Sambal pauh ikan kering

Hari ni saya masak sambal pauh ikan kering. Lama betul tak makan sambal macam ni. Jadi, masa ke kedai runcit tadi saya ambil beberapa biji mangga. Memang dah merancang nak buat sambal pauh ni.
Masa kecil dulu, kalau disuruh menumbuk sambal, saya ni memang liat. Entah kenapa rasa malas nak menumbuk. Bukan sambal ni sahaja, apa-apa sahaja yang kena tumbuk kalau bagi saya buat memang rasa satu tugasan berat sahaja. Bila tumbuk pun selalu kena disuruh tumbuk semula, sebab masih belum lumat lagi kata mak. Memang jenis malas..
Mangga yang saya beli tadi rupanya dah kuning warnanya, jadi sambal ni sedikit berair,tidak kering seperti mana yang yang mak saya selalu buat. 

Papa N cakap sedap sambal ni. Ada ke patut dia sangka ini sambal belacan ? Kali pertama makan rupanya. Sian laki saya ni. Masa makan kenduri di kampung hari tu pun seronok dia bercerita yang sedap dia makan ikan kering yang ada. Ikan kering gelama pun tak pernah makan? Ish ish...Ikan gelama nilah yang saya buat sambal ni hari ni. Bila ceritakan pada Papa N, dia diam je, makan perlahan-lahan.

UPDATE : atas permintaan Acik Erna dan Ummi Ain, ini dia cara sediakan sambal pauh ikan kering ni.

Bahan-bahan: mangga, cili padi dan ikan kering

Cara-cara :
1. Goreng/bakar Ikan kering
2. Tumbuk ikan kering dengan cili padi. Jumlah cili dan ikan kering tu korang pandai-pandai sesuaikan ikut citarasa masing-masing ye.
3. Cincang pauh kecil-kecil. Masukkan pauh ke dalam lesung dan tumbuk bersama dengan campuran cili dan ikan kering. 

Dah siap pun.. versi asal sambal ni ialah kering dan tak macam gambar saya tu, dapat mangga yang dah kuning sebabnya. Kalau mangga yang masih putik, cantiklah hasilnya. Selamat mencuba..

Comments

  1. assalam AN..camana cara buat sambal ni..teringin jugak acik nak cuba

    ReplyDelete
  2. terliur wei..ikn kering tu wat gano?goreng dl ke?kita wat ngan ikn bakar atau rebus je..mohon pencerahan:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baca semula entry k.. ada update cara buatnya

      Delete
  3. sambal tu ada lagi k tak? sedapnya..

    ReplyDelete
  4. woo cmni rupanya sambal pauh..tgok tajuk dok terfikir pauh tu apa..lupa plak pelam.haha

    org utara biasa buat cmni tp tak pernah la pulak letak ikan kering.pakai pelam je.klu org selatan suka buat sambal ketuk..guna ikan bilis goreng..tp tak letak pauh..lebih kurang je la sambalnya..cuma baru tahu ginilah gayanya org pantai timur bikin sambal..:)

    awk, ikan gelama bukan ke banyak tulang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha..pertama betul ke nama ikan dlm gambar tu ikan gelama? Saya pun mula ragu3.. kalau salah namanya maaflah ye.. tp ikan yg nk dimasukkan dlm sambal ni macam dlm gambar itu lah ...

      Kedua; kalau ikan ni, saiznya kecil je. Masa kita goreng atau bakar biasanya tulang dah hancur. Kalau tak kena buangkan tulangnya k.. tadi saya ada kutip buang tulang juga..sikit je..

      Delete
    2. Dah tahu.. ikan ni ikan tamban...bukqn gelama

      Delete
  5. tq..ikn tambang tu..ore klate pnggil

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa... malu dah salah.. tahu makan je..mujur ada orang yg tahu. Zilla, thanks

      Delete
  6. Ya Allah sedapnyaa!.
    Nak buat la nanti. Thanks for sharing Aisy.
    Baru aritu Makcik ai pun ckp, dia pun jenis malas menumbuk...
    sudahnya kat rumah dia mmg tak de lesung langsung.. semua
    main blender2 je...

    ReplyDelete
  7. ikan kering tu perlu buang tulang dulu tak? kat rumah ada ikan plater je

    ReplyDelete
  8. menarik sambal pauh ni.. nanti boleh cuba.. stok ikan kering pun byk lagi ni….

    ReplyDelete
  9. Macam sedap je.. teringin pulak nak buat...

    ReplyDelete
  10. mmg sedap..masam2 masin..akak kdg2 guna ikan yg direbus ganti ikan kering...sambal ni sedap dicicah dgn timun..

    ReplyDelete
  11. wah..sedapnya...boleh try ni..IbuNoey pula semalam dok meratah sambal belimbing yg budak ofis buat..IbuNoey ni kalau sambal.memang favret..

    ReplyDelete
  12. Sedap tu , kt cni saya Guna buah machang @ bacang ;)

    ReplyDelete
  13. sedapnya..nak try sat laa....terliuq

    ReplyDelete
  14. Cikgu buat sy terliur ni. Klu ganti dgn ikan tenggiri jeruk tu pun, mst sedap kan? Aduhai....mmg sedap tgk sambal pauh cikgu ni....

    ReplyDelete
  15. Terliur dah okje ni AN....serious tak pernah buat sambal pauh ni....boleh gak cuba nanti... mesti bangkit selerakan.... makan tak boleh malam malam ni sebab sure bertambah!

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?