiksaan dengan baik. Memang ada golongan murid yang kalau di komputer kemain hebat pengaturcaraannya.. Ada error je dia tahu kat mana nak baiki sintaks tu. Tapi lain halnya pulak bila menjawab soalan peperiksaan, kadang-kadang diorang tak jawab dengan tepat pun. Saya pun beri amaran keras, salin coding part ni supaya tangan dan otak kamu dapat ingat benda ni masa menjawab soalan peperiksaan nanti. Apa taknya , diorang ni nak yang mudah aja, semua dicetaknya. Akibatnya bukan baca sangat pun nanti. Haha, mujur murid tak ada tanya, logik tak ayat cikgu pasal tangan dan otak ingat coding tu! Cikgunya ni pun sama. Al kisah saya pergi servis kereta Selasa lalu, bila hulur kad untuk bayar, masukkan pin dua kali tak boleh, jadi akhirnya buat pemindahan wang secara internet banking sahaja. Ah sudah, lupa pin weh. Lama

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Image
Food panda memang memudahkan kita kan? Lagi-lagi zaman covid ni, daripada ambil risiko ke kawasan ramai orang, lebih baik kita tunggu je makanan di rumah. Kalau kawasan yang memang ramai penduduk tu, masyaAllah meriahnya menu di food panda. Tak payah keluar rumah, tengok-tengok aja makanan dah sampai depan rumah. Nak bagi makanan pada orang pun boleh, kau masukkan je alamat orang tu dan bayar, maka sampailah makanan kepada kawan , kepada anak saudara ke atau apa sahaja tujuan kita.  Al kisahnya harini saya nak kongsikan kalau berlaku kepada korang. Saya buat pesan makanan melalui foodpanda , kemudian dapat notification rider dah nak sampai.. Saya memang biasanya nak mudahkan rider tu, siap minta anak tunggu depan pintu. Bila dah 10 min berlalu anak masuk dengan muka masam, "mama tipu, mana ada pun" . Terkejutlah kan, biasa memang kejap je sampai kalau dah dapat notification macam tu. Ok, mama tengok telefon kejap. Patutnya ada status rider kat mana kalau belum dihantar, eh ni

Kalau tak mampu buat pilihan, kita hadapi je semua..

Image
Apa khabar semua? Macam mana PKP kali ni? Dah biasa rasanya kan keadaan macam ni, jadi taklah rasa tertekan sangat patutnya. haha, sepatutnya kan? Lagipun semua orang pun sama, jadi sama-samalah kita bersabar dan ikut SOP agar keadaan kembali seperti sedia kala secepat mungkin. Apa-apa pun kita cubalah sebaik mungkin untuk mengatasi apa jua masalah yang ada dengan akal fikiran yang Allah kurniakan ni.. Risau pulak saya tulis “semua orang pun sama “ macam kat atas tu. kalau dibaca dengan emosi, ada yang marah tu agaknya.. Berdasarkan pengalaman saya cakap ni.. bila seseorang tu dah dalam keserabutan, semua benda pun nampak negatif bagi dia. Pastu, mulalah fikir yang bukan-bukan, marah orang atau macam- macam jadinya..Gini korang, apa-apa pun bertenang dulu. Setiap hari ada je masalah yang melanda kita. Tak kira apa status sosial seseorang tu, PASTI ADA MASALAHNYA..kita tak duduk di tempat dia, mana kita tahu apa masalah dia.   Kita juga berhadapan dengan pilihan yang kita kena buat. Kal