Tanda anak perlukan perhatian

Tengah hari tadi, kami tengok rancangan Melodi. Sampai kepada cerita Erra Fazira tu, saya mulalah bagi perhatian, buat kerja perlahan sebab nak bagi perhatian kepada apa yang dijawab. Opps, jangan ingat saya nak menangis ya. Saya ni bukan jenis mudah jatuh air mata kalau bukan sebab yang memang sedih.

Sedih bila terjadi perceraian ni. Dalam keluarga saya, ada yang pernah bercerai, jadi saya pernah tengok apa kesannya kepada anak-anak. Kesian tau. Anak-anak yang tak berdosa mungkin jadi mangsa keadaan. Namun, bukan kita boleh tentukan apa yang sepatutnya seseorang tu buat, kan? Semoga pasangan yang bercerai, tak kira siapa pun akan menemui kebahagiaan selepas ini.

Bercakap pasal anak-anak ni, korang tengok ni.

Jangan nak kata kreatif tau. Tu bukan kreatif, tapi memprotes namanya. Kerja Ahmad Naim yang soleh ni. Pagi tadi Naim bangun lewat. Saya pergi ke pasar pada pukul 10.15 Naim belum bangun lagi. Saya balik pada pukul 11.30 tu, tiga jejaka tak ada di rumah. Papa N bawa diorang ke klinik sebab selsema tak juga kurang. Kalau tak ok juga, agaknya saya kena basuh langsir kot. Kak Bi kata rumah berhabuk sebab tu selsema lambat baik. Saya disuruh basuh tuala, cadar, selimut dan mop lantai betul-betul. Memang kami dah buat berkali-kali pun, tapi entah kenapa hingus diorang tak baik juga. 

Berbalik kepada Ahmad sulung ni. Jadi, maknanya Naim mula jumpa mama bila diorang balik dari klinik pada pukul 12.30. Masa tu saya tengah masak makanan untuk makan tengah hari. Jadi taklah layan sangat Naim sebab saya tengah sibuk di dapur. 

Siap je masak, Nazif pula merengek nak tidur. Saya pun bawa Ahmad bongsu ke atas, bagi nenen dan dia tidurlah. Baru nak rasa relax, Ahmad sulung pula datang ajak saya main di depan rumah. Mulanya rasa malas, saya pujuk Naim main kat dalam je. Naim terus merengek,   kononnya nak juga saya temankan dia main. Nazif mula terjaga, lagilah mama tak boleh tinggal, sebab Nazif macam nak tidur lagi nak menyusu lagi. Reaksi Naim pula, macam dia marah saya kot. Dia cakap, " Naim tak sayang mama". Diambilnya pistol air dia dan dia tembak badan saya yang tengah baring menyusukan adik ni. Saya panggil papanya datang baru dia berhenti buat macam tu. 

Lepas tu baru saya tengok bekas vicks dan ubat ni dah jadi macam ni. Naim nak tunjuk proteslah tu kan. Nak marah dia pun tak jadi bila memikirkan Naim sebenarnya nakkan perhatian daripada mamanya. Ni baru anak dua orang, rasa dah tak berapa pandai membahagikan masa untuk layan kedua-duanya secara adil sepanjang masa. Anak-anak mangsa perceraian tu, lagilah kan? 

Jadi, keluarga kita yang masih ada ni, sepatutnya lebih dijaga supaya anak-anak tak terabai... 

#Ilham cetusan kes Erra, vicks dan kelas sivik saya minggu lepas. Dalam kelas tu saya ajar tajuk Rumahku Syurgaku. Ada beberapa murid yang taknak buat langsung sebab tak ada yang boleh dibanggakan dalam keluarganya.. sedih kan?

Comments

  1. ahmad bongsu yg tak menahan tu..ekeke:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi.. betul la.. dua je anak.. sorang sulung, lagi sorang bongsu la..

      Delete
  2. Vicks menjadi mengsa, aduiii Naim gitu kamu protes yer. U adalah seorang ibu yang baik, u care and all tap tu la kan keadaan jer yang tka mengizinkan kekadang, ada mak lain, bukan kasih sayang jer beza2, harta pakaian lagi jelas bezakan antara anak, itu tak leh nak kata apa la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moga kita ni dijauhkan daripada berkelakuan gitu ya..
      taknak la dipersoalkan di akhirat nanti tentang tanggungjawab kita yang tak disempurnakan.

      mujur vicks je.. haha.. tp cepat tul tangan dia.. tak perasan bila fia buat..

      Delete
  3. betul tu, luangkan masa berkualiti untuk anak-anak
    tu bagus kan :)

    ReplyDelete
  4. itulah..agak terkejut, tp itulah semuanya y blaku bersebab..apa2 pon..biarlah berpisah, moga t/jwb pada ank ttp sama.. apa2 hal, kesian kat anak2..

    hihi..budak cerdik ni..nk buat eksperimen kot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eksperimen lah sangat.. haha..

      Erra tadi pun tak komen yang negatif kan.. rasanya dia dan bekas suami akan ambil berat pasal anak tunggal diorang

      Delete
  5. Owh gitu ek tanda protes... Mmg mama dua ahmad ni sgt prihatin... Tapi kena hati2 dgn ubat vicks tu... Kalau guna overdose atau tertelan, budak kecil mudah pengsan mcm yg jd kat adik saya masa kecil

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeke? Tulah, saya pun risau juga. Budak2 ni kalau buat sesuatu cepat je. Takut kita tak tertengok diaorang buat benda yg bahaya...

      Delete
  6. kesian bila terkenangkan anak2 yg ibubapa bercerai. mesti sedih.. biasa la akak.. bila jd sulung ni mesti rasa nk perhatian lebih. naim nk manja2 dgn akak tu hehe

    ReplyDelete
  7. kes cerai berai ni klu melibatkan anak2 mmg sedihkan... kdg2 anak2 dier tunjuk protes dalam diam ! apapun yg penting cuba sebaik mungkin utk bagi perhatian pd setiap anak

    ReplyDelete
  8. betul tu..kadang2 pening gak nak melayan setiap kerenah anak,mcm akak ni 3 org semua lak perlukan perhatian,kdg2 sorg ditangan 2 lg baring dikaki, tgn kanan pgg baby tangan kiri picit kepala abg,adrien pula baring di peha...mencabar juga tp itu lah kena juga berikan perhatian utk semuanya,walapon kdg2 terpaksa lebihkan si kecik,sbb tak boleh nak diarahkan lg..

    kesian erra tp dah itu takdir dia kan,moga ada jodoh yg terbaik utk dia nanti

    ReplyDelete
  9. skang ni laki dan perempuan dah kurang keberantungan sesama sendiri tu sbb penceraian mudah terjadi..kes erra tu ssh la nk komen,kita pun tk tau apa sebenarnya disebalik..cuma mmg kesian kt anak2 mangsa penceraian ni..sedangkan anak yg penuh kasih syg kedua parents macam naim pun pandai tunjuk protes kan..

    protes cara comel je naim ni tau.huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Comel? PK kata comel? Petang tu, dia protes lagi tau.. ditariknya semua baju dalam satu laci.. mengurut dada mamanya masa tu.

      Delete
  10. kan.mmg pikir bab anak dulu..
    sabaq je la ahamd sulung protes mcm ni ye. inshaaAllah kak, smga dipermudahkan sgala urusan.. sama sama kita berdoa.Allah kan ada :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Ciksu, kena banyyakan berdoa.. minta dijauhkan benda yg tak elok

      Delete
  11. Betul tu AN. Walaupun dua, susah juga kadangkala nak membahagi masa sama rata. Apalagi kalau kedua-duanya minta perhatian pada waktu yang sama. Itulah yang terjadi, anak ini kata kita tak sayang, anak itu pun kata kita tak sayang kerana tak mendahulukan mereka. Abang kalau protes, selalu aje mencemik muka lepas tu lari masuk bilik tanda tak puas hati. Si Adik pula satu harunya...bila Mommy baru nak pay attention pada Abang, dia dah datang minta perhatian jugak. Boleh tak duplicate aje Mommy yang satu ni supaya both anak dapat perhatian yang sama ? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha...samalah situasi kita. Nazif macam nak mama jaga dia je. Naim marahla kalau macam tu. Mmg ada masanya saya pun sebut, tangan mama ada dua je ni, tolongla faham..

      Delete
  12. Haha....budak budak mmg kreatiflah AN...benda benda gitu mmg tak yah nak di ajar hehe....
    Betul ...kalau bercerai ni anak anak yg jadi mangsa , kesian depa tak sama dengan keluarga lain yg sempurna. Yang sempurna pun kenalah buat sesuatukan supaya anak anak memandang Rumah mereka tu macam Syurga mereka..... kalau tak, gagal jugak walau sempurna!... Adeh..... anak anak zaman sekarang ni.... demanding!

    ReplyDelete
  13. Bagilah vitamin AN... Scot Emulsian ke....

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular Posts